Ramai ibu-ibu yang berangan-angan hendak berhenti kerja, bekerja sendiri dengan masa yang lebih flexible agar dapat menumpukan perhatian kepada keluarga. Tidak ramai yang berani buat. Bermacam alasan dan sebab kenapa mereka rasa ia tidak mampu dilakukan. Walaupun masing-masing tidak suka dengan persekitaran kerja atau rasa pemberian tugasan yang tidak masuk akal dan tidak membantu KPI masing-masing.
Mungkin mereka tidak duduk dan berfikir panjang tentang keperluan dan kehendak.
Katalah seseorang itu bergaji RM3000.
Gaji RM3000 - Potongan KWSP dan SOCSO anggaran RM300 - Maid/nurseri RM500 - Perbelanjaan minyak/tol/breakfast dan lunch di tempat kerja RM500 = RM1700 yang mungkin kita guna untuk bayar kereta, rumah dan perbelanjaan lain, harapnya termasuk sedikit simpanan.
Potongan KWSP dari majikan pada 13% atau lebih bergantung pada faedah tempat kerja masing-masing anggaran RM300 agar mudah kita membuat perkiraan. Jadi keseluruhan pendapatan yang kita sebenarnya perlu ialah RM2000 sebulan.
Perkara lain yang perlu kita lepaskan jika berhenti kerja ialah insurans perubatan untuk diri dan keluarga. Mungkin kita boleh fikirkan cara lain untuk menampung kos ini bila diperlukan.
RM2000 sebulan jika dibahagikan dengan 20 hari bekerja ialah RM100 sehari. Apakah perkara lain yang boleh kita lakukan agar dapat keuntungan bersih RM100 sehari. Jika jual barang dengan margin keuntungan bersih RM10, kita perlu menjual 10 barang untuk dapat RM100 sehari. 10 helai tudung atau baju contohnya dari perniagaan internet, atau penjualan cake/cup cake dan barang2 lain, atau apa-apa sahaja perkhidmatan. Tidak mampu kah kita dapat keuntungan bersih RM100 sehari dan bekerja 20 hari sebulan?
Kita perlu ambil masa sedikit sekiranya membuat online business untuk dikenali pelanggan. Perlu ada sedikit modal untuk membeli barangan yang hendak dijual. Mungkin kita boleh buat secara sambilan sebelum berhenti kerja sepenuhnya. Dan untuk mereka yang berpendapatan tinggi, mungkin kerak periuknya lebih besar. Duit bulanan kereta lebih besar, perbelanjaan lain pun lebih besar, tapi anda juga boleh duduk dan asingkan keperluan dan kehendak, dapatkan jumlah keuntungan bersih sehari minima yang anda perlu dapatkan dan tidak semestinya kalau sehari dah untung RM100 kita tak perlu berusaha lagi. Ada hari kita dapat lebih, ada hari kurang. Jadi pandai2 lah mengurus perniagaan.
Kenderaan memang amat diperlukan untuk bergerak tetapi mungkin dari kereta mahal kita boleh tukar ke kereta yang lebih sederhana. Kalau dulu makan dikedai, sekarang boleh masak dirumah dan banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan. Dalam erti kata lain, tiada yang mustahil. Hanya perlu mencuba dan berusaha.
Kalau anda suka dengan kerja anda dan tiada perancangan untuk berhenti, teruskan lah bekerja. Alhamdulillah di Malaysia tiada larangan dan sekatan untuk wanita bekerja apa sahaja yang mereka mahu. Kalau suka dengan kerja anda, teruskan. Kalau berfikir-fikir untuk berhenti, mulalah buat perancangan. Jangan sekadar berangan2. It is possible and some already succeed.