Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Sunday, July 22, 2018
Hari Terima Do'a
Alhamdulillah for this blessed day. Hari menerima do'a yang baik2 from family and friends. I cherished it so much. Semoga Allah perkenankan do'a2 tersebut dan semoga malaikat mendoakan yang sama untuk mereka. Terasa masih belum lengkap sambutan tahun ni. Seperti biasa, carry forward ke masa yang sesuai. Begitulah... Apap2 pun, bersyukur dengan kegembiraan yang diberikan oleh mereka yang menyayangi dan mengingati.
Saturday, July 21, 2018
Berubah atau Tidak?
Masih ada orang berdebat samada sikap manusia boleh berubah atau tidak. Ada yang kata sikap sebenar telah terserlah, bukan sebab dah berubah. Tapi sebenarnya to me, yang penting ialah adakah sikap itu menuju ke jalan yang lurus dan diredhai.
Tadi terbaca seorang director Guardian of the Galaxy got fired sebab tweet2 lama yang mempermainkan rape and paedophile dalam status2 provokatifnya. I like how the director responded. He took full responsibility of what he said eventhough now he has changed opinion about his provocative post yang tak menjadi pun. Zaman sekarang kata2 terpapar di sosial media dan jadi peninggalan zaman-berzaman.
Tapi sejak dari azali pun setiap perbuatan dan kata2 kita dicatat oleh malaikat. Maka harus lah kita lebih takut dengan Allah dan hukumNya. Sendiri mau ingat lah kan kalau perangai buruk sendiri tak berubah2 dari dulu sampai sekarang. Sekarang ni I realized a lot of mistakes in words, approach and opinion during my youth. Alhamdulillah for wisdom in old age. And I can feel many things still changing. I'm far from perfect dan semoga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk.
Dulu layan juga cerita2 romantik. Sekarang memang lah tak tengok drama2 melayu yang terpegang tangan, terpeluk, ternampak rambut gadis idaman yang bertudung, berpelukan, berpegangan tangan.... NO! NO! NO! Tolong lah jangan hidang cerita2 macam ni. Berdosa dik. Drama korea ker hindi nak buat, depa tu bukan Islam. Jauhkan lah semua perkara ni dari ahli keluarga yang tersayang. Jaga lah diri mu elok2. Tak perlu semua tu untuk mencari kebahagiaan dalam perkahwinan dan kehidupan akhirat yang lebih baik.
Dulu2 orang tua pun suruh pergi dating untuk kenal2 dulu. Ni nasihat versi dulu2 zaman when I was younger bukan when my grandmother was younger. Katanya, kalau tak kenal camana nak kawin. Zaman tu kurang pegangan bahawa jodoh tu betul2 datang dari Allah. Sampai masa, bertemulah ia. Nanti ada org kata kau dah kahwin senang lah cakap. Hmmm... memang susah nak back to ajaran Islam yang asal. Mak bapak pun taknak cari kan dah. Nanti rumahtangga korang berantakan, susah. Cari lah sendiri. Dan kita pun semacam susah nak terima arranged marriage sebab dalam keadaan kita semua bebas belajar, bekerja dan bergaul, mustahil nak terima orang yang kita tak kenal kan. Still kena reserve opinion on this issue.
Dulu2 kita ada pendapat on semua benda. Semua pendapat kita nak diketengahkan. Tak kira lah orang suka atau tak suka. Tapi sekarang, belajar telan pendapat2 sendiri yang tak penting pada orang. No matter how much we care or concern, we're not entitled to share our opinion on our whims and fancy. Boleh simpan sendiri, doakan, atau tulis blog hahaha... Ia satu defence mechanism juga. Untuk jaga hati sendiri. Penting ni untuk kebahagiaan dan kewarasan diri. Choose your battle wisely.
Point utama ialah tanya diri sendiri soalan2 lebih kurang macam yang ditanya Nga Kor Ming di Dewan Rakyat. Tapi kena olah sikit lah. Nga Kor Ming ni ada yang kata dulu kasar juga bahasanya. Tapi I care about the good things he said now. Betul kan. So ikut lah. Kenapa nak timbulkan cerita dulu?
Soalan olahan:-
1. Adakah kata2 dan perbuatan kita membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat?
2. Adakah mak ayah bangga dengan kita atau malu dengan perangai anaknya? Atau boleh juga ditanya sebegini, adakah Rasulullah saw redha dengan kita sebagai umat baginda yang menegakkan agama dan menjadi sebaik2 manusia?
3. Adakah kita benar2 berazam menjadi hamba Allah yang baik atau sekadar bercakap kosong?

Hmmm... my answer to the above questions, masih banyak lagi perlu diperbaiki. Tapi bersyukur kerana Allah lebih tahu perjuangan kita ke arah lebih baik. Orang pula hanya menilai berdasarkan kisah2 lama kita, macam director Guardians of the Galaxy yang kena pecat tu.
YM No More
Dah tak wujud lagi platform chat yang banyak kenangan ni 😊 Di suatu masa di zaman dahulu... di sini lah tempat berkawan secara selamat dengan strangers and non-strangers. Lepas kahwin, ada juga guna ni sebelum wujud media chat yang lain tapi jarang2 sangat sebab boleh sms dan call jer hubby masa tu. Lagi cepat kan.
Selain dari hubby, semua dah kena block. Mereka tak salah apa2, bukan jenis orang tak betul ker apa. Sebab diorang "betul" lah they became my chat friends. Yang tak betul, lepas mukaddimah jer terus tak layan dah. Tapi kita ambil pendekatan mudah. Dah bersuami, berkongsi jer lah apa2 cerita pun dengan suami. Tak perlu lah chat dengan orang lain. Mudah kan. Tak jadi buruk sangka atau salah faham. No explanation or justification required. I'm married. That's it! Semoga all my chat friends dulu bahagia dengan kehidupan masing2. Semoga saya bahagia dengan kehidupan saya.
Thursday, July 19, 2018
Senarai Ibadah Mampu Buat
Kita selalu tengok orang buat senarai wanita/lelaki idaman, bucket list, to do list, wanted list dan macam2 senarai yang berkaitan dengan duniawi. So jom lah buat senarai ibadah yang kita harap kita mampu buat pulak. Tak dapat buat selalu or semua, sekurang2nya ada juga yang kita dapat buat secara istiqamah. So jom buat senarai ibadah harian.
1. Solat sunat fajar
2. Solat subuh
3. Solat dhuha
4. Dengar ceramah online
5. Hafal 1 ayat/surah pendek
6. Qailulah
7. Solat zuhur
8. Solat asar
9. Solat maghrib
10. Solat sunat lepas maghrib
11. Mengaji
12. Istighfar 100x
13. Solat Isyak
14. Solat hajat/sunat
15. Solat tahajjud
16. Solat witir
17. Sedekah
18. Zikir
19. Puasa sunat isnin khamis
20. Doa untuk diri dan ahli keluarga
2. Solat subuh
3. Solat dhuha
4. Dengar ceramah online
5. Hafal 1 ayat/surah pendek
6. Qailulah
7. Solat zuhur
8. Solat asar
9. Solat maghrib
10. Solat sunat lepas maghrib
11. Mengaji
12. Istighfar 100x
13. Solat Isyak
14. Solat hajat/sunat
15. Solat tahajjud
16. Solat witir
17. Sedekah
18. Zikir
19. Puasa sunat isnin khamis
20. Doa untuk diri dan ahli keluarga
Senarai yang ada ni cukup bagus kalau dapat buat semua. Biar sedikit tapi istiqamah. Biar sedikit tapi ikhlas. Dan semoga dapat menambah amalan ibadat dari masa ke semasa.
Life Plan
Kita merancang. Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih baik. Kita kena percaya tu. Walaupun kadang2 letih, lelah, dan payah kita nak terima. Semoga Allah tak biarkan kita sendirian, semoga Dia sentiasa memberikan kita kekuatan, dan semoga kita cekal dan sabar, berkat inginkan kehidupan kekal yang lebih indah.
