Friday, December 28, 2018

My S8+ Problem Resolved... Hopefully!


S8+ is by no means a cheap phone. But I've had to deal with 2 main issues for slightly more than a year.

1. Lousy gps tracking for my fitness tracking apps - Strava and S Health. The map and mileage goes haywire whenever the phone can't find gps location and I ended up with less mileage than what it should be. I also occasionally use Runkeeper when I really wanted to double check my activities data. I have contacted Samsung and the technician helped me troubleshoot the phone. It was OK once and then it happened again... and again... and again. I hated the fact that I can't properly track my fitness activities and get proper yearly record and average.

Turned out, probably the phone cannot be on Power Saving mode while tracking my activities. I realized when I turned on my Runkeeper, the app won't work unless I turned off the power saving mode. So with all the apps tracking, the map and mileage record was spot on, thanks to Runkeeper request to turn off power saving. So that could be it. Will try go remember this from now on. However, this will be an issue when I went hiking for days and want to track my route as well as conserve phone battery 🤔 Bringing 2 powerbanks once give me problem at Nepal airport.

2. Every now and then my rear camera will be blur. The front camera had no issue. I have no idea why this happened. I normally keep the phone in my pants pocket while doing my activities. I thought the moisture from sweat caused it. It is supposed to be ip68 phone. It will go away after few days. So I thought I should keep the phone away from my body heat... in a bag or on my bicycle. I just recovered from the blurry camera problem again which happened after cycling. The phone was nowhere near my body. It was on my bicycle. After reading through androidcentral forum, someone suggested tapping at the top right corner of the phone. Apparently it's because of the macro mode not switching to the normal mode. Duh! Did the tap and wallah.... problem gone.

Shouldn't happened on expensive phones right? Or so you thought. I almost change my phone brand because of these 2 problems. Imagine I went hiking somewhere and the view is breathtaking but the damn camera is blurry and I can't get accurate data about my hike 😲

I'm also using Gear Sport for my fitness tracking. 

I almost denounce everything Samsung because of the 2 problems. Good thing I'm not iPhone fan and despite considering the best Huawei phone, too many issues on security and such in the news. Hopefully with the solution discovery,  it can serve me for few more years. I was on Note 3 for 4 years, Note 2 for a year plus but the waterproof case malfunction on island hopping trip caused the upgrade.

Monday, November 26, 2018

Kids or No Kids?

I have 5 boys. Allah dah tulis even before I was born that I will have these 5 boys in my life... hubungan yang akan kekal sampai akhirat.

Of course I love them, deeply care and concern for them. Kadang2 membebel2 dengan diorang ni... want them to be a better person. Better person ni termasuk lah gi mandi, gi makan, makan makanan yang berzat, bangun solat, jangan sepah2, jaga kebersihan... benda mudah2 yang mak2 bebel kan. Nak jadi orang baik dan hebat, bukan perlu kena buat benda2 hebat sampai 1 kampung, 1 Malaysia or 1 dunia kagum pun kan. Benda mudah2 yang nampak remeh tu lah tentu kan kita jadi orang hebat atau tak pada Allah. Benda remeh pun hebat, baru lah dapat buat perkara yang lagi besar pun hebat.

Anak2 ni pun dah di tulis sebelum mereka lahir lagi, akan ada seorang lagi mak yang sayangkan mereka. Tak perlu susah-payah jaga emak yang ni. Cukup lah hormat sekadarnya. Allah pun nak duga... sikap bagaimana nak ditunjukkan pada emak yang ni. Tidak di minta... tapi wujud dalam kehidupan. Bukan semua insan dapat dugaan begini. Boleh jer jadi ladang pahala. Happy kan ummi sikit jer... hati ummi berbunga2, doa berbakul2...

However, whenever people asked about kids I would say I have no kids. In the first place, kenapa lah perlu tanya pasal anak dengan wanita2 berkerjaya ni? Ada ker tanya soalan yang sama dengan lelaki? Jarang sangat berlaku OK! If almost never...

The reason I said no kids is out of respect for their mother. Because if I said I have 5 boys (pernah buat)... sure lah muka in awe masing2 bila wanita berkerjaya yang berjaya membesarkan 5 anak lelaki. Panjang pulak nak cerita hal sebenar kan.

Ehhh ehhh... penat2 mak dia mengandungkan and membesarkan mereka. Orang lain pulak tumpang nama. I have my own story tapi kang panjang jugak nak cerita. Bukannya diorang nak dengar sangat pun. Senang kalau diorang ni tak yah tanya jer pasal keluarga. Tanya jer lah pasal kerja. Haisyyy...

Status: on the need to know basis only.

Tuesday, November 6, 2018

Lies... Macam Bangkai Gajah


Perhati jer permainan perempuan ni. Dah bosan tengok dia punya drama sendu sedih pilu, merayu2 mendayu2... entah bagaimana gaya dan taktik lagi nak dipintal ayat sampai orang terjebak dengan dia.

Pelik betul perangai sesetengah manusia ni. Sampai begitu sekali nak menggoda orang. Drama much...

Monday, November 5, 2018

Makhluk Pengganggu Part 2

Ada makhluk pengganggu ni boleh toleransi. Allah dah jadikan dia begitu. Berak berterabur di karpet masjid atau di tingkap dapur. Menakutkan... or rather menggelikan. Baca kisah di sini.

Tapi ada makhluk pengganggu ni tak tau nak kata apa. Jenis tak faham bahasa. Mungkin dengan langkah undang2 baru dia reti.

Pengganggu ni termasuk siapa2 jer yang menghasut suami/isteri agar tidak jalan kan tanggungjawab termasuk ipar-duai, mertua... kalau dibaca2 macam geng kaki pancing atau geng tabligh pun boleh di dakwa.

Terpulang lah pada yang teraniaya untuk buat laporan. Undang2 ada... perlaksanaan tu mungkin ambil masa. Nama pun undang2 manusia... tapi berdasarkan konsep agama Allah lah kan.

Apa2 pun semoga makhluk pengganggu ni cari benda lain yang lebih berfaedah untuk dunia akhirat mereka.


Sunday, October 28, 2018

Double Whammy

Harini seharian cuba mengawal emosi dek unfair expectation. Kejadian berlaku pagi tadi. Macam2 nak jawab balik... The other party memang susah nak terima cakap orang. Pulangkan paku buah keras pun tak mencapai objektif AMAN. Lagi teruk jadinya nanti. Since diam tu lebih baik, so kita diam. Duduk diam2 buat kerja jer harini.

Then, petang ni kena lagi sebiji pulak. Because I can't be a better entertainer. Now, how do I deal with this double whammy today? Nak cungkil permasalahan sebenar pun tak berapa nak dapat respon. Nak cerita masalah kita pun tak berapa nak dapat respon. So diam aje lah yang terbaik agaknya.

Ada satu masalah jer yang jelas dan nyata iaitu berat dah naik semula sejak banyak training ni dan makan pun tak terjaga. Haaa... yang ni senang sikit nak selesaikan. Dah terang lagi bersuluh kes yang ni 😅Back to eat clean and suku-suku-separuh jer cara penyelesaian dia. Dan kena aktif semula... bila banyak training, masa pun kurang nak buat aktiviti.

Yang masalah lain tu, serah padaNya lah.

Friday, October 26, 2018

Makhluk Pengganggu

Tengah santai2 baring kat sofa sambil buat kerja, laptop atas perut, tiba2 ada benda berdepek dekat kaki. Tengok makhluk pengganggu versi anak dia 😲😲😲 Terkitai2 kaki nak bagi dia tercampak. Terus letak laptop di bawah dan terjun sofa. Rasanya lah gitu sebab tak perasan camana laptop dah berada atas lantai dalam keadaan selamat. Silap2 haribulan boleh tercampak tu kalau ada makhluk pengganggu ni 😅 Lega bila nampak makhluk tu jatuh dan bergerak ke bawah sofa. Out of sight, out of mind kan 😁 Tapi... masih phobia nak duduk kat sofa tu. It may take a while... for now duduk jer atas lantai or use the other sofa.

Appreciate Every Moment - Baby and Me


Rindu lah kat budak kecik bucuk masyam ni 😍 Masa baby ni, dia berak pun kita celebrate and puji pandai 😀 Dah besar nanti, expectations dah lain pulak.

Appreciate every moment in our lives. Sometimes... difficult for me to do. Always need to know the end result and find answers immediately.

Tengok movie pun cepat2 cari summary and find out the plot from wikipedia. Boring kan... tak sabar nak tau jalan cerita. However, tak dapat lah nak truly experience the suspense of the movie. Penat2 director fikir jalan cerita nak bagi thrill and suspense to audience.

Buat some task pun kadang2 terlebih worried sebab nak pastikan dapat expected end result. But I find that if I'm accountable for something, I'll be worried. Otherwise, memang boleh rileks habis. The challenge is to be like that all the time. Be in the Now.

So kena be productive and do things I want to do. Sebab ada2 masa, kena accommodate banyak perkara. This is a long winded way of motivating myself to get my ass off the couch and get things done. Macam2 benda kena buat. Jangan fikir sangat orang2 yang dirindu sampai kerja tak jalan 😅. Sebab ni lah kadang2 hubby ingat wife dia takder perasaan 😜

Wednesday, October 17, 2018

Self Reminder Bahagian Yang Ntah ke-Berapa

Saw this message on one of my social media source. Good as advice... we don't get everything that we want in this world.

Sometimes God closes all doors and windows. During those times it’s nice to think that there’s a storm outside and He wants to save you.
——————
“Sometimes God’s blessings are not in what He gives; but in what He takes away. He knows best. Trust Him.” - Unknown

Konsep rezeki ni pelbagai corak dan rentak. Ada rezeki masa, kurang rezeki kewangan. Ada rezeki kewangan, kurang pulak masa.

Bila seorang kurang sumber, Allah lebihkan pada seorang lagi. Semoga saling membantu antara satu sama lain. Begitu lah... experience and reflect.

Monday, September 24, 2018

Letting Go of Bad Vibes

This issue has been on and off my mind for about 3-4 weeks. It's unhealthy for me to continue giving it much thought but I can't really avoid the emotion. Sad and furious at the same time. Hopefully letting it off my chest here will help with me getting peace of mind.

I don't normally have issues with people. I may be argumentative at times but we're supposed to be OK. It's supposed to be OK to disagree with issues right? Agree to disagree! But people are not like that.

A doctor 'friend' ada guna argument sebab tu ler dia doktor while we were talking about something. Agaknya nak menyatakan superiority of her argument. I was like, eleh apa sgt kalau kau doktor. Of course dalam hati jer. Dan biarkan jer dia nak meroyan ker apa. This is key. Biarkan jer kawan or pasangan nak meroyan. They are good people kan but sometimes say bad things. Let them be. Nanti dia OK lah tu. So that was that.

Dia kan doktor so I wanted to set up appointment with her not long after that incident. Lama baru dia reply dia busy. I was like OK lah gi jer lah Doktor lain. Masa tu fikir I'm supposed to be just like any other patient kan. Just put me in schedule jer lah busy2 pun. Tapi macam malas plak dah 'kawan' kau cakap camtu.

Baru2 ni dapat tau dia membawang dan talked about isu dia kata dia doktor tu. Dia bangga rupanya menggunakan ayat tu to shut me up. Oh pleaseee.... you shouldn't even say it in the 1st place. Buruk sangat nampak buat argument macam tu. And apparently she still has issues with me lah kan kalau masih nak membawang after so long. No wonder tak nak treat me. So apa bagusnya kau tu doktor if you violate your Hippocratic oath and not treat people because you decide you don't like them? Jawab lah dengan Allah nanti part violating your oath and part membawang tu yer.

Ada lagi 2-3 org membawang sama. Rasa tak nak tengok muka diorang lagi... ever! Jangan nak beremoji 😘 bila wa with me tapi di belakang membawang. Pantang betul I dengan orang mengumpat. Talk to me... argue with me... lepas tu habis cerita. Allah dah janji pahala untuk orang yang diumpat. I'm supposed to be happy with that tapiii tetap terfikir kan muka2 yang membawang tu.

Banyak kata2 hikmat menyuruh agar tidak mencari kesalahan orang lain. Jadi mata lebah, jangan jadi mata lalat. Cari benda yang baik, jangan cari yang buruk jer. Cari kesalahan sendiri dan perbaiki diri. Yer... mereka2 yang mengumpat tu sudah mencari kesalahan orang dan tak nampak kesalahan sendiri. I don't want to be like them. I'm sad and furious that some so called 'friend' didn't let me be just me... allow me to meroyan and wait for me to be nice again (according to their standard). Rasa nak confront jer apa yang tak puas hati sangat tu cakap lah depan2 kan. But what's the point. Biar lah mereka begitu. Let Allah deal with them. Nak sedar sekarang ker... or nak sedekah pahala di akhirat ker... Allah Maha Adil kan. I just want to have peace of mind. Not think about them anymore. Not bothered by this incident. Not be in that circle anymore. Kalau tak mengenangkan kawan2 yang OK, yang positif, yang baik, dah lama just leave the group. Takper lah at least now I know jenis2 orang yang ada dlm group tu kan. I have no obligation whatsoever to the group. Only do things I want to do (memang pun all this while dah buat macam ni so no issue there) and I totally understand people yang tak nak terlibat langsung with this group. They have other important things in their life to consider.

Hopefully after this I'll be able to have peace of mind and tak teringat2 kan isu ni lagi. Help me please ya Allah. Self reminder: baca surah al-Mulk, ar-Rahman and al-Waqiah utk diri sendiri.

Tuesday, September 18, 2018

Cinta di Puncak Mahameru


*saja jer tajuk kasi gempak 😜

Me: Rasa tak mampu nak summit. Left hip joint dah jem. Nak angkat kaki pun susah.
Hubby: Jalan jer slow2.
Me: Hmmm... OK. Tapi kalau rasa sakit or lambat, I'll turn back. Nanti lambatkan abang pulak.
Hubby: Kenapa pulak. Sama2 lah.

Begitu lah lebih kurang our conversation. Dengan masalah tergelincir sampai bengkak kaki dekat 2 minggu, and work... jadi tak cukup masa langsung untuk training to the highest mountain on Java Island. Hubby pulak just had his cataract surgery a week before. I have been looking for signs untuk menguatkan alasan untuk tak pergi. Tunggu punya tunggu, tiada apa2 alasan. Semua lancar... except physical and mental state empunya badan.

Dengan kata2 semangat dari hubby tu, bangun pagi pun takder rasa badan sakit2 yang extreme, maka melangkah lah dalam kesejukan, mendaki the active volcanic mountain. Bergerak pukul 2.15 pagi, akhirnya sampai peak pada pukul 8am. Macam tak percaya. Betul ker dah sampai?? We made it!!! Alhamdulillah syukur sgt2.



Bukan mudah bila di jam terakhir hubby cakap kaki dah rasa macam tak nak melangkah. My pillar of strength tu... dah kehabisan tenaganya 😓 tapi kami teruskan juga melangkah sedikit2 dengan semangat dari guide.

TQ Allah. Every climb at big mountains like this rasa tak bersedia. Dan kali ni lah memang betul2 tak bersedia. Kekuatan hanya dariNya.

Wednesday, August 22, 2018

Life is not Always About 'Me'


A writer I followed on mukabuku wrote this... "Life is not about myself, myself and myself saja". In another entry she said "dadu tu ada 6 muka. Lihat semua mukanya baru tau dadu tu apa". Profound and thoughtful.

Memang bila hormon stabil dan dalam mood tenang, I tried to jadi someone yang memudahkan dan bukan menyusahkan 😊 Kita mudahkan urusan orang, semoga Allah mudahkan urusan kita. Simple principles. Tapi tak berani mengaku bersikap gitu all the time... takut2 nanti time hormon tak stabil demand macam2 kat hubby 😅 Definitely darling hubby rasa dia pernah jadi mangsa hormon isteri tak stabil kan 😜 Tapi most of the time stabil kan abg, InsyaAllah 😉

Sure lah kita ingin berbuat baik dan ingin dikenang sebagai orang baik. Ada perkara yang kita boleh toleransi. Tapi ada juga yang tidak. Manusia kan... otherwise dunia ni jadi perfect place dah.

Back to the writer... in awe dengan orang yang boleh menulis buku ni. Dari kecik dulu pernah bercita2 jadi penulis... being an avid reader when I was young, berangan gak nak jadi penulis kan. Tapi so far jadi penulis blog dan manual jer 😅 Tulis thesis pun 1 jer 😜 Belum berjaya jadi penulis buku lagi. Doa kan lah yer... semoga suatu hari nanti, impian dan angan2 jadi kenyataan.

Tuesday, August 21, 2018

The Week that Turned Out Differently than Planned

Green tea moments...


Rasanya it has been quite busy few weeks for me. Touch base kejap, outstation, touch base local training, outstation semula... gitu jer lah. Dalam kepala pun ada macam2 hal agaknya sampai boleh tertinggal training material di rumah and I only realized it bila sampai tempat training. Pucat lesi sekejap. Bantuan SOS datang dari jauh. Ummi upah lah sikit.

This week has been planned differently. Cuti raya pun sehari jer. But turns out differently. Lama pulak kena outstation, ada majlis, then ada presentation today. Next week ada outstation training lagi. Letihnya hanya Allah yang tahu. Letih, penat, hoping I can do more to help for the majlis but akhirnya pasrah dalam kesibukan dan kemampuan diri yang terbatas. BUT... I'm happy. Happy with the family time, happy dapat temankan hubby after his week long outstation to KK last week, happy dengan future training opportunities... Alhamdulillah. Penat yang berbaloi. Malam ni kena hantar satu lagi proposal. Tak mengharap sangat dengan proposal ni. Sekadar memenuhi permintaan geng2 training. Tapi apa2 pun hanya Allah yang tahu rezeki kita di mana. Tolong kawan dan mungkin kawan pun nak tolong kita. Gitu lah. Selebihnya terpulang pada rezeki kita.

1st time since kahwin tak balik kampung hubby. MIL pun beraya jauh di rumah BIL di K'tan. Beraya ala kadar jer lah dulu. Plan macam2 untuk hari ni tapi dah busy dan sampai rumah pun 4 petang tadi, so kita bertenang2 lah dulu. Nasib baik my side of the family mostly area Selangor jer. Raya haji pun 4 hari sepatutnya kan. Need to unwind and rest. Really, really need it before going for outstation again.

Monday, August 20, 2018

Nasihat Tok Kadhi


1. Bila dah bernikah, pasangan yang dulu nampak cantik dan menarik, Iblis dah terbalikkan. Pasangan dah tak nampak menarik, yang diluar nampak lebih menarik.

2. Bila dah bernikah, fikirkan penyatuan. Ada apa2 masalah, fikir bagaimana nak bagi bersatu dan bukannya berpisah.

3. Bila dah bernikah, PALING utama untuk dijaga ialah solat. Solat berjemaah sekiranya di rumah. Jaga solat, InsyaAllah perkahwinan terjaga.

Rumusan nasihat2 tuan kadhi semasa majlis kelmarin. Selain dari nasihat untuk pengantin baru, nasihat untuk pengantin2 lama juga.

Buat pasangan pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, sabar menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan (tahap sabar perlu ditingkatkan 2-3 kali ganda lepas berumahtangga), dengar dan ikut nasihat tuan kadhi, dan selalu lah fikir tanggungjawab dengan Allah, buat sesuatu kerana Allah dan apa2 kesusahan berumahtangga di dunia, layarilah sebaiknya untuk dapat redha Allah dan fikirkan lah balasan yang lebih baik di akhirat.

Kalau bagi nafkah masa sayang atau ikut kata suami masa sayang, memang tiada masalah. Tapi buatlah untuk dapat redha Allah. InsyaAllah masa marah pun akan mampu buat kerana fikirkan tanggungjawab kepada Allah dan balasan akhirat.

Jika terasa kehidupan susah atau macam2 dugaan, fikirlah itu semua qada dan qadar. Now Allah has put me in this situation, how do I handle it to get pahala and His blessings.

Dah tumpang sekaki tambah nasihat tuan kadhi pulak 😁 Tapi memang kita doakan yang baik2 untuk pasangan pengantin.



Sunday, August 12, 2018

Training Tak Jadi Dan Trainer Happy


On Mon, ada training. I'm expecting many late comers sebab pernah buat training kat situ dan memang takder disiplin langsung student college sekarang. Layan jer lah sehari. Tapiiii rasa stress betul mengenangkan susah nyer nak arrange groups and they have to do group activities and presentation. Betapa tak adil betul yang datang lambat tu menyusahkan team mates yang lain.

Suddenly tadi minta info dengan organizer, Allahuakbar tak jadi rupanya. And I'm soooo HAPPY. Begitu sekali perasaan seorang trainer yang tak dapat job when it comes to dealing with college students 😅 Legaaa dia tu... showed how much stress I was in, few days ago bila mengenangkan nak handle training for them.

Nasib korang lah anak2 bila nak face real world nanti, nak tau susah ker tak susah hidup ni. Ker tak susah? Dah tua2 bangka pun mengharap dari mak bapak? Oh I must not be so judgmental... maybe ada among them online businessman and businesswoman yang berjaya. However, sikap tak menepati masa tu memang satu pantang besar dalam business kan.

Bukan students college jer yang tak tepati masa. Ramai orang Malaysia macam tu. Dapat kerajaan baru kalau boleh semua dia nak perubahan cepat2. Tapi diri sendiri masih tak tepati masa, masih nak amik time off kejap2 ada macam2 urusan peribadi. Sooo not cool OK.

Sunday, August 5, 2018

Peringatan Yang Menyeramkan

Huh... tiba2 rasa seram nak tulis pasal diri sendiri 😲😲😲 Dalam blog yang anonymous ni pun, betul ker anonymous 🤤🤤🤤 Yang mengenali, hopefully tiada yang hasad dengki atau berniat tak baik. Yang tidak mengenali, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Blog ni terasa seperti medium yang lebih selamat nak bercerita berbanding dengan social media. Cerita2 yang nak disimpan sebagai kenangan. Dulu2 ramai juga yang dikenali berkunjung ke sini. Sejak macam2 social media channel ada ni, tuan blog pun tak rajin datang jengah sini. Apatah lagi orang lain kan. But then, who knows siapa lagi yang masih rajin menjengah atau terjumpa secara tak sengaja.  Harap dapat doakan yang baik2 buat kami. InsyaAllah malaikat juga akan doakan yang baik2 untuk kamu.

Written by Safura Ahmad Sharkawi
Unit Nikah Cerai Rujuk Bhg Kemajuan Keluarga Islam,  Jabatan Agama Islam Sarawak

Kalau anda ada pasangan yang mencintai anda dan melayan anda dengan baik, jangan overexpose kebahagiaan dan pasangan anda di sosial media sebab ramai yang di luar sana mempunyai pasangan yg tidak sebaik anda. Mereka mendambakan pasangan sebegitu.

Jika anda bersedih dan menderita disebabkan pasangan anda, jangan overexpose penderitaan anda di sosial media sebab ramai yang diluar sana mencari-cari orang yang boleh mereka bahagiakan lantaran kebaikan mereka tidak dihargai oleh pasangan mereka.

Well, I have to warn to all of you about this since kecurangan sedang menginjak naik ke tempat ketiga teratas dalam kes-kes yang kami terima dan  salurannya ialah overexposure di sosial media.

Kita tak letak barang berharga di luar rumah, kerana ia boleh mengundang pencuri. Kita juga tak dedahkan pasangan kita 'di luar' kerana dia harta kesayangan kita yg amat bernilai tinggi buat kita.

#bahagiamilikperibadi
#kaunselingSAS
#repost

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2008236875855562&id=100000078073127

Friday, August 3, 2018

Syurga itu Mahal Harganya


Syurga itu mahal harganya. Amalan kita pula sangat tak berharga. Solat ala kadar nak cepat selesai, doa tanpa cukup penghayatan, lain2 amalan yang tak seberapa disertai pulak dengan riak. Mampukah nak dapatkan syurga? Peringatan diterima melalui siaran radio ikim.fm semalam.

Dalam perut tak selesa semalam, Alhamdulillah macam2 kenikmatan syurga dunia dapat dirasai. Hubby yang drive masa balik home sweet home semalam. Dah 2x dia ikut ke JB. 2x juga balik dalam keadaan tak sihat. 2x juga hubby drive. Last week kena alergik sebab makanan masa tea break petang ialah roti gulung otak2 salut telur. Makan 2 pieces jer. Hubby yang makan 6 pieces sihat walafiat. Semalam pula rushing lunch dengan nasi ayam penyet dan sup bakso yang organizer sediakan. Tak sempat tea break. Perut rasa semacam, badan angin dan kepala pening. Nak muntah tapi tak muntah. Nak membuang pun tak boleh membuang. Singgah solat di Petronas Pedas-Linggi, beli pil chi kit teck aun. Hubby mkn juga sikit nasi ayam penyet tu. Tapi Alhamdulillah bukan 2-2 yang tak sihat.

Kegembiraan kami 😍 Hubby tolong angkat kotak lepas tu main sorok2 plak 😜😅

Hubby siap tolong angkat all the boxes for my training on Day 1. Banyak moment2 sweet bersemut 😍😍😍 Walaupun dia banyak kali sebut camana lah boleh terjebak ikut, jadi driver and tukang angkat barang 😀 1st time ikut,  katanya terjebak. Dah 2nd time ikut, katanya menjebakkan diri 😅😅😅

Hubby ada seludup durian sebiji masuk hostel on Day 4 training, nikmat betul makan 😍😄 Dia dah makan di kebun kawannya. Dia buat lawatan when I conducted my training. Hubby juga jadi teman di hostel yang terceruk sikit, dengan kebanyakan peserta kursus lelaki... not my participants. Hmmm... kalau hubby takder, memang tak berani nak duduk situ. Teman lepak, teman keluar makan, kalau tak mati kutu juga lah 😅 Alhamdulillah semua tu nikmat dan syurga dunia. Walaupun amalan diri ni ala kadar, Allah bagi macam2 nikmat dunia. Syukur Ya Allah.

My birthday, hubby takder. But, when he's around tu yang penting untuk appreciate the moments. Life is not defined by specific days kan. What's important is the whole life situation. Hubby always made up for his absence. We spent time watching movies and lunch and window shopping the day after my birthday. GSC belanja birthday girl tiket wayang 😁 Amazed hubby gigih ikut window shopping 😍

So itu lah... syurga dunia yang Allah kurniakan. Nikmat manakah yang kau dustakan?

Sunday, July 22, 2018

Hari Terima Do'a


Alhamdulillah for this blessed day. Hari menerima do'a yang baik2 from family and friends. I cherished it so much. Semoga Allah perkenankan do'a2 tersebut dan semoga malaikat mendoakan yang sama untuk mereka. Terasa masih belum lengkap sambutan tahun ni. Seperti biasa, carry forward ke masa yang sesuai. Begitulah... Apap2 pun, bersyukur dengan kegembiraan yang diberikan oleh mereka yang menyayangi dan mengingati.

Saturday, July 21, 2018

Berubah atau Tidak?


Masih ada orang berdebat samada sikap manusia boleh berubah atau tidak. Ada yang kata sikap sebenar telah terserlah, bukan sebab dah berubah. Tapi sebenarnya to me, yang penting ialah adakah sikap itu menuju ke jalan yang lurus dan diredhai.

Tadi terbaca seorang director Guardian of the Galaxy got fired sebab tweet2 lama yang mempermainkan rape and paedophile dalam status2 provokatifnya. I like how the director responded. He took full responsibility of what he said eventhough now he has changed opinion about his provocative post yang tak menjadi pun. Zaman sekarang kata2 terpapar di sosial media dan jadi peninggalan zaman-berzaman.

Tapi sejak dari azali pun setiap perbuatan dan kata2 kita dicatat oleh malaikat. Maka harus lah kita lebih takut dengan Allah dan hukumNya. Sendiri mau ingat lah kan kalau perangai buruk sendiri tak berubah2 dari dulu sampai sekarang. Sekarang ni I realized a lot of mistakes in words, approach and opinion during my youth. Alhamdulillah for wisdom in old age. And I can feel many things still changing. I'm far from perfect dan semoga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk.

Dulu layan juga cerita2 romantik. Sekarang memang lah tak tengok drama2 melayu yang terpegang tangan, terpeluk, ternampak rambut gadis idaman yang bertudung, berpelukan, berpegangan tangan.... NO! NO! NO! Tolong lah jangan hidang cerita2 macam ni. Berdosa dik. Drama korea ker hindi nak buat, depa tu bukan Islam. Jauhkan lah semua perkara ni dari ahli keluarga yang tersayang. Jaga lah diri mu elok2. Tak perlu semua tu untuk mencari kebahagiaan dalam perkahwinan dan kehidupan akhirat yang lebih baik.

Dulu2 orang tua pun suruh pergi dating untuk kenal2 dulu. Ni nasihat versi dulu2 zaman when I was younger bukan when my grandmother was younger. Katanya, kalau tak kenal camana nak kawin. Zaman tu kurang pegangan bahawa jodoh tu betul2 datang dari Allah. Sampai masa, bertemulah ia. Nanti ada org kata kau dah kahwin senang lah cakap. Hmmm... memang susah  nak back to ajaran Islam yang asal. Mak bapak pun taknak cari kan dah. Nanti rumahtangga korang berantakan, susah. Cari lah sendiri. Dan kita pun semacam susah nak terima arranged marriage sebab dalam keadaan kita semua bebas belajar, bekerja dan bergaul, mustahil nak terima orang yang kita tak kenal kan. Still kena reserve opinion on this issue.

Dulu2 kita ada pendapat on semua benda. Semua pendapat kita nak diketengahkan. Tak kira lah orang suka atau tak suka. Tapi sekarang, belajar telan pendapat2 sendiri yang tak penting pada orang. No matter how much we care or concern, we're not entitled to share our opinion on our whims and fancy. Boleh simpan sendiri, doakan, atau tulis blog hahaha... Ia satu defence mechanism juga. Untuk jaga hati sendiri. Penting ni untuk kebahagiaan dan kewarasan diri. Choose your battle wisely.

Point utama ialah tanya diri sendiri soalan2 lebih kurang macam yang ditanya Nga Kor Ming di Dewan Rakyat. Tapi kena olah sikit lah. Nga Kor Ming ni ada yang kata dulu kasar juga bahasanya. Tapi I care about the good things he said now. Betul kan. So ikut lah. Kenapa nak timbulkan cerita dulu? 

Soalan olahan:-
1. Adakah kata2 dan perbuatan kita membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat?
2. Adakah mak ayah bangga dengan kita atau malu dengan perangai anaknya? Atau boleh juga ditanya sebegini, adakah Rasulullah saw redha dengan kita sebagai umat baginda yang menegakkan agama dan menjadi sebaik2 manusia?
3. Adakah kita benar2 berazam menjadi hamba Allah yang baik atau sekadar bercakap kosong?

Hmmm... my answer to the above questions, masih banyak lagi perlu diperbaiki. Tapi bersyukur kerana Allah lebih tahu perjuangan kita ke arah lebih baik. Orang pula hanya menilai berdasarkan kisah2 lama kita, macam director Guardians of the Galaxy yang kena pecat tu.

YM No More


Dah tak wujud lagi platform chat yang banyak kenangan ni 😊 Di suatu masa di zaman dahulu... di sini lah tempat berkawan secara selamat dengan strangers and non-strangers. Lepas kahwin, ada juga guna ni sebelum wujud media chat yang lain tapi jarang2 sangat sebab boleh sms dan call jer hubby masa tu. Lagi cepat kan.

Selain dari hubby, semua dah kena block. Mereka tak salah apa2, bukan jenis orang tak betul ker apa. Sebab diorang "betul" lah they became my chat friends. Yang tak betul, lepas mukaddimah jer terus tak layan dah. Tapi kita ambil pendekatan mudah. Dah bersuami, berkongsi jer lah apa2 cerita pun dengan suami. Tak perlu lah chat dengan orang lain. Mudah kan. Tak jadi buruk sangka atau salah faham. No explanation or justification required. I'm married. That's it! Semoga all my chat friends dulu bahagia dengan kehidupan masing2. Semoga saya bahagia dengan kehidupan saya.

Thursday, July 19, 2018

Senarai Ibadah Mampu Buat


Kita selalu tengok orang buat senarai wanita/lelaki idaman, bucket list, to do list, wanted list dan macam2 senarai yang berkaitan dengan duniawi. So jom lah buat senarai ibadah yang kita harap kita mampu buat pulak. Tak dapat buat selalu or semua, sekurang2nya ada juga yang kita dapat buat secara istiqamah. So jom buat senarai ibadah harian.

1. Solat sunat fajar
2. Solat subuh
3. Solat dhuha
4. Dengar ceramah online
5. Hafal 1 ayat/surah pendek
6. Qailulah
7. Solat zuhur
8. Solat asar
9. Solat maghrib
10. Solat sunat lepas maghrib
11. Mengaji
12. Istighfar 100x
13. Solat Isyak
14. Solat hajat/sunat
15. Solat tahajjud
16. Solat witir
17. Sedekah
18. Zikir
19. Puasa sunat isnin khamis
20. Doa untuk diri dan ahli keluarga

Senarai yang ada ni cukup bagus kalau dapat buat semua. Biar sedikit tapi istiqamah. Biar sedikit tapi ikhlas. Dan semoga dapat menambah amalan ibadat dari masa ke semasa.

Life Plan



Kita merancang. Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih baik. Kita kena percaya tu. Walaupun kadang2 letih, lelah, dan payah kita nak terima. Semoga Allah tak biarkan kita sendirian, semoga Dia sentiasa memberikan kita kekuatan, dan semoga kita cekal dan sabar, berkat inginkan kehidupan kekal yang lebih indah.

I faced a possibility recently. A life changing possibility. Bergolak emosi memikirkan buruk dan baik. Bergolak emosi memikirkan tanggungjawab yang besar. Hati berkata2... tertanya2... akhirnya ku serahkan pada gut feeling. Adakah ketenangan yang dirasai atau kegusaran? Dari situ hati terasa lebih senang dengan pilihan yang dibuat. Sejarah pernah mengajar suatu masa dulu. Cabaran yang dihadapi bukan kecik tapi terasa tenang dan bersedia. Not this time. I'm still not sure whether I'm making the right decision. Semoga ini lah jalan yang terbaik buat masa ni. Pada masa akan datang, Allah juga yang tentukan.

