Blog ni terasa seperti medium yang lebih selamat nak bercerita berbanding dengan social media. Cerita2 yang nak disimpan sebagai kenangan. Dulu2 ramai juga yang dikenali berkunjung ke sini. Sejak macam2 social media channel ada ni, tuan blog pun tak rajin datang jengah sini. Apatah lagi orang lain kan. But then, who knows siapa lagi yang masih rajin menjengah atau terjumpa secara tak sengaja. Harap dapat doakan yang baik2 buat kami. InsyaAllah malaikat juga akan doakan yang baik2 untuk kamu.
Written by Safura Ahmad Sharkawi
Unit Nikah Cerai Rujuk Bhg Kemajuan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak
Unit Nikah Cerai Rujuk Bhg Kemajuan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak
Kalau anda ada pasangan yang mencintai anda dan melayan anda dengan baik, jangan overexpose kebahagiaan dan pasangan anda di sosial media sebab ramai yang di luar sana mempunyai pasangan yg tidak sebaik anda. Mereka mendambakan pasangan sebegitu.
Jika anda bersedih dan menderita disebabkan pasangan anda, jangan overexpose penderitaan anda di sosial media sebab ramai yang diluar sana mencari-cari orang yang boleh mereka bahagiakan lantaran kebaikan mereka tidak dihargai oleh pasangan mereka.
Well, I have to warn to all of you about this since kecurangan sedang menginjak naik ke tempat ketiga teratas dalam kes-kes yang kami terima dan salurannya ialah overexposure di sosial media.
Kita tak letak barang berharga di luar rumah, kerana ia boleh mengundang pencuri. Kita juga tak dedahkan pasangan kita 'di luar' kerana dia harta kesayangan kita yg amat bernilai tinggi buat kita.
#bahagiamilikperibadi
#kaunselingSAS
#repost
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2008236875855562&id=100000078073127
#kaunselingSAS
#repost
No comments:
Post a Comment