Thursday, July 12, 2018

Kisah Seorang Perempuan

Kisah ini memang ada kaitan dengan seorang insan yang masih hidup. Masih sempat insaf dan bertaubat. Masih sempat belajar terima kenyataan dan teruskan kehidupan. Tapiii... tak dapat nak tegur orangnya secara terus. Dah pernah buat dulu... dikatanya kita ni batu penghalang kisah cinta dia. Setelah sekian lama... dia masih juga begitu. Insanity is doing the same thing over and over again, expecting different result. Nak ditegur... umpama tiada gunanya bila dia masih tenggelam dan mabuk dengan perasaan cintanya dan berpegang pada rasa hati selepas solat2 hajat yang dikatakan telah dilakukannya. So kita membebel di sini jer lah sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.

Kalau hendakkan suami, minta lah pada Allah. Janganlah minta pada dia untuk jadi suami kau. Berbaik sangka lah dengan Allah. Berdoa agar diberi kebahagiaan yang lain dan lebih baik dari yang kau tunggu dan harapkan. Cepat atau lambat, Allah tentukan. For the time being, jaga lah diri tu. Esok bila jumpa yang lebih baik, kau sendiri menyesal buang masa mengharapkan pada orang yang salah.

Janganlah kau sua2kan aurat mu kepada dia. Kenapa? Berharap nak tunjuk kecantikan mu dengan harapan  dia mabuk kepayang sampai tak sabar2 nak memperisterikan mu kah? Setiap insan bersusah-payah nak kumpul pahala, nak cari redha Allah, nak cari bekalan untuk akhirat. Dengan mudah kau dedahkan segalanya dan suakan dosa kepada orang yang kau kata cinta sangat tu. Kau manipulasi kelemahan seorang lelaki yang mudah kesian dan ada juga sedikit menggatal (nama pun lelaki). Sudah2 lah tu.

Ini bukan nak sakitkan hati kau ke apa. Do yourself a favour. Lebih cepat kau terima kenyataan, lebih cepat kau berusaha untuk melupakan, lebih cepat kau dapat teruskan kehidupan dan lebih cepat Allah temukan kau dengan jodoh yang sesuai.

Allah sayangkan kau. Dihantarnya orang beri teguran, tak kau endahkan. Dihalang kehendak dan kemahuan kau setelah sekian lama, masih juga tak kau endahkan. Nak persistent pun biarlah kena pada tempatnya. Kau bukan lagi remaja yang naive. Dah sama2 meningkat usia. Carilah yang lebih kekal dan menjanjikan bahagia di akhirat nanti. Nasib kita semua memang tak sama. Ada yang kau nampak dapat kebahagiaan di dunia ni. Kau rasa kau belum boleh bahagia selagi belum memilikinya. Hakikatnya, semua insan di dunia ni Allah akan uji sekadar beban yang mampu ditanggung setiap individu. Allah datangkan dan jauhkan seseorang dari hidupmu itu semua ada sebabnya. Berbaik sangka lah dengan ketentuan Allah. Move on!


No comments: