Thursday, July 30, 2015

Birthday dan Kasino

A few times birthday masa Ramadhan, tak dapat lah nak sambut sakan. Kali ni birthday lps raya. Dengan semangat jitu nak sambut birthday beria sikit. Book hotel di Genting. Dah dapat banyak duit raya bley lah gi kasino. Konon jer tuuu... sebab orang tanya why genting di musim2 raya ni kan. Manader dapat duit raya. Memberi ada lah.

Masa beraya di rumah Mas we had first indication yang genting under renovation. I was like renovation? Ok jer book hotel through Agoda. Xper lah kitorang bukan nak main game2 tu pun just jalan2 jer. And bergambar di lokasi2 nostalgia.

Sampai2 dah petang. After Asar prayer, berjalan2 and we discovered it's a massive renovation. 6 billion punya renovation bukan sikit2. Indoor area pun dah takder benda sangat. Yang nampak menarik pun Vietnam shop jer. Outdoor tak pasti nak access area yang bergambar dulu2 tu macamana sebab the whole area memang construction. Hmmm... nampaknya banyak tempat nostalgia kami dah tak seperti dulu. Takper lah... asalkan kasih sayang semakin erat. Tempat2 tu semua sementara jer.

Ini jer yang tinggal. Eiffel Tower dah takder.


Next morning lepas breakfast terus berkemas dan bergerak turun. We decided to have foot massage at Manjakaki Tesco Ampang before jalan beraya at my training associate's house. Then hubby tanya nak dinner apa? I opt for Nandos. Dah lama sangat teringin nak makan tapi pasal Ramadhan, malas nak keluar jauh2. So off we went to IOI City Mall. That ends the birthday celebration yang sederhana untuk tahun ni. Alhamdulillah.

Really savor every bite sebab dah lama teringin :)
TQ darling hubby melayan your dear wife sepanjang hari :) Lots of luv....

Thursday, July 16, 2015

Salam Aidilfitri 2015


Hanya di hujung2 Ramadhan dan dalam lingkungan waktu Asar. Kalau lepas sahur atau berbuka pun tak dapat berat camni :D Harapan long term nak kurangkan 8kg lagi dan maintain.

Alhamdulillah Ramadhan kali ni banyak memasak sendiri. Mula2 menu berpantang kononnya. Tapi lepas tu belasah jer. Selera masa Ramadhan sangat penting kan. Antara masakan yang dibuat...


Menu istimewa yang dicuba ialah kabsah chicken. Sedap... Ada juga berbuka di luar. Masa ikut hubby outstation and for the past 2 days. Memang dah habis idea nak masak apa. Antara menu2 kali ni:-

Kari sotong + bendi
Ikan goreng
Salad
Green tea honey lemon

Kabsah chicken
Salad
Sambal tomato
Bubur jagung
Teh o halia

Roasted lamb
Salad + roasted vege (capsicum + onion + potato)
Rice
Ayam goreng cili padi
Sirap laici

Ikan pari masak lada + bendi
Stim broccoli
Goreng udang + cili merah + bawang
Bubur som som

Ikan parang masak lemak cili padi + belimbing buluh
Ikan bilis goreng + bawang + cili
Sawi goreng

Asam pedas ikan pari
Telur dadar
Sayur campur

Sotong masak lemak cili api + belimbing buluh
Sambal udang + petai
Kailan goreng

Sup ikan merah + sayur2an
Sambal cili kicap

Daging masak halia + black pepper
Ikan goreng berlada
Sawi goreng

Menu di atas sebagai panduan untuk diri sendiri di Ramadhan2 akan datang insyaAllah... sekiranya dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi.

Alhamdulillah dengan izin nya dapat khatam kali ni. First time... Ada orang kata FB/WA kejap2 tengok. Al-Quran malas dibuka. So kali ni guna cara macam kita layan FB/WA. Kalau terasa nak baring, kita baring sambil membaca. Kalau perlu berlunjur, kita berlunjur. Ada masa tengok terjemahan. Rasa takder masa, baca jer. Fokus untuk habiskan bacaan. Kali ni rutin boleh diikut sebab tiada training. Baca Al-Quran sambil menunggu Asar. Walaupun bercuti 9 hari, hari pertama mula berpuasa dapat habiskan surah Al-Baqarah. Tengok jer jumlah ayat dan bahagikan kepada 50-60 ayat satu waktu. InsyaAllah dapat habiskan dalam sehari. Surah2 seterusnya pun guna teknik serupa.

Harini dah berada di kampung. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa kemeriahan menyambut Syawal. Tapi Ramadhan bulan rahmat dah nak berlalu pergi. Semoga mendapat keampunan Allah. Dan semoga kemeriahan Aidilfitri untuk tahun ni berterusan, di beri kesihatan dan akan diteruskan dengan sambutan birthday pada raya ke-6.

Salam Aidilfitri 2015.