Tuesday, March 31, 2015

Purple is the New Black

Ter-purple...


1. Purple hiking shoes - the only hiking shoes available at the shop.
2. Purple foldable knapsack - the only one left
3. Purplish bright pink laptop - the alternative is subdued blue... quite plain.
4. Purple hand phone cover - the only logical option. There's red but existing is also red. And black.

Then there's the:-
1. Purple large bath towel
2. Purple hanky from a wedding's gift
3. Purple sweater from Kathmandu because they mixed up the pink size and there's only purple sweater as replacement
4. Purple shawl
5. Etc.

Not to mention the infamous photo of YB Rafizi in purple too...

Thursday, March 26, 2015

GST to Us...


GST headache for our family  began since about end November last year tapi masa tu masih suam2 kuku lagi. The intensity has increased tremendously for the last two weeks and still is going at maximum speed. Hubby is extremely busy this past few weeks. Harini ada yang kita tanya dia dah tak mampu nak register and jawab. Takper lah... kesian hubby. Just tanya nak makan apa atau gosok seluar mana tapi nampak blank jer dah. Dalam fikiran mesti penuh dengan GST... GST... petang ni ada meeting. Semoga Allah permudahkan untuk dia.

Masalah dengan company2 ni, last minute baru dapat green light nak update system to include GST. Ada yang last Monday baru panggil meeting. Itu pun access to the database masih tak dapat sampai sekarang. Sigh! Agaknya masing2 masih mengharap ada time extension at the last minute. Bukan syarikat kecik2 ni. Patutnya lebih bersedia. Bayangkan lah 4 organisation punya system nak upgrade at the last minute. Team 2 orang jer yang mampu buat untuk projek ni. Sorang lagi ada  tp tak kuat programming background. Adalah bantu yang mudah2. I'm not a programmer so tak dapat nak tolong hubby. Cuma dapat bantu with some documentation jer.

Hubby pun untuk bulan ni dapat balik MLK dah jumaat lewat petang bawa ke malam. Di sini pun kadang2 ada badan depan mata tapi mind dia dalam software engine agaknya. Bawa kereta boleh lupa tujuan, cakap pun boleh salah. Jom pergi GST hahaha.... gitu lah kalau dah busy sangat. Tersenyum jer menengok orang keletihan cuba ajak berbual. Dia tanya soalan, sedang kita jawab dia boleh doze off. Bila tersedar dia tanya balik camaner tadi. Tergelak and suruh dia tidur jer lah kalau dah letih sangat. Memang kesian sangat tengok hubby.

As for me, aritu busy sangat... sekarang ni sempat relax2 sambil update blog lagi. Masa nilah try catch up balik dengan cerita2 lama. 4 documentation dah setel for 3 organization. Ada 4 lagi yg belum diberi green light untuk proceed. Some of my training has been postponed. Takper lah. Dapat bantu hubby setakat memudahkan urusan yang lain. Makan minum, gosok baju, urut badan. At the same time harap nak kemas kini urusan sendiri jugak. Update blog is one of them :) photobook family yang tertangguh dari Redang trip lagi nak dibuat, update training2 terbaru dan nak try publish paper. Lecturer dah push jugak tapi masa jer tak mengizinkan. Dia tak leh nak marah sebab bukan student Masters dia lagi hehehe...

So my prayers semoga dipermudahkan urusan hubby, diberi kesihatan buat his team members, kerjasama dengan client berjalan lancar dan diberi ganjaran dunia akhirat atas ibadah menjalankan tugas. Semoga diberi kesabaran juga buat ahli keluarga yang tak banyak dapat spend masa bersama.

Sampai bila2 pun selagi ada GST pastilah teringat bagaimana kesempitan masa yang ada dengan kerenah client yang last minute ni. Dalam kebizian ni juga lah kami sempat ke Krabi sebelum mendaki Ledang haritu. Sambut anniversary yang ke-7. Masa tu 2-2 tengah nyawa2 ikan dengan kerja. Perancangan semua dah dibuat awal. Memang tak sangka akan sibuk sangat sampai macam tu sekali. I considered cancelling the holiday tapi hubby berkuat juga dengan statement standard dia... kerja sampai bila pun tak habis. And at the last minute dapat information training postponed. Alhamdulillah... lega rasanya. Kalau nak ikutkan no training, xder lah rezeki masuk. Tapi not everything about money lah kan. Masa pun penting jugak. So dapatlah clear sket mind masa nak ke Krabi. Cukuplah teaser pasal Krabi. Nanti kita fokus pada entry Krabi pulak. For now, sedang menunggu hubby balik lepas meeting yang membuatkan dia nampak macam zombie tadi. Zombie GST hihihi...

Gunung Ledang

The weekend before panjat Bukit Puchong, the big family went hiking at Gunung Ledang. I wasn't really prepared. Penat balik dari Krabi masih terasa. I received news my SIL's unborn baby died at 6 months when I was in Krabi. So visited her after arrived home. Then, drive to MLK. Trip panjat Ledang pun dah book lama jugak. Early next morning dah gerak awal pagi ke Taman Hutan Lagenda office. The trail starts there.


