Friday, March 30, 2018

If I Die...


Dah pernah berbincang dengan spouse perancangan kalau kita atau dia mati?

Do ker Minah yang mati dulu?

Hmm... I wish I'll die first. Ada juga hubby tukang uruskan. Kalau dia dah takder, mati sorang2 kat rumah... memang tunggu next raya jer lah agaknya baru ada orang cari. Silap2 haribulan diorang ingat kita gi holiday sebab tu tak dapat contact 😐

Hubby siap bagi suggestion suruh kawin lain so ada juga orang ambil tahu. Aritu dia gak yang tanya kalau dia mati, would I remarry. Nak cek tahap setia lah gitu gamaknya. So kadang2 perkahwinan tu atas dasar keperluan dan tak semestinya cinta kan.

Lagi cadangan hubby, buat makan2 jemput orang selalu. Atau ambil anak angkat. Sebenarnya dah tertulis pun kita mati macamana. Kalau seorang, seorang lah. Haritu terbaca post pasal pihak yg membuat pengurusan kematian di hospital untuk si mati yang tiada waris. Hmmm... ada juga yg solatkan dan hantarkan ke kuburan.

Kalau hubby yang pergi dulu... adalah proses yang hubby explain. Macam gitu2 jer bila disebut sekali-lalu. Macam mudah tapi masa nak hadapi nanti lah bermacam2 dugaan. Dugaan nak uruskan hati dan uruskan harta. Bukan mudah ada harta, takder harta langsung pun susah juga. Kerana harta pun orang boleh lupa urusan akhirat dia.

Urusan hati pulak... tu lah bff kita, tempat mengadu, teman berkasih-sayang, teman merajuk (dia yang kuat merajuk) dan bergaduh (though rarely happens... I'm very practical kan... gaduh2 masalah tak selesai).

Semoga Allah permudahkan urusan bila saat tu berlaku.

No comments: