Wednesday, March 28, 2018

Ayah dan Anak

"Bercerai jer lah!"

Bentak si anak yang dah bosan dengan perangai ayahnya yang naik tangan dengan si ibu, mengamuk sampai melempar-lempar barang dalam rumah, suka marah-marah, menipu dan berhutang sana sini, tapi umpama pijak semut tak mati di luar. Sebab itu lah dapat berhutang sana sini. Akhirnya kesabaran hampir 20 tahun terlerai juga setelah berbagai percubaan 'menjaga' hubungan, tidak dihargai. Walaupun dah bercerai, bertahun2 pula melangsaikan hutang bekas suami. Berderai air mata mendengarkan kisah seorang kawan melalui pengalaman pahit begini. Orang2 yang baik tapi berat ujiannya.

Teruk sangat kah didikan sambil lewa kepada anak lelaki sampai mereka tak tahu nak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ibubapa yang mendidik anak lelaki, tidak kesian ker bila anak tu berhadapan dengan Allah dalam keadaan dia tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami dan ayah? Salah didikan kah? Salah diri mereka sendiri kah? Sedangkan besar tanggungjawab yang Allah beri pada lelaki.

Seorang ayah jika tidak bijak melibatkan diri dengan kehidupan dan pembesaran anak2, akan wujud jurang dalam perhubungan. Emak akan jadi tunggak kehidupan anak2, dari kecil sehinggalah mereka dewasa dan berkeluarga.

Ayah kecil hati ke? Kalau tidak mahu ini berlaku, elakkan dari semasa anak masih kecil. Jadi lah hero anak2. Be there for them and love their mother. Jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaiknya supaya mampu berdepan dengan Allah di padang mahsyar dalam keadaan tanggungjawab tertunai.

Kerap juga kita lihat ayah lepas tangan. Semua urusan anak2 terletak di bahu emak umpama ibu tunggal. Anak2 pun tahu ayah tiada sebab bekerja ker, melepak dengan kawan2 ker, atau ada girlfriend ker, atau di rumah isteri2 yang lain ker (yer ayah yang berpoligami pun ada kecenderungan untuk kurang masa dengan anak2). Jangan harap lah anak2 nak ingat pada ayah bila mereka dewasa nanti. Kalau anak2 ingin menjaga akhiratnya, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai anak setakat mampu sahaja. Tapi kasih sayang dan keutamaan? Ketika ayah dah tua dan sunyi, anak2 balik untuk tanya khabar emak, berbual dengan emak dan bergurau senda dengan emak. Semuanya emak. Ayah jangan lah sedih di saat badan dah tak kuat, kawan2 dah ramai sakit atau tak dapat nak melepak bersama lagi, girlfriend semua dah lari, anak2 pula lebihkan masa dengan emak. You reap what you sow.

Walaupun ada sebut ayah yang berpoligami tadi, ayah tu seorang isteri atau berpoligami bukan lah masalah besar jika pandai menjaga hubungan dengan anak2 dan melaksanakan tanggungjawab beliau. Sama juga kes suami monogami boleh jadi tidak bertanggungjawab dan suami berpoligami tahu bertanggungjawab.

I was raised untuk jangan ganggu abah. Abah penat balik kerja. So most of the time I stayed out of abah's way. Kebanyakan cara orang dulu2 mungkin begitu. After getting married, baru lihat cara berbeza. Anak2 boleh dapatkan perhatian ayah bila2 masa. Tiada istilah gi main jauh2, ayah tengah kerja atau berehat. Different approach and I did not opposed at all. Betul lah tu. Jadi lah ayah, layan lah anak2 bila2 masa. Emak pun tidak pernah ada istilah cuti bila melayan anak2. Arwah abah pun ada different approach with my step brothers lepas 'kehilangan' anak2. Begitu lah kehidupan.

No comments: