Saturday, November 23, 2019

Cucu in the House

Tokmi sebut nama penuh dia. That stopped him in track. Sekejap jer lah. Dia nak juga tonyoh button top box hypptv tu few times. Lepas tu dia pandang muka tokmi... tokmi pun pandang dia lama2. Then his face cracked into the sweetest smile... ran and hugged tokmi. Alahaiii camana lah nak marah cucu sorang ni πŸ˜…

He's in that terrible two stage at 1 year 5 months. Hmm... penat sangat melayan dia at this stage. Untuk mom and family yang dah ada routine, they can probably cope better than someone who has no idea what to expect. So for 5-days my schedule revolves around his schedule. Time makan, tidur, berak, mandi walaupun most times his favorite person on earth, tokbah dia yang handle. When he's few months old dulu ada jaga few times juga but sebelum dia dapat kaki tu mudah sikit lah.

I didn't even got time to check my WA and email for work. Yang mana sempat dan urgent try juga buat, yang mana boleh ditangguhkan, kita tangguh dulu. I don't multitask well. Kadang2 alertkan tokbah dia bila dia buat benda yang dia tak sepatutnya buat. Tokbah dia elok jer layan phone. Hal kerja katanya. I'm not good at doing that with a toddler under my care. Probably I only took care for short term so begitu lah keadaan nya. Rasa huru-hara semacam. Yang memang kena jaga full time, have to work around it to maintain other responsibilities as well.

Budak2 ni sekejap jer boleh jadi benda yang tak disangka2. Sekejapan jer pun haritu dia tengah elok duduk main2 depan cermin and I turn to simpan sejadah ker angkat baju ker can't remember but I remember where I was standing and turning my body. Tokbah atas katil with his phone. He banged his head on the floor sebab suka2 jatuhkan badan like he always did masa main2 on bed under supervision. Thank God nothing serious. After that dia tak buat lagi dah.

Main2 bawah pokok lepas breakfast. Main hammock, main toys and penyepit baju, main daun2, main bantal busuk dia, main panjat pokok (tokbah dia ajar), main air.

Nasib baik most of the time dia nak tokbah dia layan. Tapi tokmi penat juga preparing stuff for things to work well for tokbah. Buat kan susu, prepare kan after bath stuff, cuci stuff yang kena kencing dia, on video Didi for a bit of peace from him screaming tak nak pakai baju to having a meal kat kedai. Susah betul nak tukarkan pampers dia... mesti melalak masa nak buka pampers and pakaikan pampers and seluar semula. Macamana lah org dulu2 survive besarkan anak tanpa pampers 😨 Dan tanpa washing machine 😨😨😨 The amount of washing I have to do was crazy.

Thank God ada Didi πŸ˜… Guilty as charged using Didi to keep him quiet for a while. Dah ada shelves yang dia boleh capai. Next time datang dah tak boleh sorok barang atas open shelves. Laci2 pun kena find out how to make things child proof.

I was happy to see him eat. Mula2 dia tak nak makan. Tak nak disuap. Dapatlah sesudu dua before he turned his face away. Then I put small plate in front of him and let him eat with his fingers. He wanted to use the spoon initially but I thought spoon would cause more mess. Bukan masuk sangat pun dalam mulut dia but he's more cooperative bila disuap while he's playing with his rice. Tokbah tukang suap dia makan sebab dia nak duduk kat tokbah. Tokmi tolong kemas and while I am writing this, belum disapu lagi nasi2 yang tumpah dilantai. Give me a break. I'm tired. 

Paling senang masa bawak dia gi swimming. Tak puas dia main air. Tokbah dia kata lagi penat jaga dia dari swimming sendiri. Tokmi tengah praktis swimming for my swimming class. Nasib baik dia tak buat projek masa main air sebab masa gi swimming dia belum berak.

For those yang nak beranak but no means to jaga anak other than suruh parents jaga... please don't. Masa mesyuarat tingkap dengan grandma2 setaman, semua cakap penat nak jaga cucu. Bukan umur ni untuk jaga baby and toddler. Takder kekuatan lagi. They wanted to go out, pergi mengaji, pergi surau, pergi bersenam, pergi mengeteh, pergi bersosial and they deserved to do all that lepas berpenat-lelah besarkan anak2. Sekali-sekala tu OK lah. Semua pun sayang cucu. Tak mampu nak jaga doesn't mean tak sayang. In our case, it's a long story. We make the best of our situation. We have the sweetest, cheekiest cucu to love and care.

Tuesday, November 5, 2019

His 50th Birthday

Hubby celebrated his 50th birthday on the 3rd. I was quite excited. I felt that everytime our age change the first digit, it is like a milestone in our life.

Probably many younger people thought getting older is like being more and more disadvantaged in life. I was once young too. Now I saw my friends are prettier than when they were younger, more confident, accomplished great things, did exciting things and I thought how wrong  the younger me was.

Hubby spend his birthday weekend hiking and cycling. He already got his birthday present few months earlier 😁 So this time belanja makan jer.

My darling hubby... the perfect guy for all my imperfections. Love him so much and may Allah blesses him always.

Monday, September 9, 2019

Gift of Health

2-3 years back, I had left hip joint pain that required physiotherapy. Went to get physio treatment only after more than a year of surviving through the pain. I stopped going because of work commitment and got lazy to set another appointment date. Months passed by and I realized I don't feel pain anymore. Either because it healed itself or my lack of activity didn't aggravate the joints.

2-3 months back I got tingling sensation and numbness on my left hand and palm when my arms are in certain position.  Went for physiotherapy again, and massages. Less than a month after my first physio, I can feel only a faint tingling sensation if I really pay attention. Alhamdulillah I believe I'm on the road to recovery again.

A dear friend just stated her wish recently... for her to be able to walk without experiencing any pain. I can relate to that. Been there. Unfortunately her journey towards healing may take longer. Another friend felt numbness and tingling sensation on her arm as well. She was given several steroid injections and surgery, yet still can't get her full mobility and strength. Imagine how thankful I am when I healed. Alhamdulillah πŸ’–

Friday, August 30, 2019

Jimat RM143

Harini rasa sangat bertuah jadi rakyat Malaysia. I need to take Seretide 50/250 for my asthma. Hospital bekalkan. I just need to go there and take every month. Tak rajin nak pergi tiap2 bulan. Ingat kali ni nak beli di farmasi. Haritu nampak ada offer. Bila tanya dah takder. Offer pun sebab dah nak expired rupanya. Normal price is RM143. Hmmm... sanggup lah pergi hospital untuk ambil. Kali ni nak parking di tepi jalan Hospital Serdang tak jadi. Ada pekerja pembersihan longkang cakap polis tengah saman. So ke tempat parking yang jauh tu juga lah. Sampai2 terus ada shuttle van menunggu. Ambil ubat pun tak lama. Ambil masa sikit sebab ada student pharmacy tengah buat survey. She even used peak flow meter to test on me. Arini memang dada rasa kurang OK sket. Musim jerebu dan cuaca tak menentu ni memang begitu. I normally just brave it and tak guna inhaler pun. The PFM showed bacaan 320. Google said normal adult's reading should be 400. Not too bad I think. The student tak tau normal range berapa. Hmm... boleh Google jer dik. Lepas tu jalan laju2 untuk tunggu shuttle. Within 5 minutes cepat jer jadi makin ramai orang yang menunggu. I got a seat in the van. Ada yang kena tunggu next van. Today's Friday. The van will be off for Friday prayer from 1.00 to 2.30. I managed to settle everything within 45 minutes dan jimat RM143. Alhamdulillah. Syukur jadi rakyat Malaysia.

Ada 'kawan' yang pernah persoalkan kenapa nak pergi hospital kerajaan. Should go to private hospital. Kenapa pula tak boleh pergi hospital kerajaan? They provide the best service and apparently way more responsible and accountable compared to the private hospital. Takder lah cerita tolak patient tak nak rawat atas macam2 alasan. If anything happened to me, lagi senang untuk mereka rawat sebab rekod semua ada dengan mereka. Lagipun memang hospital tu untuk rakyat Malaysia kan. Ada insurance cover pun I would still choose government hospital as my first choice. Tapi kalau dah suka pergi private hospital tu silakan lah. Takder siapa nak marah pun. Dia jer yang tak puas hati kita pergi government hospital. Macam ni punya 'kawan' pun ada. Everytime pergi hospital teringat dengan komen dia tu. Ni nak cerita pasal bertuah jadi rakyat Malaysia sebab ada kemudahan yang elok macam ni pun teringatkan statement dia.

Thursday, August 15, 2019

My Writing... Then and Now


It's a dark afternoon... as if about to rain. The humidity and heat was quite overwhelming. I sat on the sofa wondering why I have not been writing more these days. I wanted to. I probably have been thinking too much of a proper thing to write on my professional social media platform. But... I can write about anything in my blog. Why didn't I?

The rules to write better is to read more and to write daily. When I looked at my past entry many many years ago, the eloquence of my thought surprises me. The topic may be immature or too narrow as compared to my more mature perspectives now. But the fluidity of words rolling on the screen as I read them... felt quite alien sometimes. The me now... and then can be arguing about the same topic πŸ˜… The younger me probably would have won with her words... being so enthusiastic about making her points through and understood by others. The me now... will just choose her battle and let the unimportant ones slide through the fabric of time.

Ahhhh... it started to drizzle. Hopefully the rain will cool down the earth a bit. And hopefully the zest of youth can emerge from the very bottom of my soul to help me write more, get the style of writing that I want, and get the right audience as well.

Friday, June 21, 2019

Ramadhan dan Syawal 2019


Ramadhan 2019 dah berlalu. Masih rindu dengan suasana Ramadhan. Kalau boleh tak nak ia berlalu. Dalam kepala fikir puasa, fikir sahur dan iftar, fikir tadarrus, fikir terawih, fikir qailullahπŸ˜… And ada juga fikir shopping tapi tak lah seberapa. Adalah 2-3 hari gigih mencari warna sedondon. Training pun 2 hari jer masa Ramadhan. Tahun ni berkesempatan berbuka puasa di surau few times. Lagi lah relax tak perlu pening2 nak masak apa. Alhamdulillah rezeki. Sahur pun kalau takder apa2 just minum oat dengan kurma jer. Syukur dengan Ramadhan yang indah.

Syawal is a different story. Beberapa perancangan dibuat sampai lah dapat perancangan terbaik for me and hubby.  As for me, first thing first, kena pastikan dapat solat Aidilfitri dengan mudah. Yang kedua, pastikan beraya dengan keluarga dan bukan tiba2 jadi sengsorang pulak. Ada beberapa keadaan yang boleh jadi gitu. Yang ketiga, pastikan tiada atau kurang contact dengan si polan yang suka cari pasal. Yang keempat, kita ambil mudah jer lah yang mana boleh part travelling tu. Tak perlu lah drive merata musim2 raya dengan jem dan banyak kereta di mana2 tu. Yang kelima, kita dah rancang tapi kena flexible jugak. So be open and go with the flow.

Alhamdulillah masa pun berlalu dan dapat jaga suasana dgn emosi gembira. Ada juga konflik bila satu expectation yang tak dapat dipenuhi. Perancangan yang terbaik untuk kita tak semestinya dapat memenuhi expectation semua orang. I'm OK with that so just deal with it.

2 minggu outstation, balik sekejap 1 malam di rumah dan hanya dapat berkemas jer lah... unpack and repack. Bila dapat balik rumah sendiri pun jadi seronok sangat πŸ˜… Kalau nak diikutkan nak beraya, memang lah boleh lupa part puasa 6. So hendak tak hendak, lupakan jer part beraya sekejap dan kita sambung puasa. Someone wrote in his FB post, "If you fail to plan your puasa 6, you plan to fail". Insaf jadinya πŸ˜… Today is day 5 InsyaAllah. Semoga sempat lah cukupkan 6 sebab esok-lusa memang dalam plan tak puasa. Kita kena lah juga raikan jemputan2 beraya tu kan 😊

Sunday, May 19, 2019

Dungu Atau Buat2 Dungu


Zaman2 tak berapa pandai dulu, pernah lah suka orang. Kalau dah suka, apa benda yang dia buat pun boleh jadi bahan perasan. Kalau dah bagi bunga dengan surat lagi lah kan. Sooo... pathetic.

Tapi nak salahkan diri zaman dulu pun tak boleh 100% kerana persekitaran memang begitu. Drama tunjuk begitu... pandang2 jeling2 lepas tu bercinta. Ada drama endingnya setakat declare cinta jer pun. Belum tentu lagi si lelaki cukup kuat nak jumpa mak bapak sendiri suruh pinangkan anak orang. Tapi masa tu belum rasional sangat macam sekarang. Pergaulan pun dengan orang sebaya. Masing2 ada masalah yang lebih kurang sama. Belum terdedah dengan masalah2 kehidupan.

Lepas dah break up, makin lama makin matang. Makin lama berjumpa dengan macam2 kisah kehidupan. Lelaki2 tak bertanggungjawab macam2 kisah. Zaman ni, zaman suspicious dengan lelaki. Semua tak boleh harap. Hidup sorang lagi baik. Till I met my husband of course. Tu pun berliku gak kisahnya. Dah rasional gak masa tu. Nak serious buat cara nak serious. Take necessary steps. But that's another story lah.

Sekarang nak stick to point from my first paragraph. Zaman sekarang ni kisah emosi anak2 remaja berkisar dengan social media pulak. Dapat like, dapat love, dapat komen. Kalau jenis takder perasaan OK jer. Tapi kalau hati dah suka, tu semua buat perasan dan hati berbunga2. Tak perlu nak beza sangat lah zaman dulu dengan sekarang. Emosi manusia tu sama jer dari azali. Tools jer berbeza.

Kita tak nak lah anak2 tersilap langkah. Anak2 lelaki semua. Jangan buat kat anak dara orang camtu. Kena bertanggungjawab sikit. Mainkan hati dengan perasaan orang tu untuk saja suka2, berdosa. Bukan untuk anak bujang jer. Datuk yang dah bercucu pun kena ingat sama. Perempuan dah tua bangka pun kalau dah dilamun perasaan mengalahkan remaja jugak. Jangan jadi dungu sangat atau buat2 dungu macam benda2 ni semua takder kesannya. Hmm... nasib lah anak2 bujang dah kahwin and akan kawin soon. Tinggal yang kecik2 ni harap2 lama lagi baru ummi boleh bebel pasal ni. Tapi yang dah kawin tu, jaga hati isteri. Jaga juga diri sendiri. Jangan cari penyakit terjebak dengan pujuk rayu orang pulak.

Kita dah lalui pengalaman ni. Kalau boleh nak bercerita realiti kehidupan, rasionalnya macamana, jangan lah tersilap langkah. Tapi susah nak bagi orang yang tak pernah lalui faham. Kita cuma boleh bagi guidance jer. Dayung ada di tangan, pandai2 lah kemudi haluan. Cari jalan yang benar dan lurus berpandukan nasihat dan pegangan agama. Semoga semuanya baik2 ajer untuk keluarga kami.

Saturday, May 18, 2019

Pulau Tinggi, Mersing Island Hopping


Ni cerita before ke Vietnam. Mak dah gi holiday. Ummi dah gi holiday. Anak2 plak ajak pergi holiday masa cuti sekolah. Kami baru jer ke Tioman. Dah memang ada survey2 island hopping di Mersing sebab ada peserta pernah kongsi snorkelling di Mersing pun cantik juga. Selalu ke Tioman jer kita try lah tempat lain pulak.

Tanya sana tanya sini, last2 hubby decide nak amik 3d2n package. Option lain ialah day trip tapi kami kena amik homestay di Mersing at least 1 malam. Baik lah merasa bermalam di pulau. Memang banyak pulau2 area situ tapi kami dapat pakej dari ejen ni chalet di Pulau Tinggi. I asked for 2 rooms. 1 family + 1 std or 2 std. Di baginya kami bilik ber6. Spoil betul mood dibuatnya. Bengang sebab dia macam ambil ringan permintaan customer.  Janji dah dpt customer. Katanya tersalah pandang. Lagi pun 1 family. Apa salahnya 1 bilik. Hello... bukan semua family tu mahram kan. Buatnya abang ipar dengan adik ipar ker, biras ker, macam2 sebab lah family mintak berapa bilik. Jangan lah ikut suka jer. Hmmm... nampak tak betapa masih geram dengan dia. Dah berbulan berlalu pun masih boleh membebel panjang kalau ingatkan conversation dengan dia. Of course we are OK with one room... nasib baik mak dengan ummi OK jer kan... tapi kena hadap lah bilik air satu jer.


We checked in, berehat. Panas tak berangin. Chalet pun kipas jer. Dah petang sikit baru pergi main air. Nice beach. Malam pun takder apa2 aktiviti sangat. Dah makan, lepak2 amik angin, tidur lah. Esok nak gi island hopping.

So lepas breakfast kami siap2. 1st location ialah gi hiking dulu at Pulau Sibu Kukus. Gigih tokbah dukung cucu hiking. Tengok view yang cantik 😍. Then snorkeling at one spot tengok Nemo and anemone banyak. Tapi arus kuat. When we stopped for packed lunch at another pulau, I threw up. Agaknya swimming berlawan dengan arus tu buat kepala pening. Then baring jer kat pasir time orang lain makan. Tak selera nak makan. After that ke Gua Merah. Tak lah macam gua sangat. More like rocky opening dengan air berombak2. Ada 4-5 spot kami pergi. Tak ingat sangat dah. Next day, pagi2 kami dah check out. 




Overall, underwater tidak secantik Tioman tapi mungkin sebab kami pergi musim air tak clear sangat. Kut lah ada masa yang lebih cantik dan tenang. Tapi berbaloi juga pergi at least sekali untuk rasa kelainan. Air di Pulau Tinggi ok best dan beach pun cantik as well as no sandflies. Teruk kami kena sandflies di Tioman aritu. Sesuai kalau nak pergi untuk berehat2 di beach yang cantik dan tak sibuk sangat. Recommended to go at least once in your lifetime. Lepas raya ni nak ke Tioman lagi. Hubby nak ambil certification free diving. Hujung tahun pun nak ke Tioman lagi with big family and hubby's friend's family. Tioman ni memang begitu. Ada2 masa setahun sampai 2-3 kali pergi. Pernah gak setahun tak jejak langsung. But we love Tioman. So OK jer pergi berapa kali pun 😊



Saturday, May 11, 2019

Kisah Rezeki Ikan Parang Goreng


Setakat dah 6 hari puasa ni, sempat lah berbuka sekali di surau. 4 hari ada anak menantu di rumah. (Sekarang dah level anak menantu and cucu menyinggah di rumah ni OK πŸ˜ƒ I grandma already 😜. Kadang2 grandma kurang kesedaran diri dah jadi grandma. Nak gak memanjat gunung bagai πŸ˜….) Semalam perut rasa semacam angin mencucuk2. Dah cakap dengan geng berbuka di surau tak dapat pergi, time dah dekat2 nak buka tu elok plak perut ni. Tak prepare ler nak ke surau. Nak gak bawak sket hidangan... timun pun jadi lah kan. Tak per lah. Berbuka di rumah, panas2kan lauk apa yang ada. Kalau di surau lambat habis terawihnya walaupun buat 8 rakaat jer. Di rumah, awal dah selesai terawih dan dapat berehat.

Masa sahur tadi terkejut tengok semut dah naik ker bekas ikan parang goreng. Kat rumah ni dah mula bersemut (after more than 10 years duduk sini) tapi bukan semua makanan kena. Biasa yang goreng2 ni simpan dalam Tupperware or fridge. Semalam terlupa. Tapiiii... semut2 tu bertumpu dekat cebisan ikan kecil jer kat tepi piring. Tak usik langsung ikan yang lain. Rasa amazing sangat. Rasa betul2 my rezeki nak makan ikan tu. Otherwise, dah selalu gak makanan yang dinaiki semut ni masuk dalam tong sampah. Alhamdulillah rezeki. Gitu lah kan bila Allah yang Maha pemberi rezeki dah tulis rezeki kita. Jadi, ingatan untuk diri sendiri. Bab rezeki ni, berdoalah dan percaya dengan rezeki dariNya.

Tadi ada terbaca satu post. Kalau main 4d tu dijamin akan menang wang besar, kita akan main tak? Assuming tiada isu halal haram. Sure lah main kan sebab dijamin akan menang. Cepat atau lambat jer dapat tapi gerenti dapat. Walaupun 4d tu sebenarnya tiada langsung jaminan menang, tapi ramai jugak yang main sebab PERCAYA akan menang. Jadi kita PERCAYA tak doa kita akan dimakbulkan Allah? Kalau percaya, kenapa tak nak berdoa? Berdoa lah... Allah dah jamin Dia dekat dengan kita. Allah dah jamin dengar doa kita. Cepat atau lambat jer, atau Dia ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jadi berdoalah. Teringatkan my friend yang solat hajat lepas setiap solat fardhu selama 3 bulan.
So peringatan untuk diri sendiri sempena Ramadhan ni. Doa dan yakin dengan ketentuan Allah.

Sunday, April 28, 2019

Hanoi - Halong Bay - Sa Pa - Fansipan


Alhamdulillah impian nak mendaki Fansipan dah tercapai. Saja nak cuba tempat2 lain pulak selain dari hike di Nepal, Kashmir dan Indonesia setakat ni. Walaupun masa terhad, sempat juga ke Hanoi dan Halong Bay. Alhamdulillah dipermudahkan untuk rasa pengalaman2 di tempat orang.

Masa sampai airport, takder plan camana nak ke hotel. Airport taxi 20USD. Ada van offer 10USD for 2 person. Dah naik van tu tapi sementara driver tunggu van dia penuh, cepat2 google option lain. Nasib baik ada internet. Jumpa info pasal bas 70k Dong jer for 2 person ke Old Quarter. Senang sangat sebab keluar airport terus hala ke kiri sebelah hujung tu tempat bas berhenti. Takder perlu beli tiket di kaunter dulu ke apa.

Then menapak cari Hanoi Blue Sky Hotel. Beberapa kali keluar nama hotel ni di blog2 orang yang dibaca. Rupanya hotel ni tengah renovation dan telah tukar owner. Patut lah hotel ni keluar fully booked di Booking.com dan Agoda. But I got it from AirAsia website. Owner lama tak ingat kut nak handle offer booking di AA website. So kami dapat juga bilik yang selesa Alhamdulillah. Cuma tiada breakfast tapi owner baru siapkan juga roti dgn jem and butter and buatkan sunny side up for us because dalam confirmation letter tulis breakfast provided.

Esok pagi2 dah nak ke Halong Bay so malam tu cari dinner dan shopping2 sikit. Mula2 cari masjid sebab ada restoran halal dekat dengan masjid tapi dah tutup masa kami sampai. Bila tanya orang yang tengah tutup gate kedai dia tu, dia suggest Indian restaurant about 1km away. Ok jer lah... janji dapat makan. Then jalan2 tengok kedai barang2 outdoor dan souvenir. Bought a shoe for me sebab my high cut shoes pun dah rosak from Semeru. Dah cari di Mitsui Outlet dan IOI City Mall memang tak banyak pilihan dan saiz. Tempat lain malas nak pergi. Otherwise I kena pakai kasut hubby yang 1 size bigger but in better condition than mine. Hubby ada 2 kasut but he prefers the one yang dia bagi I pinjam. Beli juga cap for hubby and beg Kanken. Then cari fridge magnet and terjumpa kacang gajus 130k Dong. Packing mcm dalam 400-500gm. Sedap sgt. Later kami beli lagi kat airport tapi harga dah mahal 275k Dong and kedai sebelah sampai 360k Dong. Kalau tau beli banyak sikit tapi mengenangkan nak naik gunung tu lah bertahan2 nak membeli.

Masa di Halong Bay cuaca mendung jer and quite hot. My sis yang pergi in March kata berkabus and tak nampak view sangat. So we got better view tapi tidaklah secantik langit biru. Our guide pun tunjuk gambar dari phone dia time langit biru tu time peak and orang pun bergenuak. Memang nampak dalam gambar dia tu kepala dan badan orang jer di Titop Island πŸ˜… So consider we got a good deal. Me and hubby jer wakil Malaysia dalam 2d1n cruise tu. Lain2 dari NZ, UK, Philippines, India, Brazil and Korea. 20 orang passenger cruise. Kami makan separated table sebab request seafood jer. The Indian request no seafood. 1 Brit guy kut vegetarian. Yang lain eat everything. So tak lah banyak opportunity berbual dengan guest lain. But every one's polite and nice jer. Sempat jugak berbual sikit2 and wefie ramai2.

End of the cruise kami tak ikut van balik Hanoi walaupun dah dalam pakej. By the way our package is 129USD per person. Kami amik private car 70USD ke airport to meet our hiking team. Kalau ke Hanoi semula kami akan lambat. Kena amik bas pulak ke Sapa. Then susah plak nak regroup dengan our team. Walaupun mungkin OK jer kalau kami amik sleeper bus and jumpa pagi2 tu tapi macam2 risiko kan. Kadang2 kena keluar duit jer lah untuk senang sikit. Our mini bas ke Sapa memang cramp sebab jenis bas yang sama kami ke Halong Bay tapi kali ni dengan beg2 besar. Sampai Sapa dah 9 lebih. Tuan homestay masakkan dinner. No meat. Makan jer. Paling sedap jagung goreng tepung dia sebiji2. Kami ada makan gak jagung camtu atas cruise.

Next day siap2... lama gak nak tunggu porter kemas ration before we could start hiking. Kecut perut sebab kali ni memang tak practice and stamina pun tak pasti camana sebab tengah that time of the month and memang aktiviti walking pun  kurang. Before trip pulak ada training berderet dan beach holidays. Hadap jer lah. Alhamdulillah kami yang tengah2 lah. Tak lah siput sangat.

Memang big group hiking kali ni. My school senior pun ada. Tapi half of them turun dengan cable car. Tinggal group kami jer yang originally request organizer buat on the date that we want, plus one more guy yang hike turun. Trail dia memang naik turun lembah. Takder advantage sangat masa turun sebab sama jer. I even noticed masa pergi, dekat starting point banyak menurun. Maknanya nak balik akan banyak mendaki. Hadap jer lah. Muka hubby dah monyok jer. Jalan laju plak tu sampai kena jerit suruh tunggu. Dia angin agaknya bini tak nak turun dengan cable car 😜 muka dah tak larat tapi nak menapak turun gak. Dia tak tau ker suffering masa hiking tu a form of happiness and accomplishments bila berjaya habiskan πŸ˜… Sure lah dia tau. Dia kan hikers gak. Bercinta jer lah dengan bini on track. Borak2 ker kan. Tapi bini pun tak cakap apa2 sangat lah sebab tak cukup nafas nak berbual dan siap kena sound dengan hubby, "jalan jer lah" katanya. Cam nak mintak nyawa extra untuk habiskan hike pun ada. Entah apa lah yang best hiking ni 🀣🀣🀣

Dah sampai starting point and minum air kelapa, lega sangat. Dapat info Sa Pa town takder air. Tuan rumah siap belikan sorang 10 liter air untuk mandi nanti. Aduhaiii... tapi apa2 pun cepat2 setelkan hal mandi bila dah sampai. Rupanya tuan rumah masukkan air dalam tangki dia so dapat lah mandi air panas. Lega sangat. Hubby membebel sebab dia tak dapat air panas tu. Geram jer dengan dia. Not my fault pun air tu habis. Diam lebih baik. Macam budak2 kan kalau cari pasal jer, dah letih lah tu. Ada banyak bilik air kat rumah tu and ada gak yang kena tunggu staff dia masukkan air dalam tangki semula. Tempat kami berehat tu bukan homestay 1st night di Sapa tapi massage shop. Tokey dia handle hiking juga. Jadi tak lah selesa sangat nak korek beg, cari barang, tukar baju dan sebagainya. I've tried my best asingkan barang2 dari sini lagi supaya senang kat sana. Amik jer 1 beg, semua ada dalam tu... plus towel dari masa hiking.

Badan rasa letih sangat. Lepas dinner terus baring. Makan pun tak seberapa. Tolak beg2 besar yang ada atas 3 massage bed yang dah dirapatkan ke tepi sikit and luruskan pinggang jap. Lepas tu bas mini sampai and kami bermalam dalam tu on the way ke airport. Kedekut aircon driver dia. Dalam kul 4 pagi sampai airport. Cari port untuk baring lagi.  Then cuci muka ala kadar, flight 8 lebih sempat lagi pusing2 cari souvenir. Lapar nak breakfast pulak, puas tawaf airport cari kedai. Last2 pilih option vegetarian. Mee dia mcm mee maggi tu goreng dengan kicap and bawang putih letak sawi pun sedap sangat rasa dia. Naik flight, tertidur2 lagi dalam flight. Sampai tanahair cari nasi ayam penyet di Cyber. Rasa deprived tak dapat makan ayam πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Sampai rumah sambung tidur lagi. Dah nak maghrib baru bangun. Gi cari makan di kedai tomyam plak.  Then asing2kan laundry and siapkan barang2 untuk training esok.

Saat paling romantik bila hubby urutkan badan before tidur and in the morning before bersiap for training, and uruskan semua laundry.  Di Halong Bay dia sibuk layan telefon. Urusan personal lah nak arrange his next holiday... urusan kerja lah... setting ala2 romantik pun jadi tak romantik. Hubby selalu jer ngelat time mintak dia urut. Tak sampai 5 minit. Kali ni impressed sebab betul2 dapat urut. Still less than half an hour per session but terasa lah kelegaan minyak base halia dari Aceh dan urutan yang melegakan 😍 Alhamdulillah semua selamat and bring back happy memories. Kena fikir next hiking destination pulak. My dear friend dah ajak ke Bali. Next hike pulak tengok lah keadaan. Dah nak puasa, then Raya, lepas tu ada majlis anakanda sulung pulak. Kalau berkesempatan, kita selit2 lah yang mana sesuai. Lum sempat nak discuss with my darling hubby lagi 😁 Muncung2 dia pun, he's my trusted and loving hiking buddy πŸ’–

Friday, March 22, 2019

11th Anniversary Vacation


Alhamdulillah we had a great time on our short anniversary vacation😍. Mula2 risau takut laut berombak dan arus kuat. Walaupun the sky looked overcast earlier, but then it turned blue and bright. Air pun OK jer. Makan pun sedap2. Masih teringat asam pedas di jeti Tioman walaupun tebal bibir lepas makan tu πŸ˜€

Masa snorkeling, kami berdua dengan one french guy, one british lady and a german couple on the boat. Just berbual ala kadar gitu2 jer. I almost lost my beloved camera semasa snorkeling di Batu Malang. Tiba2 strap putus dan boleh nampak in slow motion kamera jatuh dalam laut dan tersadai atas coral. Batu Malang is quite deep. Nasib baik terletak atas coral dan bukan dasar laut atau celah coral dan terus ke dasar. Tapi tetap tak mampu nak ambil kamera tu. Hubby ajak snorkeling dulu. Haaaa.... di tempat favorite ni tak dapat nak ambil gambar. Dah siap satu pusingan, informed our boat man. Terus dia pakai goggle dan pasang fin. Hubby cari semula atas coral mana. Sebab baru jer turun tak sampai 5 minit masa kamera tu jatuh. Alhamdulillah hubby nampak and our boatman dive untuk ambilkan. Pakai fin kuat sikit daya nak ke bawah. So I got my camera... sooo happy. Ada lah gambar2 kami dalam kamera tu 😍


Yang kelakar nya ni macam vacation versi our older self. 1st night I slept early sebab the night before tak boleh tidur till almost 3am. Early pun about 9 something, closer to 10. Hubby layan TV and his cycling WA group. 2nd night hubby plak slept early. Dari maghrib dia dah berlawan dengan mata πŸ˜„ so I said nak tidur, tidur jer lah. Nanti bangun baru solat Isyak. Sure dia akan terbangun malam sebab tidur awal sangat. So I just read a book on my phone before going to sleep. Yang penting we were well rested. Selang sehari lepas balik hubby ada long distance ride. Dia tak sempat untuk tidur pun the next night coz his ride will begin at 1am. So that's our short vacation story. Tema nya ialah rest and enjoy the sun, sea and sand. Yang tak enjoy ialah sand flies bites. Gatal2 kami berdua.

Saturday, March 9, 2019

11th Anniversary

This month is our anniversary month. It's been 11 years... still very young by many's standard. But we're definitely not getting any younger. I joked with hubby that we need to double check our Do's and Don'ts to each other coz as we're getting older, we'll be more sensitive. Cepat SENTAP orang kata.

Alhamdulillah we've gone through the first two five-years phase. Now moving on to our third five-years phase. I'm sure we'll face different challenges in life. I'm sure we'll have our own personal struggle as well as family struggle. Hidup ni kan untuk diuji. Takkan kita nak mengaku beriman tanpa diuji oleh Allah.

Kadang2 bertanya juga dengan hubby... what's his personal struggle. Orang lelaki kan jarang nak berkongsi. My personal struggle pun kena juga berkongsi dengan hubby. Dah biasa buat benda sendiri. Kadang2 terlupa I have a shoulder to cry on. Sharing is caring... sharing can also make us feels closer to each other. Jangan lah masa bercinta jer semua benda nak cerita. Dah kawin ni jadi tak reti pulak nak berkongsi kesedihan, kegembiraan, keresahan, masalah dan macam2 lagi. Asam garam rencah kehidupan tu juga yang jadikan hubungan manis dan penuh rasa. Tidak hambar seperti tiada apa2.

This year I decided to set a holiday for us. Last year masa anniversary tak dapat bersama. Hubby outstation ke KK lama. Kali ni kita ambil peluang masa yang terluang. Ada kawan yang kata we can spend our anniversary any time and any where sebab this year hubby tak outstation. Tapi mana sama dengan tarikh yang special kan. Kalau tak diatur, tak jadi juga. Kalau menunggu kemungkinan ada kursus, kemungkinan ada meeting, nanti hari tu berlalu begitu saja. Let's make memories. Kena lah take action baru jadi. Sibuk2 pun... kita bagi jadi. InsyaAllah.

Happy 11th Wedding Anniversary to us! πŸŽŠπŸ’–❤πŸ’‘❤πŸ’–πŸŽ‰

Friday, February 15, 2019

Tired Explorer and Adventurer

Kadang2 semangat tinggi dengan kehidupan. There are so many things to explore. Enjoy the adventure. Seize the day. The sky's the limit.

Tapi kadang2 umpama penjelajah dan pengembara penat. Letih sangat ni... mari lah kita berehat πŸ˜… Gitu lah kan. Umur pun bukan muda lagi.

Ni baru lepas training. Dah sampai rumah, segala penat baru terasa. Ada macam2 aktiviti weekend ni pun tak nak fikir dulu. Nak berehat jer. Tapi terpanggil juga nak buat entri. Nak dokumen kan kepenatan ni 😁

Ok. Sekarang nak rehat.

Saturday, January 26, 2019

Hitam Putih Kehidupan



4 years ago, I helped a friend. Nothing much actually. I had outstation work and asked her to accompany me. The road trip probably gave her time to think and clear her mind.This song gave her strength along the way. Her post came up on FB memory today. She actually has been needing some friend's companionship these past 1-2 months but I thought she's been busy with life like she always did πŸ˜” I should have contacted her but have been a bit busy myself. Thank God she voiced out her needs. I will definitely plan some getaway time with her soon.

Dah hampir sebulan masuk tahun baru. Belum sempat sit down to gather my thoughts. I thought the song can also apply in my life. Dah lama tak menghayati lirik2 lagu dan layan lagu. Zaman2 remaja jer dulu buat kerja camtu 😁 Tapi kita cari lagu2 yang menyemarakkan semangat lah kan. Bukan lagu sedih pilu kecewa hiba duka nestapa tak tentu pasal. Life is so beautiful if you let it.

Hitam Putih Kehidupan
Sheila Majid

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Masa Aidilfitri tahun lepas tak terbayang akan dapat 2 menantu and cucu tahun ni. Anak2 ni dah memang dalam perancangan untuk kawin tahun ni tapi dah dipercepatkan. Nak duduk kan anak bujang 3-3 bersanding, tapi 2 jer jalan dulu. Masing2 pun dah nikah awal. Macam2 perancangan dengan (bakal2) besan, gitu lah kejadian akhirnya. Alhamdulillah semua dah selamat. Semoga anak2 ni tabah hadapi macam2 dugaan dalam kehidupan. Beri nafkah isteri masa sayang tiada masalah, ikut cakap suami masa sayang pun takder hal. Bila marah, merajuk, tak puas hati yang jadi cabaran. So beri lah nafkah isteri kerana Allah dan ikut lah cakap suami kerana Allah. InsyaAllah bila2 pun tiada masalah. Tapi ada satu pesanan dalam guest book diorang, Listen to your wife 😁 Ummi doakan yang baik2 untuk semua. Tugas mak ayah sampai bercucu-cicit pun tak selesai. So kami masih juga risau dan fikirkan korang. Don't ever forget that.

Tahun ni masih kurang aktiviti hiking sejak musim hujan hujung tahun lepas. I hate mud kan. So dah tahun baru ni masih banyak buat walking jer. Cycling pun kurang sebab nak kumpul step masa buat virtual run/walk πŸ˜… Lepas ni tak nak lah join virtual activity. Rasa limited pulak nak buat apa yang kita suka. Sejak dua menjak ni pun tak join sangat geng2 kayuh. Masing2 dah start long distance cycling. Hubby seronok lah. I tak rajin nak push diri separuh mati kata orang. Buat setakat kudrat ni mampu jer. Solo ride pun ok. Bukan tak biasa buat long distance. Tapi bukan pada pace diorang.

Tiada siapa sangka tahun ni my family bercantum semula. Hanya seorang lagi yang MIA dengan masalah sendiri cari. Happy for my dear brother yang dah lama terbuang. Itu dugaan hidup dia. Semoga hati dia lembut memaafkan. I'm not so forgiving. There's still some anger. Kita baik bila orang baik tapi apa yang orang buat kita tak lupa. So I realized there's still a bit of hesitation and barrier in me. Siapa yang buat kita, kena lah sedar kesannya. Semoga Allah lembutkan juga hati ni. Dia dah bagi kita bukti depan mata. Semuanya bila dah tua sedar diri atau berubah hati. Tak guna pun apa2 yang dibuat dulu kan. So tak guna juga nak simpan marah2 dalam hati.

Tahun ni berhajat nak lebih travel ke tempat2 yang belum pernah pergi. Dah ada 2 dalam perancangan. 1 coming soon... semoga dipermudahkan urusan, dapat luaskan pandangan, dapat pengalaman baru. Sekarang ni lebih sedar betapa musafir kita tu mungkin kita tak pulang. Musafir tu ada kelebihan2 tertentu yang Allah bagi. So gunakan lah dalam bentuk ibadah sebaik mungkin.

Keadaan ekonomi keluarga belum nampak jelas lagi tahun ni dengan perubahan2 dalam company hubby. Semoga dipermudahkan urusan hubby. My training macam biasa lah awal2 tahun ni slow sikit. Takder training tapi aritu busy dengan urusan keluarga, kali ni busy dengan urusan rukun tetangga taman. Dalam hati dah terfikir macam nak sambung belajar lagi tapi selagi masih dalam hati dan belum masuk dalam perbuatan kita pendam kan dulu. Nak sambung study, kena clear matlamat dan perancangan. The girl scout in me wants me to be ready with research papers and published articles. Kalau tu pun tak mampu buat, jangan harap lah mampu nak buat thesis kan. So kena be realistic to myself and my family. Tapi tak salah nak berangan sekejap jadi Dr. Sue 😜

Macam dalam lirik lagu..
hitam putih masa depan sendirian menentukan, hidup ini usah persiakan.

Ya jangan persiakan apa yang kita ada. Jangan persiakan dengan harapan2 palsu. Jangan persiakan dengan angan2. Oppsss... jangan angan2 jer, kena ada pelan tindakan kalau betul2 berhajat kan.

Terutama dah bermenantu dan bercucu ni, kena lah ingat nak persiapkan diri untuk alam barzakh. Bukti apa lagi nak bagitau usia kita semakin meningkat, dunia kata pergi dan kubur kata mari. Urusan ibadah masih jauh lagi dari memuaskan. Semoga bertambah baik tahun ni. So ini lah dulu coretan sempena tahun baru 2019. Semoga banyak lagi kenangan2 indah.