Sunday, April 28, 2019

Hanoi - Halong Bay - Sa Pa - Fansipan


Alhamdulillah impian nak mendaki Fansipan dah tercapai. Saja nak cuba tempat2 lain pulak selain dari hike di Nepal, Kashmir dan Indonesia setakat ni. Walaupun masa terhad, sempat juga ke Hanoi dan Halong Bay. Alhamdulillah dipermudahkan untuk rasa pengalaman2 di tempat orang.

Masa sampai airport, takder plan camana nak ke hotel. Airport taxi 20USD. Ada van offer 10USD for 2 person. Dah naik van tu tapi sementara driver tunggu van dia penuh, cepat2 google option lain. Nasib baik ada internet. Jumpa info pasal bas 70k Dong jer for 2 person ke Old Quarter. Senang sangat sebab keluar airport terus hala ke kiri sebelah hujung tu tempat bas berhenti. Takder perlu beli tiket di kaunter dulu ke apa.

Then menapak cari Hanoi Blue Sky Hotel. Beberapa kali keluar nama hotel ni di blog2 orang yang dibaca. Rupanya hotel ni tengah renovation dan telah tukar owner. Patut lah hotel ni keluar fully booked di Booking.com dan Agoda. But I got it from AirAsia website. Owner lama tak ingat kut nak handle offer booking di AA website. So kami dapat juga bilik yang selesa Alhamdulillah. Cuma tiada breakfast tapi owner baru siapkan juga roti dgn jem and butter and buatkan sunny side up for us because dalam confirmation letter tulis breakfast provided.

Esok pagi2 dah nak ke Halong Bay so malam tu cari dinner dan shopping2 sikit. Mula2 cari masjid sebab ada restoran halal dekat dengan masjid tapi dah tutup masa kami sampai. Bila tanya orang yang tengah tutup gate kedai dia tu, dia suggest Indian restaurant about 1km away. Ok jer lah... janji dapat makan. Then jalan2 tengok kedai barang2 outdoor dan souvenir. Bought a shoe for me sebab my high cut shoes pun dah rosak from Semeru. Dah cari di Mitsui Outlet dan IOI City Mall memang tak banyak pilihan dan saiz. Tempat lain malas nak pergi. Otherwise I kena pakai kasut hubby yang 1 size bigger but in better condition than mine. Hubby ada 2 kasut but he prefers the one yang dia bagi I pinjam. Beli juga cap for hubby and beg Kanken. Then cari fridge magnet and terjumpa kacang gajus 130k Dong. Packing mcm dalam 400-500gm. Sedap sgt. Later kami beli lagi kat airport tapi harga dah mahal 275k Dong and kedai sebelah sampai 360k Dong. Kalau tau beli banyak sikit tapi mengenangkan nak naik gunung tu lah bertahan2 nak membeli.

Masa di Halong Bay cuaca mendung jer and quite hot. My sis yang pergi in March kata berkabus and tak nampak view sangat. So we got better view tapi tidaklah secantik langit biru. Our guide pun tunjuk gambar dari phone dia time langit biru tu time peak and orang pun bergenuak. Memang nampak dalam gambar dia tu kepala dan badan orang jer di Titop Island 😅 So consider we got a good deal. Me and hubby jer wakil Malaysia dalam 2d1n cruise tu. Lain2 dari NZ, UK, Philippines, India, Brazil and Korea. 20 orang passenger cruise. Kami makan separated table sebab request seafood jer. The Indian request no seafood. 1 Brit guy kut vegetarian. Yang lain eat everything. So tak lah banyak opportunity berbual dengan guest lain. But every one's polite and nice jer. Sempat jugak berbual sikit2 and wefie ramai2.

End of the cruise kami tak ikut van balik Hanoi walaupun dah dalam pakej. By the way our package is 129USD per person. Kami amik private car 70USD ke airport to meet our hiking team. Kalau ke Hanoi semula kami akan lambat. Kena amik bas pulak ke Sapa. Then susah plak nak regroup dengan our team. Walaupun mungkin OK jer kalau kami amik sleeper bus and jumpa pagi2 tu tapi macam2 risiko kan. Kadang2 kena keluar duit jer lah untuk senang sikit. Our mini bas ke Sapa memang cramp sebab jenis bas yang sama kami ke Halong Bay tapi kali ni dengan beg2 besar. Sampai Sapa dah 9 lebih. Tuan homestay masakkan dinner. No meat. Makan jer. Paling sedap jagung goreng tepung dia sebiji2. Kami ada makan gak jagung camtu atas cruise.

