Sunday, March 14, 2021

13th Anniversary

Happy 13th Anniversary to us. That's yesterday. We didn't get to celebrate together.

I have my neighbors over for our neighborly gathering and belated birthday celebration for one of us. Due to the never ending MCO here in Klang Valley, it has been a while since we had our neighborly gathering. Dari pukul 3 sampai dekat pukul 7 pun tak habis2 bercerita.

Hubby gi berkebun dan siap kena sengat dengan 5 ekor penyengat lagi. Cucu pun kena penyengat sebiji. Ciannn cucu dgn atok 😅 Tu lah pengalaman anniversary yang nak direkodkan tahun ni. Life goes on dengan cara tersendiri musim Covid nih.

Online learning masih diteruskan. Online training kadang2 ada. Jadual face to face training dah ada. Harapannya dapat berjalan tanpa sebarang masalah soon.

Dalam banyak2 online learning ni, cadangnya nak hasilkan 1 training yang berguna. Masih dalam fasa sintesis sebelum dapat hasilkan sesuatu yang berfaedah. Pembelajaran bahasa Arab masih diteruskan. Mood M kadang2 ada juga. Walaupun dah masuk lebih 100 kelas, belum pandai cakap Arab lagi. Cuma kalau diterangkan struktur ayat and grammar ayat Quran, boleh lah faham.

Hajatnya agar mudah faham bila mengaji tu. Tapi nampaknya macam lambat lagi baru boleh faham bahasa Arab like I did English. So usaha jugak nak hafal surah2. Berkecamuk fikiran bila fikirkan banyak surah nak hafal dan patut dah hafal.

Amazing bila tengok student2 lain in my online Arabic class muda2 lagi dah tahfiz and diorang duduk di negara 'kafir' tu. Kita ni yang konon duduk di negara bukan kafir, kononnya Islam kita terbaik dari mana2 negara Islam (siapa lah yang perasan sangat tu), jauhhhh lagi nak menjadikan Al-Quran sebagai budaya.

So merengkek2 lah ni nak hafal surah Al Mulk. Semoga dipermudahkan. Dah lama masuk dalam to do list, cita2 setiap tahun... tapi belum berjaya lagi. Alhamdulillah setakat ni boleh lah dapat sikit2 sampai ayat 14. Semoga dipermudahkan usaha sampai dapat 30 ayat.

Semakin meningkat usia anniversary, semakin berbeza sambutan agaknya 😅 Apa2 pun Alhamdulillah dengan kasih-sayang yang masih utuh.

No comments: