Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Friday, September 12, 2014
Kehilangan
Ayahanda mertua yang disayangi telah disahkan menghembuskan nafas yang terakhir 8.25 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 12.45 tengahari, 3 Sep 2014. Kali terakhir jumpa babah semasa sihatnya ialah pada Syawal yang baru lepas. Dah lama rasanya tak berkesempatan berbual panjang dengan babah. Memang setiap kali balik kampung, lebih banyak interaksi dengan mak berbanding babah.
Babah terjatuh dari sofa ketika terkejut dari bangun tidur. Ada tetamu datang beri salam. Peha babah bengkak dan pinggang sakit. Selain dari tu, makan solid food akan muntah semula. Hubby bawa babah pergi urut. Kemudian adik beradik lain bawa ke klinik. Setakat ubat tahan sakit dan ubat sapu jer yang dapat. Pujuk babah pergi ke hospital swasta untuk x-ray. Baru lah nampak tulang pinggul babah ada retak. Terus di bawa ke GH. Di GH fokus pertama doktor untuk menentukan sebab tak boleh makan solid food maka beberapa ujian dan scan dibuat. Kelihatan ada mass di bahagian perut dengan pelbagai kemungkinan maka saranan mereka untuk buat pembedahan. Walau bagaimanapun perlu lihat keadaan kesihatan babah maka pemerhatian di icu dibuat dahulu. Mula2 babah nampak stabil. Hubby ada dengan babah masa ni. I thought of going too. We went separately because I need to pack for my outstation trip. Hubby suggested I don't need to come since I'll be going North the next day. But babah's condition deteriorated over the night. His heart even stopped and resuscitation was performed. By morning, the doctors allow all family members to come and visit him. That's not good news.
I visited babah, recited Yasiin from the Quran and hold his cold hands. I waited at the hospital and then headed to MIL's place while waiting for doctor's feedback. We're prepared for the worse but verdict from the doctor was, beloved babah is in a stable condition. Surpised but happy with the news, I decided to proceed with my outstation trip. However, by that night the situation doesn't look good. Early the next morning, the doctor announced that the life support will be stopped. I handed over my task to my colleagues, and headed back to hubby's hometown. Memang tak sempat lihat babah buat kali terakhir. Tak apa lah. Semoga babah aman bersemadi di sana. Dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap ilahi.
Teringat kenangan2 dengan babah. His support and how he welcomes me into the family. Teringat wajah gembira babah bila dapat kemeja baru sempena hari raya. Dulu pernah belikan babah dan mak baju, handbag, sandal, brooch, tudung sebagai hadiah hari raya. Kemudian banyak kali tak berkesempatan nak belikan apa2. Sekadar duit raya tanda ingatan. Apa2 pun Alhamdulillah sempat menggembirakan hati babah haritu. Cuma tak dapat jumpa babah semasa babah masih boleh bercakap. Sekejap sangat babah sakit... pada kita yang busy dan tak berjaya mencuri masa untuk pergi ziarah. Yang sakit pasti terasa lama sakit bila lah nak baik. Bak kata anakanda, biarlah atuk pergi. Kesian tengok atuk sakit. Betul tu sayang. Tiada kesal di hati kerana insyaAllah kita bakal berjumpa di tempat yang kekal. Mungkin anakanda Adli dah jumpa atuk nya.
Pengajaran untuk yang membaca... bila ditimpa musibah, kita ingat susah lah kalau anak sakit, susah lah kalau orang tua sakit... mungkin tak lama pun peluang kita untuk bersama mereka, menjaga mereka. Al-Fatihah untuk babah. Al-Fatihah untuk anakanda yang dirindui. 2 kehilangan besar tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment