Harini puasa... selepas 5 hari kuarantin duk makan jer. Mr hubby dah semacam punya mati kutu bila tak dapat buat his extreme outdoor activity. Dah kemas laman, dah alih position TV, harini puasa harap2 boleh duduk diam2. Bising pulak dia bosan.
Kul 5 petang nak start memasak. Suh dia potong nenas dia kata tak mencabar. Lepas tu katanya biar dia jer yang masak. Hmmm... iyer ker tu? Dari sebelum kawin dah tanya cara buat masak lomak cili api. Dah 12th anniversary ni belum pun dapat rasa masak lomak dia :p
Apa2 hal I ke dapur masak nasi ler. Kang tak berbuka pulak. Terus jer lah siang sayur, bersihkan udang, ambil serai di laman, siapkan blend cili padi dan kunyit, rendam santan beku, dan... potong nenas. Masak ler kletung kletang... udang masak lemak cili api dengan nenas, goreng bayam merah, goreng tempeh. 6.20 Mr Hubby turun tanya mana nenas nak potong.
Hmm... gelak jer lah dengan drama dia. Lauk semua dah siap atas meja makan.
Walaupun aktiviti memasak ni tak mencabar according to him, itu lah cabarannya sebab hari2 kena masak, hari2 kena pikir lauk apa, hari2 kena tengok stok apa yang ada, hari2 kena tengok mood tukang2 makan dan rasa2 lah apa yang sesuai untuk dijadikan menu.
Alhamdulillah selamat dah berbuka. Jiran pun baik hati ada yang hantar bubur lambuk, ada yang hantar kuih koci. Murah rezeki arini.
Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Monday, March 23, 2020
Saturday, March 14, 2020
12th Anniversary
Alhamdulillah kami baru jer sambut our 12th anniversary yesterday. Minggu ni sempat pergi holiday bersama 😍 We love our water chalet, we love the time spent together, and we're still very much in love with each other. At the end of the day, itu yang penting.
This is the first blog entry for the year. Makin kurang menulis sekarang bila kita lebih banyak bersabar, kurang rasa nak bercakap dan kurang ambik pot sangat dengan perkara2 kurang penting. Diam itu lebih baik. I'll choose my battle wisely now hopefully.
Antara harapan this year ialah tingkatkan tahap kesihatan diri. Semakin usia meningkat, semakin kita lebih utamakan kesihatan. Semakin usia meningkat, semakin kita harapkan kawan2 yang baik dan boleh sama2 membawa kita ke syurga... buat aktiviti2 ibadah, buat perkara2 kebaikan. Semoga jadi insan yang semakin insaf dan bersyukur selalu.
Nikmat Allah mana yang kau dustakan?
Happy Anniversary abang. Luv u so much 💖
Subscribe to:
Posts (Atom)
