Friday, November 20, 2015

Feeling Out of Sort

Terasa semacam jer arini. Sebenarnya dari semalam dah rasa. Rasa tak best. Sebab tetiba training date tukar. Dari selasa kepada isnin. My associate company  yang silap tengok date. Maknanya lepas Selangor Century Ride kena berkejar ke airport :( Kalau ikutkan  hati mau jer tolak job tu. Tapi terasa responsible jugak. Client dah ready nak terima kita datang buat training. My associate company yang silap. Sigh!

Lepas balik dari KT ada sehari before bermula training 7d6n. Kena bergerak hari yang free tu jugak. Bermalam di lokasi training. So 7d7n jadinya outstation. Kuatkan hati juga sebab lepas tu no scheduled training dah. After 2nd Dec free insyaAllah kalau takder last minute request for training.

Semoga I and hubby berjaya harungi saat2 berjauhan ni. I don't like sudden change this way. Sebab kita dah mentally prepared for a schedule then bertukar.  Masa SCR nak rilek2 kayuh around Morib while waiting for riders to return. Tapi ni kena pikir nak bawak barang2 dalam kereta. My laptop? Lepas event kalau lambat kena terus ke airport. Hubby kata tak payah ikut pun tak per. Hmmm... lagi tak best kalau tak ikut. We've planned kan.

Semoga Allah permudahkan urusan. Normally bila rasa schedule macam tight sangat, ada perkara2 yang berlaku yang buat kita rasa amazed bagaimana Allah permudahkan. Nak mencari rezeki ni Ibadah. Nak berkongsi pengetahuan dengan orang, semoga berpanjangan manfaatnya. Permudahkan lah ya Allah, semoga cabaran itu dalam kemampuan kami untuk menghadapi nya.

Birthday Hubby


Early this month birthday hubby. Hampir tak dapat celebrate bersama sebab training 7d6n. Then training postponed. Mula training  lambat sikit so Alhamdulillah diberi peluang meraikan bersama.

Treat hubby dinner at one of our favorite place Nandos. Memang tak tahan dengan kesedapan sos dia yang pedas dan masam tu. Then choc mud cake yang sedap beserta aiskrim. Hmmm... memang makan besar haritu.

Kononnya nak belikan hubby hadiah jugak but something that he really wants and will use. He hasn't decided on which heart rate monitor to use. Tapi terbeli hadiah untuk diri sendiri pulak hahaha... memang epic betul birthday celebration hubby kali ni.

Bought Olympus TG860 yang memang dah lama diidam2kan cuma tak berapa rajin jer nak ke lowyat. Ada gak tengok2 haritu at the same mall tempat kami makan ni tapi tak nampak warna yang berkenan. I want the orange black color. Then bought myself a leather handbag for work use. Semoga dapat pakai lama dan berbaloi2 pakai.

Handbag yang sedia ada tinggal 1 jer yang nampak macam OK. Yang lain dah aged... pecah2 dah handlenya walaupun beg tu masih ok. Yang OK tu pulak kadang2 macam tak sesuai sangat especially when I have to cover grooming part during training. Beg trainer nyer sempoi habis.

Last2 belikan hubby belt jer sebab belt yg ada dah putus 2 hahahaha... So tu lah birthday present 'kami' masa birthday hubby haritu.

Happy Birthday dearest abang. Luv u till Jannah insyaAllah.

Wednesday, November 18, 2015

My Latest Medals



Last weekend masuk event back to back. Baru balik dari outstation... more than a week tak dapat cycle. Training 6n5d, makan 6x a day, berat pun naik semula 😭 Balik jer dari outstation sempat buat 1 recovery ride for 30++ km on Wednesday. Then tak dapat ride lagi because it always rains in the evening.

On Saturday, gigih habiskan 30++ km event. Nasib baik ada 3 regroup point at water station. Tak lah ketinggalan jauh sangat dengan geng2 lain. Ada 4 official event photo termasuk 1 of it as Milo model hehehe... kebetulan photographer snap masa tengah menikmati cold Milo. Glemer sekejap among my cycling friends.

On Sunday, bangun2 pagi terasa sakit badan semalam masih terasa. Breakfast pun tak boleh paksa nak makan roti tu. 2-3 bite jer yang mampu mssuk. Ended up makan pisang and minum susu jer. Sesi kayuhan bermula perlahan. On flat road pun tak mampu nak kejar kawan2. So layan jer kayuhan sendiri. Terasa macam nak berpaut jer pada motor2 marshall tu. Flyovers, jalan membukit memang takder kesian punya. Mungkin kalau badan tak penat dengan kayuhan semalam I wouldn't mind. Akhirnya berjaya juga habiskan dengan penat lelah. Sampai2 jer sempat bergambar 1-2 snap my geng dah ajak kayuh balik pergi minum. Kebarangkalian menang lucky draw amat tipis. Lagipun kena tunggu sampai ke 3 petang. Tak sanggup ler. Apa2 pun puas hati dengan pencapaian last weekend. I did it on my own. About 40 minutes gap dengan my geng2 kayuh. Begitu ler letihnya sangat rasa. Tapi diorang pun kayuh gak for event the day before. I yang tak cukup stamina nak join event berturut2. Satu official gambar pun takder for this second event. Hmmmpphh... hampeh jer.