Thursday, June 3, 2021

Tukar

Semalam terfikir nak tukar blog URL. Dah lama guna URL tu. Some family members pun dah tahu. Semakin lama terasa semakin susah nak meluahkan rasa dan kata2. Lebih mudah nak tulis apa saja semasa masih anonymous dulu.

Semalam terfikir, harini tukar. Bukan lah mudah nak cari nama baru. Kreativiti mencari tajuk ni is never my strong forte dari dulu. Bila nak cari nama kumpulan jer, otak jem. Tambahan pulak dengan idea yang dah pun diguna orang. Akhirnya berjaya cari nama yang tak lah kreatif mana pun. Importantly, it's available.

So here goes a new journey.

Wednesday, June 2, 2021

Desak-Mendesak

Baru2 ni follow seorang kaunselor perempuan di muka buku. Dia tulis, antara sebab penceraian ialah orang perempuan yang kuat mendesak. Dah tentu lah ramai perempuan tak puas hati. Malas nak baca komen penuh emosi masing2.

I totally agree with the counselor. Dah banyak tengok. Zaman duduk apartment dulu pun ada 1 unit ni duk gaduh laki bini tak habis2. Yang dengar suara memang suara perempuan jer. Suara lelaki tak dengar. Dengar bunyi piak piak dush dush... sapa belasah sapa tak tau. Tak pasti unit mana but I will go to the toilet and jeritkan when things sounded unbearable. Dengar suara diorang kat toilet tu paling kuat.

Sendiri pun ada gak mendesak. Mau tak nyer kalau tiba2 muncung panjang tak tau hujung pangkal. Dah kenapa? Kalau tak cakap, saper nak tau apa masalahnya kan.

Dari zaman belajar dulu kalau ada kawan buat perangai tiba2 nak muncung tak mau tegur kita, ada dua tindakan jer. Confront dia. Or buat bodo jer. Apa masalah kau? Ada masalah cakap. Tak nak cakap, sudah. No drama please. Memang tak suka tengok drama di TV. Real life lagi lah.

Ada gak terfikir, I may not be a good friend. Mana ler tau apa masalah dia sampai teruk sangat or down sangat sampai muncung panjang kan. But later fikir balik kalau dia ingat kita ni kawan dia, takder lah nak muncung tak sudah2 kan. I didn't do anything wrong (or at least I thought I didn't). If I'm not important enough to warrant a decent behavior, kita cari jer kawan lain. Takder nak pening2.

Lepas kawin, kena hadap perangai Encik Suami lah pulak. Dulu2 desak juga suruh cakap apa masalahnya kalau muncung panjang. Cepat tau apa isunya cepat boleh resolve. Desak2 pun secara rasional biasanya. Bila dah masuk bab emotional, gerenti keluar airmata.

Zaman sekarang dah makin kurang mendesak. Communicate jer macam biasa. Sila baik sendiri. Takkan dah sampai ke tua nak berdrama air mata 😅

Bila kita dah cakap macam manusia normal, dah pujuk, pun masih tak dapat respon normal, tanya sket lah apa hal. Kalau bosan tetap takder respon, buat hal sendiri dan buat urusan sendiri. Bila mood dah cool down, tanya balik apa masalahnya. Gitu lah sampai keadaan kembali normal.

Sama jugak konsepnyer. Please treat me like a decent human being. Otherwise penipu sangat segala cinta kasih sayang love statement yang pernah disebut. You don't treat someone you love like garbage.

Cuma bila dah guna konsep buat hal sendiri ni nanti jadi expectancy effect. Sorang dah angin kus kus, sorang pun hold back. Bila dah hold back, yang angin kus kus makin panjang muncung sebab takder orang peduli. Yang hold back tambah stress... dah kenapa muncung tak habis2. Haa... gitu ler kitaran yang boleh membawa ke satu situasi yang bahaya dalam perhubungan. Tak kisah lah hubungan spouse ker family ker kawan ker... psikologi manusia yang sama.

Back to point awal. Hidup tenang2. Tak perlu desak-mendesak. Lagi2 dah makin tua ni kena beri priority untuk kehidupan di alam barzakh dan alam akhirat. Kehidupan dunia pun satu anugerah yang perlu dinikmati dan disyukuri. Cari dunia yang kita mampu nikmati dan mampu syukuri.

Tuesday, June 1, 2021

PKP 3.0

Masa PKP 1.0 aktiviti seharian ialah masak, makan, senaman indoor, browsing news on Covid. Maklumlah benda baru kan. Ada juga beberapa online training. Tak banyak. Tapi ada.

Bila PKP 2.0 fokus belajar macam2 topik online. Mengalahkan full time student. Dari awal pagi lepas subuh, sampai lewat malam.

Bila PKP 3.0 ni tiba2 macam mencari arah semula. Kelas online percuma dah tamat tempoh. Bukan full lockdown pun. Masih ada appointment hospital, online training yang baru nak buat so banyak masa buat kerja jugak. Training tu dah biasa buat face to face. Tapi bila nak buat online ni, lain sikit perancangan nyer. Lagi banyak kerja preparation.

Apa2 pun harap2 dapat manfaatkan masa sepenuhnya. Plan harini tak 100% menjadi. Esok masih ada. Perkara dalam senarai:-

1. Solat Dhuha
2. Baca Qur'an
3. Kelas B.Arab online
4. Belajar tafsir online
5. Baca buku - banyak buku outstanding dalam folder 2read
6. Summarize info yang bagus from the book as social media content daily
7. Physio dan senaman indoor

First 3 done. Last 4 belum lagi. Sempat lagi kut buat sikit2 malam ni.