Monday, November 30, 2020

Values Based Life

Malam tadi ada usrah online bertajuk Values Based Life. Kehidupan yang bersandarkan nilai-nilai yang kita pegang. Ramai yang akan berkata Family atau diri sendiri yang penting dalam kehidupan tapi bila buat carta penggunaan masa, maka nampak lah betapa sebenarnya masa lebih banyak untuk kerja atau untuk orang lain berbanding keluarga dan diri sendiri.

Keluarga mungkin penting di mulut, tetapi masa bersama keluarga anda sibuk dengan kehidupan virtual. Phone dan perbincangan di pelbagai WA group jadi tumpuan. Bila masa tidak bersama keluarga pulak, mesej keluarga di WA dilayan dengan sepatah2 kata. Mesej di pelbagai WA group dilayan berjela2.

Values yang dipegang oleh anda dan spouse kalau tak selari, boleh juga timbulkan konflik. Keraplah bertanya pasangan tentang nilai kehidupan, muhasabah hubungan dan diri sebagai pasangan. Hmm... penting ni tapi kadang2 lupa nak buat. Kadang2 ada rasa I'm drifted apart from hubby sebab minat berbeza. 

He is my time priority but of course bila ada kerja kena lah buat kerja. Apa2 aktiviti dengan kawan2 kena cek masa tu Mr hubby ada aktiviti apa. Tapi ada masa konflik dengan diri bila hubby kerap takder atau kerap ada aktiviti sendiri. Contoh ada aktiviti hiking, nak hike with him but he already has his cycling plan. Tak sempat nak rancang aktiviti with him, dia dah rancang dulu with his friends. Kadang2 rasa nak rebel buat jer lah aktiviti sorang2 (as in with my friends) tapi takder mood juga kadang2 bila my life partner takder :( Now I wonder, what does he hold as his life values. Are our values so very different now? Dulu rasanya banyak buat aktiviti bersama. Sekarang ada masa bila diajak, jawapannya.. macam boring jer. 

High time for us to sit down and talk about this.

Talking about values, MCO dan Covid ni banyak juga mengajar kita kenal diri sendiri. Masa mula2 MCO terasa macam patah sayap dan terkurung bila macam2 benda nak buat terhalang. Ambil masa nak ada semangat untuk make the best of the situation. I remember masa awal2 tu masak, makan, kemas rumah apa yang patut dan baring2 ajer sambil tengok news dan social media berkaitan Covid.

Then baru datang semangat untuk just make the best of the situation with indoor exercises, berkebun walaupun tak menjadi, reading and online classes.

Bila MCO tamat macam terlepas kandang nak buat itu ini. Cuma semangat pudar sikit bila aktiviti weekend kena bersama dengan ramaaiiii orang. Maklum lah semua pun macam terlepas kandang. My friends pun ramai yang WFH and weekend jer yang free. Hubby pun penuh jadual dengan aktiviti cycling dia. Nak bercuti dengan family, cek sana cek sini banyak tempat penuh memanjang. Suddenly rasa penat dengan persoalan sendiri... nak buat apa dan di mana minggu ni. 

Bila start PKPB, terasa ada sedikit kelegaan with the break. I'm off social media for most times and read more, as well as spend time with online classes as much as I can. Ada masa dari seawal 7 pagi sampai midnight. Bergerak dari meja untuk makan dan solat jer. Masa mula2 PKPB hubby pun takder. I may not have a lot of quiet time kalau tak sebab PKPB. So selagi boleh hadap lah komputer tu. Tak penting dah aktiviti walking, hiking, cycling semua tu. That can be done at other times. Bila hubby dapat balik, bawak cucu pulak, spend time appreciating that moment. Online classes pun tolak tepi dulu. I can always catch up later. Tapi apa2 pun, harap2 PKPB ends soon. Buat jer lah PKPD di kawasan2 risiko tinggi. 

Kena back to balance kan kehidupan. Kena face realities in life. 

Sunday, November 29, 2020

Banyak Pengajaran Di Sini

Post asal.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158194763611919&id=708751918

DUA MUKA

Pesakit A : Doktor, akak nak minta ubat tidur boleh? Akak dah berapa bulan tak dapat tidur. Otak akak tak mahu berhenti fikir. Taktahu apa akak fikir tapi akak letih. Akak nak tidur.

Saya : Maaf akak. Saya tak boleh bagi ubat tidur macam tu saja. Saya mesti kena periksa akak dulu, kita buat semua blood test dulu. Bahaya akak ubat tidur ni. Nanti boleh jadi ketagih.

Pesakit A : Entahlah doktor. Akak baru dapat tahu suami akak kahwin lain. Dia taktahu yang akak tahu. Akak tahu pun dari kawan kawan dia. Anak anak sekolah lagi. Entahlah doktor, akak taknak dia tahu akak tahu. Jadi, akak berusaha untuk senyum sahaja depan dia. Bila dia tak balik, dia akan cakap ada kerja padahal akak tahu di ke mana. Jenuh akak fikir mana salah akak sebagai seorang isteri sampai dia perlu cari lain.

Saya mendengar kisah dia sehingga habis dan puas dia bercerita. Entah berapa keping tisu saya berikan pada dia. Sehinggalah dia betul betul sudah habis meluah apa terbuku di dada. 

Saya perlu bantu dia.

Kalau tidak sebagai seorang doktor pun, sebagai seorang manusia. 

The rest is history.


.


.


Pesakit B : Doktor, maaf tanya. Kalau saya nak minta ubat kuat boleh? Saya rasa saya dah tak sekuat dulu. Kesian isteri saya.