Thursday, July 12, 2018

Kisah Seorang Perempuan

Kisah ini memang ada kaitan dengan seorang insan yang masih hidup. Masih sempat insaf dan bertaubat. Masih sempat belajar terima kenyataan dan teruskan kehidupan. Tapiii... tak dapat nak tegur orangnya secara terus. Dah pernah buat dulu... dikatanya kita ni batu penghalang kisah cinta dia. Setelah sekian lama... dia masih juga begitu. Insanity is doing the same thing over and over again, expecting different result. Nak ditegur... umpama tiada gunanya bila dia masih tenggelam dan mabuk dengan perasaan cintanya dan berpegang pada rasa hati selepas solat2 hajat yang dikatakan telah dilakukannya. So kita membebel di sini jer lah sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.

Kalau hendakkan suami, minta lah pada Allah. Janganlah minta pada dia untuk jadi suami kau. Berbaik sangka lah dengan Allah. Berdoa agar diberi kebahagiaan yang lain dan lebih baik dari yang kau tunggu dan harapkan. Cepat atau lambat, Allah tentukan. For the time being, jaga lah diri tu. Esok bila jumpa yang lebih baik, kau sendiri menyesal buang masa mengharapkan pada orang yang salah.

Janganlah kau sua2kan aurat mu kepada dia. Kenapa? Berharap nak tunjuk kecantikan mu dengan harapan  dia mabuk kepayang sampai tak sabar2 nak memperisterikan mu kah? Setiap insan bersusah-payah nak kumpul pahala, nak cari redha Allah, nak cari bekalan untuk akhirat. Dengan mudah kau dedahkan segalanya dan suakan dosa kepada orang yang kau kata cinta sangat tu. Kau manipulasi kelemahan seorang lelaki yang mudah kesian dan ada juga sedikit menggatal (nama pun lelaki). Sudah2 lah tu.

Ini bukan nak sakitkan hati kau ke apa. Do yourself a favour. Lebih cepat kau terima kenyataan, lebih cepat kau berusaha untuk melupakan, lebih cepat kau dapat teruskan kehidupan dan lebih cepat Allah temukan kau dengan jodoh yang sesuai.

Allah sayangkan kau. Dihantarnya orang beri teguran, tak kau endahkan. Dihalang kehendak dan kemahuan kau setelah sekian lama, masih juga tak kau endahkan. Nak persistent pun biarlah kena pada tempatnya. Kau bukan lagi remaja yang naive. Dah sama2 meningkat usia. Carilah yang lebih kekal dan menjanjikan bahagia di akhirat nanti. Nasib kita semua memang tak sama. Ada yang kau nampak dapat kebahagiaan di dunia ni. Kau rasa kau belum boleh bahagia selagi belum memilikinya. Hakikatnya, semua insan di dunia ni Allah akan uji sekadar beban yang mampu ditanggung setiap individu. Allah datangkan dan jauhkan seseorang dari hidupmu itu semua ada sebabnya. Berbaik sangka lah dengan ketentuan Allah. Move on!


Monday, July 9, 2018

Proses Melupakan


Hubby ada buat statement dengan nada yang I terjemahkan sebagai jauh hati. Katanya I pernah ckp terkesan teruk dengan ex tapi boleh lupakan dia dengan mudah 🤤🤤🤤😲😲😲

He's my HUSBAND and my BEST FRIEND. Mana mungkin boleh lupakan dia dengan mudah. Cuma beza dulu dengan sekarang ialah dulu naive dan bodoh sangat. Duk ikut perasaan, frust macam dalam drama tu lah konon.  Relationship dengan Allah pun tak seberapa.  Sekarang ni bukan lah nak kata dah alim sangat cuma.... lepas kahwin, dah belajar banyak perkara tentang kehidupan. Dah belajar sabar dan redha dengan macam2 dugaan demi kehidupan yang lebih kekal. Kan kita dah melalui banyak dugaan tu sama2. Dah melalui banyak peristiwa yang mematangkan.

Dah tak tengok drama. Drama kehidupan ni dah cukup mencabar dah. Drama romantik pun tak tengok. Tak realistik semua tu. Melalaikan manusia jer. Dah sampai tahap tak suka sangat nak pening2 kepala. Kita nak melalui usia semakin meningkat ni dengan tenang dan lebih banyak ingat Allah. Life is too short nak fikirkan perkara2 yang tak membahagiakan, tak produktif dalam kehidupan dan tak menyumbang kepada akhirat yang lebih baik.

I have also learned that nak melupakan seseorang tu perlu melalui satu proses. Sedikit demi sedikit dan akhirnya lupa terus. Walaupun zaman naive dan bodoh dulu, proses tu tetap berlaku. Di usia dah meningkat senja ni kalau nak melupakan seseorang, kita dah banyak belajar dan banyak pengalaman kehidupan. Tapi... tak kan semudah itu nak melupakan seorang suami. Dan isu nak melupakan suami ni tak sepatutnya timbul pun kecuali suami buat perkara2 yang tak sepatutnya... sampai isteri tak boleh terima 😢

I'm sorry abang for whatever way I worded the statement that makes you believe I can easily forget you. You've been an important part in my life for so long, yang tahu baik buruk dan kelebihan serta kekurangan, my life partner, my Jannah partner... tak mungkin begitu mudah nak lupakan abang and tak timbul pun isu nak melupakan ni. You know my fear... you know my dislike... Semoga kita dijauhkan dari perkara2 tak baik dan semoga Allah berikan yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Moral of the story: hati2 bercerita dengan suami. Nanti dia jauh hati, salah faham dan merajuk.

Sunday, July 8, 2018

Berat Mata Memandang...


Beratnya sesuatu dugaan itu relatif. Ada kala kita rasa sesuatu dugaan itu cukup berat untuk kita tanggung walaupun kita tahu penduduk Islam seluruh dunia dan manusia keseluruhannya ada dugaan dan masalah yang jauh lebih berat dari kita. Tapi kan Allah uji setiap manusia tu berdasarkan beban yang dia mampu tanggung. Cuma masa kita menghadapi sesuatu dugaan tu, memang terasa sangat berat dan tak tertanggung. Dengan rahmatNya juga kita mampu lalui dan atasi.

Ya Allah, semoga kau curahkan rahmatMu pada kami, dan padaku untuk melepasi ujian ini dengan sebaik2nya. Semoga kami terus bersangka baik dengan ujianMu, semoga kami diberi kekuatan untuk melalui ujian ini. Bila diuji ini lah reaksi2 semua pihak yang terlibat mampu mengusik, menjentik, menoreh perasaan dan emosi pihak yang lain pulak. Masa ini lah syaitan mainkan peranan mereka. Masa ini lah kena banyak sabar. Masa ini lah  perlu banyak bersyukur dengan nikmat dari Nya. Masa ini lah kena bayangkan kehidupan di sana yang lebih kekal kerana apa yang kita lalui ini hanya lah sementara. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Berubah ke arah yang lebih baik, semoga kehidupan kekal kita juga baik.

Tulisan ini kerana kadang2 hati ini terasa sangat tidak kuat. Tulisan ini untuk mengingatkan diri sendiri. Tulisan ini juga untuk meluahkan emosi di alam maya kerana tiada siapa yang faham apa yang kita lalui. Satu keluarga melalui ujian yang sama pun, beban pada perasaan dan emosi setiap individu berbeza2.

*copypaste*
Seandainya seksa kubur diperlihatkan kepada kita, pasti *hilanglah nafsu kita kepada maksiat*.

Seandainya nikmat kubur diperlihatkan kepada kita, *pasti hilanglah keletihan dan kepenatan kita ketika beribadah*.

Tapi semua itu disembunyikan untuk *menguji keimanan* dan kesungguhan kita dalam menjalani ibadah dan menjauhi maksiat...

Monday, July 2, 2018

Gunung

Baru terbaca very profound wisdom about gunung. Orang jatuh bukan sebab gunung. Tapi kerikil.

Allahuakbar...

Betul sangat kan. Untuk someone yang suka juga mendaki gunung ni, terkesan betul dengan kata2 tu.

Baiki diri. Apakah kerikil2 yang mengganggu perjalanan ku untuk menjadi hambaNya yang bertakwa?

Terjumpa video ni... masa signup app ni tak guna my main email. Baru cek nak clearkan email... terjumpa pulak.


Throwback Kinabalu... gigih berlatih bukit dan taman sebab itu jer yang mampu. Alhamdulillah sampai summit. I owned that victory moment. Nak kata my hard work tapi... tak boleh. Gigih berdoa minta bantuan Allah... hanya kerana keizinanNya. TQ Allah for that wonderful moment. Biarlah orang nak kata apa atau claim apa... syukur sangat I dapat sampai ke puncak. Di malam yang tenang, diterangi cahaya bulan penuh... Subhanallah cantik sangat.

Sunday, July 1, 2018

Kontroversi - Tipu Bini

Kontroversi

Dah lama tak tulis post2 kontroversi sejak kahwin. Ada beberapa sebab.

1)      Nanti orang ingat kita menulis kerana kisah hidup kita. Tak pasal2 nanti hubby kena kutuk. Kena letak disclaimer tiada kena mengena antara yang hidup atau mati.

2)      Nanti hubby sentap. Masa dia mula2 baca blog dulu pun dia dah sentap. Tak kenal pun dia sapa masa tu and tak tuju pun pada dia :D Hubby hati tisu.

3)      Nanti cakap banyak2, terkena ke batang hidung sendiri.

Tapi banyak reflection dari persekitaran that makes me terpanggil untuk menulis semula post2 kontroversi. Ambil jer lah sebagai pengajaran dan peringatan.

Ku sangkakan dua….rupanya tiga! (Dialog Madu Tiga) Bermadu pulak dengan budak umur 11 tahun. Celaka betul jantan tu. Masa lepas SPM dulu kerja sementara di mini market. Ada lelaki approach my boss tanya pasal I sebab nak buat bini pun I punya takut dan gigil tak boleh cakap. Tak terlintas langsung pasal kawin at that age. Lelaki tu kalau difikir2kan sekarang, mid or late 20s pun lepas lagi lah umur dia tapi masa tu rasa orang tu dah tua sangat. Boss cakap dia nak belajar lagi. Huh… lega tapi sentiasa seram kalau dia datang kedai. Cepat2 gi jauh2 kalau dia masuk kedai. Kalau my boss tak cakap, I have no idea lah tapi dia beritahu so dah tau lah kan.

Kes Tipu Bini

Wife ni ada 6th sense bila ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Kadang2 Allah tunjukkan bukti depan mata. Tapi bila confront suami, dia menipu tanpa rasa bersalah. Apa lah yang sebenarnya si suami rasa? Rasa selamat kah? Rasa gembira kah? Reaksi isteri bagaimana yang suami mahukan? Terpedaya? Biarkan jer penipuan suami tu?

Kalau dah bukti ada depan mata, suami2 ni mahu isterinya jadi hati batu kah? Mahu isterinya berlakon tiada apa2 berlaku? Dua2 hidup dalam lakonan? Jadi kamu ingat salah siapa kalau isteri hilang rasa hormat? Kamu ingat Allah redha dengan penipuan kamu? Kamu ingat salah siapa jika isteri tak percaya kamu dan rasa kamu tidak boleh diharap? Till Jannah? Takut terjunam ke Jahannam bila stress sangat atau timbul masalah emosi dek kelakuan suami.

Bukan setakat isteri. Anak2 nanti pedulikan kamu ker kalau dia tahu ayahnya duk layan perempuan sana sini. Everytime I heard stories of neglected parents, I hold my judgment. Allah jer yang lebih tahu siapa yang ignore siapa sebenarnya. No doubt memang ada anak2 derhaka. Tapi I’m not judging sebab tak tahu cerita. Orang2 tua nak bercerita kita dengar dan iya kan jer.

Poligami Tidak Adil

Dalam Al-Quran memang dah sebut pasal poligami. Zaman jahiliyyah dulu, lelaki berkahwin tanpa had. Islam dah had kan kepada empat tapi tanggungjawab kepada satu pun dah cukup berat. Bukan setakat tanggungjawab kepada isteri, tapi diri sendiri sebagai Muslim dan juga kepada keluarga dan masyarakat. Semua tu banyak ayat2 lain dalam Al-Quran dah suruh jadi sila lah ikut semua sekali. Jangan asyik sangat nak ikut hat yang poligami tu jer.

Yang kahwin sembunyi2 tu, sah2 dah berlaku ketidakadilan kepada isteri.  Hal giliran dah tak adil kalau dah asyik kena menipu sana sini. Nanti kau mati, siapa nak tegakkan keadilan untuk pihak kau bila faraid tak dapat dibuat seadilnya? Yang hidup tu mungkin tak harap pun harta faraid kau, tapi bila ketidakadilan berlaku kau tetap tanggung sebab kau lah puncanya kan.  Oh alasannya dah jodoh… takdir. Maka jangan salahkan takdir kalau isteri dan anak2 tak pedulikan kau. Dah takdir kan kau nak kahwin, dan dengan perkahwinan itu anak isteri jadi menyampah dengan kau. Banyak kekurangan kau boleh diperbaiki tapi kegedikan nak berkahwin lagi yang kau sibuk kan.

Penipuan Dunia

Dunia ni banyak keindahan sementara. Sedap2 sangat makanan di dunia ni. Tapi kalau tak makan sesuka hati sebab nak jaga kesihatan, jaga anugerah tubuh badan sihat yang Allah bagi, ikut Sunnah cara makan Rasulullah saw, dapat lah pahala dan makanan yang lebih sedap di syurga tanpa susah-payah nak kira kalori atau risau penyakit. Banyak sangat kemewahan dunia seperti Bijan lah, Birkin lah… tapi kalau kau tak kejar kemewahan tu dengan cara haram sampai menindas orang lain, kau dapat lah habuan yang jauh lebih baik di akhirat. Kemewahan dunia ni umpama setitis air di lautan jer. Ramai sangat wanita cantik Allah jadikan. Kalau kau tak kejar sangat nafsu kau… kau jaga perbuatan dan akhlak, sedar diri tu tak mampu adil, lebihkan mencari Allah dari mencari cinta dunia, di akhirat seribu bidadari pun Allah bagi. Tapi ramai yang tak mampu nak tunggu seribu bidadari tu. Penipuan dunia juga yang dicari.

Allah Tempat Berlindung

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa ku dan dosa suami ku serta semua ahli keluarga kami. Berikan lah kami petunjuk dan hidayahMu untuk menjadi hambaMu yang lebih taat dalam beribadah dan mencari keredhaanMu. Satu kan lah kami di Jannah. Berikan lah kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan2 di dunia ini. Permudahkan lah urusan alam barzakh dan akhirat kami. Jauhkan lah kami dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kasihanilah kami. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan.

Tuesday, June 19, 2018

Together or Separately?


Nak bercuti dengan hubby bukan lah mudah. Banyak isu perlu difikirkan. Setakat ni tak semua impian tercapai dek macam2 kekangan. Haritu... ada lah peristiwa yang menyedihkan. Hubby kata kalau susah sangat, pergi jer lah holiday sendiri2. I can go holiday with my friends. Memang pun pernah holiday dengan kawan tapi logik ke nak ke tempat yang sama tapi pergi berasingan? Dia pergi dengan satu kumpulan yang tak dikenali dan kita pun pergi dengan kumpulan lain. Ada mahram tapi tak pergi bersama and harapkan pada porter Nepal atau porter Indon pulak yang jaga kita. Dia pulak, ada isteri tapi pergi solo. Katanya, kalau dah susah sangat dan itu yang mudah dan terbaik. Of course I disagree... kegilaan apa kah itu. Maybe it's normal to some people. Ramai jer jumpa geng travel solo, male and female, in our previous hiking group. Tapi logik sebab spouse tak minat dan nak jaga anak2. Ada kawan yang both husband and wife minat hiking, pandai2 lah atur urusan anak2 so they can hike. In my case, I can make myself available anytime. Tiada hal anak2 yang nak dirisaukan. We love doing the same thing. The only differentiating factor, I have siput pace while he's not. I don't think that's an issue. Lebih sihat untuk jantung dia to follow my pace and minum dan berehat whenever I need my rest dari ikut pace laju orang lain, kurang minum, dan kurang berehat.

Tapi bila tinggal sorang2, terfikir jugak.... susah agaknya hubby nak fulfil his responsibility. Letih, penat dan susah bagaimana pun kena juga travel nak penuhi tanggungjawab. Banyak tanggungjawab dia. Mungkin lah... kalau nak permudahkan untuk hubby, bercuti jer lah asing2. Cari kumpulan yang boleh dipercayai, pergi jer lah ceruk mana yang nak diterokai. As long as dia izinkan. So hati pun tawar terus nak join group mana2 pun. Pergi lah abang... pergi lah sendiri kalau itu lebih mudah. Maybe he wants to experience faster pace. Tak perlu lah nak bertahan2 ikut pace wife yang siput ni. Dah lah siput, semput pulak. So after rationalizing like that, mode redha jer lah. Nanti nak pergi haji pun boleh pergi sorang. Hubby dah pernah pergi. Kerajaan Arab Saudi pun dah benarkan perempuan 45 tahun ke atas buat haji tanpa mahram. *mode sayang hubby and tak nak menyusahkan urusannya dan menambah berat tanggungjawab nya.

Tapi panjang pulak muncung hubby lepas tu. Memang urusan kerjanya berat. Macam2 masalah dalam projek sekarang. Cuma susah bagaimana pun, biasanya tak nampak lah hubby stress sangat dengan muncung berhari2 sampai begitu sekali. Amazed juga tengok how hubby normally handle stress kerja. Kadang2 setakat muncung sekejap kita biarkan jer lah sampai mood ok semula. Kadang2 try lah ceriakan orang stress setakat yang mana patut. Except... haritu. Berhari2 muncung nya sampai rasa patut tanya stress sangat ker kerja sekarang. Nak buat camana ni nak hilangkan muncung tu? I actually can't handle his 'muncung' well. Boleh naik darah... pelbagai dialog dengan diri sendiri dan dengan Allah nak sabarkan diri bila tengok muncung gitu. Finally keluarlah sebabnya... tak suka dengan my suggestion untuk holiday separately.

Eh hairan betul kan. Bukan kah hubby yang suggest pergi holiday asing2. It's not that I'm happy with the decision to holiday separately. I just thought maybe that's what he wanted and the best decision for our problem and situation. Sigh! Dah agree, he's not happy pulak. Baiklah... so holidaying separately is not the best decision apparently. And, this episode reveals what he wanted more than words can say. Kalau ditanya memang dia tak bagi jawapan yang direct pun. Of course bila tahu sebab muncung tu makes me happier. Hubby don't mind pun hiking dgn siput semput or maybe it's the guide and care by Indon or Nepali porter that he's not happy with. Whatever it is, action speaks louder than words and I love the outcome of this episode in our life. Awat sibuk sangat tengok drama di TV tu. Ini lah drama kehidupan 😊 and way much better. Dah tahu isi hati sebenar tu, gigih dan tabah lah nak dapatkan what everyone wants, laksanakan tanggungjawab sebaiknya. Mine, towards my husband. And hubby, towards semua yang berada di bawah tanggungan nya. Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Together!

Wednesday, June 13, 2018

What Makes You Happy and Contented?

Di bulan Ramadan ni, 2 public figure died from suicide. Kate Spade, fashion designer... berapa ramai wanita berebut2 nak memakai rekaannya. Dan berapa ramai yang berangan nak jadi designer famous macam dia. Anthony Bourdain, famous chef on travel channel... berapa ramai berangan nak travel ke sana-sini 😓 But they chose suicide. And we should reflect on this.

Bersyukur dengan hidup kita. Gratitude... dalam semua keadaan. Pasti ada keindahan dalam hidup kita. The fact that we can breathe tanpa perlu kena bayar pun dah besar nikmat. Orang asthma lah paling dapat merasa part bernafas ni. Alhamdulillah dengan kehidupan begini lah yang Allah telah aturkan ini lah yang mampu kita tempuhi.

Saturday, June 9, 2018

Merasa Pakai Saiz S Semula


I've been eating healthier for months now, joining my school alumni's fitness program. Dah 4th Challenge dah... join them for the motivation but I've been quite relaxed with the program. Selalu jer breakfast dgn lontong + rendang ayam... nyummm... Makan jer aiskrim and chocolate... but consistently makan suku-suku-separuh. Almost every session turun lah sikit... dalam 2kg or sekilo lebih sket. Yang penting ialah jadikan eating healthy and healthier lifestyle as a habit. Avoid processed food and white sugar and hidden sugars as much as possible.

Dah berminggu2 berat plateau jer... around 58kg. Puasa ni pun macam turun water weight jer. Tadi gi cari baju raya. Mak yang beria nak temankan cari. I'm not interested dengan baju liplap, renda sana sini, rambu-ramba sana sini. So cari lah baju simple2 jer... most dah out of season pun. Tapi banyak saiz XS, S and some XL. Banyak juga berkenan tapi saiz S. Finally gave size S a shot. And wowww... I can fit in them. Pakai on top of my blouse sorok2 tepi kain sebab dah penat berjalan. Bila muat, mak suruh try betul2 in the fitting room.

The biggest challenge is the kain part. Almaklumlah pear shape kan. When the kain fits... I'm in awe 😍😍😍 Alhamdulillah merasa juga pakai saiz S semula. If I remember  correctly, a loooonnggg time ago, memang pakai saiz S and kalau kebaya mungkin M kalau nak longgar2 sikit. Masih sedar diri ni... sebab baju kurung lah muat. Kalau baju berfesyen ni still kena try lah saiz M ker L ker. Banyak juga baju dah longgar and maybe kena shopping especially baju kerja. But not so soon sebab target berat is 55kg. Berat sebelum kahwin tu. Kalau berat masa mula2 kerja dulu around 47-48kg, nanti orang kata sakit pulak. Sekeping jer... nampak baju pun melayang2 jer di badan. Hopefully lepas raya tak lah naik mendadak pulak.

Sunday, June 3, 2018

Liberation from Eating

In Ramadhan, feels free and liberated from "eating". Tak perlu bawak botol air, fikir nak makan apa dan di mana bila keluar... amazing! Of course kena sahur dan berbuka but asal ada benda nak makan, kira ok lah.

I'm the kind of person who feels cranky when hungry and if not cranky, got pounding headache from hunger, or weak from thirst, or perut berangin and bloated. Life gets uncomfortable without proper meal. How lucky right. Many in the world don't even have that luxury. There simply is no food or water...

Anyhow, to avoid any discomfort I will always be ready with water bottle and some snacks while on the go. Penting juga fikir nak makan di mana and when. For example, when I have my follow up check at the hospital... dah set if I ran out of water nak beli air di mana. Sebelum lapar, gi makan di kafe. Adjust timing around my meals. Di bulan Ramadhan ni tak perlu pun fikir semua tu. Beg pun kurang berat tak perlu bawak macam2. Beg ringan, badan pun ringan lah sikit :D

Wednesday, May 30, 2018

Ceramah Ramadhan - Balasan

Semasa membaca cerita2 di dalam Al-Quran dan mendengar ceramah2 di bulan Ramadhan ni, terserlah banyak kisah dugaan2 yang dihadapi oleh Rasul2 Allah s.a.w. Teringat juga dengan sikap manusia ni... diri sendiri pun mungkin pernah memikirkan benda yang sama.

