Sunday, July 28, 2013

Evening Sickness?

Bila ingat dah ada pattern tertentu, I was always proven wrong. Sigh! Last night ingatkan I  have evening sickness sebab few nights dah siang OK malam start lembik. Tapi malam tadi memang sangat2 rasa muntah. Susah nak tidur. Rasa sakit buat kita lebih banyak berzikir. Akhirnya berjaya tidur. Pagi tadi masih rasa tak berapa selesa perut ni tapi sahur juga. Masa wudhu untuk Subuh tadi keluar semua isi perut :( Tak puasa lagi lah harini jawab nya. Dan pagi ni masih lembik.

Saturday, July 27, 2013

Dah 3 Bulan

Selepas muntah sesedap rasa haritu, Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 nampaknya keadaan semakin baik. Harini terasa ada tenaga sikit. Tak lah kepala berat jer rasa nak melepek. Dah masuk 9 hari tak puasa, 7 hari berturut2. Ada sekali entah apa yang kalah di makan, terasa lembik mengalahkan sotong. Yang menjadi suspek ialah wajik yang dibeli di pasar Ramadhan. Makan sikit jer tapi ada2 masa pulut memang buat badan tak tentu arah. Teruk anginnya. Dodol pun dari tepung pulut juga tapi boleh pulak makan. Zaman sekarang tak perlu tunggu raya nak makan makanan tu semua. Malam tadi makan roti john dengan tepung pelita pun rasa tak tentu arah nak muntah. Dah berapa hari OK jer. Urge pun sekali dua bila perut dibiarkan lapar jer. Kalau dah isi, OK takder masalah. InsyaAllah lepas ni kita cuba puasa semula. Hopefully boleh bertahan masa lapar sebab setakat keadaan OK ni, mual akan datang bila lapar. Kena makan sikit2 tapi sekejap2. Biskut dan roti tak main. Mesti makanan yang berat. Adusss... jangan ummi ni jadi terlebih berat jer nanti sudah lah.

My birthday dah berapa hari berlalu. Tiada apa-apa sambutan istimewa dalam keadaan lembik dan mual ni. Dapat hubby temankan sepanjang hari lah hadiahnya. Kali ni berkesempatan nak reflect keadaan diri yang pregnant lepas tak sibuk melayan mual dan muntah. Dah bersedia ker nak jadi ummi? Pandai ker nak jaga anak? Apa persediaan yang nak dibuat? Macam-macam lagi lah persoalan. Ada masa berfikir sampai jauh sangat. Nasib baik terfikir sendiri... don't worry. Take one thing at a time. Like my friend said, "enjoy your pregnancy". InsyaAllah keadaan dah bertambah baik so hopefully boleh enjoy this period yang mungkin tak kan dapat dirasakan lagi lepas ni. Enjoy this song... untuk baby.

Tuesday, July 23, 2013

Mencari Rentak

Ingatkan dah jumpa rentak. Muntah pagi2 then I'd be fine as long as I feed myself every 2 hours or so... sebelum masuk angin. But today dah lari rentak for the past 2 days. Asyik nak terkeluar jer sampai tak kuasa nak tahan lagi. Nak muntah, muntah jer lah. Sigh!

Sunday, July 21, 2013

Ganti Puasa dan/atau Fidyah?

Semalam hari yang mencabar. Petang sakit di bahagian ari2 bila asyik rasa nak termuntah. Lepas berbuka sangat2 miserable sampai lah midnight bila terkeluar semua isi perut. Terasa tiada langsung kemanisan berpuasa. Astaghfirullah... marah pada diri sendiri terfikir macam tu sedangkan Allah dah beri kelonggaran tapi sendiri yang menzalimi diri.

So harini tak berpuasa. Bukan mudah ambil keputusan tak berpuasa ni. Bukan jenis ponteng puasa kan. Tapi tak larat rasanya. Dah cuba air halia, makan madu nak kurangkan loya tapi tak berjaya. Alangkan tak berpuasa pun bukannya segar bertenaga. Lembik melepek juga. Tapi sekurang2nya keadaan lebih baik bila dapat makan dan minum. Pendapat pasal ganti puasa dan fidyah pun ada pelbagai. Yer lah... bukan semua yang mengandung lembik melepek. Jadi guna lah yang mana rasa sesuai dengan conscience masing2.

Yang perlu diingat, Allah tak memberatkan hambaNya. Kalau sepanjang mengandung lembik, kemudian nifas, kemudian menyusukan anak, bila pula dapat ganti puasa? Bukan semua mampu nak bayar fidyah tiap2 tahun dengan puasa perlu diganti yang bertambah2. Yer lah kalau tahun ni mengandung, tahun depan menyusukan pulak. As for me, tengok lah second trimester nanti macamana keadaan.

Pagi tadi muntah juga lepas breakfast. Rasanya sebab angin, lepas muntah semua semalam terus paksa diri tidur. Mula2 pening nak makan apa lagi. I know I need something hot but milk, milo, tea and coffee semua tak menyelerakan. Then teringat ada mushroom soup vono. Cuba lah minum. Alhamdulillah celup biskut, kenyang juga utk breakfast kedua after muntahkan first one. Buah2 pun membantu. Untuk lunch ada lauk yang sepatutnya untuk sahur. Sakit ari2 pun takder arini. Malam tadi tidur dengan kaki ditinggikan guna bantal. At least for some moment sebelum bantal2 tu kena sepak ke bawah :D

Below are some info on ganti puasa atau bayar fidyah.

Dari fb page Wardina:
Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.
1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.
2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.
3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah
4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.
5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya. Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~

Dari wall Dr MAZA:
Kata Ibn 'Abbas: "Jika wanita hamil bimbang (kesihatan) dirinya, ataupun ibu yang menyusu bimbangkan anaknya -pada bulan ramadan- maka mereka boleh berbuka dan (menggantikannya) dengan memberi makan setiap hari seorang miskin (iaitu membayar fidyah) dan mereka TIDAK PERLU mengganti puasa ( tidak wajib qada puasa)" - riwayat al-Tabari sanadnya memenuhi syarat sahih al-Imam Muslim.

Dari web Masjid Al-Azim Melaka:

Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :

1. Wajib qadha'

Kedatangan haid dan nifas.
Sakit yang membahayakan.
Tersangat lapar dan dahaga.
Dalam perjalanan.
Pitam.
Mabuk.
Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.

2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.

Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.

3. Tidak wajib qadha'.

Kafir (tidak beragama Islam)
Kanak-kanak.
Gila

4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.

Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa
Beberapa Catitan Penting :

1. Lewat qadha' puasa:

Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.

2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:

Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.

Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.

Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.

Saturday, July 20, 2013

Kesayuranku

Semalam adalah hari lembik sedunia. Letih, lemah, longlai, limp, boneless, weak, vegetable. Pagi2 dah muntah kedarah. Sigh! Tak puasa lah lagi jawabnya. Perut yang kosong bukannya boleh diisi setakat dengan biskut. Nasib baik ada baki nasi dan lauk sahur sikit. Baru lah diam gelodaknya. Masa sahur minum air halia segelas, dikatakan baik untuk orang mual. Banyak beli halia muda haritu. Keluar balik semua. Dah tak beli bubur nasi pun. Walaupun sedap makan untuk orang yang tak berapa ada selera ni tapi tahap kenyang tak sama dengan nasi. Pasti perut tak senyap gelodaknya. Setakat pembuka selera boleh lah. Tapi semalam asal lapar jer dah diisi dan nampak OK jer bila perut penuh. Harap2 semua angin tak baik dah keluar dan harini mampu berpuasa. Tak sanggup nak ganti berhari2 tu.

Thursday, July 18, 2013

Yang Yang Yok

Terpaksa berbuka harini. Pagi2 dah muntah. Mula2 ingat nak bertahan tapi perut dah menggelodak semula. Teruk lah kalau muntah2 sampai petang. 2 hari lepas pun muntah2 tapi dah petang baru start. 3x sebelum berbuka. Lepas berbuka bertahan dalam 3 jam sebelum semuanya terkeluar balik.

Berbuka ni pun setakat makan yang ringan2 macam biskut dan buah. Mual tetap ada cuma tak muntah. Seminggu lebih lagi nak mencecah 3 bulan. Sangat2 berharap lepas tu keadaan bertambah baik. My friend kata, "enjoy your pregnancy". Setakat ni belum dapat nak enjoy lagi.

Tadi my associate company kata client request last minute untuk buat presentation esok. I have to say I can't make it. Pandai2 lah diorang handle. Pagi tadi keluar kejap cari biskut dan buah. Dalam kereta masa nak balik yang termuntah. Berhenti tepi jalan buka pintu kereta. Ini kan pulak nak drive jauh sikit and kena buat presentation pukul 4 petang pulak tu. Tak berdaya dah time tu. Client ni pun bila nak tak menyempat2.

Hopefully perut stabil sampai ker petang nanti. Kalau tak, tak berbaloi berbuka.

Tuesday, July 16, 2013

Dah Seminggu Ramadhan

Dah seminggu Ramadhan. Baru dapat habiskan Surah Al-Baqarah. Sepatutnya sayang sekiranya Ramadhan pantas berlalu pergi tapi tak larat betul dengan rasa mual ni. Bila rasa nak muntah, ada yang keluar angin jer. Ada yang rasa dah sampai tenggorok tapi termasuk balik. Ada yang paling teruk bila ada satu urat antara rahang dengan pipi tu, yang terasa masam bila nak muntah. Time ni mengerang2 tak selesa. Urut2 dada yang terasa perit. Berair mata, seram sejuk badan dan menggetap gigi menahan. Sleep become an escape mechanism. Tak suka asyik terbaring dan tidur jer tapi itu jer lah yang berdaya buat.

Masa di rumah MIL, berbaring lepas subuh sebab lepas sahur memang loya. Kemudian ambil angin di luar. Dah rasa pening masuk semula dan baring sekejap. Kemudian mandi. Menjelang tengahari mual sebab lapar pulak. Tidur kejap. Kadang2 duduk melayan anak2 buah bermain. Jadi tukang perhati kut ada yang ganas sangat, bongkar bantal kat bilik, lompat2 kerusi nampak bahaya sangat. MIL dah masuk dapur, teman MIL buat kerja. Tak menolong sangat pun. Duduk dan berbual jer. Memang bertuah betul menantu sorang ni. Time menumis tak tahan nak muntah, masuk bilik dan tidur. Solat pula, jamak jer. Dalam pukul 5, tolong MIL kemas dapur sikit2 and cuci apa yang patut. Time ni ipar2 dan biras2 dah mula sampai dengan juadah masing2. Semua pun menolong, tidaklah berat sgt. Time berbuka makan kurma dan minum sikit dulu before ada feel nak makan. Makan sikit jer. Lepas tu sambung mual lagi. Berbaring dulu. Jamak takhir bila dah lega pening. Gitu lah biasanya.

Semalam hubby urut2 belakang lepas buka. Terasa lega betul masa solat maghrib. Tapi sementara menunggu isyak, termuntah plak keluar air jernih kekuningan. Memang tak minum air kosong masa berbuka. Minum soya suam jer. So tak pasti air apa. Masih terasa nak terkeluar lagi, cepat2 lelapkan mata. Tertido sampai kul 11. Baru isyak.

Dan baru jer, terkeluar juga akhirnya. Air jer... banyak jugak. Entah dari mana datangnya. Nasib baik tak terkeluar segala isi perut. Lega sikit sebenarnya. Cuma takut kalau muntah sampai keluar semula apa yang dah dimakan macam masa pregnant yang dulu. Masih phobia bila apa jer masuk dimuntahkan semula. Huhuhu... sungguh tak sanggup bila diingatkan. Anyway, sangat2 bersyukur boleh melepek jer kat rumah ikut suka hati. Tadi Google pasal alah mengandung, terbaca cerita2 orang yang tetap terpaksa bekerja walaupun muntah teruk.

Tak sabar nak sampai ke milestone kedua iaitu second trimester. Kat perut dah terasa ada bahagian yang keras bila ditekan. Sorry baby. Ummi sajer nak rasa. Selamat membesar dengan sihat.

