Tuesday, April 21, 2020

MCO Day 35

I've been alone since MCO day 14. Pagi2 on Day 14 hubby made his move. He has his responsibilities. So I have to keep my mental health in check since we do not know how long this MCO will last. Seorang atau berdua atau ramai bukan menjanjikan kegembiraan ketika MCO ni. Kita lah kena cari kegembiraan sendiri. Hati kena cekal.

So I made a point to get into comfortable daily routine. Woke up and solat, morning exercise either yoga or aerobics or both, make breakfast, eat and rest for a while sambil go through social media.  Ada masa berpuasa juga before 15 Sya'ban haritu. Always ada interaction with hubby of course... and jiran2 terdekat.

Do some work related stuff, fikir nak masak apa untuk lunch, masuk dapur, masak, rest and makan. Rest lagi and continue with my own work. Nap and shower, solat and mengaji. Biasanya lapar dah petang2 ni so minum petang apa2 yang ada. Jiran2 yang baik hati kadang2 hantar macam2. Alhamdulillah. Tak berbalas pun sebab tak pandai dan tak rajin nak buat kuih2 tradisi ni. Offer jiran2 untuk belikan barang bila keluar shopping jer.

Dah mandi dah tak rajin nak bersenam berpeluh2. Either do some work or scroll social media, watch press conference, lepak luar rumah dan dinner. Malam pulak solat and do some work again. Work can be work related or mengemas apa2 yang patut such as susun barang2 kat dapur, lipat kain and other house work. Dulu selalu follow international news jugak and kerap tunggu press conference. Sekarang dah kurang dah. Buat jer urusan sendiri. Bila free baru tengok or cari info.

Bila ada perasaan tak best, cepat2 hilangkan. Either talk to hubby or do something to take my mind off the feelings. Can't afford nak mental time2 macam ni walaupun kadang2 orang terdekat kita yang boleh buatkan kita macam mental jugak. Jangan sampai hati jadi macam sekeras batu pulak. Banyak lagi cabaran nak kena hadap.

Selagi tiada vaksin, selagi virus masih wujud, job yang perlu berjumpa orang akan terjejas. My face to face training sessions will be affected. Kena masukkan dalam kepala tu dan sedar diri dengan cabaran akan datang atau depa dok kata "the new normal". Sekarang ni sedang cuba transfer my traning module to online platform. Semua tu perlu ada investment awal. Monetary investment to subscribe to learning platform dan video tools, etc. Kena lihat satu-satu market potential. Medium pengajaran Bahasa Malaysia atau English? Nak translate walaupun material sendiri ambil masa juga dan ada kos terlibat untuk penggunaan online platform berbayar.

I have to remember this sebab sekarang masih belum nampak impak nya. Bulan puasa pun biasanya I prefer takder training job. Kalau ada request pun 1-2 jer. But this may go beyond Ramadhan and Syawal. I MUST REMEMBER THIS! Tak boleh leka sangat dengan rutin new normal ni.




Monday, April 6, 2020

Tips Persediaan Simpanan Makanan untuk Kuarantin Covid19

Tips ni bukan lah sesuai untuk bajet semua orang tapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Dalam sejarah lah kan kena kuarantin begini. Almost 1 dunia terlibat. Harini hari ke-20.

1. Beras - berapa pot sehari makan untuk sekeluarga? Kami 1 pot jer untuk berdua siang malam. Kadang2 lebihkan segenggam masa amik beras tu. Masing2 tengah diet. 14 pot beras lebih kurang dah cukup untuk 14 hari. Lagi pun takkan makan nasi hari2.

2. Ayam sekor potong 16 - boleh makan anggaran 4 hari kalau makan ayam siang malam sorang seketul. Biasanya kami simpan 2 ekor sebab bahagian isi tu dijadikan bahan untuk spaghetti, nasi goreng dll.

3. Ikan bergantung saiz. Boleh jadi seekor/seketul sorang sekali makan. Biasanyer I akan ambil ikan saiz kecil 8 ekor untuk 2 kali makan, juga 8 ketul ikan untuk 2 kali makan.

4. Udang sekilo boleh makan 3x atau lebih bergantung udang sebagai lauk atau sebagai rencah/penyeri jer.

5. Telur 30 biji boleh makan seminggu kalau hari2 masak lauk telur 4 biji.

2 - 5: Dah cukup sangat keperluan protein kami untuk lebih 14 hari. Peti ais pun tak besar sangat untuk simpan item 2-4 tu.

6. Carrot anggaran sebiji sehari

7. Cauliflower dan brokoli seketul - kalau campur dalam masakan, 3-4 florets each dah cukup. Kalau masak dia sahaja, perlu lah banyak sikit. Boleh balut dengan tisu dapur sebelum masuk plastik atau tupperware supaya tahan lama sikit.

8. Kobis seketul - antara sayur yang agak tahan dan versatile. Boleh goreng, masak lemak putih, masuk dalam sup / salad / nasi goreng dll. Kalau bahagian luar hitam buang jer bahagian hitam tu sikit.

9. Kacang panjang - lebih kurang macam kobis. Biasanya beli untuk cukup sekali makan, dan lebih sikit untuk masukkan dalam nasi goreng (kalau ada).

10. Timun - tak boleh beli banyak sangat nanti rosak. Cukup lah untuk 2x makan sebagai variety.

11. Mushroom - paket kecil jer untuk sekali makan. Kalau lebih kena cepat masak juga supaya tak rosak.

12. Sayur berdaun - boleh beli dalam 2-3 jenis dan pastikan ia yang dimasak dulu. Sawi juga banyak kegunaan - campur dalam sup, mee kari, nasi goreng.

13. Tomato - sekadar bahan tambah untuk lauk. Contoh dalam asam pedas, tomyam, sambal. For our family, dalam 4-5 biji saiz sedang.

14. Kentang, bendi dan terung - boleh jadi bahan tambah untuk lauk seperti asam pedas atau kari. Nak buat bendi celur atau terung berlada pun boleh. Biasa dalam 2x makan sebab beli sebungkus yang dah siap pek tu memang untuk 2x makan kalau di rumah ni. Kentang boleh simpan lama sikit tp ambil dalam 7-8 biji saiz kecil-sedang. Hubby tak makan sangat pun kentang dalam lauk.

15. Cili padi dan cili merah - For me kena lebihkan cili padi tu sebab banyak menu guna. Sup dan tomyam pun letak banyak. Nasi goreng pun kena ada. Dalam roti pizza pun letak. Orang suka pedas kan :)

15 . Halia dan kunyit - bahan keperluan untuk some dishes.

16. Serai dan limau kasturi - ada tanam.

17. Bawang dan bawang putih - memang ada stok. Sebungkus kecil di giant untuk bawang putih dan 2 bungkus untuk bawang besar.

18. Ikan bilis - kebetulan ada stok. Baru beli dari Tawau. Ingat nak bagi2 orang. Dah kuarantin ni mkn sendiri jer lah. Bukan beli banyak pun. Tak mau masuk luggage masa balik aritu.

19. Santan - ada beli santan kotak, ada jugak santan fresh simpan dalam freezer. Di kawasan ni ada supplier santan. Mula2 beli dengan diorang. Sekarang diorang pun dah tak dapat stok kelapa.

20. Untuk stok cili giling, memang pakai cili giling puteri jer. Sekali masak pakai dalam 3 senduk jer. So pek besar cili tu tahan lama juga. Ada jugak cili kering sikit standby.

Sayur bukannya tahan lama dan fridge pun tak cukup tempat nak simpan semua. So beli untuk anggaran seminggu jer. Alhamdulillah buat masa ni kedai dekat dengan rumah ni ada jer sayur. Lagi pun memang kena keluar juga cari roti yang tiba2 jadi pujaan ramai masa kuarantin nih :p

Untuk keluarga besar dan fridge kecil, cabaran juga nak simpan banyak2.

Sayur2an ada juga yang boleh simpan di luar tapi tak lama. Tomato memang elok simpan di luar sebenarnya. Kobis dan carrot tahan juga walau di luar. Pandai2 lah memilih bahan.

Barang2 kering yang lain... boleh lah simpan spaghetti, bihun, mee fatboi, tepung.

Rempah2 jangan dilupa.

Di rumah ni cukup rasanya rempah2, minyak, kicap dan sos. Beli cheese jer aritu sebab nak buat roti pizza. Kalau tak, memang tak makan cheese.

Buah2an pun ada jugak dlm stok. Pisang, red apple, guava, pineapple and dragon fruit. Pisang tu hiris2, caramelized atas pan and letak atas roti bakar pun sedap.

Bila dah buat senarai macam ni, memang banyak juga. Sebab stok barang boleh didapati di kawasan kami, ramai yang menjual, ramai yang jadi runner, jiran2 pun ada gak membantu beli kan barang. Syukur dengan rezeki yang ada ni.

Jiran2 pun ada yang hantar bubur lambuk, nasi dagang, laksa, dan kuih2. Murah rezeki alhamdulillah.

Tapi kalau MCO lama lagi, stok barang2 yang import berkurang. Barang2 local pun limited, baru lah pilihan menu pun terhad. Buat masa ni masak dan makan seperti biasa. Beli barang dapur sambil berniat untuk bantu ekonomi negara.