Dah lama nak bercerita pasal tukang urut. Adalah a few spas yang pernah pergi, dan beberapa tukang urut tradisional yang pernah dicuba, macam2 pengalaman yang dapat.
Tak dinafikan tukang urut ni ada pelbagai cara masing2. Sama ada sesuai atau tidak dengan kita, dan kita suka atau tak pengalaman tu, adalah penentu kita akan cari dia lagi atau tidak. I have a favorite spa in Ampang, Cintasari Tradispa. After trying several spas, decided this spa have some of the best masseuse and at a very affordable price by KL standard. Mungkin di tempat lain yang lebih mudah dapat tukang urut tradisional, terasa mahal ler jugak. Anyway, ada tukang urut yang lembut urutan nyer, ada yang kuat. Ada yang dapat ilmu mengurut turun-menurun, ada yang belajar. Tak kisah ler yang mana pun, asalkan memberi kelegaan bila diurut.
Tapi pengalaman selepas berpantang baru2 ni, banyak juga membuka mata tentang tukang urut bersalin yang diiklankan dengan banyak di KL ni. Ketika berpantang, takkan nak pergi spa pulak. So cari lah tukang urut yg boleh datang rumah. Ini cerita lepas berpantang yang baru2 ni.
Tukang urut pertama, terjumpa nombor telefon nya ditampal dibeberapa kawasan taman ni. Dalam keadaan terdesak, itu jer yang ada, panggillah dia. Urutannya tidak lah bagus, tidak ler juga teruk. Setakat OK saja. Tungku nya berbalut dengan daun2 herba yang dah kering betul. Dah berapa kali ler agaknya dipakai daun tu. Faham lah susah nak cari daun2 herba di KL ni tapi tukang urut yang dah bertahun pengalaman patutnya dah boleh ada supply yang berterusan. Dia pun tak urut setiap inci badan, tapi beberapa point di kaki, paha, badan etc. Walaupun mungkin point2 tu penting, kalau diurut setiap inci tu rasa best dan selesa juga kan. Katanya dulu selalu mengikut neneknya mengurut. Kemudian dicadangkan pulak lepas ni buat beberapa ritual supaya tak gugur lagi. Hmmm... bila dah mula dia ke arah itu, hati terus tertutup sebab amalan2 seperti itu dah disahkan khurafat dan syirik. Tapi biasalah tukang urut ni bukan tak tahu, kadang2 dia cuba justify dengan kata, "kita usaha ajer". Hmm... kalau usaha pun, apa pulak letak tangkal2 tu kalau dah tahu Allah yang lebih berkuasa dan bukannya tangkal. Duitnya untuk dia yang menyiapkan tangkal tu. Lepas 3 hari, tu sajer lah diurut oleh dia lepas ni takkan cari dia lagi.
Tukang urut kedua, muda dan bergaya orangnya. Ilmu mengurutnya kerana ada pergi kursus mengurut. Ada spa sendiri tapi akan ke rumah juga untuk urutan lepas bersalin. Fokusnya pada urat2 yang ada angin. Memang sakit sampai 4-5 hari bahagian yang diurut tu. Walaupun niat dia baik, nak cuba macam2 untuk bantu kita, nak buatkan air jamu dan sebagainya, I have to cancel the next appointment walaupun dia yang akan datang rumah, sebab dah beberapa hari sakit lagi badan bila disentuh, rasa tak sanggup kena urut camtu lagi pada minggu depannya.
Tukang urut ketiga, orang baru at my favorite spa. Masa ni dah lepas berpantang so boleh lah ker spa. Hmmm... spoil betul sebab walaupun urutannya boleh ler tahan tapi kita dah ada standard yang tinggi bila pergi spa tu. My favorite masseuse 2-2 orang takder masa hari nak pergi berurut tu. Kita tahu dari gayanya dia orang baru dan tak begitu banyak pengalaman lagi. Untuk urut 2 jam, walaupun memang sebelah kaki tu ada angin, takkan uli yang itu jer sampai hampir setengah jam.
Tukang urut keempat, dapat namanya dari sebuah blog yang berpuas hati dengan cara jagaannya semasa dalam pantang. Ketika ni ada masalah seperti yang disebut dalam entri yang lepas, so pergi ler cari rumah nya di Puchong Prima. Expectation pun tinggi sebab dah ada good review. Tapi bila diurut, umpama gosok2 jer. Berkali2 ditanya kuat tak ni, urut orang dalam pantang tak boleh kuat2. Memang ler saya ada masalah sikit tapi dah lepas pantang dah makcik. Kalau begini dikatakan best, samada my luck dia tengah malas nak mengurut atau blogger tu yang tak biasa diurut sampai sebegitu rupa pun dikatanya best. That also makes me think berapa banyak tukang urut orang bersalin yang betul2 ada kepakaran atau setakat buat ikut ritual kerana ramai ibu-ibu muda sekarang yang bukannya tahu apa2 sangat. Cakap lah urut kerabat Brunei lah, kerabat Kelantan lah, siapa yang tahu kan. Dia kata ada customer puji sebab tak biasa ada tukang urut yang mengaji masa mengurut. Dalam bisik2 bacaan Al-Quran dia tu, seperti perasan surah Al-Falaq nyer tak dibaca habis. Beberapa kerat jer, kemudian diulang semula atau dibaca surah lain. Kemudian, dia juga sebut pasal ritual2 yang kononnya boleh bantu my situation. Hmmm... yang ini lagi beria promote. Tak per lah makcik. Once dia sebut begitu, tak sabar rasanya nak habiskan urutan tu and takkan ler cari dia lagi. Urutan tak seberapa, sengkak pun ntah hapa2, khurafat yang lebih.
Tukang urut kelima, Alhamdulillah dapat tukang urut tradisional di Klang. Yang betul2 mengurut dan takder cadangkan ilmu2 mengarut. Urutannya sedap betul dan walaupun sakit, tapi bukan sebab diurut kuat pun. Cuma dia mengurut betul2 pada urat2 yang perlu dibetulkan, sengkaknya pun bagus. Terus berhenti bleeding keesokannya. Dan tidaklah sakit urat atau bengkak2 sampai berhari2. Kalau tak sebab jauh juga nak ke Klang tu, memang ler akan selalu ke situ untuk overhaul badan. Tapi kalau setakat nak urut biasa2 untuk letih penat badan, cari jer lah tempat yang dekat dan urutannya sesuai. Ampang pun jauh juga tapi sebab ada pekej di sana yang masih belum dihabiskan, so pasti akan ke sana lagi untuk habiskan pekej tu.
Ini pula kisah pengalaman2 yang lepas. Pernah pergi ke spa House of Ezryn namanya di PJ. My first ever spa experience. 2 pengalaman yang tak best disitu, tukang urutnya mungkin ada isu yang perlu diselesaikan. Oleh kerana dia dalam keadaan risau atau seperti nak cepat dengan 2-3 kali panggilan telefon, kita pun terima energy tu semasa diurut. Instead of relax, terasa seperti rushed walaupun dia urut sejam juga tapi perasaan tu rasa tak relax. Kemudian masa berendam, tak diberi kain batik atau apa pun. Pada dia tanggalkan jer towel tu, tak perlu nak segan2 dia tinggalkan kita di bilik air yang besar dengan bath tub ditengah2. Tak biasalah I ok.
And then ada ke Dewi Sri Spa few times. Harga pun boleh tahan, sewa di Plaza Damas tu pun pasti mahal. This is before I found my favorite spa. Comparable massage, of course dari segi layanan dan ambience lebih lagi dari current favorite spa kerana harga pun lebih kan. Bila pergi holiday, ada juga cuba few spas. Memang lebih kurang jer cara urutan with my favorite spa. Di tempat lama before married dulu, ada one Indon lady yang buat massage and OK urutannya (sakit tapi rasa ler badan seperti di overhaul), and a chinese lady yang buat foot massage pun OK juga.
Bodhisense, also at Plaza Damas buat foot massage and Thai body massage. Pernah pergi few times including with hubby, sebab belanja dia foot massage :) Then ada pulak Manjakaki di Tesco Ampang. Boleh tahan juga walaupun ambience tak seperti di Plaza Damas. Tapi tak perlu ler ker sana lagi since Manjakaki pun OK juga.
Pernah juga ke Nona Roguy di TTDI few times. Urutannya tak kuat, I don't mind kuat sikit baru ler terasa. Then sekali tu masa tengah bertangas, terdengar tukang urut yang baru lepas massage myself, massage orang lain pulak and dalam berbual tu dia kata ada client tu nak urut kuat sikit. Yang client baru tu pulak jenis tak tahan agaknyer, dia kata kulit apa lah orang tu agaknyer and then they laughed. Helloo... orang tu tengah dengar OK. Oleh kerana kurang budi bicara disitu, tak pergi lagi lah ke sana.
Ada masa badan memang sakit dan urut manja2 tu tak best. My favorite spa ada 2 favorite masseuse, sorang kuat dan sorang pelan. When I need yang kuat, I will request yg kuat urutannya (biasanya bila badan sakit sgt), otherwise masseuse yang lembut sikit ni bila nak rasa rileks. Bila nak rileks kadang2 request two-hours massage, tapi dengan masseuse yang kuat urutannya ni biasa mintak sejam jer. Tak sanggup kena uli kuat2 sampai 2 jam. Ada sorang tukang urut di Melaka pun OK juga urutan tak kuat tapi rasa lega. With the new masseuse in Klang, or the masseuse in Melaka, urut 2 jam pun takper :)
Anyway, sekarang kena ler cari spa yang dekat sikit. Dah perasan a few spa yang dekat2 area sini. Nanti pasti akan cuba juga. Kita akan spa hopping sampai jumpa yang betul2 sesuai. Tak suka nak pergi jauh2 kecuali bila betul2 perlu. And pesanan pada ibu-ibu muda, berhati2 lah cari tukang urut lepas bersalin. Kalau dah takder pilihan, ambil juga lah kan tapi amalan2 khurafat tu jangan diikut dan cakap2 besar tukang2 urut tu urut kerabat sana-sini or bantu orang tu mengandung ker itu ini, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri jer. Tu cakap2 orang nak promosi kan servis dia jer. Dari cara urutan pun kena hati2 juga. My guess, tukang urut yang tak betul2 pandai mengurut ni, bila urut orang yang takder masalah, memang no problem sebab badan kita secara semulajadi akan heal itself, rahim akan mengecut dan sebagainya. Yang ditakuti bila badan ada masalah, kalau cara urutan tak betul akan datang mudharat dari kebaikan.
Wallahualam...