1. Pizza Hut for late lunch
2. Zumba Night
3. Black Panther movie with hotdog, nugget and popcorn for the boys
4. Lunch at Alamanda Food Court for me after the movie
5. Evening walk around Bukit Jalil Recreational Park
6. Western dinner at PUJ
7. Breakfast at Mamak
8. Pusat Sains Negara exploration
9. Dinner at KP
Mula-mula ummi nak ajak pergi taman, Adib said nak main permainan yang ada teknologi jer. Waahhhh permintaan budak2 sekarang. Lepas tu ajak ummi pergi main laser tag. Hmmm... permainan ada teknologi kan 😅 Tak rajin ler ummi nak ke KL dan bukan best pun setakat main dua beradik tu jer. Lepas tu ummi ajak swimming, katanya kalau tempat tu takder gelongsor tak nak lah. Nak ada gelongsor pusing2 baru dia nak pergi. Aduhai... satu lagi permintaan ala diva 😆😆😆
Masa join zumba, kelakar betul. Mula2 diorang perhati jer ummi dengan geng makcik2 berzumba. Tak sampai berapa minit, Adib dah join. Ummi duk perhati jer dalam cermin apa diorang buat. Lepas 3-4 lagu baru abang Ajim join. Mau tapi malu. Bila makcik2 ni pusing belakang, kaku keras masing2 malu nak ikut. Macam lah makcik2 tu tak nampak ragam awak berdua dalam cermin 🤣🤣🤣 Ummi duk sengih2 jer tengok ragam diorang. Makin lama Adib makin ke depan berzumba sebelah ummi. Dah habis zumba just before balik, abang Azim cakap kalau esok ada zumba lagi jom pergi. Hahahaha... seronok ler tu... sebab ada lagu Panama katanya. Hmm... ummi pelik jer apa yang best sangat lagu Panama ni.
The next day masing2 tak sabar nak tengok Black Panther. I have the option of show at IOI City Mall at 11.00 am or Alamanda at 11.30. I chose Alamanda, tak lah luas dan busy sangat macam IOI City Mall. We really enjoyed the movie. I was hoping ada lah life size picture of Black Panther nak suruh budak2 tu bergambar. Takder pulak. Rupa2nya masa keluar dari movie baru nampak dah kena sumbat kat ruang tepi dinding out of the way. Takder rezeki nak bergambar kat situ.
Petang ke Bukit Jalil Recreational Park because the moment I saw how big the kids playground are when I was there the first time, I immediately thought of the boys. Tapi budak2 zaman gajet ni cepat bosan pulak. Nasib baik ada benda2 lain nak tunjuk diorang like feeding the huge fishes in the pond, the international miniature monuments... kat semua tempat Adib posing. Azim foul mood pulak petang tu. Sekejap jer dah ajak balik. Lepas tu muka muncung jer mengikut adiknya posing sana sini. Adoi... takkan lah ummi dah drive setengah jam ke situ, setengah jam jer pulak dah nak balik. Nasib baik by dinner time, mood dah ok bila dapat makan lamb chop.
Sunday, the boys were very excited nak pergi Pusat Sains Negara. Azim had been there during his kindy trip and I accompanied him that time. He's excited because dia seronok main dekat playground. Now dah masuk secondary school baru dapat pergi semula. Nasib baik ummi dah Google on what to expect after the renovation. Masa beli tiket, the guy manning the counter explained about the dark room to the family with two young daughters in front of us. Macam takut2 jer budak2 tu nak masuk bilik gelap. The two boys pulak dengan confident sekali dia punya "Nak" tu. We had the whole day so I explained to the boys tak payah rushing2. Otherwise si Adib macam loose cannon sekejap sini sekejap sana. Semua dia tengok cepat2. The aquatic exhibits and the kids playground is still the same. That's the only thing I remember from our 1st visit because masa tu Azim kecik lagi. Dia minat dengan playground tu jer. So we explored the place slowly this time.
Sampai dekat Survive the Bunker experience (tempat gelap mentioned earlier), dua2 dah berpaut tarik baju dengan tangan ummi. Tutup mata suruh ummi jalan cepat2. At one location cantik sangat the pattern on my blouse macam glow in the dark. Suruh budak2 tu tengok, Adib marah suruh ummi jalan jer. Tak dapat lah ummi nak tengok surrounding sangat dek 2-2 orang ni 😅 Kalut sungguh Adib masa selipar dia tercabut dalam gelap. Pakai cahaya my phone baru jumpa. Selagi gelap memang ummi kena suruh cepat jer lah 😁 Dah sampai tempat ada lampu merah2, kemudian bilik berhantu... time tu pulak budak2 ni nak bukak mata 🤣🤣🤣 Ummi pun memang nak cepat lah kat bilik berhantu ni. Kang ummi terbayang2 plak masa sorang2 kat rumah. Dah lah ayah outstation lama. Then masa kat dalam "hutan" baru lah budak2 ni nak lepas kan ummi dia sebab kena naik jambatan one by one. Walaupun most of the time diorang tutup mata, but they enjoyed it very much after they get out from the place. Macam2 cerita bila ingat balik and masing2 gelak2. Dah keluar boleh lah korang gelak2 yer 😀 Dah tengok semua tempat on 1st floor, turun main dekat playground pulak. Lepas tu diorang nak naik semula. Nasib baik ummi bawak roti 2 keping dengan air sebotol. Pagi tadi pun Adib dah habiskan tose and Azim dah makan nasi goreng ayam. So late lunch lah jawabnya. Ummi sampai kena turun kejap, cari air sebotol lagi kat kafe and naik semula ke 1st floor. Nasib baik ummi duk mengenangkan dapat bakar kalori dengan berapa ratus step pergi dan balik tu. Kalau ummi tak diet dan tak kisah pasal bakar kalori, memang lah tak larat dah nak jalan.
We left the place around 3 pm. Dah nampak nak terlelap masing2, ummi ajak berbual pasal bilik gelap. Nasib baik masing2 seronok bercerita pasal pengalaman bilik gelap tu. Dah tidur kang bukan senang nak kejutkan. Masing2 belum lunch lagi. They requested for KFC lunch. Sampai Jusco, ternampak pulak Black Panther tshirt. Dapat lah diorang sorang satu tshirt. Adib cakap semua tempat yang ummi bawak, best 😍 Dapat tshirt Black Panther lagi. Senang hati ummi diorang happy. Alhamdulillah 😊
No comments:
Post a Comment