Saya : Tak boleh encik. Saya perlu periksa kenapa encik ada masalah ini. Kadangkala kencing manis pun boleh buatkan orang lelaki alami komplikasi ini.

Pesakit tersebut bercerita tentang sejarah keluarga dia ada penyakit itu ini dan dia bercerita yang dia sangat sibuk bekerja. Dia rasa stress tak dapat penuhi kehendak isterinya.

Saya dengar dan saya buat semua pemeriksaan untuk dia.

The rest is history.


.


.


Suatu petang di hujung minggu, saya amat terkejut apabila kedua duanya melangkah masuk ke klinik saya. 

Pesakit A dan pesakit B berjalan masuk sambil si isteri memapah si suami. Lemah betul keadaan suaminya.

‘Doktor, boleh periksa suami saya? Dia demam dah seminggu. Risau betul saya. Saya dah suruh dia datang klinik jumpa doktor tapi dia degil. Bila dah lemah macam ni baru nak dengar cakap saya’

‘Saya ok doktor. Saya cuma letih saja. Isteri saya ni risau sangat sampai makan minum saya semua nak bersuap. Saya ok saja. Sayaaa...’

Pappp!

Pesakit lelaki tersebut rebah ke lantai.

The rest is history.


Bila saya tanya kembali rupa rupanya pesakit B telah beli pil ‘kuat’ secara online. Tahulah saya yang dia sudah alami komplikasi.

Untuk pengetahuan anda, ubat ‘kuat’ kebanyakkannya akan membawa effect tekanan darah rendah. Ianya boleh membawa kemudaratan.

Apa yang saya nak sampaikan adalah kita selalu tak nampak apa yang ada di depan mata, kan?😊

Kadang kita merasakan yang kita mampu tapi sebenarnya kita tak kuat mana pun.

Kadang kita merasakan yang kita tahu semua perkara tapi sebenarnya kita tak tahu apa pun.

Kadang kita merasakan yang orang gembira bahagia dengan kita tapi sebenarnya kita tak perasan yang mereka tersiksa.

Kadang kita merasakan nafsu kita adalah segalanya tapi kita tak sangka ianya boleh membunuh kita dalam diam.

Kadang kita merasakan yang kita mampu adil tapi sebenarnya kita potong kek pun tak sama besar.

Ahh kita dan perasaan yakin kita.

Begitu pasti sampai kita tak sedar yang kita telah mengguris hati yang terpaling ikhlas menyayangi kita.

Jadi, simpanlah sedikit kasih sayang untuk diri sendiri. Tak perlu semuanya dicurahkan pada sesiapa kecuali Allah swt dan diri sendiri. Tak perlu terlalu percaya sesiapa kerana kita tak tahu apa yang berlaku di belakang kita.

Kena ajar diri untuk redha.

Kena ajar diri untuk kuat.

Sebab kita takkan tahu bila kita akan diuji hebat.

Untuk pesakit A ini, saya doakan akak diberikan sebaik baik ganjaran. 

Untuk pesakit B, berlaku jujurlah dengan isteri anda dan beritahulah dia kenapa encik buat pilihan begitu.

Dan saya kira isteri barunya pasti kerisauan juga di rumah bila suami dah seminggu lebih tak pulang.

Bagaimana pula dengan anak anak?

Ramai yang lupa akan ini.

Anak anak.

Kita seronok berbuat begitu begini sehingga kita lupa anak anak kita sentiasa memerhati dan mendengar setiap  apa yang kita lakukan dan katakan.

Lalu, berapa hati lagi yang perlu diguris rasanya?😞


Dr. Erna Nadia

Berfikirlah dua tiga langkah ke hadapan sebelum menetapkan sesuatu perbuatan😊

Wednesday, November 4, 2020

Kenal

 Kita tak akan dapat mengenali seseorang 100%

Dah bercinta bertahun2, bila tidur sebantal baru tahu perangai baik dan buruk. Perangai yang keluarga sendiri tak tau. Mungkin juga yang diri sendiri tak tau.

Dah kahwin bertahun2, tiba-tiba pasangan buat perangai. Kita tau ada yang tak kena. Tapi si pasangan berdolak-dalih menipu sana, menipu sini. 

Ada kala nya bila dah tiada kat dunia baru pasangan sebantal kenal. Bermadu rupanya. Berderet rupanya anak tiri. 

Atau ada kala nya bila pasangan dah tiada, yang ditinggalkan menunggu masa menyusul sama ke liang lahad walaupun bertahun2.

Atau mungkin juga dengan cepat jer cari pengganti. Dah sampai jodoh nya. Kalau jodoh baru dah sampai, semoga berkekalan ke akhir hayat.

Apa nak di kata. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Tuesday, November 3, 2020

Happy Birthday Abang

To my dear hubby,

Happy Birthday to You!

Semoga Allah berikan kebaikan dunia akhirat, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, kasih sayang sepanjang hayat.

For the record, I've not seen hubby since the 13th of October. Dah 21 hari. Sedih sendiri yang tanggung. PKPB entah sambung lagi entah tidak. Happy for him dapat sambut birthday dalam kedaan yang sihat dan tiada PKPB 😊 tapi sedih sebab tak dapat sambut bersama si dia πŸ˜”. 

Sepanjang PKPB habiskan masa belajar online dan handle beberapa training online. Ada 1 lagi training online on the way. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga PKPB berakhir and semoga hubby dapat balik dengan selamat. 

Selalu dapat bertahan. Harini sedih sangat Allah jer yang tahu 😭