Thursday, September 24, 2020

Diam dan Bosan

Ada orang bercerita apa saja dengan parents. I opt tu listen more than talk. Or even sometimes listen versi masuk telinga kiri keluar telinga kanan untuk jaga kesihatan mental sendiri. Biasa lah orang tua kan suka cerita berulang2. Kita pun akan jadi tua. 

Kurang bercakap maka kurang lah berkongsi maklumat kerana kadang2 apa maklumat yang diketahui umpama jadi senjata untuk tembak kita semula. Yang ini susah nak bagi contoh tapi begitu lah keadaanya. The less mom knows, the better. Nasib baik dia takder social media dan follow setiap aktiviti di social media :D

Sekarang blog ni pun dah banyak sawang. Hubby tak suka I generalize statements. Contoh bila cerita pasal jantan tak guna. What once was one of my favourite blogging topic. Katanya nanti satu hari nanti mungkin dia pula yang jadi macam jantan tak guna tu. So I don't write. Memang pun tak berguna apa2 untuk menulis dan meluahkan pada blog. Jantan tak berguna tetap wujud sepanjang zaman dan tetap begitu menjadi dugaan kepada orang sekelilingnya. Itu dah dugaan dalam kehidupan. Bila baca balik my past rants kadang2 sendiri pun tak faham apa yang dibebelkan :D :D :D

I put a stop however bila hubby pulak nak generalize my statement. He's the person I talked about everything to. Kalau dia mula nak guna my statement against me then jadi lah kita ni umpama perempuan bisu yang tak boleh bercakap langsung. Life is not worth living that way. Husband / wife have their bad days. Jadi pasangan timbang tara lah elok2 jangan nak pukul rata semua bait perkataan pulak. 

Diam memang lebih baik. Tapi jangan sampai makan diri. 

Mundane everyday things and daily chores memang membosankan. Walau pun spend masa sama2 hari2 kat rumah, tak sama kadang2 bila spend masa kat luar. Biar pun aktiviti tu membosankan, selagi ada yang tersayang di sisi tetap rasa bahagia. Ini kebahagiaan zaman2 bercinta biasanya. Dah kawin dan terbiasa dengan kebiasaan di rumah, kena lah usaha cari sparkle tu semula. Cinta mcm pokok yg perlu di baja. 

Tanam sayur kat rumah ni pun camtu. Entah kenapa sejak PKP pokok tak menjadi :p

Monday, September 14, 2020

Meraung

Meraung... pernah jer buat perangai ni dulu.

Bila expectation tak meet reality, bila practical tak meet emotional, bila rational meets irrational, bila emosi dah tak tertahan lagi.

Pendera emosi tak rasa dia mendera sebab dia sendiri rasa emosinya terdera. Atau reaksi nya begitu kerana itu lah coping mechanism dia. Itu lah yang diri ini cuba fahamkan dan cuba rasional kan.

Ujian hidup itu hebat. Bayang kan lah apa pun keadaan yang kita lalui itu kerana izin Allah. Bukan ker ada di sebut dalam Al-Quran "kun, fa ya kun". Qadha dan qadar kita itu kombinasi antara doa dan usaha kita, dengan izin Allah.

Bayang kan, derita kena sihir pun Allah izin kan. Walau pun si pembuat ingat dia ada kuasa, kuasa Allah maha luas. Hukuman nya pun sedang menunggu.

Bayang kan, derita fizikal pun Allah izin kan. Ganjaran nya pun sedang menunggu.

Ketika struggle tu, terfikir yang Allah izinkan maka ini lah ujian yang ditetapkan untuk kita. 

Setiap kali sakit fizikal dan emosi, memang terfikir dugaan ni tak seberapa pun. Tapi eventually, terfikir juga tak harus perkecilkan struggle yang dihadapi.

Memang Allah bagi ujian setakat yang kita mampu tanggung. Tapi kepayahan dan kesusahan nak melalui cabaran emosi dan fizikal tu bukan calang2. Acknowledge the pain and suffering because it is real. Selalu sangat sweep under the carpet, nanti makan diri pulak.

Nak harapkan understanding from others, bukan sesuatu yang kita boleh kawal. Kita cuma boleh cuba faham impact dan effect, pain and suffering yang orang lain lalui. Reaksi mereka untuk faham kita... mungkin mereka pun rasa nak meraung dengan ujian sendiri.

Dan kita perlu sedia lalui semua ini sampai waktu Allah tamatkan cerita kita di atas dunia dan  bersambung pula di alam barzakh.

Buat masa ni, meraung lah dalam hati.