Next day siap2... lama gak nak tunggu porter kemas ration before we could start hiking. Kecut perut sebab kali ni memang tak practice and stamina pun tak pasti camana sebab tengah that time of the month and memang aktiviti walking pun  kurang. Before trip pulak ada training berderet dan beach holidays. Hadap jer lah. Alhamdulillah kami yang tengah2 lah. Tak lah siput sangat.

Memang big group hiking kali ni. My school senior pun ada. Tapi half of them turun dengan cable car. Tinggal group kami jer yang originally request organizer buat on the date that we want, plus one more guy yang hike turun. Trail dia memang naik turun lembah. Takder advantage sangat masa turun sebab sama jer. I even noticed masa pergi, dekat starting point banyak menurun. Maknanya nak balik akan banyak mendaki. Hadap jer lah. Muka hubby dah monyok jer. Jalan laju plak tu sampai kena jerit suruh tunggu. Dia angin agaknya bini tak nak turun dengan cable car 😜 muka dah tak larat tapi nak menapak turun gak. Dia tak tau ker suffering masa hiking tu a form of happiness and accomplishments bila berjaya habiskan 😅 Sure lah dia tau. Dia kan hikers gak. Bercinta jer lah dengan bini on track. Borak2 ker kan. Tapi bini pun tak cakap apa2 sangat lah sebab tak cukup nafas nak berbual dan siap kena sound dengan hubby, "jalan jer lah" katanya. Cam nak mintak nyawa extra untuk habiskan hike pun ada. Entah apa lah yang best hiking ni 🤣🤣🤣

Dah sampai starting point and minum air kelapa, lega sangat. Dapat info Sa Pa town takder air. Tuan rumah siap belikan sorang 10 liter air untuk mandi nanti. Aduhaiii... tapi apa2 pun cepat2 setelkan hal mandi bila dah sampai. Rupanya tuan rumah masukkan air dalam tangki dia so dapat lah mandi air panas. Lega sangat. Hubby membebel sebab dia tak dapat air panas tu. Geram jer dengan dia. Not my fault pun air tu habis. Diam lebih baik. Macam budak2 kan kalau cari pasal jer, dah letih lah tu. Ada banyak bilik air kat rumah tu and ada gak yang kena tunggu staff dia masukkan air dalam tangki semula. Tempat kami berehat tu bukan homestay 1st night di Sapa tapi massage shop. Tokey dia handle hiking juga. Jadi tak lah selesa sangat nak korek beg, cari barang, tukar baju dan sebagainya. I've tried my best asingkan barang2 dari sini lagi supaya senang kat sana. Amik jer 1 beg, semua ada dalam tu... plus towel dari masa hiking.

Badan rasa letih sangat. Lepas dinner terus baring. Makan pun tak seberapa. Tolak beg2 besar yang ada atas 3 massage bed yang dah dirapatkan ke tepi sikit and luruskan pinggang jap. Lepas tu bas mini sampai and kami bermalam dalam tu on the way ke airport. Kedekut aircon driver dia. Dalam kul 4 pagi sampai airport. Cari port untuk baring lagi.  Then cuci muka ala kadar, flight 8 lebih sempat lagi pusing2 cari souvenir. Lapar nak breakfast pulak, puas tawaf airport cari kedai. Last2 pilih option vegetarian. Mee dia mcm mee maggi tu goreng dengan kicap and bawang putih letak sawi pun sedap sangat rasa dia. Naik flight, tertidur2 lagi dalam flight. Sampai tanahair cari nasi ayam penyet di Cyber. Rasa deprived tak dapat makan ayam 😂😂😂 Sampai rumah sambung tidur lagi. Dah nak maghrib baru bangun. Gi cari makan di kedai tomyam plak.  Then asing2kan laundry and siapkan barang2 untuk training esok.

Saat paling romantik bila hubby urutkan badan before tidur and in the morning before bersiap for training, and uruskan semua laundry.  Di Halong Bay dia sibuk layan telefon. Urusan personal lah nak arrange his next holiday... urusan kerja lah... setting ala2 romantik pun jadi tak romantik. Hubby selalu jer ngelat time mintak dia urut. Tak sampai 5 minit. Kali ni impressed sebab betul2 dapat urut. Still less than half an hour per session but terasa lah kelegaan minyak base halia dari Aceh dan urutan yang melegakan 😍 Alhamdulillah semua selamat and bring back happy memories. Kena fikir next hiking destination pulak. My dear friend dah ajak ke Bali. Next hike pulak tengok lah keadaan. Dah nak puasa, then Raya, lepas tu ada majlis anakanda sulung pulak. Kalau berkesempatan, kita selit2 lah yang mana sesuai. Lum sempat nak discuss with my darling hubby lagi 😁 Muncung2 dia pun, he's my trusted and loving hiking buddy 💖