We were briefed about the trail, estimated time, the dos and don'ts, as well as declare our things to ensure what we brought up, were brought down. Did some warm up and our guide arrived and introduced himself. Mula2 trek tangga... mendaki. Memang semput tapi tangga dia OK lebar2 and sesuai with our strides. In some places stairs steps kecik2 or tinggi2 sangat but this one memang OK. After the stairs, the jungle trail begins. Up and down, up and down... some area were flat. Despite my half-dead situation, I can declare the first 3.5 hours of trekking was OK for me sebab ada area yang landai and ada menurun jugak. Not up all the way.

The first hour memang sangat2 mencabar as our body tries to adjust to the hiking activity. Sama macam what I went through masa naik Bukit Puchong. I was like, how do I survived Ledang if this is how I am climbing a hill and not a mountain. But that's my rationalisation. The 1st 1-hour body will adjust and acclimatizate with the activity. Otherwise, it doesn't make sense how we managed to reach the peak of Ledang. It took us about 7 hours though. The first checkpoint namanya Bukit Semput. Whoever gave that name, memang tepat sekali.


Adib dan Azim laju jer di depan. Mak-mak yang lambat di belakang. At one point, Adib said "ummi jalan macam siput" hahaha... yer sayang memang macam siput nak mati dah ni. Ada2 masa Adib nak berdukung juga dgn abg2 atau ayah. Sampai abang guide pun kena dukung dia. Nasib baik sekejap2 jer. Sangat2 funny at 1 point masa dia berdukung dengan ayah dia sebut "ummi teruskan usaha... ummi boleh!" Sound balik kat dia Adib pun boleh naper dukung kat ayah lak tu. Kat ayah yang penat dukung tu tak bagi semangat ker. Rupa2nya ayah dia kata ada tapi pelan2. Kiut jer dia cakap ayah boleh. Chaiyok Adib tak tau apa makna tapi Chaiyok ayah. Chaiyok ummi (softly only ayah yang dengar - Adib tak tau apa makna). Adaler abg2 ker abg guide ker yang suh cakap chaiyok. Dia ikut jer tapi tak tau makna. Dalam semput2 ayah mengangkat dia, kena explain lak makna chaiyok hahaha.

Menunggu mak2 sampai lambat sangat, anak2 dah bukak bekalan makan tengahari dah. Mula2 along suapkan Adib. Dah habis Adib nak makan lagi. Beria2 dia lapar and beria2 makan. Masa sampai duduk berehat sambil alas perut dengan pisang jer. Belum terasa nak makan makanan berat. Ummi yang jalan macam siput ni selalu mintak teruskan perjalanan dulu sebab dah pasti tak berapa lama lepas tu kena potong punya. Oleh kerana group kami lambat, guide suggest kami tak ikut kfc dan gua kambing to save time. Takut lambat sangat sampai peak nanti turun dah gelap. Kami iyer kan jer sebab objektif nak sampai puncak. Apa cara sekalipun janji sampai.

Bila sampai di water point yang ada tempat solat baru lah makan. Mula2 macam tak lapar tapi terbuka selera tengok yang lain makan. Makan juga lah 2-3 suap kongsi dengan hubby. Ramai yang turun heran tengok kami masih mendaki at around 3 tu tak sampai2 puncak lagi. Semakin dekat puncak, banyak batu2 besar yang kena panjat. Adib dengan guide sampai puncak dulu. Then Azim and me. Ayah tunggu yang lain takut tersalah jalan. Even Azim and I pun mula2 tak jumpa jalan naik. Angah last sekali dengan maknyer. Kaki dah krem dua2 si Angah. Masa ni guide dah bagi kami option untuk turun dengan 4wd. Tapi kami kena jalan turun dalam sejam or lebih sikit gitu. So kami tak terkejar2 nak turun. Option untuk turun dah tersedia.


Seronok rasanya dapat spend time di puncak masa takder orang. Kami sekeluarga jer. Adib dengam Azim siap jerit kami dah sampai puncak gunung Ledang :) Alhamdulillah seronok tengok anak2 enjoy kat puncak tu. Diorang tak biasa hiking. Kut lah dah sampai puncak dia kata ini jer... tak best pun. Haa kan haru kalau gitu. Guide pun kata ni first time dia lepak kat situ kul 4 petang. Selalu tengah terik tengahari dengan orang ramai. Dah puas lepak kat puncak, tengok belah melaka dan johor, perjalanan turun diteruskan. Angah melayan kaki yang sakit dua2. Dia siap cakap ingatkan mak yang teruk sebab hiking, ni dia plak. Tu lah tak nak minum isotonic drink. Garam pun kami tak bawa.

Akhirnya sampai ke lokasi 4wd dan perjalanan turun dgn 4wd pun lebih sejam gitu. Bayangkan kalau kami turun sendiri entah pukul berapa sampai ke bawah. Guide cerita ada rakan guide yang pernah sampai ker bawah kul 4 pagi. Ada gak terasa macam nak split turun sendiri. Tapi hubby nak gerak awal pulak esoknya kena ke Gambang. So ikut the group lah. Dapat sijil kami anak beranak dah sampai puncak. Along dengan Adib dah siap buka buku pelaburan kat atas gunung tu. Adatnya kata orang kalau dah melabur tu, memang nak datang lagi lah :D Memang dah dalam perancangan bulan depan nak camping plak kat sana 3d2n. Hopefully dapat cover all the trek on the mountain. Anak2 pun dah ada some idea of how the hiking will be. Adib melekat jer dengan abang guide sampai masa turun kat dlm 4wd bley tertido kat abang tu. Azim plak pendiam sikit orangnya. Tak lah meriah tanya macam2 kat guide macam Adib. Dia jalan laju kat depan, lepas tu dia risaukan mak dia kat belakang. Samada dia patah balik atau dia tunggu sorang2 sampai nampak emaknya. I said to him kalau Azim nak jalan depan, kena ikut guide. Kalau nak ikut mak, kena jalan kat belakang dengan mak. Takleh tunggu2 sorang2 camtu dalam hutan ni. Tu lah dalam keberatan dia ikut gak umminya.

Paling penting masa naik ialah air. Memang air tak cukup.  Bercatu2 minum nak tunggu tiba ke water point. Masa di Nepal 2 botol besar kongsi dengan hubby. Lebih pada cukup. Cuaca kat sana pun sejuk. Kat sini memang kejap2 nak minum. I have 1 big bottle about 1.2 litre and the 500ml 100 plus edge. Hubby pun ada 2 botol gak. Tak cukup. Kali ni memang bawak makanan lebih sket berbanding masa kat Nepal dulu. Coklat, pisang, roti sebab mengenangkan kut anak2 ni lapar mana nak cari dalam hutan tu kan. Pakej mendaki by the Ledang Park memang ada sediakan lunch yang dah siap tapau. Tak rasa nak makan sangat pun. Air jer lebih. Anak2 jer yang laju mintak coklat. Apa2 pun pengalaman yang best naik satu keluarga.

Sunday, March 22, 2015

My Kathmandu Story

Kathmandu Trip 29 Jan - 3 Feb 2015


Trip yang sangat ditunggu2. This is special because not only going with hubby but my school friends too. Despite being told the weather will be below 5°C at night, tak lah beria sangat cari winter clothing. Semua gara2 darling hubby kata dia pernah pergi Australia, tak prepare apa pun. Suddenly sampai sana sejuk. Boleh jer survive. Katanya gitu lah :)

We reached Tribhuvan airport at night. The moment we exit the airport and feel the cold air hit our face, terus rasa beku hidung. Nasib baik dapat gloves free courtesy of organizer. In Kathmandu, we stayed at Vaishali Hotel in Thamel. Memang shopping haven for hiking and winter clothing. Tapi sampai dah dekat midnight. Kedai semua tutup. Nak ke hotel, kena jalan kaki pulak dalam sejuk2 tu. Our bas tak boleh masuk sebab jalan yang kecik sangat. Sampai2 hotel organizer dah arrange halal food tapau from restoran Anatolia. Dah midnight makan beriani and nan. Esok pagi2 nak ke airport semula to catch Everest flight.

Nasib baik waktu pagi naik dua van bukan bas. Sebab van boleh masuk sampai ke hotel. Ada yang tak nak pergi sebab pernah pergi dulu. Beku tunggu di airport sebab weather not clear. Last2 ikut tourists Jepun bersenam, siap dpt back massage free lagi. Tapi memang terasa panas badan lepas tu. In the end, Everest flight cancelled sebab weather not good. Nasib baik tiket boleh pulang semula. We'll try again on last day. Balik hotel untuk breakfast and quick shopping barang2 hiking. Lunch at Anatolia. Petang tu dah nak berangkat ke Nagarkot.

Sampai Nagarkot, kena menapak lagi ke Fort Resort. Macam nak pecah dada sebab badan warm dalam bas, siap dah terlelap2 gitu. Then sampai2 turun terus hit by cold air. Kena mendaki pulak lagi tu nak ke hotel. Again, bas tak boleh masuk. Hot tea menunggu our arrival. My friend Sarimah tolong ambilkan hot tea for me yang nampak macam nak beku dah agaknyer. Thanks dear. Alhamdulillah we had a really nice room with gas heater. Again organizer dah pack kan food from Anatolia restaurant.

The next morning, we were greeted by amazing view of Langtang Range. Mula2 ingat Himalaya. Rupanya it was a different range. Semangat masing2 nak pergi hiking. Everybody was bundled up properly. Macam nak naik Everest jer :) The trek is from Nagarkot to Dhulikhel which is 20km. Lalu kampung2 on hills and valleys. Bukannya trek ABC tu.

We walked for 4-5 hours before stopping for lunch. By this time ada kawan2 yang dah tak larat. Yang ada knee problem, yang tak biasa hiking. An arrangement was made for them to go back on 4wd. Lepas lunch and solat, we moved on. Sangat2 mencabar sebab memang tinggi lah nak memanjat bukitnya. But the view on the top was amazing. Really worth the huffing and panting. People asked whether I'm OK and I replied this IS my OK hehehe...


Moved on lagi. I was fine when we went downhill. Bila uphill yang half dead. Nak bergambar2 sangat pun tak berdaya. Dah tak nampak dah angle2 yang cantik. Tapi ambil juga lah few shots. Memang cantik sangat the view. Tali kasut tercabut pun macam dah tak mampu nak duduk membongkok dan betulkan. Hubby yang tolong ikatkan. Sampai kat one point ni ada 1 more group yang nak naik van untuk balik because it is getting dark. About 8 hours walk already by this time. Ramai yang offer a seat for me. I felt like macam masih berdaya nak teruskan. Besides, hubby tak nak naik van tu.

So perjalanan diteruskan lagi. Uphill... tiba2 jer rasa macam nak menangis. Menyesal kenapa lah tak naik van tadi. As it gets dark, temperature goes down and my lung dah mula sempit. Dah start wheezing. I had to use my inhaler. I was even considering terjelepok kat tepi jalan tu jer. Tapi tak nak susahkan hubby so teruskan juga. Hubby pushed me from behind my shoulders and I just muster strength to move my legs. Dalam hati berzikir Lahaulawala quwwata illa billahil aliyil azim sebab memang dah tiada daya upaya rasanya masa tu. Ada group yang dekat depan, heran sangat tengok diorang. Pakai enjin turbo agaknya berjalan tu. They were not from my alumni group. Memang geng hiking tu, sedara-mara or kawan-kawan alumni. Cuaca dah gelap, lagu dari kuil berkumandang seluruh kampung, bulan mengambang terang. Hubby dah ingat kena encang I kat belakang hahaha... nasib baik lepas tu downhill. Akhirnya sampai jua ke bas. All in all, about 9-10 hours of walking. The 2nd group yang naik van sedang tunggu dalam bas and clapping as we enter the bus. Bas yang menunggu di Dhulikhel akan hantar kami balik ke Nagarkot. Another 1.5 to 2 hours journey. Ramai yang tak selesa sebab baju dah basah. Hubby included. I sweat tapi tak lah rasa lencun baju.

Sampai hotel, lagi sekali kena menapak dalam gelap sebab bas tak boleh masuk ke area hotel. After almost 10 hours walking, mencabar jugak nak memanjat lagi. Dinner awaits us. This time provided  by hotel. Sampai bilik, melepek depan heater. Best betul dapat hot shower. Hubby pulak yang macam tak larat sangat. Mungkin di saat penghujung tenaga tadi, kena pulak tolak and take care of me. The next day ada lagi short hiking untuk sesiapa yang berminat. No thanks. I've proven to myself that I CAN do it... 20 km, 9 hours. In the end I was the only alumni members yang habiskan the whole trek. Geng2 hiking yang jalan macam ada enjin turbo jer yang go for the short hike. I nak santai2 pulak esok. Then nak check out pulak.

Seronoknya pagi tu tak perlu nak rush ke mana2. We enjoyed our breakfast and take photos around the hotel. By 11.30 dah nak bergerak ke Kirtipur, cari sekolah agama untuk diberi donation. Our tour guide Yam namanya. Macam2 cerita menarik dia bercerita sepanjang dalam perjalanan. Ada 1 bas dan 1 van bergerak. Dah sampai Kirtipur sekolah yang dicari tak jumpa. Dah pindah lokasi katanya. Dah tengahari by this time and dah lapar. In the end decided pergi makan dulu. Lokasi, restoran Anatolia lagi. Memang kena berjalan nak ke restoran. Jalan kecik bas tak muat. Ini saja restoran halal yang mampu menampung dalam 40 orang pada satu masa. Kedai2 kecik rasanya ada tapi kena cari dan perlu menunggu pulak nak serve ramai2. Kena menapak lagi lepas makan. Dalam perjalanan jumpa masjid dan ada budak2 tahfiz di situ. So bagi barang2 donation pada mereka jer. Then bas sampai and naik bas untuk ker Patan Durbar Square. Kena menapak lagi sebab bas tak boleh masuk. Hairan kalau tak kurus after all the walking that we did. Sampai dah almost 6. Dah nak gelap. Tak dapat berjalan2 dan tengok2 sangat. Kena menapak lagi untuk balik ke bas.


We checked in at Vaishali Hotel again. We had a short time to prepare for dinner. It'll be traditional dinner with some cultural dance. I asked Yam nak naik teksi sebab rasa tak larat nak jalan dah. He managed to get 1 car and a few of us naik. Hubby tak ikut masa ni. He walked with the rest. We really enjoyed their dessert. Yang lain tak berapa sangat. Faktor penat pun yer jugak. Tapi masa balik jalan slowly with hubby. By the way, Kathmandu is dusty. We wore mask kat sana. Malam2 kurang sikit dust. The next morning kena bangun awal lagi, trying our luck with Everest flight again. This time, kami dapat naik bas untuk dibawa ke plane tapi kena tunggu pulak dalam bas tu until weather clear. Everyone tak nak keluar dari bas dah walaupun dibenarkan tunggu kat dalam. Begitu semangat sekali nak tengok Everest. Alhamdulillah after what felt like ages, dapat naik flight. The whole group on two plane. We sort of charter the flight so everyone could get the window seat. Memang tak dapat nak bayangkan jakun nya masa tengok pergunungan tu. Cantik sangat2. Dapat ambil gambar dekat kokpit lagi tapi clumsy me entah apa gambar yang dapat ambil masa dekat kokpit tu. Pegang kamera pun tak betul.

Everyone on high spirit masa balik ke hotel tapi kalut2 juga sebab nak breakfast, packing and shopping. Masa pendek sangat2. Hubby kata dia bengang jer with my bebelan masa ni. Nasib baik dia sabar. Oh oh... yer lah nak belikan souvenir utk family, nak pulangkan jaket yang beli masa sampai haritu penjual tu bagi salah saiz so I can't wear it masa hiking, nak packing... memang kalut sangat2 rasanya. Jadi bossy lah time tu. But we managed. Shopping pun tak sampai sejam. Packing pun berjaya tanpa beranak kan beg. Dah dalam flight baru hubby cakap yang dia bengang tu. Tapi nasib baik orang tu tak moody :)

Alhamdulillah the flight was uneventful. Tak habis2 teringatkan Nepal hills and valleys after the trip. Really2 worth it. I missed cuddling in front of the heater in Nagarkot. Best jugak rasanya pergi winter holiday. With care, my lungs can actually take it. Hubby pulak yang tak tahan, hidung berdarah. Sampai kat office masa meeting pun boleh berdarah lagi.

So siapa yang sebenarnya tak boleh pergi London ni ek :D

Mula2 ingat hubby tak nak join because of the timing and also it is my school alumni trip. Mostly girls lah kan. Very few men yang ikut. I'm glad he joined the trip. Terasa memang tak boleh harapkan orang lain masa hiking tu. He waited for me, tie my shoe lace and just be there when I need him. It wasn't a honeymoon trip but my heart brimming with love at my darling husband :)

Hiking Belakang Rumah

I love the sun rays shining through the woods...
This morning hiking pics. Who would have thought ada bukit belakang rumah yang boleh pergi hiking. Well... not exactly belakang because it is a forest reserve. Have to drive all the way to the other side for the starting trail. But it was amazing... a real jungle and I love it.

Last weekend dah panjat Ledang. This week terasa sangat2 nak memanjat juga. Nasib baik ada sorang yang agree nak pergi hiking. Puas ditanya di beberapa whatsapp group, takder yang free. Ada yang outright cakap taknak sebab hiking2 ni not their style 😅

Alhamdulillah tercapai hajat.

Saturday, March 21, 2015

Misi Banjir 2

16-18 Jan 2015

Masa hantar barang haritu, none of us could see for ourselves the kampung that has benefitted from some of the goods donated. So we decided to come again and have a look to find out what else they need and what we can offer. This time around we managed to visit more area. Kuala Krai, Gua Musang, Manik Urai and Kg Laut. My friend who is a doctor provided free check up and give out some medication. Memang lah banyak yang mereka perlukan. Sampah2 patut dibersihkan, rumah dibersihkan atau dibina semula. It was not an easy task. My uni alumni has building home project too. Tolong sini sikit, tolong sana sikit. Hopefully dapat membantu sedikit. Umpama throwing some starfish into the sea.




Sampah2 di Kuala Krai

Di Kg Limau Kasturi

Dapat kelambu

The submerged and abandoned train


Pertandingan mewarna

Di Manik Urai





Di Kg Laut
Salute to those who are still in Kelantan doing their part in helping.May Allah ease your difficulties and give lot of patience... to the victims and to those who come to help.

Misi Banjir 1

7-10 Jan 2015

Banjir di Kelantan was really beyond words. Nobody thought the scale would be so big. I was eager to go and help wherever I could. MIL thought of his son, DIL and grandchildren. I sort of promise MIL I'll bring her to Kelantan when BIL called MIL and tell how he's down with dengue fever but nothing much can be done in the flooded hospital. Luckily their house wasn't affected but food and water supply was a problem and there's no electricity. So after the water subsided, off we go with a lot of supplies in the car. Me, MIL, a nephew (who happens to be in KL when KB flooded and missed it all - also a journey to send him back) and a niece. 8-hours of uneventful drive alhamdulillah. The devastation can be seen the minute we entered the Kuala Krai area.

Who would have thought the water would flow over the bridge...
Surreal - going through a once submerged rubber estate...
Checking out the things we brought
My school alumni also did a drive to bring a lorry full of goods hopefully to give some relief to those in need. We went to KB on Wednesday and return on Saturday. The lorry reached Gua Musang on Saturday morning. So I couldn't join them as I can't rush MIL to leave so early so as to reach Gua Musang around 7-8 am. It was jammed all the way to Kuala Krai area anyway. We reached Gua Musang only around 3 pm. However, when I was in KB I managed to join a 4x4 group sending supplies around Tanah Merah area. I wish I could help more. But it really took a lot of energy and commitment to continue be there and help the flood victims. My first commitment is here.... at home.

Penang - Langkawi - Gua Tempurung

20 - 25 Dec 2014
Penang - Langkawi - Gua Tempurung
Two to four families

Holiday ni dah dirancang dari awal lagi. Dalam bulan 3-4 dah mula booking hotel dan buat perancangan. Masa holiday ialah cuti sekolah dan perlu accommodate ramai family, total dalam 21 orang. Maka takut tak dapat hotel yang sesuai. Kriteria hotel di Langkawi ialah di pantai Cenang dan mesti ada swimming pool, serta harga berpatutan. Pening kepala jugak nak uruskan. Kalau family sendiri jer tak kisah. Ni takut ada yang tak OK dengan pilihan2 yang kita buat, nanti holiday jadi tak enjoy pulak. Mula2 empat family akan bergerak. Di saat akhir, 2 menarik diri sebab urusan kerja. Mereka akan join semasa di Gua Tempurung jer nanti.

Maka seperti yang dijanjikan, pada 20hb dua keluarga bergerak ke utara. We make an unplanned stop kat Penang. Sajer sebab tiada apa2 plan di Kuala Perlis. Sekadar check-in hotel dan berehat jer kerana feri ke Langkawi will be on the next day. Berhenti di Padang Kota Lama dan sempat jalan2 ke Fort
Cornwallis. OK gak tu sebab memang tak pernah pergi. Cuma hari hujan maka berpayung-payung lah kami. Nasib baik tak lebat sangat.

Pasemboq

Kemudian bergerak ke Kuala Perlis dalam keadaan 3g tak stabil maka susah pulak nak communicate. Satu kereta dah ambil exit lain. Baru berhambat 2 kereta ni. Belum 4 kereta lagi. Akhirnya bertemu juga di tempat makan di Kuala Perlis. Dah selesai makan sambil tengok bola, kami bergerak ke T-Hotel. Sangat2 convenient untuk sesiapa nak ke Langkawi. Parking pun boleh belakang hotel jer, special arrangement untuk mereka yang menginap di T-Hotel. Esok paginya tersilap pergi beli tiket lepas breakfast. Kalau beli sebelum breakfast mungkin dapat feri yang awal lagi. Menunggu lah sekejap.

Sampai di Langkawi, menunggu van yang dijanjikan. 14 seater untuk memuatkan 2 keluarga. Jalan ker jeti memang sangat jem. Lokasi pertama nak ke Makam Mahsuri. Bukan nak masuk sangat tapi nak tengok2 barang di kedai2 kat luar tu :) Bila tanya tiket pun macam tak berbaloi nak masuk. Masa tengok2 barang dan bergambar2 di luar hujan lebat. Kena berlari ke van sebab yang lain dah ada dalam van. Bergerak ke Adina Drive-In Motel dan check in. Hari masih hujan. Bila reda sikit dapat lah anak2 main di swimming pool. Sikat korie jadi alat permainan. Bagus budak2 ni boleh entertain themselves dengan benda2 simple macam tu hehehe... Lagipun takder option lain dah bila hujan semasa holiday.

Nasib baik ada pool ni...

Malam nya berjalan2 di HIG sambil cuci poket. Tapi tak beli banyak sebab dah dapat warning kereta tak muat. Sigh! Beli lah kehendak hati yang dah disurvey lama. Esok nak ke mangrove tour. Few times ke Langkawi, belum pernah cuba lagi mangrove tour ni. Tapi hujan lagi. Beli baju hujan plastik tu dan teruskan juga perjalanan since tak lebat sangat dan tiada angin atau guruh kilat. Aktiviti2 mangrove tour ni memang sesuai dengan cuaca sebab tiada kena berendam banyak sangat macam kalau pergi aktiviti island hopping yang lain. Mula2 berpusing2 gak nak ke jeti nya di pantai tg. rhu sebab ada guard yang jaga kawasan nak masuk tu.

Cuci poket
Hujan pun redah
The beautiful mangroves
Crocodile cave
Bat caves

The beautiful beach
The azure blue water
Fish feeding
Kilim landmark
Makan rojak dan laksa


Masa balik, berhenti makan rojak dekat airport. Dah banyak gerai di situ dan kawasannya pun dah dibesarkan. Sebelah malam, sekadar berjalan2 di pantai cenang yang dah upgrade dengan segala macam kedai. Silap tak berjalan ke hujung lagi sebab ada duti free sports shop. Esok otw ke jeti baru nampak tapi tak sempat nak berhenti. Pagi tu main air laut dulu. Then check out and plan untuk lunch dan jalan2 di Dataran Lang dan pulang kan van sebab amik feri tengahari. Oleh kerana jem, jadi terkejar2 jugak. Sedih sket sebab I have to queue to buy our ticket back while the rest went to take photos. By the time I reached them, ada yang dah merajuk lah apa lah agaknya, mood hubby pun macam dah ke laut untuk bergambar. Dapat lah gambar kat tepi burung instead of depan burung.

Ambil gambar burung jer tanpa model posing
Kami sampai malam di Gua Tempurung. Dua keluarga yang dapat join di Gua Tempurung jer dah sampai lebih awal. Teratak D-Sekinchan di Dimal Chalet ni not bad jugak. Makan pun dah arrange dengan chalet so kami tak perlu pening kepala. Ownernya orang Selangor, bekas guru besar. Sangat ramah dan helpful. Esoknya ialah aktiviti Gua Tempurung. Kami sekeluarga ambil pakej level 4. Ada yang ambil level 2 jer. Masih teringat during our first visit to Gua Tempurung dulu, separuh mati gak nak naik sampai ke stage 2. Tapi untuk persediaan ke Kathmandu, dicampur dengan dah makan banyak sepanjang holiday, semangat tinggi nak jadikan aktiviti Gua Tempurung ni exercise activity untuk bakar kalori dan get fit.

Macam tak sangka jer bila kumpulan yang ambil pakej sampai stage 2 diberitahu mereka perlu patah balik. I was like... really!!! Macam sekejap jer. Betul ker ni? Memang surprise sangat2. Pengalaman half-dead dulu tu macam masih segar di ingatan. Agaknya my walking activities all this while has really helped. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Ni lah buktinya... walking sejam tu mungkin takder apa pada some people. But this is proof. Real proof that it has benefit to me. Bukan lah tak penat langsung. Penat juga. Jalan macam siput juga. Just not half-dead :)

Banyak gambar ada model so kongsi gambar ni jer untuk dalam gua
Perjalanan mencabar diteruskan. Tak seteruk masa pergi Dark Caves di Batu Caves dulu but good enough untuk mengujakan yang lain. Merangkak dalam air, masuk lubang, turun batu tinggi. Masa keluar dari gua, kumpulan yang sampai stage 2 sedang main air. Masing2 dah lapar maka cepat2 balik chalet untuk makan. Sebelah petang, pergi main paintball pulak. Mak2 dan anak2 kecik tak join. Lepas tu jer ada shoot target untuk anak2 kecik ni. Seronok gak diorang. Yang tak best ialah nyamuk besar2. Yang lain shoot target, yang menonton pung pang pung pang berlawan dengan nyamuk.

Paintball briefing
Sebelah malam I slept early. Yang lain berbual2 dan anak2 ada yang bermain pingpong dan ntah game apa2 ler dengan cousins masing2. Esok aktiviti tubing pulak. Mula2 janji tunggu awal. Tapi lori sampai lambat. Tak boleh salahkan mereka kerana ada pertukaran masa. Dek kerana takut hujan petang maka mereka tak galakkan buat tubing petang. That's why main paintball petang. Kalau hujan pun atas darat. So hari terakhir dengan semangat tinggi masing2 pakai life vest, helmet dan beramai2 naik lori nak pergi tubing. Muka masing2 ceria sungguh dan tak sabar nak main air.

Bila sampai, ada briefing dahulu dan test practice pergerakan dalam air. Ada pit stop and we're supposed to head to the pit stops to ensure everyone was accounted for before proceeding. This tubing was far cry from the tubing by Samantha Brown I watched on Travel Channel. Air sangat2 deras and despite knowing the theory, tenaga takder nak berkayuh ke arah yang diinginkan. Nasib baik yang anak2 ni lepas pulak. Yang kecik sekali Azim dan Ali (10 yrs old) yang tubing. Badan Ali besar sikit dari badan Azim :) Adib dan Raihanah naik kayak dengan one of the guide. I capsized and one of the guide had to sort of saved me flailing in the water. I'm OK! I'm OK! No big deal. Muka maintain jer sampai yang lain tak perasan that I already had an incident. Then mak uda dia plak overshot the first pit stop sampai kena kejar by the guide. Air tak tinggi mana tapi sangat deras. Muka mak uda nya dah semacam jer dah. Ali pun kena save gak.

