Wednesday, May 30, 2018

Ramadhan Bulan Ibadah

Kalau boleh di bulan Ramadhan ni tak nak ke mana2. Duduk di rumah, buat rutin harian, solat dan mengaji. Bahagia rasa bila tiada gangguan. Hampir seperti di Mekah. Terus hilang segala kerisauan tentang hal2 lain yang ditinggalkan. Hanya beribadah sahaja. Kerap kali juga terasa berat bila perlu buat sesuatu yang akan menyebabkan kurang masa beribadah. Cuma perlu ingatkan diri, banyak urusan lain juga termasuk dalam ibadah.

Tiba2 terbaca kisah dari blog ni http://www.ngajionline.net/2018/05/ketika-ahli-ibadah-tidak-menemukan.html?m=1

Seseorang yang tahajjud setiap malam tetapi tidak menjumpai namanya dalam kitab yang tertulis nama2 hamba pencinta Allah. Ini kerana sibuk dengan ibadahnya sehingga terlupa hubungan dengan manusia. Selain berasa riak, orang sakit tidah diziarah, orang lapar tidak diberi makan. Bagaimana mungkin mencinta Allah sekiranya tidak mencintai hamba2 Nya.

Peringatan untuk diri sendiri. Ibadah itu dalam berbagai bentuk. Niat kan lah apa yang kita lakukan itu sebagai ibadah. InsyaAllah disukai Allah dan rasulNya s.a.w.

No comments: