Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Monday, October 30, 2017
Love Hate Relationship With The Hospital
Arini hampir berkampung di hospital. My 1st follow up with orthopaedic clinic after suffering from hip joint pain since April. Masa tu lah nak naik Rinjani, in May pulak nak ke Kashmir. Bertangguh-tangguh, finally ke klinik and referred to hospital. So bertambah lah sesi ke hospital i.e. untuk asthma, ENT and orthopaedic. For someone who has been trying to take care of her health, that's a LOOOTTTT of trip to the hospital. Tabah jer lah.
So dah sampai hospital, parking satu hal. Menunggu pulak satu hal. Nasib baik ada one lady macam sama2 timing with me and chit chat dengan dia. Everytime nak ke washroom, I just tinggalkan my big x-ray envelope and dia tolong tengok2kan. Mula2 no giliran di pendaftaran. Berzaman gak menunggu. Lepas dapat masuk klinik, another no giliran pulak. Mula2 the place was so full sampai takder seat. Later dapat juga tempat duduk and lagi sekali duduk sama2 with the lady I chit chatted with earlier. Dah biasa appointment hospital, I'll bring something untuk alas perut. My cut fruits from breakfast ada lagi. So makan buah and plain water untuk tahan lapar.
Masa jumpa doctor, he recommended physio and my next appointment will be after 2 months. I asked him if it is safe for me to do all my activities... cycling, hiking, zumba, planking. His reply, I will have to be the judge based on my level of pain. Kalau hiking macam Broga ok lah kata dia. In other words, no gunung yet. Hmm... diam jer lah. Let's see how the physio goes. He also said if I have difficulty controlling urination and bowel movement, to come to he hospital immediately. Huh! Boleh jadi sampai macam tu sekali!!! Setakat ni hip joint pain which will turn to back pain and numbness belakang paha. Sometimes, sakit sampai tapak kaki. The pain is getting more noticeable now after few months kena lanyak jugak kaki ni.
Belum selesai lagi urusan hospital. Ambil appointment date for physio, went to the x-ray department to get them to digitize my x-ray film but it's lunch time already. Have to wait till after 2. I might as well go and have lunch myself. After lunch, went to 2 pharmacies to get medication for my 3 clinics. Alang2 dah dekat sini, nanti tak payah datang lagi. They normally give specific dates for my periodic medication supply but I never follow those dates. Nasib baik farmasi operational during lunch time. Habis urusan farmasi, just nice ke x-ray department lagi sekali. Waited for 45 minutes dengan guruh berdentum-dentam. Mesti hujan lebat di luar.
Habis urusan, tercegat sekejap dekat pintu and tengok keadaan hujan. I don't mind heavy rain as long as not too windy. Otherwise ada payung pun basah. After about 5 minutes, decided to get my car. Alhamdulillah... reached home around 3.30 pm. Nak merayap tempat lain pun hujan. Balik jer lah. Paling best dapat luruskan pinggang di rumah sendiri, sangat selesa walaupun hujan lebat kat luar. Bersyukur dengan kemudahan dalam kehidupan. Many are not as lucky.
So dari sebelum 8 pagi dah keluar rumah, hampir seharian urusan hospital jer. All the walking around the hospital, I just imagine that's my workout for the day. Next appointment will be in December. See you next time lah yer hospital.
Saturday, October 28, 2017
Anak
Saya memang tiada anak yang dilahirkan sendiri dan masih hidup. Anak2 yang menanti di syurga insyaAllah ada. Ada yang kata, kalau lah saya dapat sorang... boleh lah jaga saya bila tua nanti. Saya senyum jer kerana doa mereka sangat baik dan penuh harapan kebaikan untuk saya. Tapi saya tak risau pun. Bukan kah Allah yang menentukan segalanya. Yang anak ramai pun belum tentu anak-anak boleh jaga. Yang tiada anak macam saya pun boleh dapat kasih sayang anak-anak. Tu kan kuasa Allah.
1. Rezeki saya dapat rasa mengandung dan melahirkan.
2. Rezeki saya dapat anak-anak yang berlari dari jauh sambil memekik "ummiii..." diikuti oleh pelukan erat.
3. Rezeki saya dapat teman anak di sekolah untuk sesi motivasi sebelum peperiksaan.
4. Rezeki saya ada telinga-telinga untuk saya membebel sebab sayang dan risaukan anak-anak (yang ni mungkin anak-anak tak gemar tapi kalau saya tak membebel, maknanya mereka tak penting dan tak terjentik naluri saya untuk be protective towards them)
5. Rezeki saya juga dapat anak-anak yang nak tarik muka dengan saya. Eleh.. sikit pun tak heran dengan tarik muka awak tu. Kalau dengan mak ayah sendiri pun mereka buat perangai, merajuk dan macam-macam, apa lah sangat bila dia tarik muka dengan saya kan. Begitu lah perangai anak-anak dan Allah jadikan mak ayah tu cepat lupa dengan kenakalan anak-anak... maka tidaklah di simpan dalam hati. Kalau tidak, habislah kau anak-anak nak menjawab di depan Allah nanti. Saya juga pelupa kerana mereka macam anak-anak saya.
Dan macam-macam lagi rezeki yang Allah bagi... tak terfikir pun dapat rasa semua tu kalau takder anak. Allah yang Maha Pemberi Rezeki kan. Alhamdulillah diberikan rezeki ini.

Sunday, October 22, 2017
Life as it is
Dalam hidup ni, kalau tak nak menangis, hati kena kuat. Kena selalu rasional.
Takper lah camni. Bertahan jer lah. Memang hidup ni bukan mudah. Allah nak kita lalui cabaran, baru layak dapat syurga.
Tapi bukan mudah nak rasional selalu. Kadang2 tergelincir emosional. Kadang2 bila kita macam takder perasaan, orang ingat kita betul2 takder perasaan. Sedangkan realiti, kita cuba rasional. Kalau tergelincir masuk ke ruang emosional, nanti jadi semua serba tak kena. Meroyan tak tentu pasal.
Dan orang paling dekat dengan kita pun belum tentu faham.
#lifeasitis
#13longestdays

Subscribe to:
Posts (Atom)