Selepas muntah sesedap rasa haritu, Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 nampaknya keadaan semakin baik. Harini terasa ada tenaga sikit. Tak lah kepala berat jer rasa nak melepek. Dah masuk 9 hari tak puasa, 7 hari berturut2. Ada sekali entah apa yang kalah di makan, terasa lembik mengalahkan sotong. Yang menjadi suspek ialah wajik yang dibeli di pasar Ramadhan. Makan sikit jer tapi ada2 masa pulut memang buat badan tak tentu arah. Teruk anginnya. Dodol pun dari tepung pulut juga tapi boleh pulak makan. Zaman sekarang tak perlu tunggu raya nak makan makanan tu semua. Malam tadi makan roti john dengan tepung pelita pun rasa tak tentu arah nak muntah. Dah berapa hari OK jer. Urge pun sekali dua bila perut dibiarkan lapar jer. Kalau dah isi, OK takder masalah. InsyaAllah lepas ni kita cuba puasa semula. Hopefully boleh bertahan masa lapar sebab setakat keadaan OK ni, mual akan datang bila lapar. Kena makan sikit2 tapi sekejap2. Biskut dan roti tak main. Mesti makanan yang berat. Adusss... jangan ummi ni jadi terlebih berat jer nanti sudah lah.
My birthday dah berapa hari berlalu. Tiada apa-apa sambutan istimewa dalam keadaan lembik dan mual ni. Dapat hubby temankan sepanjang hari lah hadiahnya. Kali ni berkesempatan nak reflect keadaan diri yang pregnant lepas tak sibuk melayan mual dan muntah. Dah bersedia ker nak jadi ummi? Pandai ker nak jaga anak? Apa persediaan yang nak dibuat? Macam-macam lagi lah persoalan. Ada masa berfikir sampai jauh sangat. Nasib baik terfikir sendiri... don't worry. Take one thing at a time. Like my friend said, "enjoy your pregnancy". InsyaAllah keadaan dah bertambah baik so hopefully boleh enjoy this period yang mungkin tak kan dapat dirasakan lagi lepas ni. Enjoy this song... untuk baby.
No comments:
Post a Comment