Sunday, May 19, 2019

Dungu Atau Buat2 Dungu


Zaman2 tak berapa pandai dulu, pernah lah suka orang. Kalau dah suka, apa benda yang dia buat pun boleh jadi bahan perasan. Kalau dah bagi bunga dengan surat lagi lah kan. Sooo... pathetic.

Tapi nak salahkan diri zaman dulu pun tak boleh 100% kerana persekitaran memang begitu. Drama tunjuk begitu... pandang2 jeling2 lepas tu bercinta. Ada drama endingnya setakat declare cinta jer pun. Belum tentu lagi si lelaki cukup kuat nak jumpa mak bapak sendiri suruh pinangkan anak orang. Tapi masa tu belum rasional sangat macam sekarang. Pergaulan pun dengan orang sebaya. Masing2 ada masalah yang lebih kurang sama. Belum terdedah dengan masalah2 kehidupan.

Lepas dah break up, makin lama makin matang. Makin lama berjumpa dengan macam2 kisah kehidupan. Lelaki2 tak bertanggungjawab macam2 kisah. Zaman ni, zaman suspicious dengan lelaki. Semua tak boleh harap. Hidup sorang lagi baik. Till I met my husband of course. Tu pun berliku gak kisahnya. Dah rasional gak masa tu. Nak serious buat cara nak serious. Take necessary steps. But that's another story lah.

Sekarang nak stick to point from my first paragraph. Zaman sekarang ni kisah emosi anak2 remaja berkisar dengan social media pulak. Dapat like, dapat love, dapat komen. Kalau jenis takder perasaan OK jer. Tapi kalau hati dah suka, tu semua buat perasan dan hati berbunga2. Tak perlu nak beza sangat lah zaman dulu dengan sekarang. Emosi manusia tu sama jer dari azali. Tools jer berbeza.

Kita tak nak lah anak2 tersilap langkah. Anak2 lelaki semua. Jangan buat kat anak dara orang camtu. Kena bertanggungjawab sikit. Mainkan hati dengan perasaan orang tu untuk saja suka2, berdosa. Bukan untuk anak bujang jer. Datuk yang dah bercucu pun kena ingat sama. Perempuan dah tua bangka pun kalau dah dilamun perasaan mengalahkan remaja jugak. Jangan jadi dungu sangat atau buat2 dungu macam benda2 ni semua takder kesannya. Hmm... nasib lah anak2 bujang dah kahwin and akan kawin soon. Tinggal yang kecik2 ni harap2 lama lagi baru ummi boleh bebel pasal ni. Tapi yang dah kawin tu, jaga hati isteri. Jaga juga diri sendiri. Jangan cari penyakit terjebak dengan pujuk rayu orang pulak.

Kita dah lalui pengalaman ni. Kalau boleh nak bercerita realiti kehidupan, rasionalnya macamana, jangan lah tersilap langkah. Tapi susah nak bagi orang yang tak pernah lalui faham. Kita cuma boleh bagi guidance jer. Dayung ada di tangan, pandai2 lah kemudi haluan. Cari jalan yang benar dan lurus berpandukan nasihat dan pegangan agama. Semoga semuanya baik2 ajer untuk keluarga kami.

Saturday, May 18, 2019

Pulau Tinggi, Mersing Island Hopping


Ni cerita before ke Vietnam. Mak dah gi holiday. Ummi dah gi holiday. Anak2 plak ajak pergi holiday masa cuti sekolah. Kami baru jer ke Tioman. Dah memang ada survey2 island hopping di Mersing sebab ada peserta pernah kongsi snorkelling di Mersing pun cantik juga. Selalu ke Tioman jer kita try lah tempat lain pulak.

Tanya sana tanya sini, last2 hubby decide nak amik 3d2n package. Option lain ialah day trip tapi kami kena amik homestay di Mersing at least 1 malam. Baik lah merasa bermalam di pulau. Memang banyak pulau2 area situ tapi kami dapat pakej dari ejen ni chalet di Pulau Tinggi. I asked for 2 rooms. 1 family + 1 std or 2 std. Di baginya kami bilik ber6. Spoil betul mood dibuatnya. Bengang sebab dia macam ambil ringan permintaan customer.  Janji dah dpt customer. Katanya tersalah pandang. Lagi pun 1 family. Apa salahnya 1 bilik. Hello... bukan semua family tu mahram kan. Buatnya abang ipar dengan adik ipar ker, biras ker, macam2 sebab lah family mintak berapa bilik. Jangan lah ikut suka jer. Hmmm... nampak tak betapa masih geram dengan dia. Dah berbulan berlalu pun masih boleh membebel panjang kalau ingatkan conversation dengan dia. Of course we are OK with one room... nasib baik mak dengan ummi OK jer kan... tapi kena hadap lah bilik air satu jer.


We checked in, berehat. Panas tak berangin. Chalet pun kipas jer. Dah petang sikit baru pergi main air. Nice beach. Malam pun takder apa2 aktiviti sangat. Dah makan, lepak2 amik angin, tidur lah. Esok nak gi island hopping.

So lepas breakfast kami siap2. 1st location ialah gi hiking dulu at Pulau Sibu Kukus. Gigih tokbah dukung cucu hiking. Tengok view yang cantik 😍. Then snorkeling at one spot tengok Nemo and anemone banyak. Tapi arus kuat. When we stopped for packed lunch at another pulau, I threw up. Agaknya swimming berlawan dengan arus tu buat kepala pening. Then baring jer kat pasir time orang lain makan. Tak selera nak makan. After that ke Gua Merah. Tak lah macam gua sangat. More like rocky opening dengan air berombak2. Ada 4-5 spot kami pergi. Tak ingat sangat dah. Next day, pagi2 kami dah check out. 




Overall, underwater tidak secantik Tioman tapi mungkin sebab kami pergi musim air tak clear sangat. Kut lah ada masa yang lebih cantik dan tenang. Tapi berbaloi juga pergi at least sekali untuk rasa kelainan. Air di Pulau Tinggi ok best dan beach pun cantik as well as no sandflies. Teruk kami kena sandflies di Tioman aritu. Sesuai kalau nak pergi untuk berehat2 di beach yang cantik dan tak sibuk sangat. Recommended to go at least once in your lifetime. Lepas raya ni nak ke Tioman lagi. Hubby nak ambil certification free diving. Hujung tahun pun nak ke Tioman lagi with big family and hubby's friend's family. Tioman ni memang begitu. Ada2 masa setahun sampai 2-3 kali pergi. Pernah gak setahun tak jejak langsung. But we love Tioman. So OK jer pergi berapa kali pun 😊



Saturday, May 11, 2019

Kisah Rezeki Ikan Parang Goreng


Setakat dah 6 hari puasa ni, sempat lah berbuka sekali di surau. 4 hari ada anak menantu di rumah. (Sekarang dah level anak menantu and cucu menyinggah di rumah ni OK 😃 I grandma already 😜. Kadang2 grandma kurang kesedaran diri dah jadi grandma. Nak gak memanjat gunung bagai 😅.) Semalam perut rasa semacam angin mencucuk2. Dah cakap dengan geng berbuka di surau tak dapat pergi, time dah dekat2 nak buka tu elok plak perut ni. Tak prepare ler nak ke surau. Nak gak bawak sket hidangan... timun pun jadi lah kan. Tak per lah. Berbuka di rumah, panas2kan lauk apa yang ada. Kalau di surau lambat habis terawihnya walaupun buat 8 rakaat jer. Di rumah, awal dah selesai terawih dan dapat berehat.

Masa sahur tadi terkejut tengok semut dah naik ker bekas ikan parang goreng. Kat rumah ni dah mula bersemut (after more than 10 years duduk sini) tapi bukan semua makanan kena. Biasa yang goreng2 ni simpan dalam Tupperware or fridge. Semalam terlupa. Tapiiii... semut2 tu bertumpu dekat cebisan ikan kecil jer kat tepi piring. Tak usik langsung ikan yang lain. Rasa amazing sangat. Rasa betul2 my rezeki nak makan ikan tu. Otherwise, dah selalu gak makanan yang dinaiki semut ni masuk dalam tong sampah. Alhamdulillah rezeki. Gitu lah kan bila Allah yang Maha pemberi rezeki dah tulis rezeki kita. Jadi, ingatan untuk diri sendiri. Bab rezeki ni, berdoalah dan percaya dengan rezeki dariNya.

Tadi ada terbaca satu post. Kalau main 4d tu dijamin akan menang wang besar, kita akan main tak? Assuming tiada isu halal haram. Sure lah main kan sebab dijamin akan menang. Cepat atau lambat jer dapat tapi gerenti dapat. Walaupun 4d tu sebenarnya tiada langsung jaminan menang, tapi ramai jugak yang main sebab PERCAYA akan menang. Jadi kita PERCAYA tak doa kita akan dimakbulkan Allah? Kalau percaya, kenapa tak nak berdoa? Berdoa lah... Allah dah jamin Dia dekat dengan kita. Allah dah jamin dengar doa kita. Cepat atau lambat jer, atau Dia ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jadi berdoalah. Teringatkan my friend yang solat hajat lepas setiap solat fardhu selama 3 bulan.
So peringatan untuk diri sendiri sempena Ramadhan ni. Doa dan yakin dengan ketentuan Allah.