Sunday, May 15, 2016

Cycling dan Kehidupan

This blog setia menunggu walaupun sentiasa dibiarkan bersawang. Tuannya busy dengan kehidupan. Pernah dulu dapat comment my blog post dah tak menarik macam dulu. Tersenyum sejenak. I'm not here to entertain anybody but myself.

Mungkin mula2 dulu ada jugak berniat nak blog ni jadi tatapan umum. Ramai orang yang membaca pandangan dan cerita kita mcm blogger2 femes. As time goes by,  semua tu tak penting lagi. Blog ni sekadar rekod pengalaman dalam kehidupan sendiri. Jatuh bangun dalam kehidupan sendiri. Tempat ni lebih anonymous berbanding FB. I like it this way.

I survived janamanjung ride. Panjang ceritanya di muka buku. Sedikit coretan kat sini... Mula2 hubby cuba nak temankan. Around 8km, I asked him to go at his own pace. Both of us were not enjoying the ride. Kaki dia gigil nak kayuh laju tapi kena kayuh sesantai boleh to match my pace. While I on the other hand pedal like crazy so boleh laju sket, tidak lah hubby menguap2 tunggu. We try to please each other tapi kadang2 mungkin kita tak mampu buat.

Off he went and I pedalled  at my pace. So many teams and individuals passed me by. Ada yang tegur, OK tak kak? I was perfectly fine. Ingatkan dah tinggal sorang di belakang tapi masih ada team yang datang memotong. Siap ada sorang tu kata, "Eh, macam dah potong tadi." Diorang kayuh santai2, berhenti lepak kejap, then sambung kayuh. I didn't stop much for a break. Terasa diri seperti kura2 dalam cerita arnab dengan kura2. Pelan2 ku teruskan jua.

Bila tiada team yang memotong, jauh di depan nampak seorang yang berkayuh slow juga... di belakang thru my bicycle side mirror pun tak nampak cyclist... terasa stress-free dan sangat2 relaks looking at the sky and my surrounding. Tak perlu nak terkejar2. That stretch was the stretch when we went bicycle touring last time. I thought maybe I was born to cycle alone sebab tak jumpa lagi orang yang sama pace. The lone figure in front of me pun I finally manage to catch up and overtook him.

Perjalanan sendirian yang mendamaikan.

Cuma that was an event... bukan kayuh santai suka2 and the marshalls wanted to ensure everyone's safe. Kerap marshall bermotor datang tanya khabar. Sometimes boleh reflect juga perkara2 ni dengan kehidupan. Nanti lah kita sambung lagi cerita pasal kehidupan.