Saturday, March 21, 2015

Penang - Langkawi - Gua Tempurung

20 - 25 Dec 2014
Penang - Langkawi - Gua Tempurung
Two to four families

Holiday ni dah dirancang dari awal lagi. Dalam bulan 3-4 dah mula booking hotel dan buat perancangan. Masa holiday ialah cuti sekolah dan perlu accommodate ramai family, total dalam 21 orang. Maka takut tak dapat hotel yang sesuai. Kriteria hotel di Langkawi ialah di pantai Cenang dan mesti ada swimming pool, serta harga berpatutan. Pening kepala jugak nak uruskan. Kalau family sendiri jer tak kisah. Ni takut ada yang tak OK dengan pilihan2 yang kita buat, nanti holiday jadi tak enjoy pulak. Mula2 empat family akan bergerak. Di saat akhir, 2 menarik diri sebab urusan kerja. Mereka akan join semasa di Gua Tempurung jer nanti.

Maka seperti yang dijanjikan, pada 20hb dua keluarga bergerak ke utara. We make an unplanned stop kat Penang. Sajer sebab tiada apa2 plan di Kuala Perlis. Sekadar check-in hotel dan berehat jer kerana feri ke Langkawi will be on the next day. Berhenti di Padang Kota Lama dan sempat jalan2 ke Fort
Cornwallis. OK gak tu sebab memang tak pernah pergi. Cuma hari hujan maka berpayung-payung lah kami. Nasib baik tak lebat sangat.

Pasemboq

Kemudian bergerak ke Kuala Perlis dalam keadaan 3g tak stabil maka susah pulak nak communicate. Satu kereta dah ambil exit lain. Baru berhambat 2 kereta ni. Belum 4 kereta lagi. Akhirnya bertemu juga di tempat makan di Kuala Perlis. Dah selesai makan sambil tengok bola, kami bergerak ke T-Hotel. Sangat2 convenient untuk sesiapa nak ke Langkawi. Parking pun boleh belakang hotel jer, special arrangement untuk mereka yang menginap di T-Hotel. Esok paginya tersilap pergi beli tiket lepas breakfast. Kalau beli sebelum breakfast mungkin dapat feri yang awal lagi. Menunggu lah sekejap.

Sampai di Langkawi, menunggu van yang dijanjikan. 14 seater untuk memuatkan 2 keluarga. Jalan ker jeti memang sangat jem. Lokasi pertama nak ke Makam Mahsuri. Bukan nak masuk sangat tapi nak tengok2 barang di kedai2 kat luar tu :) Bila tanya tiket pun macam tak berbaloi nak masuk. Masa tengok2 barang dan bergambar2 di luar hujan lebat. Kena berlari ke van sebab yang lain dah ada dalam van. Bergerak ke Adina Drive-In Motel dan check in. Hari masih hujan. Bila reda sikit dapat lah anak2 main di swimming pool. Sikat korie jadi alat permainan. Bagus budak2 ni boleh entertain themselves dengan benda2 simple macam tu hehehe... Lagipun takder option lain dah bila hujan semasa holiday.

Nasib baik ada pool ni...

Malam nya berjalan2 di HIG sambil cuci poket. Tapi tak beli banyak sebab dah dapat warning kereta tak muat. Sigh! Beli lah kehendak hati yang dah disurvey lama. Esok nak ke mangrove tour. Few times ke Langkawi, belum pernah cuba lagi mangrove tour ni. Tapi hujan lagi. Beli baju hujan plastik tu dan teruskan juga perjalanan since tak lebat sangat dan tiada angin atau guruh kilat. Aktiviti2 mangrove tour ni memang sesuai dengan cuaca sebab tiada kena berendam banyak sangat macam kalau pergi aktiviti island hopping yang lain. Mula2 berpusing2 gak nak ke jeti nya di pantai tg. rhu sebab ada guard yang jaga kawasan nak masuk tu.

Cuci poket
Hujan pun redah
The beautiful mangroves
Crocodile cave
Bat caves

The beautiful beach
The azure blue water
Fish feeding
Kilim landmark
Makan rojak dan laksa


Masa balik, berhenti makan rojak dekat airport. Dah banyak gerai di situ dan kawasannya pun dah dibesarkan. Sebelah malam, sekadar berjalan2 di pantai cenang yang dah upgrade dengan segala macam kedai. Silap tak berjalan ke hujung lagi sebab ada duti free sports shop. Esok otw ke jeti baru nampak tapi tak sempat nak berhenti. Pagi tu main air laut dulu. Then check out and plan untuk lunch dan jalan2 di Dataran Lang dan pulang kan van sebab amik feri tengahari. Oleh kerana jem, jadi terkejar2 jugak. Sedih sket sebab I have to queue to buy our ticket back while the rest went to take photos. By the time I reached them, ada yang dah merajuk lah apa lah agaknya, mood hubby pun macam dah ke laut untuk bergambar. Dapat lah gambar kat tepi burung instead of depan burung.

Ambil gambar burung jer tanpa model posing
Kami sampai malam di Gua Tempurung. Dua keluarga yang dapat join di Gua Tempurung jer dah sampai lebih awal. Teratak D-Sekinchan di Dimal Chalet ni not bad jugak. Makan pun dah arrange dengan chalet so kami tak perlu pening kepala. Ownernya orang Selangor, bekas guru besar. Sangat ramah dan helpful. Esoknya ialah aktiviti Gua Tempurung. Kami sekeluarga ambil pakej level 4. Ada yang ambil level 2 jer. Masih teringat during our first visit to Gua Tempurung dulu, separuh mati gak nak naik sampai ke stage 2. Tapi untuk persediaan ke Kathmandu, dicampur dengan dah makan banyak sepanjang holiday, semangat tinggi nak jadikan aktiviti Gua Tempurung ni exercise activity untuk bakar kalori dan get fit.

Macam tak sangka jer bila kumpulan yang ambil pakej sampai stage 2 diberitahu mereka perlu patah balik. I was like... really!!! Macam sekejap jer. Betul ker ni? Memang surprise sangat2. Pengalaman half-dead dulu tu macam masih segar di ingatan. Agaknya my walking activities all this while has really helped. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Ni lah buktinya... walking sejam tu mungkin takder apa pada some people. But this is proof. Real proof that it has benefit to me. Bukan lah tak penat langsung. Penat juga. Jalan macam siput juga. Just not half-dead :)

Banyak gambar ada model so kongsi gambar ni jer untuk dalam gua
Perjalanan mencabar diteruskan. Tak seteruk masa pergi Dark Caves di Batu Caves dulu but good enough untuk mengujakan yang lain. Merangkak dalam air, masuk lubang, turun batu tinggi. Masa keluar dari gua, kumpulan yang sampai stage 2 sedang main air. Masing2 dah lapar maka cepat2 balik chalet untuk makan. Sebelah petang, pergi main paintball pulak. Mak2 dan anak2 kecik tak join. Lepas tu jer ada shoot target untuk anak2 kecik ni. Seronok gak diorang. Yang tak best ialah nyamuk besar2. Yang lain shoot target, yang menonton pung pang pung pang berlawan dengan nyamuk.

Paintball briefing
Sebelah malam I slept early. Yang lain berbual2 dan anak2 ada yang bermain pingpong dan ntah game apa2 ler dengan cousins masing2. Esok aktiviti tubing pulak. Mula2 janji tunggu awal. Tapi lori sampai lambat. Tak boleh salahkan mereka kerana ada pertukaran masa. Dek kerana takut hujan petang maka mereka tak galakkan buat tubing petang. That's why main paintball petang. Kalau hujan pun atas darat. So hari terakhir dengan semangat tinggi masing2 pakai life vest, helmet dan beramai2 naik lori nak pergi tubing. Muka masing2 ceria sungguh dan tak sabar nak main air.

Bila sampai, ada briefing dahulu dan test practice pergerakan dalam air. Ada pit stop and we're supposed to head to the pit stops to ensure everyone was accounted for before proceeding. This tubing was far cry from the tubing by Samantha Brown I watched on Travel Channel. Air sangat2 deras and despite knowing the theory, tenaga takder nak berkayuh ke arah yang diinginkan. Nasib baik yang anak2 ni lepas pulak. Yang kecik sekali Azim dan Ali (10 yrs old) yang tubing. Badan Ali besar sikit dari badan Azim :) Adib dan Raihanah naik kayak dengan one of the guide. I capsized and one of the guide had to sort of saved me flailing in the water. I'm OK! I'm OK! No big deal. Muka maintain jer sampai yang lain tak perasan that I already had an incident. Then mak uda dia plak overshot the first pit stop sampai kena kejar by the guide. Air tak tinggi mana tapi sangat deras. Muka mak uda nya dah semacam jer dah. Ali pun kena save gak.

Then perjalanan di teruskan. Memang mencabar betul. Ada sampai satu kawasan we have to go to the left. Di sebelah kanan ada pokok tumbang. Tapi tube ni macam tak nak bergerak ke kiri. Dia terus jugak ke kanan. Amlong dah pegang dahan pokok tepi sungai. I tried to hold on to the branches jugak tapi dapat capai daun2 jer and terlepas juga ke arah pokok tumbang. Mak itam nyer dah awal2 sangkut kat pokok tu but did not go down under. Dalam hati berazam nak pegang dahan pokok tu kuat2. Wrong decision rupanya. Di bawah dahan tu macam dalam washing machine pushing us down. I was gulping water and death crosses my mind. Kesian diorang has to handle the situation if that was my end. Like seriously... scary.

Then I let go of my hands and tawakkal jer air tu nak bawak pergi mana. One of my sandal dah tersangkut kat dahan and entah ke mana. I just let go and alhamdulillah managed to emerged at the other side. Join mak itam nyer menunggu di sebelah sana. Sandal pun akhirnya sampai ke situ. Panjang umur sandal ni. Dah berapa tahun dah. And alhamdulillah panjang lagi umur ni. Then
everyone moved to the next pit stop. Baru perasan rupanya Azim dah nangis tengok ummi nyer masuk dalam air. Takut lemas. Hubby lak macam maintain jer tak tunjuk perasaan apa2. I went to hug Azim and cakap ummi OK jer ni.

Akhirnya sampai jugak ke end location that is right in front of our chalet. Mereka2 yang tak pergi sedang menunggu nak ambil gambar. Nasib baik lah yang tak nak pergi tu tak pergi. Sebab mula2 dah dipujuk2 juga untuk ikut. Kalau ikut dan terjadi apa2, susah betul nak jawab. Rupa2nya adib dalam kayak pun dah muncung semacam jer. I went to hold and hug him pulak. Berdukung jer kat
ummi. Di pujuk2 lagi ummi OK jer ni. Kesian anak2 trauma plak tengok ummi nyer almost drowning incident.

I can still sort of recall the situation. But it was really clear water. Hidung tak sakit sangat bila tersedut air and I can see the surroundings. I can't imagine the flood in Kelantan with muddy water Nasib baik lah tiada incident tak diingini masa banjir tu. And it wasn't salty water. If it is sea water, the experience will definitely be different. I can't imagine how the tsunami victims felt in the gushing dark waters. I remember I can't even remember to say my syahadah during the incident. I remember Allah of course and I thought of death but I didn't remember to say Allahuakbar or syahadah. Nauzibillah. I hope when the time really comes, I would be able to say my syahadah.

We didn't arrange for lunch sebab ingatkan mula2 tu, nak check-out awal dari chalet. Dua keluarga yang lambat dapat holiday atas urusan kerja nak sambung holiday di Cameron Highlands plak. Dua keluarga yang dan cukup holiday bergerak balik ke destinasi masing2. Tak ingat berhenti lunch di R&R mana. But we reached home around 5 like that. Alhamdulillah tamat holiday buat masa tu.

All in all, Gua Tempurung was really fun. Langkawi macam dah boring tapi ada macam2 aktiviti baru di situ. Skytrex, ATV, helicopter, powered paragliding, dan entah apa2 lagi agaknya. Tapi budget nyer pun boleh tahan. Kalau aktiviti2 macam tu fokusnya baiklah cari yang lokasi di sekitar Klang Valley ni jer. At least kos perjalanan dan acommodation tak perlu. Cuma kos aktiviti jer. Tu lah panjang cerita holiday sebab malas nak buat 2-3 entry. Lagipun dah few months berlalu. Cerita yang mana ingat jer.

No comments: