Sunday, June 19, 2016

Beyond words...


To my dearest darling husband and father of my kids in Jannah, there are not enough words to say how much I love you... because of Allah. Semoga sentiasa mendapat rahmatNya, diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang lebih mendekatkan kita dengan Allah.
HAPPY FATHER'S DAY ABANG.

Monday, June 6, 2016

Ramadhan 2016 is Here...

Ramadhan 2016 dah pun menjelma. Sehari dah selamat berpuasa. Detik2 menuju Ramadhan sangat sibuk dengan aktiviti2 pelbagai.

Mula2 my 1st TTT training as certified HRDF trainer. Siapa2 pun boleh attend training TTT dan dapat sijil as certified trainer. Tapi tak semua certified untuk mengajar TTT unless kena melalui satu lagi level assessment by HRDF panel. Berzaman tunggu baru dapat keputusan sebab tak pasti surat kelulusan tu posmen yang peram atau siapa yang peram. Apa2 pun alhamdulillah dah selesai.

Tadom 
Then few days break before hubby's office's family day at Tadom. The next day bergerak ke Dungun. Hari seterusnya pulak masuk Tenggol Island for 3d2n. Lepas Tenggol Island, off to Marang untuk candat sotong. Lps candat sotong, terus bergerak balik rumah. Next day ke Johor pulak, darling hubby berkayuh di Felda Bandar Tenggara 103km. From Johor, one night stop in Melaka before balik home sweet home. Sampai2 dah masuk maghrib. Lps tu terus bersilat untuk siapkan dinner merangkap sahur. Hubby dah terlelap lepas maghrib. Begitulah hectic nya the past few days.

Tenggol underwater view...
Sunrise from our boat masa otw back from mencandat sotong all night...

Waiting for hubby at the finishing line...
Harini 1st day Ramadhan terasa macam not physically and mentally ready. Hidung pulak tersumbat jer dan tak selesa. Keletihan masih terasa. Dah 3 round mencuci kain. Then packing kan barang2 sebab hubby kena ke KK for few days. So berbuka ala kadar jer sebab sorang2. Hajat hati nak menjadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum ni tapi terasa banyak sangat perlu dibaiki dari sudut ibadah. Bersyukur Allah beri kesempatan bertemu Ramadhan dan mengumpul pahala lagi sekali. Terasa macam sia2 kalau tak manfaatkan betul2. Harini belum full gear walaupun di sudut hati marah dengan diri sendiri sebab mana ada masa nak panas2 enjin bagai. Ramadhan akan berlalu pergi macam tu jer kalau tak dimanfaatkan masa yang ada. Semoga hari esok lebih baik dari harini kalau diberi peluang untuk bernafas lagi. Amiiinnn...