Wednesday, August 22, 2018

Life is not Always About 'Me'


A writer I followed on mukabuku wrote this... "Life is not about myself, myself and myself saja". In another entry she said "dadu tu ada 6 muka. Lihat semua mukanya baru tau dadu tu apa". Profound and thoughtful.

Memang bila hormon stabil dan dalam mood tenang, I tried to jadi someone yang memudahkan dan bukan menyusahkan 😊 Kita mudahkan urusan orang, semoga Allah mudahkan urusan kita. Simple principles. Tapi tak berani mengaku bersikap gitu all the time... takut2 nanti time hormon tak stabil demand macam2 kat hubby 😅 Definitely darling hubby rasa dia pernah jadi mangsa hormon isteri tak stabil kan 😜 Tapi most of the time stabil kan abg, InsyaAllah 😉

Sure lah kita ingin berbuat baik dan ingin dikenang sebagai orang baik. Ada perkara yang kita boleh toleransi. Tapi ada juga yang tidak. Manusia kan... otherwise dunia ni jadi perfect place dah.

Back to the writer... in awe dengan orang yang boleh menulis buku ni. Dari kecik dulu pernah bercita2 jadi penulis... being an avid reader when I was young, berangan gak nak jadi penulis kan. Tapi so far jadi penulis blog dan manual jer 😅 Tulis thesis pun 1 jer 😜 Belum berjaya jadi penulis buku lagi. Doa kan lah yer... semoga suatu hari nanti, impian dan angan2 jadi kenyataan.

Tuesday, August 21, 2018

The Week that Turned Out Differently than Planned

Green tea moments...


Rasanya it has been quite busy few weeks for me. Touch base kejap, outstation, touch base local training, outstation semula... gitu jer lah. Dalam kepala pun ada macam2 hal agaknya sampai boleh tertinggal training material di rumah and I only realized it bila sampai tempat training. Pucat lesi sekejap. Bantuan SOS datang dari jauh. Ummi upah lah sikit.

This week has been planned differently. Cuti raya pun sehari jer. But turns out differently. Lama pulak kena outstation, ada majlis, then ada presentation today. Next week ada outstation training lagi. Letihnya hanya Allah yang tahu. Letih, penat, hoping I can do more to help for the majlis but akhirnya pasrah dalam kesibukan dan kemampuan diri yang terbatas. BUT... I'm happy. Happy with the family time, happy dapat temankan hubby after his week long outstation to KK last week, happy dengan future training opportunities... Alhamdulillah. Penat yang berbaloi. Malam ni kena hantar satu lagi proposal. Tak mengharap sangat dengan proposal ni. Sekadar memenuhi permintaan geng2 training. Tapi apa2 pun hanya Allah yang tahu rezeki kita di mana. Tolong kawan dan mungkin kawan pun nak tolong kita. Gitu lah. Selebihnya terpulang pada rezeki kita.

1st time since kahwin tak balik kampung hubby. MIL pun beraya jauh di rumah BIL di K'tan. Beraya ala kadar jer lah dulu. Plan macam2 untuk hari ni tapi dah busy dan sampai rumah pun 4 petang tadi, so kita bertenang2 lah dulu. Nasib baik my side of the family mostly area Selangor jer. Raya haji pun 4 hari sepatutnya kan. Need to unwind and rest. Really, really need it before going for outstation again.

Monday, August 20, 2018

Nasihat Tok Kadhi


1. Bila dah bernikah, pasangan yang dulu nampak cantik dan menarik, Iblis dah terbalikkan. Pasangan dah tak nampak menarik, yang diluar nampak lebih menarik.

2. Bila dah bernikah, fikirkan penyatuan. Ada apa2 masalah, fikir bagaimana nak bagi bersatu dan bukannya berpisah.

3. Bila dah bernikah, PALING utama untuk dijaga ialah solat. Solat berjemaah sekiranya di rumah. Jaga solat, InsyaAllah perkahwinan terjaga.

Rumusan nasihat2 tuan kadhi semasa majlis kelmarin. Selain dari nasihat untuk pengantin baru, nasihat untuk pengantin2 lama juga.

Buat pasangan pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, sabar menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan (tahap sabar perlu ditingkatkan 2-3 kali ganda lepas berumahtangga), dengar dan ikut nasihat tuan kadhi, dan selalu lah fikir tanggungjawab dengan Allah, buat sesuatu kerana Allah dan apa2 kesusahan berumahtangga di dunia, layarilah sebaiknya untuk dapat redha Allah dan fikirkan lah balasan yang lebih baik di akhirat.

Kalau bagi nafkah masa sayang atau ikut kata suami masa sayang, memang tiada masalah. Tapi buatlah untuk dapat redha Allah. InsyaAllah masa marah pun akan mampu buat kerana fikirkan tanggungjawab kepada Allah dan balasan akhirat.

Jika terasa kehidupan susah atau macam2 dugaan, fikirlah itu semua qada dan qadar. Now Allah has put me in this situation, how do I handle it to get pahala and His blessings.

Dah tumpang sekaki tambah nasihat tuan kadhi pulak 😁 Tapi memang kita doakan yang baik2 untuk pasangan pengantin.



Sunday, August 12, 2018

Training Tak Jadi Dan Trainer Happy


On Mon, ada training. I'm expecting many late comers sebab pernah buat training kat situ dan memang takder disiplin langsung student college sekarang. Layan jer lah sehari. Tapiiii rasa stress betul mengenangkan susah nyer nak arrange groups and they have to do group activities and presentation. Betapa tak adil betul yang datang lambat tu menyusahkan team mates yang lain.

Suddenly tadi minta info dengan organizer, Allahuakbar tak jadi rupanya. And I'm soooo HAPPY. Begitu sekali perasaan seorang trainer yang tak dapat job when it comes to dealing with college students 😅 Legaaa dia tu... showed how much stress I was in, few days ago bila mengenangkan nak handle training for them.

Nasib korang lah anak2 bila nak face real world nanti, nak tau susah ker tak susah hidup ni. Ker tak susah? Dah tua2 bangka pun mengharap dari mak bapak? Oh I must not be so judgmental... maybe ada among them online businessman and businesswoman yang berjaya. However, sikap tak menepati masa tu memang satu pantang besar dalam business kan.

Bukan students college jer yang tak tepati masa. Ramai orang Malaysia macam tu. Dapat kerajaan baru kalau boleh semua dia nak perubahan cepat2. Tapi diri sendiri masih tak tepati masa, masih nak amik time off kejap2 ada macam2 urusan peribadi. Sooo not cool OK.

Sunday, August 5, 2018

Peringatan Yang Menyeramkan

Huh... tiba2 rasa seram nak tulis pasal diri sendiri 😲😲😲 Dalam blog yang anonymous ni pun, betul ker anonymous 🤤🤤🤤 Yang mengenali, hopefully tiada yang hasad dengki atau berniat tak baik. Yang tidak mengenali, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Blog ni terasa seperti medium yang lebih selamat nak bercerita berbanding dengan social media. Cerita2 yang nak disimpan sebagai kenangan. Dulu2 ramai juga yang dikenali berkunjung ke sini. Sejak macam2 social media channel ada ni, tuan blog pun tak rajin datang jengah sini. Apatah lagi orang lain kan. But then, who knows siapa lagi yang masih rajin menjengah atau terjumpa secara tak sengaja.  Harap dapat doakan yang baik2 buat kami. InsyaAllah malaikat juga akan doakan yang baik2 untuk kamu.

Written by Safura Ahmad Sharkawi
Unit Nikah Cerai Rujuk Bhg Kemajuan Keluarga Islam,  Jabatan Agama Islam Sarawak

Kalau anda ada pasangan yang mencintai anda dan melayan anda dengan baik, jangan overexpose kebahagiaan dan pasangan anda di sosial media sebab ramai yang di luar sana mempunyai pasangan yg tidak sebaik anda. Mereka mendambakan pasangan sebegitu.

Jika anda bersedih dan menderita disebabkan pasangan anda, jangan overexpose penderitaan anda di sosial media sebab ramai yang diluar sana mencari-cari orang yang boleh mereka bahagiakan lantaran kebaikan mereka tidak dihargai oleh pasangan mereka.

Well, I have to warn to all of you about this since kecurangan sedang menginjak naik ke tempat ketiga teratas dalam kes-kes yang kami terima dan  salurannya ialah overexposure di sosial media.

Kita tak letak barang berharga di luar rumah, kerana ia boleh mengundang pencuri. Kita juga tak dedahkan pasangan kita 'di luar' kerana dia harta kesayangan kita yg amat bernilai tinggi buat kita.

#bahagiamilikperibadi
#kaunselingSAS
#repost

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2008236875855562&id=100000078073127

Friday, August 3, 2018

Syurga itu Mahal Harganya


Syurga itu mahal harganya. Amalan kita pula sangat tak berharga. Solat ala kadar nak cepat selesai, doa tanpa cukup penghayatan, lain2 amalan yang tak seberapa disertai pulak dengan riak. Mampukah nak dapatkan syurga? Peringatan diterima melalui siaran radio ikim.fm semalam.

Dalam perut tak selesa semalam, Alhamdulillah macam2 kenikmatan syurga dunia dapat dirasai. Hubby yang drive masa balik home sweet home semalam. Dah 2x dia ikut ke JB. 2x juga balik dalam keadaan tak sihat. 2x juga hubby drive. Last week kena alergik sebab makanan masa tea break petang ialah roti gulung otak2 salut telur. Makan 2 pieces jer. Hubby yang makan 6 pieces sihat walafiat. Semalam pula rushing lunch dengan nasi ayam penyet dan sup bakso yang organizer sediakan. Tak sempat tea break. Perut rasa semacam, badan angin dan kepala pening. Nak muntah tapi tak muntah. Nak membuang pun tak boleh membuang. Singgah solat di Petronas Pedas-Linggi, beli pil chi kit teck aun. Hubby mkn juga sikit nasi ayam penyet tu. Tapi Alhamdulillah bukan 2-2 yang tak sihat.

Kegembiraan kami 😍 Hubby tolong angkat kotak lepas tu main sorok2 plak 😜😅

Hubby siap tolong angkat all the boxes for my training on Day 1. Banyak moment2 sweet bersemut 😍😍😍 Walaupun dia banyak kali sebut camana lah boleh terjebak ikut, jadi driver and tukang angkat barang 😀 1st time ikut,  katanya terjebak. Dah 2nd time ikut, katanya menjebakkan diri 😅😅😅

Hubby ada seludup durian sebiji masuk hostel on Day 4 training, nikmat betul makan 😍😄 Dia dah makan di kebun kawannya. Dia buat lawatan when I conducted my training. Hubby juga jadi teman di hostel yang terceruk sikit, dengan kebanyakan peserta kursus lelaki... not my participants. Hmmm... kalau hubby takder, memang tak berani nak duduk situ. Teman lepak, teman keluar makan, kalau tak mati kutu juga lah 😅 Alhamdulillah semua tu nikmat dan syurga dunia. Walaupun amalan diri ni ala kadar, Allah bagi macam2 nikmat dunia. Syukur Ya Allah.

My birthday, hubby takder. But, when he's around tu yang penting untuk appreciate the moments. Life is not defined by specific days kan. What's important is the whole life situation. Hubby always made up for his absence. We spent time watching movies and lunch and window shopping the day after my birthday. GSC belanja birthday girl tiket wayang 😁 Amazed hubby gigih ikut window shopping 😍

So itu lah... syurga dunia yang Allah kurniakan. Nikmat manakah yang kau dustakan?