Setakat dah 6 hari puasa ni, sempat lah berbuka sekali di surau. 4 hari ada anak menantu di rumah. (Sekarang dah level anak menantu and cucu menyinggah di rumah ni OK 😃 I grandma already 😜. Kadang2 grandma kurang kesedaran diri dah jadi grandma. Nak gak memanjat gunung bagai 😅.) Semalam perut rasa semacam angin mencucuk2. Dah cakap dengan geng berbuka di surau tak dapat pergi, time dah dekat2 nak buka tu elok plak perut ni. Tak prepare ler nak ke surau. Nak gak bawak sket hidangan... timun pun jadi lah kan. Tak per lah. Berbuka di rumah, panas2kan lauk apa yang ada. Kalau di surau lambat habis terawihnya walaupun buat 8 rakaat jer. Di rumah, awal dah selesai terawih dan dapat berehat.
Masa sahur tadi terkejut tengok semut dah naik ker bekas ikan parang goreng. Kat rumah ni dah mula bersemut (after more than 10 years duduk sini) tapi bukan semua makanan kena. Biasa yang goreng2 ni simpan dalam Tupperware or fridge. Semalam terlupa. Tapiiii... semut2 tu bertumpu dekat cebisan ikan kecil jer kat tepi piring. Tak usik langsung ikan yang lain. Rasa amazing sangat. Rasa betul2 my rezeki nak makan ikan tu. Otherwise, dah selalu gak makanan yang dinaiki semut ni masuk dalam tong sampah. Alhamdulillah rezeki. Gitu lah kan bila Allah yang Maha pemberi rezeki dah tulis rezeki kita. Jadi, ingatan untuk diri sendiri. Bab rezeki ni, berdoalah dan percaya dengan rezeki dariNya.
Tadi ada terbaca satu post. Kalau main 4d tu dijamin akan menang wang besar, kita akan main tak? Assuming tiada isu halal haram. Sure lah main kan sebab dijamin akan menang. Cepat atau lambat jer dapat tapi gerenti dapat. Walaupun 4d tu sebenarnya tiada langsung jaminan menang, tapi ramai jugak yang main sebab PERCAYA akan menang. Jadi kita PERCAYA tak doa kita akan dimakbulkan Allah? Kalau percaya, kenapa tak nak berdoa? Berdoa lah... Allah dah jamin Dia dekat dengan kita. Allah dah jamin dengar doa kita. Cepat atau lambat jer, atau Dia ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jadi berdoalah. Teringatkan my friend yang solat hajat lepas setiap solat fardhu selama 3 bulan.
So peringatan untuk diri sendiri sempena Ramadhan ni. Doa dan yakin dengan ketentuan Allah.
No comments:
Post a Comment