Monday, September 29, 2014

MC

I'm on MC. Dah lama tak dapat MC because there's no need for one. Kalau tak sihat, cuti jer sendiri. Takder saper nak marah. Kalau ada training pun setakat ni sakit sikit2 masih mampu teruskan.  Tapi kali ni tak dapat teruskan training sebab sakit mata. Kang ada pulak yang sakit mata secara berjemaah.

On Saturday pergi urut di spa lah kononnya. Tukang urut tu matanya merah. Mula2 I tanya alergik ker. Dia kata ntah naper tiba2 merah. I tanya jangkit tak ni? Dia kata tak. Petang semalam (ahad) pukul 4 tiba2 rasa mata berpasir dan pedih. Tak syak lagi lah apa masalahnya kan. Sangat2 tak bertanggungjawab dah sakit tu tapi kerja jugak. Tapi salah sendiri teruskan berurut tu. Lesson learnt: people don't care for you... you have to take care of yourself. Next time jumpa masalah camni, cepat2 duduk jauh2.


Jadual Oktober padat jugak tapi dah kensel satu training. Ntah ada umur atau tidak sampai ke hujung bulan. Allah lebih mengetahui. Harini mata dah bengkak dan sepet sebelah. Sujud sakit sangat. Semoga cepat diberikan kesembuhan.

Friday, September 19, 2014

Hectic Month


Bulan ini adalah bulan yang sangat padat dengan outstation. Terasa nak holiday di rumah sendiri jer. Sabar menanti masa yang panjang sikit untuk bersantai. Sekarang tengah gap beberapa hari sebelum outstation lagi. Tapi tak berapa boleh nak dikira holiday di rumah sebab rumah bersepah dan sesi mendobi dan melipat kain tak habis2. Kalau rumah kemas semua bersusun elok, baru ler boleh declare holiday di rumah. Ni hati tak senang tengok barang2 tak kemas.

Apa2 pun, I'm grateful dengan rezeki yang dikurniakanNya. I'm also grateful dengan kasih sayang darling hubby :) bila berjauhan terasa rindu, bila dekat bertambah sayang hehehe... I'm also grateful my source of headache for this particular project has been removed. Another trainer partnered with me for 3 sessions doesn't have the discipline required. To him on time means early. Break time jer terus hilang. Tak sempat nak discuss apa2 yang patut dulu. Many times I have to cover for him sebab bagi maklumat salah, tak manage masa properly and unclear instructions. Dah bagi can sampai 3x pun masih tak ok. It wasn't my decision. It was the management's. I may sound harsh but I'm sure Allah dah tetapkan rezeki dia di tempat yang sesuai for his working style. For this project, I'm still part of it because for every feedback, I took them seriously. Anytime they can drop me from the project too. 

Dalam kesibukan pun sempat juga selitkan holiday di Tioman sebab company hubby buat family day di situ. Penat tapi enjoy juga dengan bilik yang selesa dan suasana yang tak stress.



Hopefully, sentiasa diberikan kesihatan agar dapat meneruskan tugas dengan baik. 2 more outstations for this month....

Friday, September 12, 2014

Kehilangan


Ayahanda mertua yang disayangi telah disahkan menghembuskan nafas yang terakhir 8.25 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 12.45 tengahari, 3 Sep 2014. Kali terakhir jumpa babah semasa sihatnya ialah pada Syawal yang baru lepas. Dah lama rasanya tak berkesempatan berbual panjang dengan babah. Memang setiap kali balik kampung, lebih banyak interaksi dengan mak berbanding babah.

Babah terjatuh dari sofa ketika terkejut dari bangun tidur. Ada tetamu datang beri salam. Peha babah bengkak dan pinggang sakit. Selain dari tu, makan solid food akan muntah semula. Hubby bawa babah pergi urut. Kemudian adik beradik lain bawa ke klinik. Setakat ubat tahan sakit dan ubat sapu jer yang dapat. Pujuk babah pergi ke hospital swasta untuk x-ray. Baru lah nampak tulang pinggul babah ada retak. Terus di bawa ke GH. Di GH fokus pertama doktor untuk menentukan sebab tak boleh makan solid food maka beberapa ujian dan scan dibuat. Kelihatan ada mass di bahagian perut dengan pelbagai kemungkinan maka saranan mereka untuk buat pembedahan. Walau bagaimanapun perlu lihat keadaan kesihatan babah maka pemerhatian di icu dibuat dahulu. Mula2 babah nampak stabil. Hubby ada dengan babah masa ni. I thought of going too. We went separately because I need to pack for my outstation trip. Hubby suggested I don't need to come since I'll be going North the next day. But babah's condition deteriorated over the night. His heart even stopped and resuscitation was performed. By morning, the doctors allow all family members to come and visit him. That's not good news.

I visited babah, recited Yasiin from the Quran and hold his cold hands. I waited at the hospital and then headed to MIL's place while waiting for doctor's feedback. We're prepared for the worse but verdict from the doctor was, beloved babah is in a stable condition.  Surpised but happy with the news, I decided to proceed with my outstation trip. However, by that night the situation doesn't look good. Early the next morning, the doctor announced that the life support will be stopped. I handed over my task to my colleagues, and headed back to hubby's hometown.  Memang tak sempat lihat babah buat kali terakhir. Tak apa lah. Semoga babah aman bersemadi di sana. Dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap ilahi.

Teringat kenangan2 dengan babah. His support and how he welcomes me into the family. Teringat wajah gembira babah bila dapat kemeja baru sempena hari raya. Dulu pernah belikan babah dan mak baju, handbag, sandal, brooch, tudung sebagai hadiah hari raya. Kemudian banyak kali tak berkesempatan nak belikan apa2. Sekadar duit raya tanda ingatan. Apa2 pun Alhamdulillah sempat menggembirakan hati babah haritu. Cuma tak dapat jumpa babah semasa babah masih boleh bercakap. Sekejap sangat babah sakit... pada kita yang busy dan tak berjaya mencuri masa untuk pergi ziarah. Yang sakit pasti terasa lama sakit bila lah nak baik. Bak kata anakanda, biarlah atuk pergi. Kesian tengok atuk sakit. Betul tu sayang. Tiada kesal di hati kerana insyaAllah kita bakal berjumpa di tempat yang kekal. Mungkin anakanda Adli dah jumpa atuk nya.

Pengajaran untuk yang membaca... bila ditimpa musibah, kita ingat susah lah kalau anak sakit, susah lah kalau orang tua sakit... mungkin tak lama pun peluang kita untuk bersama mereka, menjaga mereka. Al-Fatihah untuk babah. Al-Fatihah untuk anakanda yang dirindui. 2 kehilangan besar tahun ini.