The weekend before panjat Bukit Puchong, the big family went hiking at Gunung Ledang. I wasn't really prepared. Penat balik dari Krabi masih terasa. I received news my SIL's unborn baby died at 6 months when I was in Krabi. So visited her after arrived home. Then, drive to MLK. Trip panjat Ledang pun dah book lama jugak. Early next morning dah gerak awal pagi ke Taman Hutan Lagenda office. The trail starts there.
We were briefed about the trail, estimated time, the dos and don'ts, as well as declare our things to ensure what we brought up, were brought down. Did some warm up and our guide arrived and introduced himself. Mula2 trek tangga... mendaki. Memang semput tapi tangga dia OK lebar2 and sesuai with our strides. In some places stairs steps kecik2 or tinggi2 sangat but this one memang OK. After the stairs, the jungle trail begins. Up and down, up and down... some area were flat. Despite my half-dead situation, I can declare the first 3.5 hours of trekking was OK for me sebab ada area yang landai and ada menurun jugak. Not up all the way.
The first hour memang sangat2 mencabar as our body tries to adjust to the hiking activity. Sama macam what I went through masa naik Bukit Puchong. I was like, how do I survived Ledang if this is how I am climbing a hill and not a mountain. But that's my rationalisation. The 1st 1-hour body will adjust and acclimatizate with the activity. Otherwise, it doesn't make sense how we managed to reach the peak of Ledang. It took us about 7 hours though. The first checkpoint namanya Bukit Semput. Whoever gave that name, memang tepat sekali.
Adib dan Azim laju jer di depan. Mak-mak yang lambat di belakang. At one point, Adib said "ummi jalan macam siput" hahaha... yer sayang memang macam siput nak mati dah ni. Ada2 masa Adib nak berdukung juga dgn abg2 atau ayah. Sampai abang guide pun kena dukung dia. Nasib baik sekejap2 jer. Sangat2 funny at 1 point masa dia berdukung dengan ayah dia sebut "ummi teruskan usaha... ummi boleh!" Sound balik kat dia Adib pun boleh naper dukung kat ayah lak tu. Kat ayah yang penat dukung tu tak bagi semangat ker. Rupa2nya ayah dia kata ada tapi pelan2. Kiut jer dia cakap ayah boleh. Chaiyok Adib tak tau apa makna tapi Chaiyok ayah. Chaiyok ummi (softly only ayah yang dengar - Adib tak tau apa makna). Adaler abg2 ker abg guide ker yang suh cakap chaiyok. Dia ikut jer tapi tak tau makna. Dalam semput2 ayah mengangkat dia, kena explain lak makna chaiyok hahaha.
Menunggu mak2 sampai lambat sangat, anak2 dah bukak bekalan makan tengahari dah. Mula2 along suapkan Adib. Dah habis Adib nak makan lagi. Beria2 dia lapar and beria2 makan. Masa sampai duduk berehat sambil alas perut dengan pisang jer. Belum terasa nak makan makanan berat. Ummi yang jalan macam siput ni selalu mintak teruskan perjalanan dulu sebab dah pasti tak berapa lama lepas tu kena potong punya. Oleh kerana group kami lambat, guide suggest kami tak ikut kfc dan gua kambing to save time. Takut lambat sangat sampai peak nanti turun dah gelap. Kami iyer kan jer sebab objektif nak sampai puncak. Apa cara sekalipun janji sampai.
Bila sampai di water point yang ada tempat solat baru lah makan. Mula2 macam tak lapar tapi terbuka selera tengok yang lain makan. Makan juga lah 2-3 suap kongsi dengan hubby. Ramai yang turun heran tengok kami masih mendaki at around 3 tu tak sampai2 puncak lagi. Semakin dekat puncak, banyak batu2 besar yang kena panjat. Adib dengan guide sampai puncak dulu. Then Azim and me. Ayah tunggu yang lain takut tersalah jalan. Even Azim and I pun mula2 tak jumpa jalan naik. Angah last sekali dengan maknyer. Kaki dah krem dua2 si Angah. Masa ni guide dah bagi kami option untuk turun dengan 4wd. Tapi kami kena jalan turun dalam sejam or lebih sikit gitu. So kami tak terkejar2 nak turun. Option untuk turun dah tersedia.
Seronok rasanya dapat spend time di puncak masa takder orang. Kami sekeluarga jer. Adib dengam Azim siap jerit kami dah sampai puncak gunung Ledang :) Alhamdulillah seronok tengok anak2 enjoy kat puncak tu. Diorang tak biasa hiking. Kut lah dah sampai puncak dia kata ini jer... tak best pun. Haa kan haru kalau gitu. Guide pun kata ni first time dia lepak kat situ kul 4 petang. Selalu tengah terik tengahari dengan orang ramai. Dah puas lepak kat puncak, tengok belah melaka dan johor, perjalanan turun diteruskan. Angah melayan kaki yang sakit dua2. Dia siap cakap ingatkan mak yang teruk sebab hiking, ni dia plak. Tu lah tak nak minum isotonic drink. Garam pun kami tak bawa.
Akhirnya sampai ke lokasi 4wd dan perjalanan turun dgn 4wd pun lebih sejam gitu. Bayangkan kalau kami turun sendiri entah pukul berapa sampai ke bawah. Guide cerita ada rakan guide yang pernah sampai ker bawah kul 4 pagi. Ada gak terasa macam nak split turun sendiri. Tapi hubby nak gerak awal pulak esoknya kena ke Gambang. So ikut the group lah. Dapat sijil kami anak beranak dah sampai puncak. Along dengan Adib dah siap buka buku pelaburan kat atas gunung tu. Adatnya kata orang kalau dah melabur tu, memang nak datang lagi lah :D Memang dah dalam perancangan bulan depan nak camping plak kat sana 3d2n. Hopefully dapat cover all the trek on the mountain. Anak2 pun dah ada some idea of how the hiking will be. Adib melekat jer dengan abang guide sampai masa turun kat dlm 4wd bley tertido kat abang tu. Azim plak pendiam sikit orangnya. Tak lah meriah tanya macam2 kat guide macam Adib. Dia jalan laju kat depan, lepas tu dia risaukan mak dia kat belakang. Samada dia patah balik atau dia tunggu sorang2 sampai nampak emaknya. I said to him kalau Azim nak jalan depan, kena ikut guide. Kalau nak ikut mak, kena jalan kat belakang dengan mak. Takleh tunggu2 sorang2 camtu dalam hutan ni. Tu lah dalam keberatan dia ikut gak umminya.
Paling penting masa naik ialah air. Memang air tak cukup. Bercatu2 minum nak tunggu tiba ke water point. Masa di Nepal 2 botol besar kongsi dengan hubby. Lebih pada cukup. Cuaca kat sana pun sejuk. Kat sini memang kejap2 nak minum. I have 1 big bottle about 1.2 litre and the 500ml 100 plus edge. Hubby pun ada 2 botol gak. Tak cukup. Kali ni memang bawak makanan lebih sket berbanding masa kat Nepal dulu. Coklat, pisang, roti sebab mengenangkan kut anak2 ni lapar mana nak cari dalam hutan tu kan. Pakej mendaki by the Ledang Park memang ada sediakan lunch yang dah siap tapau. Tak rasa nak makan sangat pun. Air jer lebih. Anak2 jer yang laju mintak coklat. Apa2 pun pengalaman yang best naik satu keluarga.



No comments:
Post a Comment