Sunday, July 18, 2021

Silent Treatment

Seringkali diuji begini. Seringkali diperingatkan yang kebergantungan hidup ini hanya pada Allah. Seringkali dibiarkan sendirian. 

Masa darjah 3, berpindah ke sekolah baru. Setiap kali periksa, nombor 1 dalam genggaman. Seorang anak cikgu, influencer kelas pada masa tu, sering cucuk jarum agar tiada siapa berkawan dengan budak baru. Peristiwa berlanjutan sehingga lah ke darjah 6. Bukan mudah pada umur kanak-kanak dibuli begitu. Entah apa pun sebabnya hanya dia yang tahu. Mengadu lah nasib pada kakak2, bermain lah dengan boys cause the girls won't play with me. Satu hari elok berkawan, makan sama2 masa rehat di bawah pokok. 4-5 hari, kadang-kadang sampai 2-3 minggu diorang tak kawan. Masa darjah 6 paling sedih sebab dah tiada kakak-kakak nak mengadu pada masa tu. Nak mengadu dengan adik-adik, rasa macam mereka tu kecik jer. Sekolah menengah macam2 kisah lain pulak. Masa ni lah my parents divorced. 

Semakin dewasa, terima silent treatment dari mak pulak. Entah apa benda yang boleh trigger dia... I tak faham. Sebagai ibu tunggal, mungkin lah emosi dia tak stabil. Satu contoh... masa cuti semester, paling susah untuk kami yang tiada kenderaan ni nak mengangkut barang2 balik rumah dan bawa semula ke kampus. Ada sekali tu I arranged teksi sapu untuk hantar barang ke asrama. Dia mengamuk dan terus tak nak bercakap. Apa masalah dia? I paid the teksi sapu dengan duit sendiri, gaji dari kerja part time masa cuti. Senang lah for me and for her. Masa tu caj RM50 dari Seremban ke KL, pergi balik. She can send me, and balik pun senang. Pakcik teksi tu recommended by kawan2 di tempat kerja. Masa beli my first car pun begitu. Sampai rumah dengan kereta, dia tarik muka. Kau ada kisah bawak balik kereta baru, mak kau tarik muka? Anak2 ni, kalau dia salah dan kena marah, dia boleh terima. Kalau tak tau apa salah, kena marah, memang lah simpan dalam hati. 

Silent treatment ni ialah satu bentuk penderaan... pengabaian emosi. Sebab kita ni dah bukan level kanak2 masa tu, pandai2 lah nak hidup sendiri. 

Bila dah kahwin, suami pulak bagi silent treatment. Kadang-kadang boleh agak apa sebabnya. Kadang-kadang, tiba-tiba jer dia dah angin berhari-hari. Orang lelaki ni ada masalah IMS agaknya... adik-beradik PMS. Redha jer lah bila emosi dia tak stabil. Masa ni kau boleh ker nak cerita dengan dia hal nafkah zahir batin tu termasuk menggembirakan hati isteri. Kalau dah muncung berhari2 tu, takder nya dia fikir hal kegembiraan hati isteri. Kau cakap pasal penderaan emosi isteri pun, muka dia kelat jugak. Orang yang emosi tak stabil ni, tak boleh nak buat apa kan. Pasti berderet salah kita ni dalam hati dia. Tak buat begini, tak buat begitu. Ada ker dia nak cakap dengan kita apa salah kita? Dia ingat kita boleh baca hati dan perasaan dia.

Esok-esok tak tau lah Do ker Minah yang mati dulu. Kalau Do yang mati dulu, Minah dah tau dah nak hidup bersendirian tanpa bercakap tu macamana. Dari kecik Minah dah kena hadap.


Thursday, June 3, 2021

Tukar

Semalam terfikir nak tukar blog URL. Dah lama guna URL tu. Some family members pun dah tahu. Semakin lama terasa semakin susah nak meluahkan rasa dan kata2. Lebih mudah nak tulis apa saja semasa masih anonymous dulu.

Semalam terfikir, harini tukar. Bukan lah mudah nak cari nama baru. Kreativiti mencari tajuk ni is never my strong forte dari dulu. Bila nak cari nama kumpulan jer, otak jem. Tambahan pulak dengan idea yang dah pun diguna orang. Akhirnya berjaya cari nama yang tak lah kreatif mana pun. Importantly, it's available.

So here goes a new journey.

Wednesday, June 2, 2021

Desak-Mendesak

Baru2 ni follow seorang kaunselor perempuan di muka buku. Dia tulis, antara sebab penceraian ialah orang perempuan yang kuat mendesak. Dah tentu lah ramai perempuan tak puas hati. Malas nak baca komen penuh emosi masing2.

I totally agree with the counselor. Dah banyak tengok. Zaman duduk apartment dulu pun ada 1 unit ni duk gaduh laki bini tak habis2. Yang dengar suara memang suara perempuan jer. Suara lelaki tak dengar. Dengar bunyi piak piak dush dush... sapa belasah sapa tak tau. Tak pasti unit mana but I will go to the toilet and jeritkan when things sounded unbearable. Dengar suara diorang kat toilet tu paling kuat.

Sendiri pun ada gak mendesak. Mau tak nyer kalau tiba2 muncung panjang tak tau hujung pangkal. Dah kenapa? Kalau tak cakap, saper nak tau apa masalahnya kan.

Dari zaman belajar dulu kalau ada kawan buat perangai tiba2 nak muncung tak mau tegur kita, ada dua tindakan jer. Confront dia. Or buat bodo jer. Apa masalah kau? Ada masalah cakap. Tak nak cakap, sudah. No drama please. Memang tak suka tengok drama di TV. Real life lagi lah.

Ada gak terfikir, I may not be a good friend. Mana ler tau apa masalah dia sampai teruk sangat or down sangat sampai muncung panjang kan. But later fikir balik kalau dia ingat kita ni kawan dia, takder lah nak muncung tak sudah2 kan. I didn't do anything wrong (or at least I thought I didn't). If I'm not important enough to warrant a decent behavior, kita cari jer kawan lain. Takder nak pening2.

Lepas kawin, kena hadap perangai Encik Suami lah pulak. Dulu2 desak juga suruh cakap apa masalahnya kalau muncung panjang. Cepat tau apa isunya cepat boleh resolve. Desak2 pun secara rasional biasanya. Bila dah masuk bab emotional, gerenti keluar airmata.

Zaman sekarang dah makin kurang mendesak. Communicate jer macam biasa. Sila baik sendiri. Takkan dah sampai ke tua nak berdrama air mata 😅

Bila kita dah cakap macam manusia normal, dah pujuk, pun masih tak dapat respon normal, tanya sket lah apa hal. Kalau bosan tetap takder respon, buat hal sendiri dan buat urusan sendiri. Bila mood dah cool down, tanya balik apa masalahnya. Gitu lah sampai keadaan kembali normal.

Sama jugak konsepnyer. Please treat me like a decent human being. Otherwise penipu sangat segala cinta kasih sayang love statement yang pernah disebut. You don't treat someone you love like garbage.

Cuma bila dah guna konsep buat hal sendiri ni nanti jadi expectancy effect. Sorang dah angin kus kus, sorang pun hold back. Bila dah hold back, yang angin kus kus makin panjang muncung sebab takder orang peduli. Yang hold back tambah stress... dah kenapa muncung tak habis2. Haa... gitu ler kitaran yang boleh membawa ke satu situasi yang bahaya dalam perhubungan. Tak kisah lah hubungan spouse ker family ker kawan ker... psikologi manusia yang sama.

Back to point awal. Hidup tenang2. Tak perlu desak-mendesak. Lagi2 dah makin tua ni kena beri priority untuk kehidupan di alam barzakh dan alam akhirat. Kehidupan dunia pun satu anugerah yang perlu dinikmati dan disyukuri. Cari dunia yang kita mampu nikmati dan mampu syukuri.

Tuesday, June 1, 2021

PKP 3.0

Masa PKP 1.0 aktiviti seharian ialah masak, makan, senaman indoor, browsing news on Covid. Maklumlah benda baru kan. Ada juga beberapa online training. Tak banyak. Tapi ada.

Bila PKP 2.0 fokus belajar macam2 topik online. Mengalahkan full time student. Dari awal pagi lepas subuh, sampai lewat malam.

