Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Thursday, July 16, 2015
Salam Aidilfitri 2015
Hanya di hujung2 Ramadhan dan dalam lingkungan waktu Asar. Kalau lepas sahur atau berbuka pun tak dapat berat camni :D Harapan long term nak kurangkan 8kg lagi dan maintain.
Alhamdulillah Ramadhan kali ni banyak memasak sendiri. Mula2 menu berpantang kononnya. Tapi lepas tu belasah jer. Selera masa Ramadhan sangat penting kan. Antara masakan yang dibuat...
Menu istimewa yang dicuba ialah kabsah chicken. Sedap... Ada juga berbuka di luar. Masa ikut hubby outstation and for the past 2 days. Memang dah habis idea nak masak apa. Antara menu2 kali ni:-
Kari sotong + bendi
Ikan goreng
Salad
Green tea honey lemon
Kabsah chicken
Salad
Sambal tomato
Bubur jagung
Teh o halia
Roasted lamb
Salad + roasted vege (capsicum + onion + potato)
Rice
Ayam goreng cili padi
Sirap laici
Ikan pari masak lada + bendi
Stim broccoli
Goreng udang + cili merah + bawang
Bubur som som
Ikan parang masak lemak cili padi + belimbing buluh
Ikan bilis goreng + bawang + cili
Sawi goreng
Asam pedas ikan pari
Telur dadar
Sayur campur
Sotong masak lemak cili api + belimbing buluh
Sambal udang + petai
Kailan goreng
Sup ikan merah + sayur2an
Sambal cili kicap
Daging masak halia + black pepper
Ikan goreng berlada
Sawi goreng
Menu di atas sebagai panduan untuk diri sendiri di Ramadhan2 akan datang insyaAllah... sekiranya dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi.
Alhamdulillah dengan izin nya dapat khatam kali ni. First time... Ada orang kata FB/WA kejap2 tengok. Al-Quran malas dibuka. So kali ni guna cara macam kita layan FB/WA. Kalau terasa nak baring, kita baring sambil membaca. Kalau perlu berlunjur, kita berlunjur. Ada masa tengok terjemahan. Rasa takder masa, baca jer. Fokus untuk habiskan bacaan. Kali ni rutin boleh diikut sebab tiada training. Baca Al-Quran sambil menunggu Asar. Walaupun bercuti 9 hari, hari pertama mula berpuasa dapat habiskan surah Al-Baqarah. Tengok jer jumlah ayat dan bahagikan kepada 50-60 ayat satu waktu. InsyaAllah dapat habiskan dalam sehari. Surah2 seterusnya pun guna teknik serupa.
Harini dah berada di kampung. Alhamdulillah diberi kesempatan merasa kemeriahan menyambut Syawal. Tapi Ramadhan bulan rahmat dah nak berlalu pergi. Semoga mendapat keampunan Allah. Dan semoga kemeriahan Aidilfitri untuk tahun ni berterusan, di beri kesihatan dan akan diteruskan dengan sambutan birthday pada raya ke-6.
Salam Aidilfitri 2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment