Semasa membaca cerita2 di dalam Al-Quran dan mendengar ceramah2 di bulan Ramadhan ni, terserlah banyak kisah dugaan2 yang dihadapi oleh Rasul2 Allah s.a.w. Teringat juga dengan sikap manusia ni... diri sendiri pun mungkin pernah memikirkan benda yang sama.
Bila orang yang kita tidak suka atau pernah ada isu dengan mereka... ditimpa musibah, hati terasa seronok. Haaa... kan Allah dah balas. Sebab tu lah kena busung. Sebab tu lah kena denggi. Sebab tu lah kereta accident. Sebab tu lah kena pecah rumah. Sebab tu lah kena rompak. Astaghfirullah al azim... Wait! Stop there! Betul ker itu balasan Allah? Kerana kamu? Pasti ker? Hakikatnya dalam setiap 'isu', kedua2 pihak pun rasa dia betul. Yang betul2 benar hanya Allah sahaja yang tahu. Sekiranya hati tidak terlalu marah atau ego, mungkin kita boleh juga lihat dari perspektif pihak yang satu lagi. Bottom line is... Allah Ar-Rahman Ar-Rahim sayangkan semua hambaNya. Sedangkan Rasul2 Nya pun diuji... bukan kerana mereka ada dosa pada sesiapa. Itu adalah ujian Allah kepada Rasul Nya untuk menguatkan mereka dalam menyebarkan agama Islam.
Bila orang yang kita baik dengan mereka ditimpa musibah pun, kita minta mereka bersabar. Mungkin ada yang fikir musibah itu datang kerana dosa si polan. I have a 'friend' who sort of said padan muka anak meninggal sebab ada dosa dengan si polan si polan. Astaghfirullah al azim... she's no longer a friend. Hakikatnya semua manusia ada melakukan dosa. Tetapi jangan lah jadi hakim pula mengaitkan sesuatu musibah dengan dosa. Itu bukan kerja kita. Dugaan Allah boleh datang kepada sesiapa sahaja hambaNya. Kita doakan yang baik2 sudah lah. Kenapa hendak jadi hakim?
Ustaz Nouman Ali Khan ada mention in one of his ceramah... sekiranya kita nak maafkan orang tapi susah nak maafkan, jangan minta yang buruk2 untuk si polan. Minta pada Allah agar datangkan perasaan aman dan angkat perasaan tidak senang itu dari hati kita. Sekiranya kita yang nak minta maaf dengan orang pun, jangan harap dimaafkan dengan begitu mudah hanya kerana kita telah memohon maaf kerana dalam hatinya mungkin masih ada perasaan tidak senang. Doakan Allah datangkan perasaan aman buat nya dan semoga Allah angkatkan perasaan tidak senang itu. Kita tidak boleh mengubah hati2 orang, jangan mengharapkan balasan bila kita minta maaf. Kita minta maaf untuk diri sendiri, untuk hubungan hati kita dengan Allah, kerana kita acknowledge kita dah melakukan kesilapan. Sama ada si polan hendak maafkan atau tidak, itu hubungan hatinya dengan Allah.
Yes, I acknowledge this. Walaupun dengan insan2 yang bila teringatkan mereka jer terkeluar "pergi lah mampus" di dalam hati. Yes, as much as I want peace in my heart ada beberapa insan yang nak pandang muka dia pun tak suka. Tak boleh nak duduk sama, senyum atau bergelak-ketawa jauh sekali. I don't care for them at all. I acknowledge that Allah loves them. I just find it difficult to forgive and forget... may Allah gives peace in my heart and lift those nasty feelings away. For they are His servant and bakal ahli syurga juga. Kita pun mahu jadi ahli syurga.
Alhamdulillah tiada perasaan macam tu untuk keluarga terdekat dan orang2 penting dalam kehidupan. Yang tiada kepentingan langsung tu boleh avoid selagi boleh. Tapi kalau dengan keluarga terdekat berperasaan macam tu, kasihan lah hati.
Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Wednesday, May 30, 2018
Ramadhan Bulan Ibadah
Kalau boleh di bulan Ramadhan ni tak nak ke mana2. Duduk di rumah, buat rutin harian, solat dan mengaji. Bahagia rasa bila tiada gangguan. Hampir seperti di Mekah. Terus hilang segala kerisauan tentang hal2 lain yang ditinggalkan. Hanya beribadah sahaja. Kerap kali juga terasa berat bila perlu buat sesuatu yang akan menyebabkan kurang masa beribadah. Cuma perlu ingatkan diri, banyak urusan lain juga termasuk dalam ibadah.
Tiba2 terbaca kisah dari blog ni http://www.ngajionline.net/2018/05/ketika-ahli-ibadah-tidak-menemukan.html?m=1
Seseorang yang tahajjud setiap malam tetapi tidak menjumpai namanya dalam kitab yang tertulis nama2 hamba pencinta Allah. Ini kerana sibuk dengan ibadahnya sehingga terlupa hubungan dengan manusia. Selain berasa riak, orang sakit tidah diziarah, orang lapar tidak diberi makan. Bagaimana mungkin mencinta Allah sekiranya tidak mencintai hamba2 Nya.
Peringatan untuk diri sendiri. Ibadah itu dalam berbagai bentuk. Niat kan lah apa yang kita lakukan itu sebagai ibadah. InsyaAllah disukai Allah dan rasulNya s.a.w.
Tiba2 terbaca kisah dari blog ni http://www.ngajionline.net/2018/05/ketika-ahli-ibadah-tidak-menemukan.html?m=1
Seseorang yang tahajjud setiap malam tetapi tidak menjumpai namanya dalam kitab yang tertulis nama2 hamba pencinta Allah. Ini kerana sibuk dengan ibadahnya sehingga terlupa hubungan dengan manusia. Selain berasa riak, orang sakit tidah diziarah, orang lapar tidak diberi makan. Bagaimana mungkin mencinta Allah sekiranya tidak mencintai hamba2 Nya.
Peringatan untuk diri sendiri. Ibadah itu dalam berbagai bentuk. Niat kan lah apa yang kita lakukan itu sebagai ibadah. InsyaAllah disukai Allah dan rasulNya s.a.w.
Sunday, May 27, 2018
Pengajaran Dari GE14
Kesan dakwat mengundi masih bersisa di kuku. Maka boleh lah nak bercerita pasal GE14 kan :)
Walaupun dah lama berhajat kepada perubahan, tapi seumpama hampir mustahil ia akan berlaku bila mengenangkan segelintir masyarakat masih di takuk lama. Ada yang terhutang budi pada keris atau dacing katanya... atau mengharapkan bantuan barang sehelai pelikat atau sekampit beras atau RM50 atau sebiji tong biru. Lagi pun mengenangkan kiasan2 akhir zaman betapa kekufaran itu akan berleluasa... maka dalam hati tidaklah berharap langsung. Yang penting, selagi Selangor tidak berubah, sudah bersyukur yang teramat sangat.
Semakin lama menunggu keputusan yang tak juga diumumkan, semakin berbunga2 harapan. Mungkinkah??? Dan siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Masih ada sinar... Sesiapa pun patut belajar dari sejarah yang berlaku. Sesiapa pun yang rasa dia berkuasa, akan tiba masa tersungkur jua. Keangkuhan, kebiadapan, kesombongan... high high squirrel jump, one day fall to the ground also katanya :D Tetapi manusia memang tidak pernah mahu mengambil pengajaran walaupun sudah berabad2 sejarah menceritakan pelbagai cara kejatuhan pemimpin zalim. Kini satu lagi sejarah serupa terlakar di dunia. Tetapi kadang2 kita juga berlaku zalim dengan sedikit kuasa yang kita ada. Tuding lah jari kepada diri sendiri. Itu jauh lebih bermakna.
Kita juga patut belajar bagaimana kesabaran itu akhirnya membuahkan hasil. Masa DSAI dijatuhkan, sesuatu yang amat mengejutkan... dan sudah pasti kita mahu kan reformasi berlaku. Tapi akhirnya kita jadi bosan dan hidup pun diteruskan. Walau bagaimana pun, buat DSAI dan keluarga, serta penyokong2 nya, ia adalah satu perjuangan yang tetap diteruskan. Akhirnya satu kejayaan buat mereka selepas hampir 20 tahun. Ia sepatutnya memberikan kekuatan pada kita untuk terus istiqamah dalam bersabar dan berusaha.
Kita juga boleh belajar tentang qada' dan qadar. DSWAI adalah contoh seorang reluctant leader. Dia tidak pernah mahu berada di kedudukan itu tetapi PERLU melakukannya. Dan sekarang berada di posisi yang suatu masa dahulu dipegang oleh suaminya DSAI. Begitu lah kadang2 Allah tidak beri apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu. DSWAI tidak pernah menginginkannya. She is a woman very much like TDSH. But she has to fight in a different way. Begitu juga kita. Apa yang kita aspirasikan kadang2 semakin jauh dari genggaman. Buntu dan lesu tidak dapat apa yang dihajatkan... akhirnya kehidupan diteruskan dan kita penuhi dengan hajat2 lain atau bina hajat baru. Kadang2 kita lupa dengan qada' dan qadar.
DMM ialah satu lagi contoh. Baru dalam 2 bulan menyertai politik katanya... dan kita semua tahu dia terus dapat jadi menteri kabinet. Itu semua qada' dan qadar Nya.
Begitu lah putaran dunia yang sementara. Dan manusia masih tetap mengejar yang sementara itu. Ambil lah pengajaran dari lembaran sejarah.
Cepat... atau lambat... berlaku seperti yang dikehendaki atau tidak... bukan urusan kita. Usaha dan doa sentiasa, Allah tahu masa yang tepat untuk kita. Allah tahu perkara yang sesuai untuk kita. Sentiasa lah ingatkan makna2 dalam surah Al-Kahfi.
Heart Ache
Terbangun jer dari tidur, terasa heart ache... a deep sense of sadness. Terus sedih. Terus teringat puncanya dari orang yang busuk hati atau dengki.
After a certain point, I always feel join jer sama2... buat sama2. Senang hidup. Tak yah pening2. Tapi kalau tak mampu nak join, tak dapat lah nak buat apa.
Tapiiii... busuk ke hati orang, atau dengki ke, Allah jer yang tahu. Dia lah pemilik hati2 kita. Dan baik ker hati kita, mulia ker impian kita... Allah juga yang lebih mengetahui. Walau pun rasa tak dengki, atau pun terasa dah habis baik, belum tentu lagi. Sedangkan ramai yang beramal dengan amal2 soleh tapi Allah tak terima kerana ada sedikit riak dlm hati. So kita berdoa agar dijaga hati dan berserah lah padaNya. Have a real clear conscience.
I used to say lakukan sepertimana kita ingin orang lain lakukan kepada kita. Tapi dah banyak kali terbukti THAT will not always happen. Orang akan buat apa yang dia nak jer. So, lakukan lah sebagaimana yang hati kita inginkan keredhaan Allah. Orang lain... biarlah dia buat apa yang dia nak untuk diri dia. Itu urusan dia dengan Allah pula.
Bukan mudah... kadang2 terasa heart ache. Kadang2 terasa bila orang BUAT kita, belum tentu dia akan dapat happiness 100%. Tapi jaga2 lah wahai hati. Ingatlah dunia ni sementara. Ganjaran di hari akhirat jauh lebih besar.
#entrysedapkanhati
#mencariganjaranakhirat
#mencariganjaranakhirat
Tuesday, May 1, 2018
Kinabalu Adventure
![]() |
| Beautiful landmark walaupun ini bukan peak. |
![]() |
| Hubby on the way down |
Last Sunday, berjaya sampai di puncak Kinabalu tepat pukul 7 pagi. Setiap kejayaan sampai puncak sangat manis, terutama dengan dugaan tahap kesihatan baru2 ni. Spondilolithesis di L5, energy level yang berubah2 mengikut hormon dan seperti biasa... kemungkinan asthma. And not to mention latihan yang tak seberapa. Apa lah sangat bukit puchong atau bukit taman u atau bukit jalil recreation park atau taman saujana hijau nak dibanding dengan gunung kinabalu. Orang lain berkali2 naik turun Nuang dan gunung2 lain yang susah2.
Bila terasa sangat dengan kekurangan yang pelbagai ni, hanya satu jer lagi usaha yang ada iaitu memohon dari yang Maha Memberi Kekuatan. Sempat beberapa kali solat hajat memohon diberi kekuatan dan cuaca yang baik, serta selamat pergi dan balik. Berdoa juga supaya menjadikan pendakian ni suatu ibadah... ingat untuk berzikir, ingat untuk bersyukur, lihat kebesaran Allah dan jangan riak. Tiada apa yang hendak di-riak kan. Tiada sedikit pun daya upaya dan kekuatan melainkan dariNya. Takut orang terlebih puji dan dia tak tahu pun takat usaha dan doa kita. Alhamdulillah syukur sangat bila sampai puncak dan turun dengan selamat.
For someone yang sangat tak tahan sejuk, alhamdulillah kali ni cukup persediaan pakaian dan sebab tak hujan, masih mampu berwuduk dan bersuci dengan air paip biasa. The fact that we only stayed for one night pun amat memudahkan packing. The fact that sebelum dan selepas trip we stayed at hubby's condo pun memudahkan packing. Hujan renyai hanya turun after like 1km hike down from Panalaban. Only at the final 2.5km baru hujan lebat. I can feel water slide down my neck after it seeped through my cheap raincoat. Nak pakai jaket raincoat mcm masa kat Nepal tu takut tak tahan panas pulak. Memang bawa but utk kalau hujan di atas. Body heat masa hiking, mmg panas. Tak tahan nak berjaket tebal dan gloves. Kena juga lah hujan di kinabalu supaya dapat rasa semua pengalaman. Dan hujan ini lah yang mencantikkan trail di kinabalu ni. Macam berjalan dalam taman, dengan route yang sangat tough.
I've been imagining it to be like 4-5 times Gunung Datuk. Every time naik bukit pun cuba bayangkan kinabalu akan berkali2 ganda dari bukit tu. Advantage di Kinabalu ialah the cool weather helps a lot with our energy level. Di sini kadang2 sgt hot and humid, energy pun cepat habis. The mental preparation sgt penting dan sgt membantu. I find route from Timpohon to Panalaban quite manageable dgn cuaca yang baik, dan support from hubby as darling porter. I brought my Quechua 10l knapsack jer. We have another porter who carries our big bag.
Dari Panalaban ke peak, cabaran sgt berbeza sebab naik tangga dengan keadaan gelap. Dan start2 terus tangga yang sangat pacak. Nak pecah rasa dada ni mula2. After dah dapat rhythmn, baru boleh overtake my team members. Bulan penuh dan cantik sgt awal2 pagi tu. Subhanallah tak dapat nak capture. Then tiba2 rasa sakit kepala sgt2. Bahagian belakang kepala dekat dengan tengkuk. Panik sekejap takut kena AMS. But I remember I memang ada masalah kalau pakai benda yang menjerut kepala seperti beanie dan cap ketat. That morning, it's my headlamp. Terus turunkan dan biar tergantung di leher jer. Cahaya tak terang sangat sebab susah nak pegang dengan tangan. Cahaya bulan juga membantu. Dlm 30-40 minit juga baru terasa lega. Kerap minum air juga nak elakkan dari terkena AMS. Head cover from my jacket pun diturunkan bila perlu. Pakai bila rasa sejuk jer. Kalau tak, rasa overheat badan dan takder tenaga. Alhamdulillah ok lepas tu.
Some info that I'd like to remember...
Timpohon 1866 mdpl
Panalaban 3272 mdpl
Puncak 2.8km 4095 mdpl
Timpohon 1866 mdpl
Panalaban 3272 mdpl
Puncak 2.8km 4095 mdpl
Day 1 - 28 Apr: Timpohon Gate to Panalaban 6km uphill (9.15-2.55).
Day 2 - 28 Apr: Panalaban to Summit 2.8km (2.55 - 7.00) 1 way. Reached Panalaban at 9.30.
Panalaban to Timpohon Gate, 10.40am - 2.35pm, in heavy rain for the last 2.5km.
Day 2 - 28 Apr: Panalaban to Summit 2.8km (2.55 - 7.00) 1 way. Reached Panalaban at 9.30.
Panalaban to Timpohon Gate, 10.40am - 2.35pm, in heavy rain for the last 2.5km.
Subscribe to:
Posts (Atom)