Nak Pergi Rumah Mak Sue

That's from my darling boy Adib. Entah kenapa haritu asyik sebut nak pergi rumah Mak Sue jer. Hari2 call masa ayahnya di sana and cakap nak pergi rumah mak sue. Adib rindu... siap muah! muah! lagi bila nak letak phone. He's 3.5++ years old now. Puas di pujuk sebab mak sue ada training last week. Sebab tu weekend yang baru lepas ni balik kampung. Memang dah terasa nak berbuka dengan MIL and family2 yang lain. First night sampai dah almost 11 p.m., melayan dia tengok upin ipin di youtube sampai 12:45 sebab kalau tak mak sue kena layan dia main lompat2 lagi ler mak sue tak larat. Dia buat2 pengsan bila nampak mak sue dah sampai :) dan lepas tu cool jer takder pun nak peluk2 mak sue. Janji dia happy mak sue is around bila dia main. Abang Ajim nyer yang dah darjah 2 kalau rindu mak sue peluk, berkepit dan meleser jer. Next day ker rumah MIL dan budak2 tu bermain dengan cousin2 diorang.

Malam tu 2-2 nak tidor dengan mak sue. Abang Ajim menyelit kat ketiak mak sue and terus tido. Adib jer yang melayan tengok tv sampai 1.15 pagi mak sue perasan dia dah terlena. Kesian betul dia memang susah nak tido kalau tak betul2 penat main. Itu pun dah level puas berhambat ke depan dan ke belakang rumah neneknya dengan cousin2 yang lain. Malam esoknya abang Ajim nak balik rumah. Dah lepas rindu dengan mak sue ler tu. Si Adib yang berbelah bagi nak ikut mak nyer balik ker, nak tidor rumah nenek dengan Mak Sue. Mula2 dia tinggal. Bila cousin dia dah tinggal sorang, dia dah seret mak sue pergi ke kereta dengan alasan nak honey star. Honey Star ada kat rumah mak jer, rumah nenek takder. Hmm... terus call ayahnya suruh buat u-turn. Tapi another cousin pulak datang. Memang dia ketua cousin2 yang kenit2 ni. Berhambat lagi dalam rumah nenek. Bila mak nyer sampai dah tak nak balik pulak si Adib. Nasib baik cousin2 yang lain pun nak balik juga, masing2 pergi ke kereta. Ayahnyer kata dia membebel jugak cakap nak tido dengan mak sue masa dalam kereta. Mak Sue tak kisah kalau cousin2 nyer ada tidor rumah nenek sama. Dia takder kawan nanti mula lah ajak Mak Sue hantar balik. Haru jer dah malam2 tu.

Malam esoknya lepas berbuka, tidor rumah diorang pulak. Mak ayahnyer dah balik dulu. Diorang main puas2 dengan cousin2 berhambat keliling nenek yang tidor tengah rumah sebab kepenatan. Cousin2 dia balik jer, masing2 pergi bilik tolong angkat beg mak sue and cakap jom mak sue kita balik. Seronok diorang naik kereta yang ada lubang dekat bumbung. Sampai rumah mereka dalam pukul 10 malam. Esoknya abang Ajim dah nak sekolah, kena tido awal.. Adib tido lewat tapi dia ajak ayahnyer teman, bukan mak sue. Boleh lah mak sue tido awal. Hopefully dah hilang rindu kat mak sue. Mak Sue biar jer diorang main. Cuma layan bila dia dah menangis terjatuh ker, kena buli dengan cousin2 ker. Kalau lepas ni cakap nak pergi rumah mak sue lagi, mungkin dia suka nak main kat sini, bukan rindu dengan mak sue sangat pun hehehe... Sebab haritu diorang ke sini, bawak main dekat taman kat Giant and main kereta. Walaupun taman kat Giant rumah diorang lagi besar, yang penting suasana lain sikit kut. Abang Ajimnya siap buat statement, sebab ni lah Ajim suka gi rumah mak sue. Next day main kereta kat Jusco pulak. Sekali tu masa diorang nak ke KB, dia main2 kat bilik mak sue terkekek2 ketawa sampai termuntah si Adib. Lepas muntah dia sambung main lagi. Main kereta dengan abang Ajim nyer. Budak2 dia ingat seronok main jer. Dan 2-2 tu lah penghibur hati mak sue.

Jumpa Duit

Today I rearranged my side of our coffee table drawers. Hubby never looked at his side but that is where I kept some of his documents lying around on the coffee table. Anyway, my side is where I kept some important documents and things that I want to be easily found. Sometimes I forgot what I've kept in there too. I found RM400 stashed from before I went to Tioman in May. Yeay.... Di simpan dengan selamat dalam kotak koyok. Hahaha... I've looked inside the drawers many times and still didn't remember about it till today when I thought eh bukan ker koyok kat rumah ni dah habis and checked the box. Told hubby about it. Dah agak dia akan kata tu duit dia but I bet he'll never kept his money this way :) Alhamdulillah rezeki harini. Memang ler duit tu my rezeki asalnya tapi kalau terus tersorok tak jumpa, kira macam bukan rezeki lah kan sebab tak dapat guna.


Haritu keluarkan duit terakhir dalam my current account RM170 dan tinggallah baki 17 sen sebab itu jer yang ada selagi payment belum masuk. Tak pernah rasanya current account ni merasa ada 17 sen jer. Ada duit dalam account lain tapi current account is where I do all my transactions. Dan tak rasa risau sangat sebab memang expect akan ada payment yang masuk. Ada training yang dah over 2 months conducted. Next day cheque masuk untuk dua payment dan semalam pun masuk dua payment lagi untuk training yang dah lama buat tu. Alhamdulillah itu untuk simpanan bulan2 tak bekerja ni. And with the newly found $400, tak perlu keluarkan cash. Payment yang dah masuk tu kita buat bayar bil jer.

Thursday, July 11, 2013

Cerita Hari Pertama

Pagi ni nyaman sangat sebab baru lepas hujan dari awal pagi. Nampak fresh tanaman2 di halaman rumah. Kalau bergulung jer dalam selimut pun best tapi banyak juga urusan siapkan invoice2 dan kerja2 rumah sebab weekend ni nak berpuasa di kampung.

Menu bazaar Ramadhan semalam boleh tahan best walaupun ada yang mahal. Gerai2 tak banyak sebab bazaar untuk taman ni jer. Beli makanan semua dari gerai berbeza dan semuanya tak menghampakan. Bubur $2 semangkuk. I thought biasa $1.50, hubby plak kata $1.00. Memang hubby ada beli bubur area taman berdekatan before puasa. Double harga tu.

Ayam masak lemak cili api 2 ketul kecil dengan kentang $6. Yg ni di makan berbuka. Licin hubby makan. I took half portion of rice but can't finish it. Half way minta tolong hubby habiskan. Sebab bila sampai limit yang hanya perut ni jer tahu, memang tak boleh masuk lagi. Menu ni digandingkan dengan kerabu kacang botol yang harganya $4. Licin, bagus tak membazir.

Menu sahur plak ikan talapia goreng bersambal. 2 ekor $7,  dengan sayur buncis $3. Alhamdulillah sedap juga dan turut licin. So nampaknyer sekali makan harga menu untuk 2 orang $10. OK lah tu kalau dibandingkan dengan makan diluar kan. Nasi masak sendiri. Air teh o pun buat sendiri. Lepas kena muntah2 haritu terus tak lalu dengan kopi susu. Back to teh o. Selamat baby tak terlebih kopi.

Ada beli tepung pelita $2. Yang ni masih harga biasa. Tapi tepung pelita ni cair sangat. Hubby kata texture nya macam telur separuh masak. Dah masuk fridge sedap juga makan sejuk2. Tinggal bubur pulut hitam jer separuh dalam fridge sebab this one for me. Tak larat nak makan sampai habis. Bubur kacang hijau hubby dah habiskan. Tu memang favourite hubby.

Pendek kata berpuas hati dengan pembelian semalam. Alhamdulillah tak membazir dan tak juga melampau. Terawih di rumah jer sebab menahan mual lepas makan and hubby pulak sakit kepala. Memang hubby tidur awal semalam. I on the other hand melayan perut macam orang yang kelaparan sangat. Terasa pedih dan kosong.  Pelik betul sebab baru lepas makan bubur pulut hitam. Malas nak layan. Usap2 perut sampai tertido. Sejam juga lah pusing2 tak selesa. Last tengok jam dah midnight. Lepas tu berjaya tido.

Wednesday, July 10, 2013

Much better...

Selamat dah bekerja selama 2h1m dalam kepayahan menahan nak muntah. Pagi hari pertama dihidangkan nasi lemak sebagai breakfast tapi makan timun dengan separuh roti krim jagung. Tea break ada popia goreng dgn kuih ketayap, terasa lapar so makan kuih ketayap satu. Lunch ada pulak daging masak lomak cili api. Try makan sikit. Sedapnyer (bukti masih berselera makan), tapi tak berani makan banyak sebab dah rasa semacam dalam perut. Macam ada limit lepas satu tahap tak boleh masuk lagi, atau ia akan keluar balik. Minum petang rojak... sedap juga. Dinner pun disediakan sebab ada sesi malam. Ikan talang masin dengan nenas masak lomak cili api lagi. Aduh... berselera makan tapi ikut limit perut. All the time bila nak muntah menyorok belakang flipchart board. My colleague perasan, hopefully my participants don't.  Lepas training lapar sangat. Yer lah makanan sedap2 tapi dapat makan sikit jer. Dinner tadi ada ambil pisang emas comel 2. So makan pisang dengan roti krim jagung lagi separuh dan terus tidur. Day 1 selesai dengan sesi urge to purge sahaja.

Day 2, breakfast mee goreng yang sedap, dengan roti telur, sosej and beans. Makan mee goreng dengan roti. Rasa macam dapat makan banyak sikit dari semalam tapi masih tak boleh ikut nafsu. Tea break kuih 2 ketul, berjaya makan. Lunch ikan tenggiri goreng bercili dengan kari ayam yang sedap. Memang sedap masakan katerer diorang ni. Tapi boleh makan sikit jer. Minum petang pulak roti jala dengan kari yang sedap jugak. Kalau lama lagi training memang gemuk ler kalau dapat makan ikut nafsu. Sama jer lepas makan perut tak selesa tapi rasanya hari ke2 ni lebih baik dari semalam. Mungkin kah muntah2 sebelum ni sebab food poisoning instead of my hormones? Tapi hujung2 training badan rasa seram sejuk. Lepas jer training terus ker toilet dan cb. Mungkin betul my guess about food poisoning tu. Luckily sekali tu jer lah cb. Malam dinner with hubby. Daging masak pedas with kailan. Hubby ambil sup ekor dengan telur dadar juga tapi ke2-2 menu tu tak menarik minat. Sebab dah lambat dinner, alas perut dengan roti krim jer maghrib tadi perut dah angin. Banyak juga dapat makan sebab dah cb tadi, of course perut dah kosong. Dan sesi loya pun mula lah masa nak masak nasi untuk sahur. Angin jer yang keluar.

Sahur dengan paprik yang ditapau semalam. Bila lah nak datang mood berasapkan dapur di rumah ni semula. Bila ingat nak bersiang itu ini, lemau jer badan ni. Anyway yang penting I'm back to urge to purge instead of vomiting. Cukup lah sehari tu saja. Harini bersantai jer sebab 2 hari training ada spotting pagi, pagi ni pun ada walaupun tak kerja berat2. Mungkin effect penat masih ada so kita cuba lebihkan rehat hopefully keadaan bertambah baik. Dah doktor kata tak boleh buat apa, tunggu dan lihat jer. Kalau nak bandingkan dengan private, sama jer sebenarnya doctor tak boleh buat apa sangat pun. Bezanya private shows they seem to be doing something. Dia scan, dia bagi ubat, dia bagi injection. Government hospital senang jer cakap tak boleh buat apa2. So walaupun haritu ada niat nak follow up dekat private juga tapi sekarang rasa macam tak perlu. Dah cukup 3 bulan nanti check-up dekat klinik yang dekat rumah jer. Yang penting ada buku merah (this clinic guna buku putih) bila doktor hospital minta nanti.

Semuanya kena tengok keadaan semasa. Terasa jeles bila my colleagues dapat buat training banyak2. My associate company yang satu lagi pun ada tanya khabar sebab lepas raya ada banyak training. Kena tunggu dan lihat dulu is my answer to them. Untuk bulan puasa ni, rehat jer lah. Bulan ni dapat berdoa banyak2 agar ada rezeki kami.Lepas raya ada check up lagi sekali. Lepas tu Allah  yang lebih tahu.

Sunday, July 7, 2013

Helppp...

Ya Allah tolongggg.... muntah2 dah bermula.

Saturday, July 6, 2013

Mood Berubah-ubah

Keadaan sentiasa berubah-ubah. Mood tak OK. Selera pun tak OK.

A friend has just given birth. Another is 6 months pregnant and I'm 2+. Another friend said, congrats to those who are still willing to take care of babies at the onset of getting to 40. Duh! Awan hitam pun berarak, kilat petir sabung-menyabung. Puting beliung terasa macam nak melanda tapi berjaya sabarkan diri. I just said rezeki masing2 that I'm still trying to get a baby dengan usia di ambang 40an. Orangnya selalu dengar kuliah agama tapi tak sensitif kut dengan statement yang keluar dari mulut tu. Bukan semua dapat jodoh awal, dapat anak awal, diumur sekarang anak dah besar-besar. Ada yang jodoh awal pun 10-15 tahun baru ada rezeki. Tak berdaya nak kata apa-apa lagi. Memang sangat2 tak sensitif statement tu. Bersyukur jer lah dengan rezeki masing-masing. Ada pun kawan-kawan yang jodoh pun masih belum sampai lagi. Ada juga yang also trying to get a baby tapi dia susah nak pregnant and considering IVF.

Selera tak berapa nak ada tapi masih lalu makan bila dah lapar. Konon nak masak tak cukup bahan. Aritu macam teringin nak buat masak lemak udang dengan nenas. Udang ada nenas takder. Now dah berapa hari beli nenas tapi selera macam terus tertutup. Ada masa nak makanan dan minuman yang masam2. Ada masa tak nak masam. Yang pasti, setakat ni belum terbuka lagi selera nak makan tomyam which used to be my favourite. Pes tomyam dah beli sebotol. Bahan2 pun senang jer lebur dalam periuk kalau teringin tapi... kembang jer tekak ni bila ingat pasal tomyam. Sup2 pun tak berapa sangat sejak pregnant ni. Bila lapar, pandai plak makan jer apa yang ada depan mata. Kalau di kedai, lagi senang tunjuk2 jer apa yang berkenan. Ikan goreng tak minat. Ayam pun tak seberapa tapi ambil juga kadang2.

Entah macamana tiba2 sangat2 nak minum kopi ais. Secara azalinya minuman bersusu memang tak minat. Teh o, kopi o jer. Tapi boleh terbayang warna kopi susu dgn bau dan ais yang menyegarkan. Aritu ajak hubby gi cari kopi ais kat kedai mamak. Semalam tapau dari tempat I usually tapau our dinner. Penuh jug comel 1 liter lepas dibuka di rumah. Habis diminum. Kurang sikit rasa loya2 sepanjang hari semalam. The day before tak rasa mual langsung.  Cuba untuk tidak dijadikan habit.  Minuman berais memang selalu dielakkan sebelum ni. Teh o dan kopi o panas pun tak minat sangat sejak pregnant. Kalau buat memang sebab hubby yang mintak dan dia jer lah yang minum. Hai kopi susu... camaner pulak boleh timbul minat ni. Caffeine not good for pregnant mum kan. Kena lah kita kurang kan. Thank God sejak pakai seretide tak semput lepas minum ais.

Semalam my Masters friend berjumpa to discuss pasal keadaan semasa. Semalam pulak not one of my good day. Nasib baik boleh video conferencing guna Skype.  Terhibur jugak dapat berbual dengan diorang and tak perlu drive penat2 ke Nilai dalam keadaan tak larat. Dinner sama2 tapi lain2 tempat :)

Haritu dah cakap last training. Memang itu last scheduled training tapi ada rezeki lagi nampaknyer Mon-Tue nanti. Tidaklah jauh sangat lokasinya tapi 2 hari 1  malam and accommodation provided sebab training sampai 11 malam. Walaupun nampak berat tapi there will be 3 trainers so tidak lah penat sangat. Cakap jer gitu tapi sama jer penat sebab 110 participants so kena banyak berjalan bila kelas besar. However I'm sure my 2 colleagues will ensure my comfort. Yes, I WILL take advantage of my situation because if the situation is reversed and my colleagues yang tak sihat, I will definitely do the same. So sampai sebelum puasa lah nampaknyer rezeki baby.

