Tuesday, February 27, 2018

Weekend with My Two Darling Boys

Weekend just passed had to babysit my two darling boys. Macam2 plan dan contingency plan dan backup plan 😃😃😃 Akhirnya ini lah plan yang menjadinya...

1. Pizza Hut for late lunch
2. Zumba Night
3. Black Panther movie with hotdog, nugget and popcorn for the boys
4. Lunch at Alamanda Food Court for me after the movie
5. Evening walk around Bukit Jalil Recreational Park
6. Western dinner at PUJ
7. Breakfast at Mamak
8. Pusat Sains Negara exploration
9. Dinner at KP

Mula-mula ummi nak ajak pergi taman, Adib said nak main permainan yang ada teknologi jer. Waahhhh permintaan budak2 sekarang. Lepas tu ajak ummi pergi main laser tag. Hmmm... permainan ada teknologi kan 😅 Tak rajin ler ummi nak ke KL dan bukan best pun setakat main dua beradik tu jer. Lepas tu ummi ajak swimming, katanya kalau tempat tu takder gelongsor tak nak lah. Nak ada gelongsor pusing2 baru dia nak pergi. Aduhai... satu lagi permintaan ala diva 😆😆😆

Masa join zumba, kelakar betul. Mula2 diorang perhati jer ummi dengan geng makcik2 berzumba. Tak sampai berapa minit, Adib dah join. Ummi duk perhati jer dalam cermin apa diorang buat. Lepas 3-4 lagu baru abang Ajim join. Mau tapi malu. Bila makcik2 ni pusing belakang, kaku keras masing2 malu nak ikut. Macam lah makcik2 tu tak nampak ragam awak berdua dalam cermin 🤣🤣🤣 Ummi duk sengih2 jer tengok ragam diorang. Makin lama Adib makin ke depan berzumba sebelah ummi. Dah habis zumba just before balik, abang Azim cakap kalau esok ada zumba lagi jom pergi. Hahahaha... seronok ler tu... sebab ada lagu Panama katanya. Hmm... ummi pelik jer apa yang best sangat lagu Panama ni.

The next day masing2 tak sabar nak tengok Black Panther. I have the option of show at IOI City Mall at 11.00 am or Alamanda at 11.30. I chose Alamanda, tak lah luas dan busy sangat macam IOI City Mall. We really enjoyed the movie. I was hoping ada lah life size picture of Black Panther nak suruh budak2 tu bergambar. Takder pulak. Rupa2nya masa keluar dari movie baru nampak dah kena sumbat kat ruang tepi dinding out of the way. Takder rezeki nak bergambar kat situ.

Petang ke Bukit Jalil Recreational Park because the moment I saw how big the kids playground are when I was there the first time, I immediately thought of the boys. Tapi budak2 zaman gajet ni cepat bosan pulak. Nasib baik ada benda2 lain nak tunjuk diorang like feeding the huge fishes in the pond, the international miniature monuments... kat semua tempat Adib posing. Azim foul mood pulak petang tu. Sekejap jer dah ajak balik. Lepas tu muka muncung jer mengikut adiknya posing sana sini. Adoi... takkan lah ummi dah drive setengah jam ke situ, setengah jam jer pulak dah nak balik. Nasib baik by dinner time, mood dah ok bila dapat makan lamb chop.

Sunday, the boys were very excited nak pergi Pusat Sains Negara. Azim had been there during his kindy trip and I accompanied him that time. He's excited because dia seronok main dekat playground. Now dah masuk secondary school baru dapat pergi semula. Nasib baik ummi dah Google on what to expect after the renovation. Masa beli tiket, the guy manning the counter explained about the dark room to the family with two young daughters in front of us. Macam takut2 jer budak2 tu nak masuk bilik gelap. The two boys pulak dengan confident sekali dia punya "Nak" tu. We had the whole day so I explained to the boys tak payah rushing2. Otherwise si Adib macam loose cannon sekejap sini sekejap sana. Semua dia tengok cepat2. The aquatic exhibits and the kids playground is still the same. That's the only thing I remember from our 1st visit because masa tu Azim kecik lagi. Dia minat dengan playground tu jer. So we explored the place slowly this time.

Sampai dekat Survive the Bunker experience (tempat gelap mentioned earlier), dua2 dah berpaut tarik baju dengan tangan ummi. Tutup mata suruh ummi jalan cepat2. At one location cantik sangat the pattern on my blouse macam glow in the dark. Suruh budak2 tu tengok, Adib marah suruh ummi jalan jer. Tak dapat lah ummi nak tengok surrounding sangat dek 2-2 orang ni 😅 Kalut sungguh Adib masa selipar dia tercabut dalam gelap. Pakai cahaya my phone baru jumpa. Selagi gelap memang ummi kena suruh cepat jer lah 😁 Dah sampai tempat ada lampu merah2, kemudian bilik berhantu... time tu pulak budak2 ni nak bukak mata 🤣🤣🤣 Ummi pun memang nak cepat lah kat bilik berhantu ni. Kang ummi terbayang2 plak masa sorang2 kat rumah. Dah lah ayah outstation lama. Then masa kat dalam "hutan" baru lah budak2 ni nak lepas kan ummi dia sebab kena naik jambatan one by one. Walaupun most of the time diorang tutup mata, but they enjoyed it very much after they get out from the place. Macam2 cerita bila ingat balik and masing2 gelak2. Dah keluar boleh lah korang gelak2 yer 😀 Dah tengok semua tempat on 1st floor, turun main dekat playground pulak. Lepas tu diorang nak naik semula. Nasib baik ummi bawak roti 2 keping dengan air sebotol. Pagi tadi pun Adib dah habiskan tose and Azim dah makan nasi goreng ayam. So late lunch lah jawabnya. Ummi sampai kena turun kejap, cari air sebotol lagi kat kafe and naik semula ke 1st floor. Nasib baik ummi duk mengenangkan dapat bakar kalori dengan berapa ratus step pergi dan balik tu. Kalau ummi tak diet dan tak kisah pasal bakar kalori, memang lah tak larat dah nak jalan.

We left the place around 3 pm. Dah nampak nak terlelap masing2, ummi ajak berbual pasal bilik gelap. Nasib baik masing2 seronok bercerita pasal pengalaman bilik gelap tu. Dah tidur kang bukan senang nak kejutkan. Masing2 belum lunch lagi. They requested for KFC lunch. Sampai Jusco, ternampak pulak Black Panther tshirt. Dapat lah diorang sorang satu tshirt. Adib cakap semua tempat yang ummi bawak, best 😍 Dapat tshirt Black Panther lagi. Senang hati ummi diorang happy. Alhamdulillah 😊

Saturday, February 17, 2018

Tangkal dan 1-way Ticket


Darling hubby beli 1-way ticket utk outstation kali ni :( CNY pun kerja. Hopefully dipermudahkan urusan semua orang sampai lah projek siap. Hmm... it has not been easy for him... it has not been easy for me. It must be the same for the other staff as well.

After his first 17 days outstation, I've stop counting days. Just look forward to his next flight home. Except this time, there's no flight home date to look forward to. Sigh!


Dah siap2 standby tangkal just in case I missed him too much. Actually,  rindu tu memang akan rasa. But there is also underlying stress yang tak perasan till recently. When he's home, baru rasa macam hilang all the weight on my shoulders. There's nothing for me to worry. Semua cukup... demam pun masih mampu drive, masak simple2, I can still go and entertain myself with outdoor activities and going away with friends. But... there's something missing in my life.

So petua untuk budak2 ni, kita guna lah untuk isteri pulak 😅 He's home less than 48 hours before going away again. Hopefully the kain pelikat and t-shirt he used for solat boleh jadi pengubat rindu, penghilang stress.

I still have to entertain myself. Busy kan diri... join hiking activities, go to the nearest beach, go to the swimming pool, meet up with friends... awal2 tahun pun memang belum banyak training biasanya. Semoga dapat bertahan till darling hubby balik.

Thursday, February 8, 2018

Happiness is...


-kegembiraan dapat bernafas dengan selesa (orang semput sangat terkesan dengan nikmat ni)
-ketenangan di rumah sendiri (yang biasa musafir amat menghargai ini)
-rezeki makanan untuk isi perut walaupun selera lepas demam masih belum pulih sepenuhnya
-rezeki ubat untuk sihat dari demam
-rezeki memiliki smartphone di tangan
-nikmat deria dapat mendengar ceramah pagi, menyertai forum hebat melalui alam maya, belajar ilmu baru juga melalui alam maya
-nikmat akal dapat berfikir
-nikmat pelajaran, dapat menyusun kata
-nikmat penghawa dingin di malam yang hangat
-nikmat rindu dan sayang, menunggu kepulangan suami dari outstation

Wednesday, February 7, 2018

Rezeki Yang Berkat

Ada orang berniaga, marah bila kita tak sokong dia berniaga. Bukan senang nak berniaga katanya. Betul... nak berniaga bukan senang. Tapi ada satu konsep yang sama antara orang berniaga dan makan gaji iaitu konsep mencari keredhaan Allah. Rezeki tu Allah boleh beri dalam keadaan Dia redha ataupun tiada keredhaanNya. Semoga dijauhkan rezeki kita dari keadaan Allah tidak redha.

Nak mencari redha Allah, nak berniaga tu kena fikir betul2 setiap tindakan. Rezekinya 9/10 dan nak dapatkan ganjaran Allah bukan senang. Barang yang dijual kena betul timbangan, tidak memudharatkan pembeli... orang jual dadah pun boleh kata dia berniaga tapi memudharatkan pembeli dan masyarakat, jual kosmetik ada bahan beracun, jual supplement jer dan dakwa boleh sembuh penyakit2 berat, jual makanan tak bersih, buat MLM dan suruh orang cari orang dan bayar ratus ribu ringgit untuk produk yang tidak bermanfaat atau menipu ada manfaat... panjang lagi boleh disenaraikan. Jadi nak berniaga kena lah ada ilmu. Jangan percaya bulat2 kata orang. Zaman kegawatan ekonomi isi rumah ni, ramai yang nak duit senang. Menipu pun sanggup. Atau paling tidak, jahil. Membuta-tuli dengar cakap ketua MLM dia atau cakap orang. Walaupun bisnes2 ni dibenarkan beroperasi di Malaysia, belum tentu 'halal' dalam erti kata sebenar. Rokok dan arak pun dibenarkan jual dalam Malaysia. Jadi pilih dengan mata hati produk yang nak dijual tu betul2 halal.

Yang makan gaji pula, kerja lah betul2. Jangan mengelat, jangan tuang. Biar setiap sen gaji tu berkat. Yang dicari ialah keredhaan Allah. Apa lah maknanya rezeki yang diterima tapi Allah tak redha.

Tuesday, February 6, 2018

Biadab Bertingkat-tingkat

Di zaman ekonomi tak bagus ni, mula lah orang berniaga macam2 nak tambah pendapatan sampai terlepas pandang undang-undang. Ni senarai 20 penyakit yang KKM tidak benarkan produk2 makanan tambahan dakwa boleh sembuhkan.


So bila anak buah sendiri iklankan garlic pill dia boleh stabilkan tekanan darah dan tingkatkan insulin untuk pesakit diabetes, I commented on her post and give a link kepada 20 penyakit yang haram diiklankan. Dia punya sentap sampai hantar screenshot ke family WA dengan teguran kenapa tak PM dia jer. Lain kali tegur biar ada adab katanya. What an irony sebab cara dia sendiri tak beradab. Bila I mention dia pun tak PM. Alasannya sebab dia sentap sangat. Tit for tat. Fine lah... dah kalau tu boleh puaskan hati orang muda hati cepat panas. Tiba2 entah dari mana sorang lagi datang merepek2. Entah dia tau hujung pangkal ker tidak... membebel2 Google tu entah betul ker tidak bagai. Cara tegur orang kena ada cara lah kononnya. Dan semua mak bapak sedara macam buta kayu tak reti tegur anak buah biadap or tenangkan keadaan. Ramai jer membebel entah apa2 lepas tu. Perhati jer lah.... kalau sebab darah daging sendiri, semuanya betul, silap besar lah cara didikan korang. Orang dulu2 tak biadab sebab yang dapat nama mak bapak sendiri. Yang ni pakkal lah mak ayah elok jer orang baik2. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Hikmah benda ni, buat kita kenal hati budi orang.

Monday, February 5, 2018

Never Alone


Sometimes you have to fight your battle alone. And you have to be OK with that because Allah is with you.

Mentality that your enemy is always wrong and your friend is always right is very dangerous and can bring one on the wrong path. Sudah tidak nampak kebenaran. Membetulkan yang batil, menyalahkan yang benar. Mana mungkin dapat keredhaan Allah.

When emotion blinds one from a simple truth, that's when thing can get ugly. Worse is, their truth becomes the only truth.

And it has to be OK to fight your battle alone. Allah is with you. Allah is with them too. Hidayah itu miliknya.

Sunday, February 4, 2018

Demam


Demam dari semalam. Rasanya badan ni dah berlawan dengan kuman2 dah 4-5 hari sebelum ni. Sebab di tekak ada rasa semacam. Berdehem2 sebab rasa tak selesa tapi bukan sakit tekak. And not exactly kat tekak pun. Macam di bahagian awal salur pernafasan tu. Sempat lagi merayap ke gua tempurung for a day trip dan overnight in kkb. Balik dari kkb, ingatkan letih jer tapi next day terus dah selsema dan rasa demam. Alhamdulillah masih boleh bangun dan buat kerja2 ringan seperti mengemas, cuci kain, lipat kain, drive.  Hopefully my body can fight the germs. Now dah start batuk and certainly not good for my asthma.

Friday, February 2, 2018

My Backbone Story


Sekarang ni tengah menjalani physio treatment. Doktor kata tulang belakang tu lari sikit kedudukan tu... but still less than 25% Otherwise kena consider surgery 🤤 Hmmm... bertambah lagi hospital visits on top of sinus and asthma.

Maka buat lah senaman2 dia tu. Break from any hiking and zumba activities dalam lebih kurang 2 bulan. Cycling jer teruskan. Rasa macam tak sakit dah my left hip joint and left leg. Tapiii... bila ada training, tak boleh nak cakap sakit dia. Kalau takder masalah backbone pun akan sakit kaki sangat lepas training berhari2. Ini di tambah pulak dengan masalah terbaru ni. So tidaklah selesai masalah sebenarnya physio tu... belum berjaya lagi. Which makes me decide to just continue with my activities. Baru tau membantu ke tidak senaman2 tu.

Recent meet up dengan Doktor, dapat ubat for my nerves. Gabapentin bukan pain killer tapi membantu with the pain. Masalahnya ialah ia buat kita mengantuk. When I have to sleep late, I'll take it late. Otherwise, tak mampu berjaga. Masalah bila ambil lewat, memang susah gila nak bangun pagi. Or berjaya bangun but makes me feel groggy. Hmm... now dah start skip makan ubat tu.

Tapi makan ubat memang tak rasa sakit kat mana2 bahagian kaki. Rasa invincible bila nak pergi hiking. Now dah start sakit semula sebab dah skip makan ubat for few days. Jadi, serba-salah dibuatnya. Physiotherapist tambah lagi senaman dan dia tak encourage langsung hiking as my condition can get worse 😔 Hmmm... Sekarang ni degil juga still hike but rajin lah nak buat senaman2 tu. Tengok dulu lah few days camana.