Bila orang yang kita tidak suka atau pernah ada isu dengan mereka... ditimpa musibah, hati terasa seronok. Haaa... kan Allah dah balas. Sebab tu lah kena busung. Sebab tu lah kena denggi. Sebab tu lah kereta accident. Sebab tu lah kena pecah rumah. Sebab tu lah kena rompak. Astaghfirullah al azim... Wait! Stop there! Betul ker itu balasan Allah? Kerana kamu? Pasti ker? Hakikatnya dalam setiap 'isu', kedua2 pihak pun rasa dia betul. Yang betul2 benar hanya Allah sahaja yang tahu. Sekiranya hati tidak terlalu marah atau ego, mungkin kita boleh juga lihat dari perspektif pihak yang satu lagi. Bottom line is... Allah Ar-Rahman Ar-Rahim sayangkan semua hambaNya. Sedangkan Rasul2 Nya pun diuji... bukan kerana mereka ada dosa pada sesiapa. Itu adalah ujian Allah kepada Rasul Nya untuk menguatkan mereka dalam menyebarkan agama Islam.

Bila orang yang kita baik dengan mereka ditimpa musibah pun, kita minta mereka bersabar. Mungkin ada yang fikir musibah itu datang kerana dosa si polan. I have a 'friend' who sort of said padan muka anak meninggal sebab ada dosa dengan si polan si polan. Astaghfirullah al azim... she's no longer a friend. Hakikatnya semua manusia ada melakukan dosa. Tetapi jangan lah jadi hakim pula mengaitkan sesuatu musibah dengan dosa. Itu bukan kerja kita. Dugaan Allah boleh datang kepada sesiapa sahaja hambaNya. Kita doakan yang baik2 sudah lah. Kenapa hendak jadi hakim?

Ustaz Nouman Ali Khan ada mention in one of his ceramah... sekiranya kita nak maafkan orang tapi susah nak maafkan, jangan minta yang buruk2 untuk si polan. Minta pada Allah agar datangkan perasaan aman dan angkat perasaan tidak senang itu dari hati kita. Sekiranya kita yang nak minta maaf dengan orang pun, jangan harap dimaafkan dengan begitu mudah hanya kerana kita telah memohon maaf kerana dalam hatinya mungkin masih ada perasaan tidak senang. Doakan Allah datangkan perasaan aman buat nya dan semoga Allah angkatkan perasaan tidak senang itu. Kita tidak boleh mengubah hati2 orang, jangan mengharapkan balasan bila kita minta maaf. Kita minta maaf untuk diri sendiri, untuk hubungan hati kita dengan Allah, kerana kita acknowledge kita dah melakukan kesilapan. Sama ada si polan hendak maafkan atau tidak, itu hubungan hatinya dengan Allah.

Yes, I acknowledge this. Walaupun dengan insan2 yang bila teringatkan mereka jer terkeluar "pergi lah mampus" di dalam hati. Yes, as much as I want peace in my heart ada beberapa insan yang nak pandang muka dia pun tak suka. Tak boleh nak duduk sama, senyum atau bergelak-ketawa jauh sekali. I don't care for them at all. I acknowledge that Allah loves them. I just find it difficult to forgive and forget... may Allah gives peace in my heart and lift those nasty feelings away. For they are His servant and bakal ahli syurga juga. Kita pun mahu jadi ahli syurga.

Alhamdulillah tiada perasaan macam tu untuk keluarga terdekat dan orang2 penting dalam kehidupan. Yang tiada kepentingan langsung tu boleh avoid selagi boleh. Tapi kalau dengan keluarga terdekat berperasaan macam tu, kasihan lah hati.


Ramadhan Bulan Ibadah

Kalau boleh di bulan Ramadhan ni tak nak ke mana2. Duduk di rumah, buat rutin harian, solat dan mengaji. Bahagia rasa bila tiada gangguan. Hampir seperti di Mekah. Terus hilang segala kerisauan tentang hal2 lain yang ditinggalkan. Hanya beribadah sahaja. Kerap kali juga terasa berat bila perlu buat sesuatu yang akan menyebabkan kurang masa beribadah. Cuma perlu ingatkan diri, banyak urusan lain juga termasuk dalam ibadah.

Tiba2 terbaca kisah dari blog ni http://www.ngajionline.net/2018/05/ketika-ahli-ibadah-tidak-menemukan.html?m=1

Seseorang yang tahajjud setiap malam tetapi tidak menjumpai namanya dalam kitab yang tertulis nama2 hamba pencinta Allah. Ini kerana sibuk dengan ibadahnya sehingga terlupa hubungan dengan manusia. Selain berasa riak, orang sakit tidah diziarah, orang lapar tidak diberi makan. Bagaimana mungkin mencinta Allah sekiranya tidak mencintai hamba2 Nya.

Peringatan untuk diri sendiri. Ibadah itu dalam berbagai bentuk. Niat kan lah apa yang kita lakukan itu sebagai ibadah. InsyaAllah disukai Allah dan rasulNya s.a.w.

Sunday, May 27, 2018

Pengajaran Dari GE14


Kesan dakwat mengundi masih bersisa di kuku. Maka boleh lah nak bercerita pasal GE14 kan :)

Walaupun dah lama berhajat kepada perubahan, tapi seumpama hampir mustahil ia akan berlaku bila mengenangkan segelintir masyarakat masih di takuk lama. Ada yang terhutang budi pada keris atau dacing katanya... atau mengharapkan bantuan barang sehelai pelikat atau sekampit beras atau RM50 atau sebiji tong biru. Lagi pun mengenangkan kiasan2 akhir zaman betapa kekufaran itu akan berleluasa... maka dalam hati tidaklah berharap langsung. Yang penting, selagi Selangor tidak berubah, sudah bersyukur yang teramat sangat. 

Semakin lama menunggu keputusan yang tak juga diumumkan, semakin berbunga2 harapan. Mungkinkah??? Dan siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Masih ada sinar... Sesiapa pun patut belajar dari sejarah yang berlaku. Sesiapa pun yang rasa dia berkuasa, akan tiba masa tersungkur jua. Keangkuhan, kebiadapan, kesombongan... high high squirrel jump, one day fall to the ground also katanya :D Tetapi manusia memang tidak pernah mahu mengambil pengajaran walaupun sudah berabad2 sejarah menceritakan pelbagai cara kejatuhan pemimpin zalim. Kini satu lagi sejarah serupa terlakar di dunia. Tetapi kadang2 kita juga berlaku zalim dengan sedikit kuasa yang kita ada. Tuding lah jari kepada diri sendiri. Itu jauh lebih bermakna.

Kita juga patut belajar bagaimana kesabaran itu akhirnya membuahkan hasil.  Masa DSAI dijatuhkan, sesuatu yang amat mengejutkan... dan sudah pasti kita mahu kan reformasi berlaku. Tapi akhirnya kita jadi bosan dan hidup pun diteruskan. Walau bagaimana pun, buat DSAI dan keluarga, serta penyokong2 nya, ia adalah satu perjuangan yang tetap diteruskan. Akhirnya satu kejayaan buat mereka selepas hampir 20 tahun. Ia sepatutnya memberikan kekuatan pada kita untuk terus istiqamah dalam bersabar dan berusaha.

Kita juga boleh belajar tentang qada' dan qadar. DSWAI adalah contoh seorang reluctant leader. Dia tidak pernah mahu berada di kedudukan itu tetapi PERLU melakukannya. Dan sekarang berada di posisi yang suatu masa dahulu dipegang oleh suaminya DSAI. Begitu lah kadang2 Allah tidak beri apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu. DSWAI tidak pernah menginginkannya. She is a woman very much like TDSH. But she has to fight in a different way. Begitu juga kita. Apa yang kita aspirasikan kadang2 semakin jauh dari genggaman. Buntu dan lesu tidak dapat apa yang dihajatkan... akhirnya kehidupan diteruskan dan kita penuhi dengan hajat2 lain atau bina hajat baru. Kadang2 kita lupa dengan qada' dan qadar.

DMM ialah satu lagi contoh. Baru dalam 2 bulan menyertai politik katanya... dan kita semua tahu dia terus dapat jadi menteri kabinet. Itu semua qada' dan qadar Nya.

Begitu lah putaran dunia yang sementara. Dan manusia masih tetap mengejar yang sementara itu. Ambil lah pengajaran dari lembaran sejarah.

Cepat... atau lambat... berlaku seperti yang dikehendaki atau tidak... bukan urusan kita. Usaha dan doa sentiasa, Allah tahu masa yang tepat untuk kita. Allah tahu perkara yang sesuai untuk kita. Sentiasa lah ingatkan makna2 dalam surah Al-Kahfi.

Heart Ache


Terbangun jer dari tidur, terasa heart ache... a deep sense of sadness. Terus sedih. Terus teringat puncanya dari orang yang busuk hati atau dengki.

After a certain point, I always feel join jer sama2... buat sama2. Senang hidup. Tak yah pening2. Tapi kalau tak mampu nak join, tak dapat lah nak buat apa.

Tapiiii... busuk ke hati orang, atau dengki ke, Allah jer yang tahu. Dia lah pemilik hati2 kita. Dan baik ker hati kita, mulia ker impian kita... Allah juga yang lebih mengetahui. Walau pun rasa tak dengki, atau pun terasa dah habis baik, belum tentu lagi. Sedangkan ramai yang beramal dengan amal2 soleh tapi Allah tak terima kerana ada sedikit riak dlm hati. So kita berdoa agar dijaga hati dan berserah lah padaNya. Have a real clear conscience.

I used to say lakukan sepertimana kita ingin orang lain lakukan kepada kita. Tapi dah banyak kali terbukti THAT will not always happen. Orang akan buat apa yang dia nak jer. So, lakukan lah sebagaimana yang hati kita inginkan keredhaan Allah. Orang lain... biarlah dia buat apa yang dia nak untuk diri dia. Itu urusan dia dengan Allah pula.

Bukan mudah... kadang2 terasa heart ache. Kadang2 terasa bila orang BUAT kita, belum tentu dia akan dapat happiness 100%. Tapi jaga2 lah wahai hati. Ingatlah dunia ni sementara. Ganjaran di hari akhirat jauh lebih besar.

#entrysedapkanhati
#mencariganjaranakhirat

Tuesday, May 1, 2018

Kinabalu Adventure

Beautiful landmark walaupun ini bukan peak.

Hubby on the way down

Last Sunday, berjaya sampai di puncak Kinabalu tepat pukul 7 pagi. Setiap kejayaan sampai puncak sangat manis, terutama dengan dugaan tahap kesihatan baru2 ni. Spondilolithesis di L5, energy level yang berubah2 mengikut hormon dan seperti biasa... kemungkinan asthma. And not to mention latihan yang tak seberapa. Apa lah sangat bukit puchong atau bukit taman u atau bukit jalil recreation park atau taman saujana hijau nak dibanding dengan gunung kinabalu. Orang lain berkali2 naik turun Nuang dan gunung2 lain yang susah2.

Bila terasa sangat dengan kekurangan yang pelbagai ni, hanya satu jer lagi usaha yang ada iaitu memohon dari yang Maha Memberi Kekuatan. Sempat beberapa kali solat hajat memohon diberi kekuatan dan cuaca yang baik, serta selamat pergi dan balik. Berdoa juga supaya menjadikan pendakian ni suatu ibadah... ingat untuk berzikir, ingat untuk bersyukur, lihat kebesaran Allah dan jangan riak. Tiada apa yang hendak di-riak kan. Tiada sedikit pun daya upaya dan kekuatan melainkan dariNya. Takut orang terlebih puji dan dia tak tahu pun takat usaha dan doa kita. Alhamdulillah syukur sangat bila sampai puncak dan turun dengan selamat.

For someone yang sangat tak tahan sejuk, alhamdulillah kali ni cukup persediaan pakaian dan sebab tak hujan, masih mampu berwuduk dan bersuci dengan air paip biasa. The fact that we only stayed for one night pun amat memudahkan packing. The fact that sebelum dan selepas trip we stayed at hubby's condo pun memudahkan packing. Hujan renyai hanya turun after like 1km hike down from Panalaban. Only at the final 2.5km baru hujan lebat. I can feel water slide down my neck after it seeped through my cheap raincoat. Nak pakai jaket raincoat mcm masa kat Nepal tu takut tak tahan panas pulak. Memang bawa but utk kalau hujan di atas. Body heat masa hiking, mmg panas. Tak tahan nak berjaket tebal dan gloves. Kena juga lah hujan di kinabalu supaya dapat rasa semua pengalaman. Dan hujan ini lah yang mencantikkan trail di kinabalu ni. Macam berjalan dalam taman, dengan route yang sangat tough.

I've been imagining it to be like 4-5 times Gunung Datuk. Every time naik bukit pun cuba bayangkan kinabalu akan berkali2 ganda dari bukit tu. Advantage di Kinabalu ialah the cool weather helps a lot with our energy level. Di sini kadang2 sgt hot and humid, energy pun cepat habis. The mental preparation sgt penting dan sgt membantu. I find route from Timpohon to Panalaban quite manageable dgn cuaca yang baik, dan support from hubby as darling porter. I brought my Quechua 10l knapsack jer. We have another porter who carries our big bag.

Dari Panalaban ke peak, cabaran sgt berbeza sebab naik tangga dengan keadaan gelap. Dan start2 terus tangga yang sangat pacak. Nak pecah rasa dada ni mula2. After dah dapat rhythmn, baru boleh overtake my team members. Bulan penuh dan cantik sgt awal2 pagi tu. Subhanallah tak dapat nak capture. Then tiba2 rasa sakit kepala sgt2. Bahagian belakang kepala dekat dengan tengkuk. Panik sekejap takut kena AMS. But I remember I memang ada masalah kalau pakai benda yang menjerut kepala seperti beanie dan cap ketat. That morning, it's my headlamp. Terus turunkan dan biar tergantung di leher jer. Cahaya tak terang sangat sebab susah nak pegang dengan tangan. Cahaya bulan juga membantu. Dlm 30-40 minit juga baru terasa lega. Kerap minum air juga nak elakkan dari terkena AMS. Head cover from my jacket pun diturunkan bila perlu. Pakai bila rasa sejuk jer. Kalau tak, rasa overheat badan dan takder tenaga. Alhamdulillah ok lepas tu.

Some info that I'd like to remember...
Timpohon 1866 mdpl
Panalaban 3272 mdpl
Puncak 2.8km 4095 mdpl

Day 1 - 28 Apr: Timpohon Gate to Panalaban 6km uphill (9.15-2.55).
Day 2 - 28 Apr: Panalaban to Summit 2.8km (2.55 - 7.00) 1 way. Reached Panalaban at 9.30.
Panalaban to Timpohon Gate, 10.40am - 2.35pm, in heavy rain for the last 2.5km.

Sunday, April 22, 2018

Doing Nothing My Foot

Angan2 nak do nothing tak tercapai sebab kena revise training materials.  Trainer lain yang prepare materials. Nak juga kena fahamkan jalan cerita dan flow nya. Kena add contoh2 sendiri. Barulah cerita dapat disampaikan dengan berkesan. Mengadap lah sampai seharian. Nak buat camana. Part of the work lah tu.

Then comes training day. Hari pertama 63 orang dalam senarai. Hari kedua 75. Ada lah sorang dua tak turn up. Ada lecturer yang jadi observer dalam kelas. Pandai2 dia lah urus yang tak hadir tu. Jangan harap bila buat program dengan student, dia akan datang on time. Kemudian harini ada pulak sorang yang muka banduan maximum security prison. Menyusahkan team members dia, menyusahkan trainer juga. Kalau ikutkan nak jer throw him out of the class. Mengenangkan pening lecturer dia nak selitkan dalan sesi2 minggu depan pulak yang dah memang ramai peserta juga. So kita sekadar buat report jer lah perangai dia camana. Pandai2 lah nanti pihak yang berkenaan ambil tindakan. Tak tau nak kesian kat siapa. Mak ayah dia ker, lecturer dia ker, or diri dia ker.

Antara bebelan2 tadi...
- our registration at 8.30 or 9? Or 10?
- korang wakil rakyat ke sibuk nak cek phone
- tau tak negara China is the new superpower? Kalau rakyat dia semua fasih berbahasa Inggeris, lagi ramai orang takder kerja. Service center orang dia, semua bidang kerja orang dia.

Harap2 masuk ler ker minda masing2. Nasib baik I'm just a trainer. Kena hadap perangai2 macam2 ni sehari dua jer. Lecturer dia kena hadap the whole semester 😂😂😂


Thursday, April 19, 2018

Looking Forward to Doing Nothing

Meetings, training preview program, physio and meetings again... what a full week. Then followed by:-
- Friday nite zumba
- Saturday morning hike @ Bukit Batu Putih, PD with friend
- Sunday morning hike @ Bukit Wawasan, Puchong with neighbours
- Monday, driver for mom running her errands
- Tuesday, mammogram check with neighbours
- Wednesday quick morning hike @ Bukit Wawasan, Puchong with hubby
- Wednesday evening swim @ Putrajaya pool with hubby
- Thursday morning hike @ Bukit Serdang with neighbours

Now, so looking forward to a good rest tomorrow and not having to go anywhere early morning. Coming weekend will be working weekend. So gonna have a real good rest tomorrow. Really looking forward to doing nothing 😀

Friday, March 30, 2018

If I Die...


Dah pernah berbincang dengan spouse perancangan kalau kita atau dia mati?

Do ker Minah yang mati dulu?

Hmm... I wish I'll die first. Ada juga hubby tukang uruskan. Kalau dia dah takder, mati sorang2 kat rumah... memang tunggu next raya jer lah agaknya baru ada orang cari. Silap2 haribulan diorang ingat kita gi holiday sebab tu tak dapat contact 😐

Hubby siap bagi suggestion suruh kawin lain so ada juga orang ambil tahu. Aritu dia gak yang tanya kalau dia mati, would I remarry. Nak cek tahap setia lah gitu gamaknya. So kadang2 perkahwinan tu atas dasar keperluan dan tak semestinya cinta kan.

Lagi cadangan hubby, buat makan2 jemput orang selalu. Atau ambil anak angkat. Sebenarnya dah tertulis pun kita mati macamana. Kalau seorang, seorang lah. Haritu terbaca post pasal pihak yg membuat pengurusan kematian di hospital untuk si mati yang tiada waris. Hmmm... ada juga yg solatkan dan hantarkan ke kuburan.

Kalau hubby yang pergi dulu... adalah proses yang hubby explain. Macam gitu2 jer bila disebut sekali-lalu. Macam mudah tapi masa nak hadapi nanti lah bermacam2 dugaan. Dugaan nak uruskan hati dan uruskan harta. Bukan mudah ada harta, takder harta langsung pun susah juga. Kerana harta pun orang boleh lupa urusan akhirat dia.

Urusan hati pulak... tu lah bff kita, tempat mengadu, teman berkasih-sayang, teman merajuk (dia yang kuat merajuk) dan bergaduh (though rarely happens... I'm very practical kan... gaduh2 masalah tak selesai).

Semoga Allah permudahkan urusan bila saat tu berlaku.

Wednesday, March 28, 2018

Not Black and White

I have written about marriages and polygamy in the past. Wayyy... before I got married. Marriage matures me in a more spiritual way. Perkahwinan itu bukannya mudah, di sebalik kesukaran itu lah ladang pahala. So I've changed my opinion in many ways. Nothing is what it seemed.

Kalau sesuatu kesusahan itu mendekatkan seseorang dengan Penciptanya, kesusahan itu amat membahagiakan akhiratnya. Sekiranya kegembiraan itu menjauhkan diri dengan Penciptanya, kegembiraan itu amat mendukakan akhiratnya. So it's not about why you have to clean 2 loads of laundry when you can live a simpler and happier life anymore.

I've seen unhappy monogamous marriage and happy polygamous marriage. Nothing is black and white.

Ayah dan Anak

"Bercerai jer lah!"

Bentak si anak yang dah bosan dengan perangai ayahnya yang naik tangan dengan si ibu, mengamuk sampai melempar-lempar barang dalam rumah, suka marah-marah, menipu dan berhutang sana sini, tapi umpama pijak semut tak mati di luar. Sebab itu lah dapat berhutang sana sini. Akhirnya kesabaran hampir 20 tahun terlerai juga setelah berbagai percubaan 'menjaga' hubungan, tidak dihargai. Walaupun dah bercerai, bertahun2 pula melangsaikan hutang bekas suami. Berderai air mata mendengarkan kisah seorang kawan melalui pengalaman pahit begini. Orang2 yang baik tapi berat ujiannya.

Teruk sangat kah didikan sambil lewa kepada anak lelaki sampai mereka tak tahu nak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ibubapa yang mendidik anak lelaki, tidak kesian ker bila anak tu berhadapan dengan Allah dalam keadaan dia tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami dan ayah? Salah didikan kah? Salah diri mereka sendiri kah? Sedangkan besar tanggungjawab yang Allah beri pada lelaki.

Seorang ayah jika tidak bijak melibatkan diri dengan kehidupan dan pembesaran anak2, akan wujud jurang dalam perhubungan. Emak akan jadi tunggak kehidupan anak2, dari kecil sehinggalah mereka dewasa dan berkeluarga.

Ayah kecil hati ke? Kalau tidak mahu ini berlaku, elakkan dari semasa anak masih kecil. Jadi lah hero anak2. Be there for them and love their mother. Jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaiknya supaya mampu berdepan dengan Allah di padang mahsyar dalam keadaan tanggungjawab tertunai.

Kerap juga kita lihat ayah lepas tangan. Semua urusan anak2 terletak di bahu emak umpama ibu tunggal. Anak2 pun tahu ayah tiada sebab bekerja ker, melepak dengan kawan2 ker, atau ada girlfriend ker, atau di rumah isteri2 yang lain ker (yer ayah yang berpoligami pun ada kecenderungan untuk kurang masa dengan anak2). Jangan harap lah anak2 nak ingat pada ayah bila mereka dewasa nanti. Kalau anak2 ingin menjaga akhiratnya, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai anak setakat mampu sahaja. Tapi kasih sayang dan keutamaan? Ketika ayah dah tua dan sunyi, anak2 balik untuk tanya khabar emak, berbual dengan emak dan bergurau senda dengan emak. Semuanya emak. Ayah jangan lah sedih di saat badan dah tak kuat, kawan2 dah ramai sakit atau tak dapat nak melepak bersama lagi, girlfriend semua dah lari, anak2 pula lebihkan masa dengan emak. You reap what you sow.

Walaupun ada sebut ayah yang berpoligami tadi, ayah tu seorang isteri atau berpoligami bukan lah masalah besar jika pandai menjaga hubungan dengan anak2 dan melaksanakan tanggungjawab beliau. Sama juga kes suami monogami boleh jadi tidak bertanggungjawab dan suami berpoligami tahu bertanggungjawab.

I was raised untuk jangan ganggu abah. Abah penat balik kerja. So most of the time I stayed out of abah's way. Kebanyakan cara orang dulu2 mungkin begitu. After getting married, baru lihat cara berbeza. Anak2 boleh dapatkan perhatian ayah bila2 masa. Tiada istilah gi main jauh2, ayah tengah kerja atau berehat. Different approach and I did not opposed at all. Betul lah tu. Jadi lah ayah, layan lah anak2 bila2 masa. Emak pun tidak pernah ada istilah cuti bila melayan anak2. Arwah abah pun ada different approach with my step brothers lepas 'kehilangan' anak2. Begitu lah kehidupan.

Wednesday, March 21, 2018

CT 1 : Jamban 0

I'm happy for Dato' CT. Masa seorang politician jamban mengutuk Dato' CT, dah terbayang betapa ramai insan2 yang akan mendoakan kesejahteraan Dato' CT. Allah dah makbulkan pun doa2 tersebut and now she's a proud and beaming mother. Semoga anaknya membesar jadi insan yang berjasa kepada ibu bapa, masyarakat dan agama. Di saat kesedihan dek tuduhan atau kutukan manusia, sabar dan doa jadi senjata insan teraniaya.

Ahli2 politik jamban ni pulak... entah bila nak insaf. Jadi lah manusia berguna kepada masyarakat dan agama. Kadang2 pelik bila tengok perangai macam tak dipandu oleh agama. So kita ni nak pandang muka2 mereka pun dah tak lalu. Bencilah perangainya... bukan orangnya. Kerana selagi dia Islam, Rasulullah mengharapkan syurga buat umatnya... baginda rindukan umatnya. Tapi, boleh ker di anggap umat Rasulullah sekiranya setiap perbuatan menjijikkan dan tidak ikut sunnah langsung? Cabaran betul untuk jaga hati bagi yang memerhatikan sandiwara2 ahli politik ni. Cabaran nak bersangka baik.

Tuesday, March 20, 2018

Pesanan from a Friend


Ada betulnya pesanan dia. Belum tentu orang happy tengok kita happy. Kalau lah ada manusia yang kita boleh block dan delete terus dalam kehidupan. Tak reti bahasa... tak reti nak cari kebahagiaan dengan kehidupan sendiri. Luasnya dunia ni dan bermacam2 keindahan boleh kau cari. Masih juga nak sempitkan hidup sendiri. Hairan betul.

Friday, March 16, 2018

10th Anniversary Late Celebration

Tengah excited nak holiday and meet up hubby, ada presentation pulak. Time will be very tight. Lepas jer presentation, get back home to change and call grab to get to the airport. I estimated I'll have 1-hour upon reaching home and the time to go to airport. Packing already done a day earlier. Presentation pun dah ready immediately after meeting haritu. Tinggal nak update and touch up mana yang patut. The night before presentation, baru touch up.

Semoga dipermudahkan urusan. I'll get so blur bila ada banyak benda2 penting dalam kepala. Yang tak masuk senarai ialah siapkan rumah untuk ditinggalkan. Sampah di buang, pokok di siram, pinggan mangkuk di cuci, tingkap di tutup, suis yang tak perlu ditutup, lampu mana yang nak dibiarkan terbuka... benda2 yang bukan ada to do list. Bila teringat, buat. Ada yang perlu dibuat last minute. Bukan boleh prepare awal. Itu yang buat rasa risau takut ada yang tertinggal. Di tambah pulak barang2 dalam fridge... musim guruh kilat bermula lagi. Kalau blackout, memang habis lah. Hmm... that was yesterday.

Akhirnya call grab dan tawakkal...semoga tiada yang tertinggal. Timing was just nice... sempat early lunch sebab tak sempat breakfast. Makan epal jer pagi before presentation dan sebiji lagi buat alas perut bila dah sampai rumah. Walaupun cari poket seluar tak jumpa sebab pakai seluar terbalik 😅 (front to back), yang penting smooth jer nak ke boarding area. Luggage memang lebih sket 7kg sebab bawak epal dan 2-3 barang hubby. Kadang2 random check luggage... nasib ler kalau terkena. Arini cuaca sejuk di KK sebab hujan. Di KL pun hujan kata jiran2. Risau juga kalau dah blackout rumah tu. Tapi dah kira sebagai areas beyond control... redha jer lah nanti keadaannya bila sampai rumah.

Arini berehat, pagi2 dah layan hidung bersin2 dan selsema. Jalan2 sikit di mall dah dapat 6k langkah, beli barang2 sket di giant, cuci toilet kat bilik hubby, menyapu, qailulah dan lepak2 jer. Memang bukan trip untuk adventure ke sini sana. Hubby tetap kena kerja. Esok pagi hubby ada running, I'll be walking. Plan seterusnya tengok keadaan.

Tuesday, March 13, 2018

10th Anniversary


It's our 10th anniversary ♥️ Masa nikah dulu, tak terbayang pun future macamana. First thing first, nikah dulu. Then, face the challenges one day at a time. So from one day to another, dah lebih kurang 3650 days of being married to each other. Today, hubby jauh di seberang laut menyiapkan projeknya. Lusa baru nak ke sana, celebrate ala kadar sebab ada orang tu weekend pun kena kerja sekarang. Apa-apa pun, yang penting togetherness.

In married life ni, belajar banyak benda penting dalam kehidupan seperti tanggungjawab dunia dan akhirat. Sedikit2 harapnya beransur jadi insan yang lebih baik dari semalam. Sekarang perlu rancang next 5 years in our life pulak. Kehidupan semakin berbeza, semakin meningkat usia. Semoga kami berdua diberi kesihatan yang baik, kasih sayang berpanjangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Yang paling penting ialah kehidupan yang hakiki. Dunia ni tempat persinggahan. Segala penat-lelah susah-payah di sini, ganjarannya di sana.

Tuesday, February 27, 2018

Weekend with My Two Darling Boys

Weekend just passed had to babysit my two darling boys. Macam2 plan dan contingency plan dan backup plan 😃😃😃 Akhirnya ini lah plan yang menjadinya...

1. Pizza Hut for late lunch
2. Zumba Night
3. Black Panther movie with hotdog, nugget and popcorn for the boys
4. Lunch at Alamanda Food Court for me after the movie
5. Evening walk around Bukit Jalil Recreational Park
6. Western dinner at PUJ
7. Breakfast at Mamak
8. Pusat Sains Negara exploration
9. Dinner at KP

Mula-mula ummi nak ajak pergi taman, Adib said nak main permainan yang ada teknologi jer. Waahhhh permintaan budak2 sekarang. Lepas tu ajak ummi pergi main laser tag. Hmmm... permainan ada teknologi kan 😅 Tak rajin ler ummi nak ke KL dan bukan best pun setakat main dua beradik tu jer. Lepas tu ummi ajak swimming, katanya kalau tempat tu takder gelongsor tak nak lah. Nak ada gelongsor pusing2 baru dia nak pergi. Aduhai... satu lagi permintaan ala diva 😆😆😆

Masa join zumba, kelakar betul. Mula2 diorang perhati jer ummi dengan geng makcik2 berzumba. Tak sampai berapa minit, Adib dah join. Ummi duk perhati jer dalam cermin apa diorang buat. Lepas 3-4 lagu baru abang Ajim join. Mau tapi malu. Bila makcik2 ni pusing belakang, kaku keras masing2 malu nak ikut. Macam lah makcik2 tu tak nampak ragam awak berdua dalam cermin 🤣🤣🤣 Ummi duk sengih2 jer tengok ragam diorang. Makin lama Adib makin ke depan berzumba sebelah ummi. Dah habis zumba just before balik, abang Azim cakap kalau esok ada zumba lagi jom pergi. Hahahaha... seronok ler tu... sebab ada lagu Panama katanya. Hmm... ummi pelik jer apa yang best sangat lagu Panama ni.

The next day masing2 tak sabar nak tengok Black Panther. I have the option of show at IOI City Mall at 11.00 am or Alamanda at 11.30. I chose Alamanda, tak lah luas dan busy sangat macam IOI City Mall. We really enjoyed the movie. I was hoping ada lah life size picture of Black Panther nak suruh budak2 tu bergambar. Takder pulak. Rupa2nya masa keluar dari movie baru nampak dah kena sumbat kat ruang tepi dinding out of the way. Takder rezeki nak bergambar kat situ.

Petang ke Bukit Jalil Recreational Park because the moment I saw how big the kids playground are when I was there the first time, I immediately thought of the boys. Tapi budak2 zaman gajet ni cepat bosan pulak. Nasib baik ada benda2 lain nak tunjuk diorang like feeding the huge fishes in the pond, the international miniature monuments... kat semua tempat Adib posing. Azim foul mood pulak petang tu. Sekejap jer dah ajak balik. Lepas tu muka muncung jer mengikut adiknya posing sana sini. Adoi... takkan lah ummi dah drive setengah jam ke situ, setengah jam jer pulak dah nak balik. Nasib baik by dinner time, mood dah ok bila dapat makan lamb chop.

Sunday, the boys were very excited nak pergi Pusat Sains Negara. Azim had been there during his kindy trip and I accompanied him that time. He's excited because dia seronok main dekat playground. Now dah masuk secondary school baru dapat pergi semula. Nasib baik ummi dah Google on what to expect after the renovation. Masa beli tiket, the guy manning the counter explained about the dark room to the family with two young daughters in front of us. Macam takut2 jer budak2 tu nak masuk bilik gelap. The two boys pulak dengan confident sekali dia punya "Nak" tu. We had the whole day so I explained to the boys tak payah rushing2. Otherwise si Adib macam loose cannon sekejap sini sekejap sana. Semua dia tengok cepat2. The aquatic exhibits and the kids playground is still the same. That's the only thing I remember from our 1st visit because masa tu Azim kecik lagi. Dia minat dengan playground tu jer. So we explored the place slowly this time.

Sampai dekat Survive the Bunker experience (tempat gelap mentioned earlier), dua2 dah berpaut tarik baju dengan tangan ummi. Tutup mata suruh ummi jalan cepat2. At one location cantik sangat the pattern on my blouse macam glow in the dark. Suruh budak2 tu tengok, Adib marah suruh ummi jalan jer. Tak dapat lah ummi nak tengok surrounding sangat dek 2-2 orang ni 😅 Kalut sungguh Adib masa selipar dia tercabut dalam gelap. Pakai cahaya my phone baru jumpa. Selagi gelap memang ummi kena suruh cepat jer lah 😁 Dah sampai tempat ada lampu merah2, kemudian bilik berhantu... time tu pulak budak2 ni nak bukak mata 🤣🤣🤣 Ummi pun memang nak cepat lah kat bilik berhantu ni. Kang ummi terbayang2 plak masa sorang2 kat rumah. Dah lah ayah outstation lama. Then masa kat dalam "hutan" baru lah budak2 ni nak lepas kan ummi dia sebab kena naik jambatan one by one. Walaupun most of the time diorang tutup mata, but they enjoyed it very much after they get out from the place. Macam2 cerita bila ingat balik and masing2 gelak2. Dah keluar boleh lah korang gelak2 yer 😀 Dah tengok semua tempat on 1st floor, turun main dekat playground pulak. Lepas tu diorang nak naik semula. Nasib baik ummi bawak roti 2 keping dengan air sebotol. Pagi tadi pun Adib dah habiskan tose and Azim dah makan nasi goreng ayam. So late lunch lah jawabnya. Ummi sampai kena turun kejap, cari air sebotol lagi kat kafe and naik semula ke 1st floor. Nasib baik ummi duk mengenangkan dapat bakar kalori dengan berapa ratus step pergi dan balik tu. Kalau ummi tak diet dan tak kisah pasal bakar kalori, memang lah tak larat dah nak jalan.

We left the place around 3 pm. Dah nampak nak terlelap masing2, ummi ajak berbual pasal bilik gelap. Nasib baik masing2 seronok bercerita pasal pengalaman bilik gelap tu. Dah tidur kang bukan senang nak kejutkan. Masing2 belum lunch lagi. They requested for KFC lunch. Sampai Jusco, ternampak pulak Black Panther tshirt. Dapat lah diorang sorang satu tshirt. Adib cakap semua tempat yang ummi bawak, best 😍 Dapat tshirt Black Panther lagi. Senang hati ummi diorang happy. Alhamdulillah 😊