Today is already 9 Syawal and it's the first day I have work meeting since my Raya holiday. There are many work-related and study-related things to catch up and memories to refresh after the long holiday. I also have my masters class tomorrow and I have to schedule my time properly as I already have my dates booked for training. The meeting this morning has great potential and if everything goes according to plan, I'll have many East Malaysia training for the next 2-3 years. For my record, here are my thoughts about Raya this year.
Tahun ni Raya memang meriah di kampung hubby. Di KL tak terasa mood Raya pun. Tiada persiapan raya di rumah melainkan baju raya. Itu pun jangan tidak. Jumlah anak-anak dan anak-anak buah tahun ni 30 orang. Walaupun tak semua ada, kemeriahan raya adalah untuk mereka dan kerana mereka. Perancangan asal nak bertolak Rabu malam, tapi hubby dapat balik awal so bertolak petang dengan 3 orang anak buah. I feel blessed this Aidilfitri with the love from family members. They are hubby's side of family but I regard them as mine the way a marriage should extend your family network and embrace their love and acceptance and giving the same in return.
Tahun ni, 2 keluarga hubby beraya bersama dalam mood yang lebih mesra dan santai. Adalah 1-2 insiden yang boleh melarat menjadi 'potential disaster' tapi Alhamdulillah hati cepat sejuk bila difikirkan apa yang penting sekali ialah untuk menggembirakan orang tersayang. Once I decided on what matters most, the rest seems easy. May we continually be blessed with this Rahmat from Allah. I'm always in awe with the feeling of love. I once wrote in my fb, "Love is a gift from God. If you don't have love in your heart, no matter how much you try to love someone, you can't. If someone did not love you, no matter how much you try to make them do, they ...can't. So appreciate the gift... cherish your loved ones."
Jangan sekadar dilihat 'love' pada your other half but also from everyone around you. Family and friends. You can't force their love. You can't force them to accept you. So when you have their love and acceptance, cherish it. It truly is a gift from God. Tahun ni tak dapat beraya bersama my mom. Sedih bila teringatkan mungkin tak lama lagi dapat bersama emak. All I want is for her to enjoy her golden years with peace of mind. But she makes a tough decision. I do not have much choice. Panjang kalau nak bercerita tapi pengajaran darinya ialah betapa pentingnya love and acceptance. Trust me on this, I really understand its value. Ini juga dugaan dari Allah kerana hanya Dia yang mampu merubah hati seseorang.
Ada satu lagi pengajaran yang kadang-kadang kita terlupa. Di sebalik sesebuah senyuman, kadang-kadang tersirat seribu makna. Aku insan yang lurus bendul, kadang-kadang kita ingat apa yang nampak di mata itu memang betul. Kenapa peringatan ini penting? Kerana kadang-kadang orang senyum bukan kerana suka atau apa yang kita buat itu betul. Jadi kenalah berhati-hati agar tak menyinggung perasaan orang dan tak tersinggung perasaan sendiri. Kita sendiri pun kadang-kadang senyum kerana pelbagai sebab kan.
Raya pertama, beraya sakan sampai tak larat makan. Raya kedua berehat sambil melayan tetamu yang tak ramai seperti terbau MIL tiada di rumah. Raya ketiga dan empat, tetamu tak putus datang. Malam raya ketiga sempat melarikan diri bersama MIL dan SIL jalan raya sampai sesat-sesat jalan. Walaupun sesat, itulah yang jadi kenangan yang akan diceritakan pada raya-raya akan datang :) Malam raya keempat, balik KL bersama seorang buah hati... Azim yang demam. Sampai rumah lepas 12 tengah malam. Nasib baik keesokkannya badan dah tak panas lagi. Pagi berehat sebab penat semalam belum hilang lagi. Tengahari, buah hati yang seorang nak spageti. Dah sampai pizza hut, dia order pizza pulak. Sempat berjalan raya ke rumah seorang rakan. Yang lain ramai yang dah kerja. Petang mandi-manda di swimming pool. Malam dah kepenatan. Azim pun dah tertidur masa dinner di luar.
Keesokannya perancangan awal nak balik semula ke kampung hubby. Tapi ramai yang akan naik KL, terjadilah rancangan makan-makan secara tak sengaja. Pagi-pagi, sempat ke swimming pool, kemudian beraya di Klang. Azim dah mula tak sedap badan semula. Panas badan dan merengek. Rindukan emak agaknya. Kelam-kabut balik dari Klang nak sediakan juadah makan-makan dengan Azim yang merengek. Risau betul tengok keadaan dia. Tetamu dah ramai datang, masih ada menu yang belum siap. Apa taknya. Ekspress betul. Pukul 4 petang baru masuk dapur nak masak untuk dinner kan. Harap2 tetamu puas hati dan yang penting kenyang. Azim yang melepek terus berjalan bermain lepas emak dia sampai. Hmmm... betul-betul rindukan emak lah tu. Ubat dah sampai, demam pun hilang. Lain kali kalau nak ikut Mak Su tak leh lama-lama lah yer sayang. Kesian emak kena datang dari jauh. So malam tu semua keluarga hubby berkampung dirumah.
Raya ketujuh, Hari Malaysia, disambut di Petrosains dan Aquaria. Nak dijadikan cerita, seorang lagi buah hati menghilangkan diri pergi tandas di tingkat lain. Aduhaiii... penat tawaf tingkat 4 KLCC ingatkan nak periksa CCTV jer bila dia muncul dengan selamba... tak tau orang semua dah mati akal cari dia. If only we can put GPS tracker on each one of them.
I brought both my camera but my G11 ran out of battery. The backup battery bought during purchase was useless. It only survived one charge. Sigh! So I don't have that many pictures in Aquaria due to low light condition. My A710 IS can't really capture moving fishes in the aquarium under low light condition. Too bad.
After that sempat beraya di rumah Kak Ngah. Nasib baik jugak sampai walaupun dah dinner time coz she's been expecting us for lunch. Hubby dah tak larat nak drive. The boys apa lagi ada yang tak tidur the night before melayan game. Semua dah nak pengsan. Berkampung lagi di rumah before they make a move sebelum subuh the next day. Ada yang dah mula sekolah so kenalah juga bertolak awal-awal pagi. Sunyi bila semua dah tak ada. Cuaca pulak mendung dan hujan dari pagi. The highlight of the day was my much awaited massage session.
This morning, I have an early meeting. Sampai je rumah after meting, tukar pakaian dan melawat baby SIL pulak. Sekali lagi rumah ni meriah masa lunch dengan semua hubby's family and anak-anak buah. They have an after Asar event to go to. I'm supposed to prepare for my class tomorrow but ended up blogging instead :) As a consolation, this will become great reminder to this makcik with not so great memories anymore. In fact, dari dulu RAM and storage space tak cukup hehehe...
I hope everyone had a great Raya and holiday too. OK kena sambung belajar pulak lepas ni.