Ni cerita before ke Vietnam. Mak dah gi holiday. Ummi dah gi holiday. Anak2 plak ajak pergi holiday masa cuti sekolah. Kami baru jer ke Tioman. Dah memang ada survey2 island hopping di Mersing sebab ada peserta pernah kongsi snorkelling di Mersing pun cantik juga. Selalu ke Tioman jer kita try lah tempat lain pulak.
Tanya sana tanya sini, last2 hubby decide nak amik 3d2n package. Option lain ialah day trip tapi kami kena amik homestay di Mersing at least 1 malam. Baik lah merasa bermalam di pulau. Memang banyak pulau2 area situ tapi kami dapat pakej dari ejen ni chalet di Pulau Tinggi. I asked for 2 rooms. 1 family + 1 std or 2 std. Di baginya kami bilik ber6. Spoil betul mood dibuatnya. Bengang sebab dia macam ambil ringan permintaan customer. Janji dah dpt customer. Katanya tersalah pandang. Lagi pun 1 family. Apa salahnya 1 bilik. Hello... bukan semua family tu mahram kan. Buatnya abang ipar dengan adik ipar ker, biras ker, macam2 sebab lah family mintak berapa bilik. Jangan lah ikut suka jer. Hmmm... nampak tak betapa masih geram dengan dia. Dah berbulan berlalu pun masih boleh membebel panjang kalau ingatkan conversation dengan dia. Of course we are OK with one room... nasib baik mak dengan ummi OK jer kan... tapi kena hadap lah bilik air satu jer.
We checked in, berehat. Panas tak berangin. Chalet pun kipas jer. Dah petang sikit baru pergi main air. Nice beach. Malam pun takder apa2 aktiviti sangat. Dah makan, lepak2 amik angin, tidur lah. Esok nak gi island hopping.
So lepas breakfast kami siap2. 1st location ialah gi hiking dulu at Pulau Sibu Kukus. Gigih tokbah dukung cucu hiking. Tengok view yang cantik 😍. Then snorkeling at one spot tengok Nemo and anemone banyak. Tapi arus kuat. When we stopped for packed lunch at another pulau, I threw up. Agaknya swimming berlawan dengan arus tu buat kepala pening. Then baring jer kat pasir time orang lain makan. Tak selera nak makan. After that ke Gua Merah. Tak lah macam gua sangat. More like rocky opening dengan air berombak2. Ada 4-5 spot kami pergi. Tak ingat sangat dah. Next day, pagi2 kami dah check out.
Overall, underwater tidak secantik Tioman tapi mungkin sebab kami pergi musim air tak clear sangat. Kut lah ada masa yang lebih cantik dan tenang. Tapi berbaloi juga pergi at least sekali untuk rasa kelainan. Air di Pulau Tinggi ok best dan beach pun cantik as well as no sandflies. Teruk kami kena sandflies di Tioman aritu. Sesuai kalau nak pergi untuk berehat2 di beach yang cantik dan tak sibuk sangat. Recommended to go at least once in your lifetime. Lepas raya ni nak ke Tioman lagi. Hubby nak ambil certification free diving. Hujung tahun pun nak ke Tioman lagi with big family and hubby's friend's family. Tioman ni memang begitu. Ada2 masa setahun sampai 2-3 kali pergi. Pernah gak setahun tak jejak langsung. But we love Tioman. So OK jer pergi berapa kali pun 😊


No comments:
Post a Comment