Then perjalanan di teruskan. Memang mencabar betul. Ada sampai satu kawasan we have to go to the left. Di sebelah kanan ada pokok tumbang. Tapi tube ni macam tak nak bergerak ke kiri. Dia terus jugak ke kanan. Amlong dah pegang dahan pokok tepi sungai. I tried to hold on to the branches jugak tapi dapat capai daun2 jer and terlepas juga ke arah pokok tumbang. Mak itam nyer dah awal2 sangkut kat pokok tu but did not go down under. Dalam hati berazam nak pegang dahan pokok tu kuat2. Wrong decision rupanya. Di bawah dahan tu macam dalam washing machine pushing us down. I was gulping water and death crosses my mind. Kesian diorang has to handle the situation if that was my end. Like seriously... scary.

Then I let go of my hands and tawakkal jer air tu nak bawak pergi mana. One of my sandal dah tersangkut kat dahan and entah ke mana. I just let go and alhamdulillah managed to emerged at the other side. Join mak itam nyer menunggu di sebelah sana. Sandal pun akhirnya sampai ke situ. Panjang umur sandal ni. Dah berapa tahun dah. And alhamdulillah panjang lagi umur ni. Then
everyone moved to the next pit stop. Baru perasan rupanya Azim dah nangis tengok ummi nyer masuk dalam air. Takut lemas. Hubby lak macam maintain jer tak tunjuk perasaan apa2. I went to hug Azim and cakap ummi OK jer ni.

Akhirnya sampai jugak ke end location that is right in front of our chalet. Mereka2 yang tak pergi sedang menunggu nak ambil gambar. Nasib baik lah yang tak nak pergi tu tak pergi. Sebab mula2 dah dipujuk2 juga untuk ikut. Kalau ikut dan terjadi apa2, susah betul nak jawab. Rupa2nya adib dalam kayak pun dah muncung semacam jer. I went to hold and hug him pulak. Berdukung jer kat
ummi. Di pujuk2 lagi ummi OK jer ni. Kesian anak2 trauma plak tengok ummi nyer almost drowning incident.

I can still sort of recall the situation. But it was really clear water. Hidung tak sakit sangat bila tersedut air and I can see the surroundings. I can't imagine the flood in Kelantan with muddy water Nasib baik lah tiada incident tak diingini masa banjir tu. And it wasn't salty water. If it is sea water, the experience will definitely be different. I can't imagine how the tsunami victims felt in the gushing dark waters. I remember I can't even remember to say my syahadah during the incident. I remember Allah of course and I thought of death but I didn't remember to say Allahuakbar or syahadah. Nauzibillah. I hope when the time really comes, I would be able to say my syahadah.

We didn't arrange for lunch sebab ingatkan mula2 tu, nak check-out awal dari chalet. Dua keluarga yang lambat dapat holiday atas urusan kerja nak sambung holiday di Cameron Highlands plak. Dua keluarga yang dan cukup holiday bergerak balik ke destinasi masing2. Tak ingat berhenti lunch di R&R mana. But we reached home around 5 like that. Alhamdulillah tamat holiday buat masa tu.

All in all, Gua Tempurung was really fun. Langkawi macam dah boring tapi ada macam2 aktiviti baru di situ. Skytrex, ATV, helicopter, powered paragliding, dan entah apa2 lagi agaknya. Tapi budget nyer pun boleh tahan. Kalau aktiviti2 macam tu fokusnya baiklah cari yang lokasi di sekitar Klang Valley ni jer. At least kos perjalanan dan acommodation tak perlu. Cuma kos aktiviti jer. Tu lah panjang cerita holiday sebab malas nak buat 2-3 entry. Lagipun dah few months berlalu. Cerita yang mana ingat jer.

Sunday, March 8, 2015

Masih Tak Sempat :(

Now dah mula hectic with work. If before tak sempat nak update... sekarang lagi lah. Deadlines after deadlines and training request here and there. Semua nak urgent. Sampai terpaksa tolak 2-3 project. Sayang memang sayang. Ada tu project yang memang kita suka nak buat tapi dah ada earlier commitment. Kena lah berpegang pada earlier commitment. Weekend ni kena siapkan 3 benda. Alhamdulillah two done. Sampai nak terkeluar biji mata mengadap laptop. Yang satu lagi is dependent on information I received from hubby. Dia belum bagi lagi, tak dapatlah I nak siapkan sekarang.

We'll be going for a holiday soon. But it seems like it is the holiday that we dreaded and most not prepared as time away means deadlines will be effected. Sigh! Tapi kena kuatkan hati. Kerja sampai bila tak habis. Bukannya lama pun. 3 hari jer. Jangan fikir pasal holiday sekarang. Fokus pada kerja. Hopefully nanti masa holiday boleh fokus on relaxing and enjoying the short time away.

Malam ni teringatkan Adly. Actually selalu jer teringat kan Adly. His pictures adorn my phone screen. But tonight, specific event comes to mind. Tangan halusnya yang penuh dengan kesan jarum. Dari menangis sampai dah tak mampu menangis dah anak ummi. My prayers for him to be strong every time nak ambil darah. Ya Allah sampaikan salam buat anakanda.