Bila PKP 3.0 ni tiba2 macam mencari arah semula. Kelas online percuma dah tamat tempoh. Bukan full lockdown pun. Masih ada appointment hospital, online training yang baru nak buat so banyak masa buat kerja jugak. Training tu dah biasa buat face to face. Tapi bila nak buat online ni, lain sikit perancangan nyer. Lagi banyak kerja preparation.

Apa2 pun harap2 dapat manfaatkan masa sepenuhnya. Plan harini tak 100% menjadi. Esok masih ada. Perkara dalam senarai:-

1. Solat Dhuha
2. Baca Qur'an
3. Kelas B.Arab online
4. Belajar tafsir online
5. Baca buku - banyak buku outstanding dalam folder 2read
6. Summarize info yang bagus from the book as social media content daily
7. Physio dan senaman indoor

First 3 done. Last 4 belum lagi. Sempat lagi kut buat sikit2 malam ni.

Saturday, May 15, 2021

Buah Hati Tokmi

Semalam dah hantar dia ke kereta. Mula2 tak nak salam tokmi. Lepas tokmi bergerak ke sebelah atok dan salam atok, dia pun hulur tangan nak salam tokmi. Tokmi cium pipi atok. Dia pun tunjuk pipi dia. Tokmi gi lah sebelah dia cium pipi dia plak. Baru dia buat muka puas hati.

Harini tokmi hantar dia dan dari sebelah dia salam dan cium tangan tokbah, lepas tu cium pipi kiri kanan. Lepas tu cium pipi dia pulak kiri kanan. Dia tunjuk tangan dia suruh tokmi cium macam tokmi salam tokbah gak :D

Dah cium baru muka dia muka puas hati :D

Lepas tu babai and flying kiss pulak.

Hmm... tu lah dia buah hati tokmi dan tokbah. Lama dia tak dapat datang rumah tokmi sebab PKP.





Sunday, March 14, 2021

13th Anniversary

Happy 13th Anniversary to us. That's yesterday. We didn't get to celebrate together.

I have my neighbors over for our neighborly gathering and belated birthday celebration for one of us. Due to the never ending MCO here in Klang Valley, it has been a while since we had our neighborly gathering. Dari pukul 3 sampai dekat pukul 7 pun tak habis2 bercerita.

Hubby gi berkebun dan siap kena sengat dengan 5 ekor penyengat lagi. Cucu pun kena penyengat sebiji. Ciannn cucu dgn atok 😅 Tu lah pengalaman anniversary yang nak direkodkan tahun ni. Life goes on dengan cara tersendiri musim Covid nih.

Online learning masih diteruskan. Online training kadang2 ada. Jadual face to face training dah ada. Harapannya dapat berjalan tanpa sebarang masalah soon.

Dalam banyak2 online learning ni, cadangnya nak hasilkan 1 training yang berguna. Masih dalam fasa sintesis sebelum dapat hasilkan sesuatu yang berfaedah. Pembelajaran bahasa Arab masih diteruskan. Mood M kadang2 ada juga. Walaupun dah masuk lebih 100 kelas, belum pandai cakap Arab lagi. Cuma kalau diterangkan struktur ayat and grammar ayat Quran, boleh lah faham.

Hajatnya agar mudah faham bila mengaji tu. Tapi nampaknya macam lambat lagi baru boleh faham bahasa Arab like I did English. So usaha jugak nak hafal surah2. Berkecamuk fikiran bila fikirkan banyak surah nak hafal dan patut dah hafal.

Amazing bila tengok student2 lain in my online Arabic class muda2 lagi dah tahfiz and diorang duduk di negara 'kafir' tu. Kita ni yang konon duduk di negara bukan kafir, kononnya Islam kita terbaik dari mana2 negara Islam (siapa lah yang perasan sangat tu), jauhhhh lagi nak menjadikan Al-Quran sebagai budaya.

So merengkek2 lah ni nak hafal surah Al Mulk. Semoga dipermudahkan. Dah lama masuk dalam to do list, cita2 setiap tahun... tapi belum berjaya lagi. Alhamdulillah setakat ni boleh lah dapat sikit2 sampai ayat 14. Semoga dipermudahkan usaha sampai dapat 30 ayat.

Semakin meningkat usia anniversary, semakin berbeza sambutan agaknya 😅 Apa2 pun Alhamdulillah dengan kasih-sayang yang masih utuh.

Tuesday, March 9, 2021

Moving on for others and me

 It's been a year since Covid-19 wreck havoc with most of our life. I have not bothered with KKM or MKN press conference anymore. Bila teringat, baru cari info di FB KKM. Ada yang forward di group WA pun I didn't download images so tak nampak pun berapa jumlah jangkitan, kluster dan sebagainya. The number matters very much of course because that determines how much longer the MCO will continue. 

However, until Covid-19 disappears or everybody in the world (80%) of the country's population and the world's population - get vaccinated, whether there's MCO or not didn't really matter. Our movements and freedom to do whatever we want, will still be affected. Others have moved on and get on with their lives. It still shocked me to see people go hangout at their favorite makan place, jem sana jem sini and tempat viral penuh dengan pengunjung, anak2 kecil berlari2 di kedai... I still only go out very sparingly. 

Diri sendiri kena jaga diri sendiri kan. Tak kuasa nak bising2 agar orang lain jangan buat itu jangan buat ini, duduk rumah jika tiada keperluan mendesak... they want to move on, they want to live like they are living... they take their own risk. I'm still hesitant... walaupun ada org kata kalau dah takdir nak kena, akan kena juga... I'm doing my effort to protect me. Kena ada do'a usaha ikhtiar baru ler tawakal kan. 

But, kalau dapat jer kebenaran rentas negeri, I will be among the many yang akan bergerak cross daerah. Rindu dah dengan cucu2. Rindu dah dgn family di 'luar negeri'. Diorang dah PKPP and I've been isolating. Takder isu lah nak berjumpa kan.

I will also be among the many yang akan melawat kedai2 di "luar negeri". Dah lama berhajat nak cuci mata di kedai2 tu. Semoga dapat sedikit keceriaan alang2 dah tak boleh travel ker luar negara kan. Kedai2 dalam negeri ni, belum ada mood nak pergi. Risau pulak bila kita ingat weekdays tak ramai orang tapi tetap jadi tumpuan manusia yang dah tiada tempat lain lagi nak mencuci mata.

Mood dengan healthy lifestyle pun terbantut bila sekadar pusing2 taman. Nak pergi taman2 di daerah sebelah, daerah sendiri masih PKPB. Masih belum boleh ke Putrajaya walaupun ada jer yang dah up gambar mereka di Putrajaya. Sah2 ler tak ikut peraturan tapi itu keputusan mereka lah kan. Kalau kena 10k, sendiri tanggung lah kan 😅 


Friday, January 1, 2021

Happy New Year 2021


Macam tak sangka 2020 dah berlalu pergi. Bercampur-baur perasaan bila kenangkan 2020. Di sebalik kepayahan, ada kesenangan. Ramai yang terjejas pendapatan, termasuklah diri ni jugak. Tapi kita cuba gunakan masa tu sebaik mungkin. Mula cuba buat long term commitment to online learning... belajar bahasa Al-Quran. Kalau panjang umur, eventually akan pandai juga lah bahasa Arab. At least, itu lah harapannya. Ada lagi online learning yang lain yang nak cuba dimanfaatkan dalam kerjaya.

Ni gambar our family's East Coast trip just few days ago. Gambar di homestay, dah lepas 2.30 pagi tapi buah hati cucu kesayangan masih belum nak tidur. Mula2 atuk tidur bilik sebelah. Dia kejutkan atuk ajak main dengan dia, tapi atuk sambung tidur :D Tokmi lah layan cucu sampai dia tidur just before 3am. Mata panda lah tokmi esoknya.

Sesuatu yang tak mungkin dapat dibayangkan masa menjawab soalan wawasan 2020 masa di sekolah dulu, tahun 2020 dah ada 4 cucu :D

Alhamdulillah sakit2 sana-sini pun, masih mampu lenjan juga and layan cucu bermain dan berlari sana sini. Dukung pun boleh lagi cucu sorang yang semangat dah berat 20kg ni. Harapan tahun 2021 ni lebih konsisten menjaga kesihatan, especially part makan2 :p

Banyak harapan untuk tahun 2021. Banyak juga commitment peribadi yang diletakkan pada diri sendiri. Semoga tercapai semuanya, slow and steady... jumpa jalan yang lurus dan menjadikan diri ini lebih baik dari semalam.