I faced a possibility recently. A life changing possibility. Bergolak emosi memikirkan buruk dan baik. Bergolak emosi memikirkan tanggungjawab yang besar. Hati berkata2... tertanya2... akhirnya ku serahkan pada gut feeling. Adakah ketenangan yang dirasai atau kegusaran? Dari situ hati terasa lebih senang dengan pilihan yang dibuat. Sejarah pernah mengajar suatu masa dulu. Cabaran yang dihadapi bukan kecik tapi terasa tenang dan bersedia. Not this time. I'm still not sure whether I'm making the right decision. Semoga ini lah jalan yang terbaik buat masa ni. Pada masa akan datang, Allah juga yang tentukan.
Thursday, July 12, 2018
Kisah Seorang Perempuan
Kisah ini memang ada kaitan dengan seorang insan yang masih hidup. Masih sempat insaf dan bertaubat. Masih sempat belajar terima kenyataan dan teruskan kehidupan. Tapiii... tak dapat nak tegur orangnya secara terus. Dah pernah buat dulu... dikatanya kita ni batu penghalang kisah cinta dia. Setelah sekian lama... dia masih juga begitu. Insanity is doing the same thing over and over again, expecting different result. Nak ditegur... umpama tiada gunanya bila dia masih tenggelam dan mabuk dengan perasaan cintanya dan berpegang pada rasa hati selepas solat2 hajat yang dikatakan telah dilakukannya. So kita membebel di sini jer lah sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.
Kalau hendakkan suami, minta lah pada Allah. Janganlah minta pada dia untuk jadi suami kau. Berbaik sangka lah dengan Allah. Berdoa agar diberi kebahagiaan yang lain dan lebih baik dari yang kau tunggu dan harapkan. Cepat atau lambat, Allah tentukan. For the time being, jaga lah diri tu. Esok bila jumpa yang lebih baik, kau sendiri menyesal buang masa mengharapkan pada orang yang salah.
Janganlah kau sua2kan aurat mu kepada dia. Kenapa? Berharap nak tunjuk kecantikan mu dengan harapan dia mabuk kepayang sampai tak sabar2 nak memperisterikan mu kah? Setiap insan bersusah-payah nak kumpul pahala, nak cari redha Allah, nak cari bekalan untuk akhirat. Dengan mudah kau dedahkan segalanya dan suakan dosa kepada orang yang kau kata cinta sangat tu. Kau manipulasi kelemahan seorang lelaki yang mudah kesian dan ada juga sedikit menggatal (nama pun lelaki). Sudah2 lah tu.
Ini bukan nak sakitkan hati kau ke apa. Do yourself a favour. Lebih cepat kau terima kenyataan, lebih cepat kau berusaha untuk melupakan, lebih cepat kau dapat teruskan kehidupan dan lebih cepat Allah temukan kau dengan jodoh yang sesuai.
Allah sayangkan kau. Dihantarnya orang beri teguran, tak kau endahkan. Dihalang kehendak dan kemahuan kau setelah sekian lama, masih juga tak kau endahkan. Nak persistent pun biarlah kena pada tempatnya. Kau bukan lagi remaja yang naive. Dah sama2 meningkat usia. Carilah yang lebih kekal dan menjanjikan bahagia di akhirat nanti. Nasib kita semua memang tak sama. Ada yang kau nampak dapat kebahagiaan di dunia ni. Kau rasa kau belum boleh bahagia selagi belum memilikinya. Hakikatnya, semua insan di dunia ni Allah akan uji sekadar beban yang mampu ditanggung setiap individu. Allah datangkan dan jauhkan seseorang dari hidupmu itu semua ada sebabnya. Berbaik sangka lah dengan ketentuan Allah. Move on!

Monday, July 9, 2018
Proses Melupakan
Hubby ada buat statement dengan nada yang I terjemahkan sebagai jauh hati. Katanya I pernah ckp terkesan teruk dengan ex tapi boleh lupakan dia dengan mudah 🤤🤤🤤😲😲😲
He's my HUSBAND and my BEST FRIEND. Mana mungkin boleh lupakan dia dengan mudah. Cuma beza dulu dengan sekarang ialah dulu naive dan bodoh sangat. Duk ikut perasaan, frust macam dalam drama tu lah konon. Relationship dengan Allah pun tak seberapa. Sekarang ni bukan lah nak kata dah alim sangat cuma.... lepas kahwin, dah belajar banyak perkara tentang kehidupan. Dah belajar sabar dan redha dengan macam2 dugaan demi kehidupan yang lebih kekal. Kan kita dah melalui banyak dugaan tu sama2. Dah melalui banyak peristiwa yang mematangkan.
Dah tak tengok drama. Drama kehidupan ni dah cukup mencabar dah. Drama romantik pun tak tengok. Tak realistik semua tu. Melalaikan manusia jer. Dah sampai tahap tak suka sangat nak pening2 kepala. Kita nak melalui usia semakin meningkat ni dengan tenang dan lebih banyak ingat Allah. Life is too short nak fikirkan perkara2 yang tak membahagiakan, tak produktif dalam kehidupan dan tak menyumbang kepada akhirat yang lebih baik.

I have also learned that nak melupakan seseorang tu perlu melalui satu proses. Sedikit demi sedikit dan akhirnya lupa terus. Walaupun zaman naive dan bodoh dulu, proses tu tetap berlaku. Di usia dah meningkat senja ni kalau nak melupakan seseorang, kita dah banyak belajar dan banyak pengalaman kehidupan. Tapi... tak kan semudah itu nak melupakan seorang suami. Dan isu nak melupakan suami ni tak sepatutnya timbul pun kecuali suami buat perkara2 yang tak sepatutnya... sampai isteri tak boleh terima 😢
I'm sorry abang for whatever way I worded the statement that makes you believe I can easily forget you. You've been an important part in my life for so long, yang tahu baik buruk dan kelebihan serta kekurangan, my life partner, my Jannah partner... tak mungkin begitu mudah nak lupakan abang and tak timbul pun isu nak melupakan ni. You know my fear... you know my dislike... Semoga kita dijauhkan dari perkara2 tak baik dan semoga Allah berikan yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Moral of the story: hati2 bercerita dengan suami. Nanti dia jauh hati, salah faham dan merajuk.
Sunday, July 8, 2018
Berat Mata Memandang...
Beratnya sesuatu dugaan itu relatif. Ada kala kita rasa sesuatu dugaan itu cukup berat untuk kita tanggung walaupun kita tahu penduduk Islam seluruh dunia dan manusia keseluruhannya ada dugaan dan masalah yang jauh lebih berat dari kita. Tapi kan Allah uji setiap manusia tu berdasarkan beban yang dia mampu tanggung. Cuma masa kita menghadapi sesuatu dugaan tu, memang terasa sangat berat dan tak tertanggung. Dengan rahmatNya juga kita mampu lalui dan atasi.
Ya Allah, semoga kau curahkan rahmatMu pada kami, dan padaku untuk melepasi ujian ini dengan sebaik2nya. Semoga kami terus bersangka baik dengan ujianMu, semoga kami diberi kekuatan untuk melalui ujian ini. Bila diuji ini lah reaksi2 semua pihak yang terlibat mampu mengusik, menjentik, menoreh perasaan dan emosi pihak yang lain pulak. Masa ini lah syaitan mainkan peranan mereka. Masa ini lah kena banyak sabar. Masa ini lah perlu banyak bersyukur dengan nikmat dari Nya. Masa ini lah kena bayangkan kehidupan di sana yang lebih kekal kerana apa yang kita lalui ini hanya lah sementara. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Berubah ke arah yang lebih baik, semoga kehidupan kekal kita juga baik.
Tulisan ini kerana kadang2 hati ini terasa sangat tidak kuat. Tulisan ini untuk mengingatkan diri sendiri. Tulisan ini juga untuk meluahkan emosi di alam maya kerana tiada siapa yang faham apa yang kita lalui. Satu keluarga melalui ujian yang sama pun, beban pada perasaan dan emosi setiap individu berbeza2.
*copypaste*
Seandainya seksa kubur diperlihatkan kepada kita, pasti *hilanglah nafsu kita kepada maksiat*.
Seandainya nikmat kubur diperlihatkan kepada kita, *pasti hilanglah keletihan dan kepenatan kita ketika beribadah*.
Tapi semua itu disembunyikan untuk *menguji keimanan* dan kesungguhan kita dalam menjalani ibadah dan menjauhi maksiat...

Monday, July 2, 2018
Gunung
Baru terbaca very profound wisdom about gunung. Orang jatuh bukan sebab gunung. Tapi kerikil.
Allahuakbar...
Betul sangat kan. Untuk someone yang suka juga mendaki gunung ni, terkesan betul dengan kata2 tu.
Baiki diri. Apakah kerikil2 yang mengganggu perjalanan ku untuk menjadi hambaNya yang bertakwa?
Terjumpa video ni... masa signup app ni tak guna my main email. Baru cek nak clearkan email... terjumpa pulak.
Throwback Kinabalu... gigih berlatih bukit dan taman sebab itu jer yang mampu. Alhamdulillah sampai summit. I owned that victory moment. Nak kata my hard work tapi... tak boleh. Gigih berdoa minta bantuan Allah... hanya kerana keizinanNya. TQ Allah for that wonderful moment. Biarlah orang nak kata apa atau claim apa... syukur sangat I dapat sampai ke puncak. Di malam yang tenang, diterangi cahaya bulan penuh... Subhanallah cantik sangat.

Sunday, July 1, 2018
Kontroversi - Tipu Bini
Kontroversi
Dah lama tak tulis post2 kontroversi sejak kahwin. Ada beberapa sebab.
1) Nanti orang ingat kita menulis kerana kisah hidup kita. Tak pasal2 nanti hubby kena kutuk. Kena letak disclaimer tiada kena mengena antara yang hidup atau mati.
2) Nanti hubby sentap. Masa dia mula2 baca blog dulu pun dia dah sentap. Tak kenal pun dia sapa masa tu and tak tuju pun pada dia :D Hubby hati tisu.
3) Nanti cakap banyak2, terkena ke batang hidung sendiri.
Tapi banyak reflection dari persekitaran that makes me terpanggil untuk menulis semula post2 kontroversi. Ambil jer lah sebagai pengajaran dan peringatan.
Ku sangkakan dua….rupanya tiga! (Dialog Madu Tiga) Bermadu pulak dengan budak umur 11 tahun. Celaka betul jantan tu. Masa lepas SPM dulu kerja sementara di mini market. Ada lelaki approach my boss tanya pasal I sebab nak buat bini pun I punya takut dan gigil tak boleh cakap. Tak terlintas langsung pasal kawin at that age. Lelaki tu kalau difikir2kan sekarang, mid or late 20s pun lepas lagi lah umur dia tapi masa tu rasa orang tu dah tua sangat. Boss cakap dia nak belajar lagi. Huh… lega tapi sentiasa seram kalau dia datang kedai. Cepat2 gi jauh2 kalau dia masuk kedai. Kalau my boss tak cakap, I have no idea lah tapi dia beritahu so dah tau lah kan.
Kes Tipu Bini
Wife ni ada 6th sense bila ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Kadang2 Allah tunjukkan bukti depan mata. Tapi bila confront suami, dia menipu tanpa rasa bersalah. Apa lah yang sebenarnya si suami rasa? Rasa selamat kah? Rasa gembira kah? Reaksi isteri bagaimana yang suami mahukan? Terpedaya? Biarkan jer penipuan suami tu?
Kalau dah bukti ada depan mata, suami2 ni mahu isterinya jadi hati batu kah? Mahu isterinya berlakon tiada apa2 berlaku? Dua2 hidup dalam lakonan? Jadi kamu ingat salah siapa kalau isteri hilang rasa hormat? Kamu ingat Allah redha dengan penipuan kamu? Kamu ingat salah siapa jika isteri tak percaya kamu dan rasa kamu tidak boleh diharap? Till Jannah? Takut terjunam ke Jahannam bila stress sangat atau timbul masalah emosi dek kelakuan suami.
Bukan setakat isteri. Anak2 nanti pedulikan kamu ker kalau dia tahu ayahnya duk layan perempuan sana sini. Everytime I heard stories of neglected parents, I hold my judgment. Allah jer yang lebih tahu siapa yang ignore siapa sebenarnya. No doubt memang ada anak2 derhaka. Tapi I’m not judging sebab tak tahu cerita. Orang2 tua nak bercerita kita dengar dan iya kan jer.
Poligami Tidak Adil
Dalam Al-Quran memang dah sebut pasal poligami. Zaman jahiliyyah dulu, lelaki berkahwin tanpa had. Islam dah had kan kepada empat tapi tanggungjawab kepada satu pun dah cukup berat. Bukan setakat tanggungjawab kepada isteri, tapi diri sendiri sebagai Muslim dan juga kepada keluarga dan masyarakat. Semua tu banyak ayat2 lain dalam Al-Quran dah suruh jadi sila lah ikut semua sekali. Jangan asyik sangat nak ikut hat yang poligami tu jer.
Yang kahwin sembunyi2 tu, sah2 dah berlaku ketidakadilan kepada isteri. Hal giliran dah tak adil kalau dah asyik kena menipu sana sini. Nanti kau mati, siapa nak tegakkan keadilan untuk pihak kau bila faraid tak dapat dibuat seadilnya? Yang hidup tu mungkin tak harap pun harta faraid kau, tapi bila ketidakadilan berlaku kau tetap tanggung sebab kau lah puncanya kan. Oh alasannya dah jodoh… takdir. Maka jangan salahkan takdir kalau isteri dan anak2 tak pedulikan kau. Dah takdir kan kau nak kahwin, dan dengan perkahwinan itu anak isteri jadi menyampah dengan kau. Banyak kekurangan kau boleh diperbaiki tapi kegedikan nak berkahwin lagi yang kau sibuk kan.
Penipuan Dunia
Dunia ni banyak keindahan sementara. Sedap2 sangat makanan di dunia ni. Tapi kalau tak makan sesuka hati sebab nak jaga kesihatan, jaga anugerah tubuh badan sihat yang Allah bagi, ikut Sunnah cara makan Rasulullah saw, dapat lah pahala dan makanan yang lebih sedap di syurga tanpa susah-payah nak kira kalori atau risau penyakit. Banyak sangat kemewahan dunia seperti Bijan lah, Birkin lah… tapi kalau kau tak kejar kemewahan tu dengan cara haram sampai menindas orang lain, kau dapat lah habuan yang jauh lebih baik di akhirat. Kemewahan dunia ni umpama setitis air di lautan jer. Ramai sangat wanita cantik Allah jadikan. Kalau kau tak kejar sangat nafsu kau… kau jaga perbuatan dan akhlak, sedar diri tu tak mampu adil, lebihkan mencari Allah dari mencari cinta dunia, di akhirat seribu bidadari pun Allah bagi. Tapi ramai yang tak mampu nak tunggu seribu bidadari tu. Penipuan dunia juga yang dicari.
Allah Tempat Berlindung
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa ku dan dosa suami ku serta semua ahli keluarga kami. Berikan lah kami petunjuk dan hidayahMu untuk menjadi hambaMu yang lebih taat dalam beribadah dan mencari keredhaanMu. Satu kan lah kami di Jannah. Berikan lah kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan2 di dunia ini. Permudahkan lah urusan alam barzakh dan akhirat kami. Jauhkan lah kami dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kasihanilah kami. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan.
Subscribe to:
Posts (Atom)