Don't worry about what the doctor said baby. Allah knows better. Walaupun ummi keguguran your sister at 16 weeks, masa ayah mandikan cukup lengkap anggota dan tempurung kepala semua OK. You'll be fine insyaAllah. Just grow up healthy dalam perut ummi. Nak makan apa cakap jer :)

Wednesday, July 3, 2013

Mode: Gloomy

Pagi2 dah gaduh dengan guard kat hospital. Semua tempat parking dia tutup. Habis kat mana lagi orang nak parking? Memang ler kereta penuh tapi ni kawasan bawah2 pokok bukannya parking lot. Bagi jer lah orang masuk pandai2 ler orang nak squeeze kat mana. Ada nampak orang nak keluar pun dia suruh kita jalan juga. Tunggu 5 kereta keluar baru bagi 5 kereta masuk. Gila ker? By the time pusing balik dah tentu lah kereta lain yang dapat masuk. Berapa kali plak nak tawaf hospital tu? Kita kata ada appointment,  dia kata I peduli apa! Nak mampus agaknyer guard ni. Buat degil jer tunggu kat situ sampai dia buka jalan masuk dan kebetulan few kereta pun keluar.

Doktor punya diagnosis pun tak memberangsangkan. Tak pandai amik hati agaknyer doktor ni. Dia kata the bleeding normally shows unhealthy pregnancy but nothing they can do but wait to see baby's development. By 13th weeks boleh nampak tempurung kepala semua OK tak and will then decide for cerclage if necessary or  terminate pregnancy. Gloomy tak? Can't she give some hope or say something positive instead? She also said no proof if I didn't move around much I have less bleeding because bleeding may still happen but it pools inside instead of appear on pad like when I move around more.

Anyway, I'm strong enough to know all is in His will. Tak perlu nak susah hati on something yang tak pasti kan. Tapi, walaupun akal berkata begitu tiba2 terasa sayu dan berderai juga airmata ni. Mungkin ada perasaan stress yang perlukan release sebab tu airmata ni tak henti2 mengalir walaupun I'm rational with my situation. So rational sampai sempat berhenti tapau lunch sebab kalau tak beli sekarang nanti kena keluar lagi. Airmata taknak berhenti kita sembunyikan di balik sunglasses.

Tuesday, July 2, 2013

Time For A Long Break

End of today's training. Which means I'll be taking a long break. I thought I can still do local training but during the short drive (40 minutes), terasa urat2 kaki sakit sangat. Ada point2 yang kuat sangat rasa tak selesa. Kalau orang kata orang dalam pantang tak boleh drive, just now I can feel the reason. Sangat2 tak selesa. From my legs right up to the groin. Kalau lah kereta ni boleh kawal minyak dan brek dekat tangan. Dah sampai rumah terus baring. Terasa berdenyut2 pinggang. Ya Allah sakitnya... kena lah berehat panjang lepas ni. Yang pasti, during training memang spotting banyak dari biasa. Di tambah dengan sakit kaki dan pinggang... tiada daya upaya nak buat training lagi. Alhamdulillah tiada lagi komitmen yang perlu dilaksanakan.

Dulu pernah masa di ward emergency mereka nak beri MC but I refuse and they said pelik nya. First time orang tak nak MC. Memang begitu lah sesiapa yang berkecimpung dalam bidang yang sama. Anda lah aset pekerjaan anda. Kalau dah commit, mesti dilaksanakan selagi tak terlantar tak berdaya. Kerana kita dah berjanji. Kadang2 client tak kisah selagi ada replacement. Kadang2 ada client yang hendak kita juga yang buat. Demi menjaga nama dan kesan jangka panjang atas periuk nasi, dah masuk 5 tahun freelance ni, belum pernah lagi menghampakan client. Dalam keadaan tak sihat ni, kita berehatlah dulu. Lebih baik dari terima job lepas tu menyusahkan banyak pihak bila tak dapat ditepati.

Hoping hubby dapat tolong massage nanti. Nowadays he normally reached home late and I know he'll be tired too but I won't ask if it didn't hurt too much.