Wednesday, July 10, 2013

Much better...

Selamat dah bekerja selama 2h1m dalam kepayahan menahan nak muntah. Pagi hari pertama dihidangkan nasi lemak sebagai breakfast tapi makan timun dengan separuh roti krim jagung. Tea break ada popia goreng dgn kuih ketayap, terasa lapar so makan kuih ketayap satu. Lunch ada pulak daging masak lomak cili api. Try makan sikit. Sedapnyer (bukti masih berselera makan), tapi tak berani makan banyak sebab dah rasa semacam dalam perut. Macam ada limit lepas satu tahap tak boleh masuk lagi, atau ia akan keluar balik. Minum petang rojak... sedap juga. Dinner pun disediakan sebab ada sesi malam. Ikan talang masin dengan nenas masak lomak cili api lagi. Aduh... berselera makan tapi ikut limit perut. All the time bila nak muntah menyorok belakang flipchart board. My colleague perasan, hopefully my participants don't.  Lepas training lapar sangat. Yer lah makanan sedap2 tapi dapat makan sikit jer. Dinner tadi ada ambil pisang emas comel 2. So makan pisang dengan roti krim jagung lagi separuh dan terus tidur. Day 1 selesai dengan sesi urge to purge sahaja.

Day 2, breakfast mee goreng yang sedap, dengan roti telur, sosej and beans. Makan mee goreng dengan roti. Rasa macam dapat makan banyak sikit dari semalam tapi masih tak boleh ikut nafsu. Tea break kuih 2 ketul, berjaya makan. Lunch ikan tenggiri goreng bercili dengan kari ayam yang sedap. Memang sedap masakan katerer diorang ni. Tapi boleh makan sikit jer. Minum petang pulak roti jala dengan kari yang sedap jugak. Kalau lama lagi training memang gemuk ler kalau dapat makan ikut nafsu. Sama jer lepas makan perut tak selesa tapi rasanya hari ke2 ni lebih baik dari semalam. Mungkin kah muntah2 sebelum ni sebab food poisoning instead of my hormones? Tapi hujung2 training badan rasa seram sejuk. Lepas jer training terus ker toilet dan cb. Mungkin betul my guess about food poisoning tu. Luckily sekali tu jer lah cb. Malam dinner with hubby. Daging masak pedas with kailan. Hubby ambil sup ekor dengan telur dadar juga tapi ke2-2 menu tu tak menarik minat. Sebab dah lambat dinner, alas perut dengan roti krim jer maghrib tadi perut dah angin. Banyak juga dapat makan sebab dah cb tadi, of course perut dah kosong. Dan sesi loya pun mula lah masa nak masak nasi untuk sahur. Angin jer yang keluar.

Sahur dengan paprik yang ditapau semalam. Bila lah nak datang mood berasapkan dapur di rumah ni semula. Bila ingat nak bersiang itu ini, lemau jer badan ni. Anyway yang penting I'm back to urge to purge instead of vomiting. Cukup lah sehari tu saja. Harini bersantai jer sebab 2 hari training ada spotting pagi, pagi ni pun ada walaupun tak kerja berat2. Mungkin effect penat masih ada so kita cuba lebihkan rehat hopefully keadaan bertambah baik. Dah doktor kata tak boleh buat apa, tunggu dan lihat jer. Kalau nak bandingkan dengan private, sama jer sebenarnya doctor tak boleh buat apa sangat pun. Bezanya private shows they seem to be doing something. Dia scan, dia bagi ubat, dia bagi injection. Government hospital senang jer cakap tak boleh buat apa2. So walaupun haritu ada niat nak follow up dekat private juga tapi sekarang rasa macam tak perlu. Dah cukup 3 bulan nanti check-up dekat klinik yang dekat rumah jer. Yang penting ada buku merah (this clinic guna buku putih) bila doktor hospital minta nanti.

Semuanya kena tengok keadaan semasa. Terasa jeles bila my colleagues dapat buat training banyak2. My associate company yang satu lagi pun ada tanya khabar sebab lepas raya ada banyak training. Kena tunggu dan lihat dulu is my answer to them. Untuk bulan puasa ni, rehat jer lah. Bulan ni dapat berdoa banyak2 agar ada rezeki kami.Lepas raya ada check up lagi sekali. Lepas tu Allah  yang lebih tahu.

No comments: