Saturday, December 13, 2014

Go Kathmandu!

Merata2 ada tagline 'Go Kathmandu!' ni for me kerana ia memberikan semangat untuk new lifestyle. Mula2 haritu relax juga walaupun dah sign up untuk travel ke Kathmandu in which one of the activity is hiking from Nagarkot to Dhulikhel. Setakat senaman dalam 5 minit untuk panaskan badan jer.

Tapi lepas reunion last weekend, my friend yang dah pergi kata you all better get fit. It will be 6 hours trekking tau. 5 of us from the same batch will be going. Yang lain different batch. Macam tersedar jer masa tu. Jalan kat shopping complex pun macam malas2 gitu. Ini kan pulak nak trekking 6 hours. Mula2 organizer ada kata mudah sikit dari panjat Bukit Gasing. Tapi macam tak heran sangat jer. Maka dengan semangatnya I started walking. Hubby ada badminton with his colleagues. Cakap dengan hubby tak per lah tak nak ikut. Bukannya pandai main. Baik I do some exercise activity yang quite relevant to hiking nanti.

New journey in life can begin at any time that you decide. It didn't have to be after the new year or life-changing event.

Day 1 walking for 45 minutes. Not tracked properly. 2nd time walking baru download runkeeper. Best jugak ada macam2 info. Then Selangor cuti. Maka last minute jugak decide untuk pergi Broga Hill. Selalu baca orang pergi awal2 pagi untuk tengok sunset sunrise. Takper lah kalau lambat pun. Sampai2 dah almost 8am. Dah ramai yang turun. Gigih nak naik... rasa macam OK sebab dah 2 hari buat walking kononnya. Baru 5 minit dah rasa semacam. Paru2 ni memang boleh detect. Naik bukit atau tangga jer, terus pressure semacam.

Hubby tanya OK ker. Ngangguk jer dan teruskan jugak. Many times hubby has to wait for me. Then terserempak dengan 2 budak lelaki baya2 budak2 diploma gitu. Yang sorang tak larat jugak. Hehehe... tak lah makcik ni rasa teruk sangat dah separuh mati rasanya ni. Bertukar2 dengan diorang. Kadang2 yang sorang tu duduk berehat sebab tak larat. Kadang2 diorang overtake while I'm taking a rest. Tak pasti kesudahan budak2 tu. Sebab ada beberapa trail masa nak panjat batu tu. We use the one yang di tepi, ada orang yang turun suggest that's much easier. On the way dah dekat tu ada lah 2-3 orang bagi semangat while they were on the way down. Sikit lagi... katanya. Nampak sangat ker muka akak ni half-dead dik? Hehehe... terima kasih atas kata2 semangat. Seronok bila dah sampai atas. Alhamdulillah berjaya juga.


Pemandangan cantik. Patutlah ramai sanggup datang awal2 pagi nak menikmati keindahan alam.


2 of my favorite photos up there. Satu nampak macam best jer duduk atas batu dengan gaya berjaya tu. Satu lagi dengan background cantik landmark Broga Hill dengan hubby. Ada yang kata macam kat oversea gitu :) InsyaAllah akan diteruskan semangat new lifestyle ni. Demi Kathmandu :) Kalau tak nak kena tinggal, tak nak menyusahkan orang dan diri sendiri, baiklah berusaha untuk get fit kan. Harini walking dpt new record. 50 minutes, 4 km. Next time akan cuba route turun bukit naik bukit pulak. InsyaAllah.

Cerita Pasal Konvo Dulu

Memang cerita ni dah basi tapi sementara fikiran masih belum nyanyuk, baiklah dicatatkan untuk kenangan. Masa dibenarkan ambil jubah, samada outstation ataupun balik sekejap dan berkemas untuk next outstation. Tapi dapat juga curi masa pergi ambil sebelum one outstation ni sebab outstation di Semenanjung jer. Tak terkejar2 flight. Maka berjalan lah jubah tu ikut outstation. Nampak orang dah mula bergambar menggayakan jubah masing2. Hmm... nak belek jubah pun tak sempat. Elok jer jubah tu dalam plastik.

Hubby pulak bagitau demam.  Nak training pun tak senang hati. Orang jarang2 demam bila mengadu demam takut teruk jer. Sempat terfikir lagi agaknya ambil scroll nanti tiada jemputan untuk diri sendiri. Kurang risaukan orang demam bila hubby bagitau dia balik MLK. Pasal konvo tu, ikut jer lah macamana pun. My friend ajak nak bergambar lepas ambil scroll but I doubt keadaan mengizinkan sebab sesi petang mesti kelam-kabut sikit.

Training masih on. Covered by my other colleagues. Kiranya last day I can't do the training lah. Memang dah maklumkan pada organizer. Pagi2 lepas subuh rushing balik ke rumah sebab semalamnya ada sesi malam. Hubby bagitau anakanda2 nak ikut. Tak lama lepas tu bagitau MLK family mana yang ada nak ikut :) Dari kemungkinan tiada jemputan kepada ramai yang turut meraikan. Berbunga2 rasa hati. Syukur pada Allah yang mengatur setiap sesuatu.

Orang lain sibuk tempah baju untuk konvo. Tak teringat langsung pasal baju. Cari jer baju yang mana ada dalam wardrobe dan tudung bawal lama dililitkan macam shawl. Sebab tudung2 yang ada sekarang takder warna krim. Gitu lah koboi nya pergi konvo. Sampai2 elok2 untuk lunch and ke masjid tunggu solat. Setakat breakfast roti dalam kereta jer tadi anak-beranak. Sempat bergambar berganti2 sebab tak sempat nak posing2 beria dan panggil orang ambilkan gambar. Semua pun sibuk. Maka bergerak lah ke dewan. 2 tetamu jer yang dapat masuk. Yang lain menunggu di luar.

Masa ramai2 jumpa kawan2, masa tu lah baru terasa keseronokan dah habis thesis dan akhirnya berjaya jugak menghabiskan my Masters program. Alhamdulillah sesi berjalan lancar. Cuma masa keluar dewan, hujan. Mengganggu juga lah pergerakan tetamu2 nak bergambar dengan graduan2.

Kami pun rushing2 nak bergambar beramai2. Kasut my dear friend lah pulak tercabut tapak. Elok2 selamat untuk ambil scroll jer. Masa keluar dewan dah susah nak berjalan. Hmm... memang tak dapat nak stay dengan dia sebab hati pun risaukan ahli keluarga yang ramai menunggu. Her family dah ada with her.

Sempat jugak bergambar beramai2 dalam macam2 cabaran. Pintu ada yang ditutup. Dalam hujan guest kena pusing sana sini nak menyampaikan ke sesuatu lokasi. Our Master's office bagi goodie bag. Sangat2 touched. Then rushing pulak jumpa family. Sempat bergambar berdua dgn hubby di tengah kesibukan hujan dan orang ramai. Kemudian giliran anakanda2 menggayakan jubah. Berebut2. Seronok tengok dan layan kan jer. Tengok mak sue nyer dapat 'hadiah' walaupun bukan faham pun 'hadiah' tu apa :)

Lepas konvo ada outstation lagi. Balik outstation merata cari kedai gambar nak ambil gambar studio dengan hubby. Kemudian outstation lagi. Masa balik outstation dah hari2 terakhir untuk hantar jubah. Sempat bergambar di universiti sambil ditemankan hubby. Dah berjanji juga dengan my friend untuk bergambar bersama. Dia lambat sampai. I have to rush back sebab petangnya ada flight. Tunggu juga sebab dah berjanji. Pada masa yang sama collect gambar2 konvo haritu dan juga gambar studio yang dah siap. Alhamdulillah selesai dan puas hati. Thanks to hubby sebab melayankan kesibukan wife dia ni antara outstation dengan urusan konvo.

Ini lah yang nak dicatatkan sebagai kenangan. How darling hubby accommodated my schedule in between his, so I can accomplish what I want in between my busy schedule at that time. It means a lot. Sebab tu lah cerita konvo yang dah basi ni tetap nak dicoretkan juga bila ada masa. Love you abang :)

Sunday, November 30, 2014

Easy to Hate

Friends has become enemies. Cordial relationship turns estranged. All because it is easy to hate if you let it.


Tuesday, November 25, 2014

Passport 2 Tahun atau 5 Tahun?

Just so you know...

Now there's 2 options to renew passport.

RM100 for 2 years
RM300 for 5 years

Nampak macam RM100 tu lagi berbaloi because for RM300 kalau buat passport 3 kali, boleh dapat 6 tahun.

BUT, normally if passport validity less than 6 months dah tak boleh guna. Which means kalau bayar RM100 for 2 years, you are actually 6 months short. Which means kalau buat 3 kali, dah 18 months rugi.

Bayar RM300 for 5 years, boleh minta extend for another 6 months if your passport still has 6 months validity. So tak rugi apa2. RM300 for 5 full years. No extension allowed for 2 years passport.

I went to renew my passport today. From my observation, tak payah ler susah2 datang awal2 pagi. I reached there around 7.45 rasanya or just before 8. Itu pun sebab mula2 ke Plaza Metro Kajang. Lepas tu baru ke Perhentian Kajang. Beratur juga ler. By 9 dah ambil gambar di kaunter and by 9.30-9.40 dah selesai. Tak ler beria tengok jam sangat.

By that time dah takder orang beratur and tak crowded pun. Rasanya kalau datang lambat pun ok jer. Dulu2 ada ler cut off time untuk no giliran tu. Now system dah canggih and everything cepat jer. Kalau semua berebut2 time pagi, nanti petang2 diorang kat pejabat imigresen tu takder kerja lak hehehe...

Sunday, November 23, 2014

Bersihkan Sawang Blog... part 2

We can plan but Allah is the better planner. Awal2 bulan kena sakit mata. Client dah beli flight ticket tapi kena cancel sebab I kena sakit mata. Nanti satu team kena sakit mata berjemaah pulak. It's a team training, pandai2 lah diorang cover without me.

Masa convo... macam tak percaya akhirnya tamat juga perjuangan buat seketika. Ada juga berhajat nak sambung study lagi tapi kita lepak dulu lah. Ambil nafas dulu.


Last pergi Redang masa honeymoon dulu. Trip kali ni pun ada sejarah tersendiri. Jadi antara pelancong terakhir masuk pulau. Snorkeling pun berdua. Tapi tetap seronok dan relax. Both of us were determined to make the holiday fun despite arriving on an early flight on Day 1 but can only catch the ferry at 3pm and the only ferry return was on 7am on our last day. Hari kedua pergi snorkeling di 5 lokasi, lepak2 di pool hotel berdua jer and massage masa malamnya. Sampai KT semula dan check in hotel sebab flight malam. Perlu untuk berehat2 dan solat dengan selesa. Sempat lah shopping2 di Pasar Payang, bersantai2 dan checkout around maghrib untuk ke airport.


Teman hubby ke Perlis. Hubby kerja, I sempat ke Padang Besar untuk cuci mata dan cuci poket. Pinggan mangkuk tu tak beli  yer. Sekadar cuci mata sebab design yang berkenan takder. Kalau ada memang dah ambil.


Hubby gurau2 hadiah convo pergi River Cruise Melaka. Lama gak baru dapat sampai hajat nak naik river cruise ni.


Hasil dari dapat bercuti lama di rumah. Actually tak lama pun tapi bila keinginan kuat, kita sempat2 kan juga Alhamdulillah. 

Bersihkan Sawang Blog... part 1

It's been a while since last update. As written in previous entry, memang masa yang sangat packed menanti. In between ada macam2 event juga yang tak sempat nak update like my convo and trip with hubby to Redang. Ada juga terselit Melaka River Cruise dan asthma attack last Friday. Teruk juga... semalam kena 2 kali neb, prednisolone 6 biji for 5 days, Ventolin prescribed twice every 4 hours for 3 days. Yang last tu I ngelat. Hmmm... dah semput pun sempat lagi ngelat tu. Alhamdulillah feeling much better though pagi2 tadi wheezing gak mula2. Duduk diam2 and sapu minyak angin.

Rasanya angkara mengemas rumah sakan 3-4 hari lepas setelah lama tak dapat nak bersantai2 di rumah. Mengelap, mengemop, menyapu, termasuk membersihkan grill pintu depan dan pintu dapur yang berhabuk campur berminyak from the cooking. Celah2 tangga tu mop betul2 sebab cicak bermaharajalela when I wasn't around. Happy jugak dapat menjahit setelah lama mesin jahit tu bercuti. Terasa nak shopping kain2 lagi ni.

My alumni ada plak yang buat travel agent company offer nak buat hiking trip dari Nagarkot ke Dhulikhel, di Kathmandu, Nepal next year. Ada orang tak sedar diri ni teruja juga nak pergi :) Nak jadikan tahun depan tahun mengembara. Banyak tempat yang menarik ni dalam pakej dia. Antaranya Korea dan Turki. Sangat2 menarik. Apa2 pun fulus kena ada dan badan kena sihat.

Berat badan makin bertambah lepas balik dari training berturut2. Logik tak? Kalau training siang malam memang ler makan 6 kali sehari. Tu ler kut penyumbang nya hehehe... Apa2 pun hubby bersungguh2 tak nak dinner nasi bagi membantu I kuruskan badan. Haaa... kena lah makan sandwich ker, spaghetti ker dan apa2 janji bukan nasi untuk dinner. I have my cheat night once a week if I really have to take rice. Other than that kita cuba ler setakat yang mampu. Memang mencabar sebab sekarang tengah sweet tooth. Duk nak makan coklat, cakes and anything sweet. Haaa... bahaya tu untuk kesihatan. Nanti sambung lagi...

Monday, September 29, 2014

MC

I'm on MC. Dah lama tak dapat MC because there's no need for one. Kalau tak sihat, cuti jer sendiri. Takder saper nak marah. Kalau ada training pun setakat ni sakit sikit2 masih mampu teruskan.  Tapi kali ni tak dapat teruskan training sebab sakit mata. Kang ada pulak yang sakit mata secara berjemaah.

On Saturday pergi urut di spa lah kononnya. Tukang urut tu matanya merah. Mula2 I tanya alergik ker. Dia kata ntah naper tiba2 merah. I tanya jangkit tak ni? Dia kata tak. Petang semalam (ahad) pukul 4 tiba2 rasa mata berpasir dan pedih. Tak syak lagi lah apa masalahnya kan. Sangat2 tak bertanggungjawab dah sakit tu tapi kerja jugak. Tapi salah sendiri teruskan berurut tu. Lesson learnt: people don't care for you... you have to take care of yourself. Next time jumpa masalah camni, cepat2 duduk jauh2.


Jadual Oktober padat jugak tapi dah kensel satu training. Ntah ada umur atau tidak sampai ke hujung bulan. Allah lebih mengetahui. Harini mata dah bengkak dan sepet sebelah. Sujud sakit sangat. Semoga cepat diberikan kesembuhan.

Friday, September 19, 2014

Hectic Month


Bulan ini adalah bulan yang sangat padat dengan outstation. Terasa nak holiday di rumah sendiri jer. Sabar menanti masa yang panjang sikit untuk bersantai. Sekarang tengah gap beberapa hari sebelum outstation lagi. Tapi tak berapa boleh nak dikira holiday di rumah sebab rumah bersepah dan sesi mendobi dan melipat kain tak habis2. Kalau rumah kemas semua bersusun elok, baru ler boleh declare holiday di rumah. Ni hati tak senang tengok barang2 tak kemas.

Apa2 pun, I'm grateful dengan rezeki yang dikurniakanNya. I'm also grateful dengan kasih sayang darling hubby :) bila berjauhan terasa rindu, bila dekat bertambah sayang hehehe... I'm also grateful my source of headache for this particular project has been removed. Another trainer partnered with me for 3 sessions doesn't have the discipline required. To him on time means early. Break time jer terus hilang. Tak sempat nak discuss apa2 yang patut dulu. Many times I have to cover for him sebab bagi maklumat salah, tak manage masa properly and unclear instructions. Dah bagi can sampai 3x pun masih tak ok. It wasn't my decision. It was the management's. I may sound harsh but I'm sure Allah dah tetapkan rezeki dia di tempat yang sesuai for his working style. For this project, I'm still part of it because for every feedback, I took them seriously. Anytime they can drop me from the project too. 

Dalam kesibukan pun sempat juga selitkan holiday di Tioman sebab company hubby buat family day di situ. Penat tapi enjoy juga dengan bilik yang selesa dan suasana yang tak stress.



Hopefully, sentiasa diberikan kesihatan agar dapat meneruskan tugas dengan baik. 2 more outstations for this month....

Friday, September 12, 2014

Kehilangan


Ayahanda mertua yang disayangi telah disahkan menghembuskan nafas yang terakhir 8.25 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 12.45 tengahari, 3 Sep 2014. Kali terakhir jumpa babah semasa sihatnya ialah pada Syawal yang baru lepas. Dah lama rasanya tak berkesempatan berbual panjang dengan babah. Memang setiap kali balik kampung, lebih banyak interaksi dengan mak berbanding babah.

Babah terjatuh dari sofa ketika terkejut dari bangun tidur. Ada tetamu datang beri salam. Peha babah bengkak dan pinggang sakit. Selain dari tu, makan solid food akan muntah semula. Hubby bawa babah pergi urut. Kemudian adik beradik lain bawa ke klinik. Setakat ubat tahan sakit dan ubat sapu jer yang dapat. Pujuk babah pergi ke hospital swasta untuk x-ray. Baru lah nampak tulang pinggul babah ada retak. Terus di bawa ke GH. Di GH fokus pertama doktor untuk menentukan sebab tak boleh makan solid food maka beberapa ujian dan scan dibuat. Kelihatan ada mass di bahagian perut dengan pelbagai kemungkinan maka saranan mereka untuk buat pembedahan. Walau bagaimanapun perlu lihat keadaan kesihatan babah maka pemerhatian di icu dibuat dahulu. Mula2 babah nampak stabil. Hubby ada dengan babah masa ni. I thought of going too. We went separately because I need to pack for my outstation trip. Hubby suggested I don't need to come since I'll be going North the next day. But babah's condition deteriorated over the night. His heart even stopped and resuscitation was performed. By morning, the doctors allow all family members to come and visit him. That's not good news.

I visited babah, recited Yasiin from the Quran and hold his cold hands. I waited at the hospital and then headed to MIL's place while waiting for doctor's feedback. We're prepared for the worse but verdict from the doctor was, beloved babah is in a stable condition.  Surpised but happy with the news, I decided to proceed with my outstation trip. However, by that night the situation doesn't look good. Early the next morning, the doctor announced that the life support will be stopped. I handed over my task to my colleagues, and headed back to hubby's hometown.  Memang tak sempat lihat babah buat kali terakhir. Tak apa lah. Semoga babah aman bersemadi di sana. Dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap ilahi.

Teringat kenangan2 dengan babah. His support and how he welcomes me into the family. Teringat wajah gembira babah bila dapat kemeja baru sempena hari raya. Dulu pernah belikan babah dan mak baju, handbag, sandal, brooch, tudung sebagai hadiah hari raya. Kemudian banyak kali tak berkesempatan nak belikan apa2. Sekadar duit raya tanda ingatan. Apa2 pun Alhamdulillah sempat menggembirakan hati babah haritu. Cuma tak dapat jumpa babah semasa babah masih boleh bercakap. Sekejap sangat babah sakit... pada kita yang busy dan tak berjaya mencuri masa untuk pergi ziarah. Yang sakit pasti terasa lama sakit bila lah nak baik. Bak kata anakanda, biarlah atuk pergi. Kesian tengok atuk sakit. Betul tu sayang. Tiada kesal di hati kerana insyaAllah kita bakal berjumpa di tempat yang kekal. Mungkin anakanda Adli dah jumpa atuk nya.

Pengajaran untuk yang membaca... bila ditimpa musibah, kita ingat susah lah kalau anak sakit, susah lah kalau orang tua sakit... mungkin tak lama pun peluang kita untuk bersama mereka, menjaga mereka. Al-Fatihah untuk babah. Al-Fatihah untuk anakanda yang dirindui. 2 kehilangan besar tahun ini.

Thursday, August 28, 2014

Salah Sendiri

Penat training... tapi terasa macam nak gi enjoy huha huha and relax2 shopping. Tak lah shopping sangat. Haritu dah beli barang2. Temankan urusetia training shopping sambil sendiri cuci2 mata. Ntah bila lagi dapat sampai ker KK ni.

Bila dah sampai, jalan2 cuci mata memanglah tak ingat masa.

Bila nak balik baru perasan gps location takder exactly for the training location. Main agak2 jer lah. Dah malam, dah letih, salah jalan pulak, memang lah stress. Kena marah lagi balik malam2... double stress. Salah sendiri. Konon2 nak enjoy girls outing dah jadi tak enjoy. Terus jer terasa tiada apa pun yang best bila dah kena bebel. Tiada apa pun yang best. Makan seafood, nak jalan2 sangat... nak shopping2 sgt, memang no mood jadinya.

Jom kita tidor aje lah. Semoga esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

Wednesday, August 27, 2014

Nak Dijadikan Cerita...

Masa Mas hantarkan thesis, baru perasan nama Head of Department tertinggal Nor. Tuan punya badan insists nak nama dia yang betul. Makanya... because of the three letters, our world goes upside down.

Mas ke kedai fotostat, orang di situ kata tak boleh diselamatkan hardbound thesis kami. Di situ hardbound thesis charged $25 per book. Haritu dah buat $15. Rugi begitu jer. Tapi kalau dah tiada pilihan buat juga lah. Kemudian dapat tahu kena tunggu 4 hari. Kalau nak dibuat di Serdang, by the time Mas sampai sure kedai dah tutup.

In the end decided Mas bawak balik Melaka dan cuba cari di Melaka. Tapi last minute dia ternampak satu lagi kedai fotostat. Rezeki kami... kata orang tu tak perlu buka pun hardbound tu. Ada caranya. Tapi dah lewat. Dia akan siapkan esok dan somebody has got to collect and send it for three signatures again. 2 kedai fotostat sebelum tu kata tak boleh kena buka semua.

She has ex-student currently studying at the same uni dan sanggup tolong. Walaupun perlu ke Ipoh esok harinya, sanggup dia tangguhkan untuk bantu ex-lecturer. Collect thesis pagi2 esoknya, tolong ambilkan signature dari 3 orang berbeza dan hantarkan ke CPS office. Alhamdulillah ada insan yang sudi membantu. Otherwise Mas would have to make 2 hours trip the next day and I'm feeling helpless across South China Sea. Itupun she only reached home at almost 3 am that day. Her mom and children dah transit at her brother's house. Kesian Mas.

Begitulah dugaan nak menghantar thesis. Yang bagusnya dapat kawan yang kuat berserah pada Allah. Segala dugaan dihadapi dengan tenang. Alhamdulillah both of us managed to get through the trying moments together with emotions in tact. Said to hubby memang patut kami pergi konvo and enjoy the moments sebab susah-payah nak selesaikan Masters program ni.

Monday, August 25, 2014

Salah Plan

I'm in KK now. Reached here yesterday. Urusan thesis masih belum selesai. Not exactly salah plan sebab dah plan yang terbaik but kita merancang, Allah yang tentukan. Patut urusan thesis dah selesai 2 minggu lepas but it didn't turn out that way. Now bercuti 'kononnya' walaupun urusan penghantaran thesis belum selesai. Sigh!

If I knew things turn out this way, I would only fly today. The training is tomorrow until Thursday. Flight back is on Friday. I could just extend to Sunday or Monday if I want to and invite Mas (my classmate) for holiday celebration. If I could foresee the turn of events, I'd wait for Mas this morning and either go together to send our thesis or pass to her. Then only proceed to airport. But since things has been this way, make the best of the situation.

Dinner: Umai, prawn, ulam tomato & ulam mangga.

Rambang Mata...
Kalau beli dengan harga RM1776 pun org ingat barang Mydin gak hehehe...

So shopping I went yesterday, rest, reflexology and massage, nice dinner.... alone! Quiet 'me time'. I'm a master at that remember. Alhamdulillah despite everything, I managed to make the best of the situation. So Mas is to get key from my husband today, go to our house to get the already completed hardbound thesis, forms and softcopy in CD that I've prepared, and send it to CPS office. May Allah make it easy for her.

As for me, I'm actually amazed I can remain calm and relax when training is tomorrow and situations are as it is. Normally if there's training, I'd feel rushed to ensure everything went smoothly. Continue with last minute preparation and things like that. Either I've grown old to worry about things unnecessarily, or I've mastered the training that it didn't worry me anymore. Whatever it is, I'm at peace and making the best of the situation. Alhamdulillah.

Saturday, August 23, 2014

The Final Lap


And now.... the end is near....

Bitter sweet journey.

I have been quiet. I have been extremely busy too. I have been stressed with outstation training AND the looming deadline with the mishaps and whatnot... sigh! Maybe another entry of the mishap if I'm in the mood.

Alhamdulillah we managed. Between me and my classmate.... and my husband, we juggled with sending and collecting the thesis here and there.

Managed to get the hardbound copy done in one day today and burn the CD for softcopy at the shop.... now is just the matter of final submission. May Allah make it easy for us till convocation time.

I can go outstation tomorrow with a 'relief, stress-free' frame of mind.

Sunday, August 3, 2014

Emotional and Panic Because of Statistics

Perlu tulis pengalaman ni sebab betul2 buat panik sekejap tadi. I've always known my data to not have normal distribution. Slightly skewed and with outliers in one of the levels tested. Dulu my friend ajar untuk tulis  "imperfections of normal distribution can be compensated by the robustness of parametric test ANOVA". Dah tulis dah. Without citation. Bila dah terima for correction ni my supervisor comment ayat tu takder citation. Betul jugak tu. Tanya my friend dia dapat dari mana dia tengah busy pulak. Dok Google sekali terjumpa pasal what to do with non normal data distribution. Memang panjang lah cerita nya. Waaaa.... matilah kalau kena rewrite balik part results and findings tu. Bukan sikit2 tu sebab flawed assumptions so semua akan effect. Cari2 lagi info and akhirnya jumpa 2 paper yang support statement yang my friend ajar tu. Famous jugak paper2 tu sebab beratus jugak yang cite them. Ya Allah syukur Alhamdulillah. Seriously tadi teringat habislah thesis kena reject. Writing style excellent pun tak guna. Haaaa... sekali tu rupanya statisticians ni pun ada bermacam2 mazhab. Pilihlah yang sesuai utk kegunaan kita. Hmmm... nasib tak kena heart attack tadi. Emotional upheaval sekejap.

Antara Raya dan Tak Berapa Nak Raya


Genggaman erat tangan FIL and MIL di hari raya :) Inilah tangan yang dah menempuh pelbagai dugaan untuk membesarkan anak2 seramai 12 orang, bertungkus lumus mencari rezeki.  FIL and MIL bukanlah jenis romantik2 ni. Kerja K.Long lah ni menggayakan diorang untuk diambil gambarnya oleh anak cucu. Apa2 pun FIL and MIL sporting jer melayan kerenah anak2 dan cucu2.

Accept for the case of my missing phone charger and cik T in the room, Raya was uneventful. Bermacam cara dah dibuat nak hilangkan cik T di rumah MIL tapi masih ada juga nampaknya. Hampir2 kena silat bila hubby terkejut hehehe... The only big decision I have to make is whether to continue the long Raya holiday or returned home to complete my thesis correction.

I submitted my thesis on Monday early morning before 9 a.m., the week before Raya and received them on Thursday. Can you imagine how fast that was? Normally examiners have like a month to mark. My second examiner completed marking on Tuesday i.e. the next day. My supervisor completed it on Thursday. The office called me to collect at around 3.30 p.m. saying they're closing at 4.00. I was like... really??? They expect me to flew there? Thankfully hubby was around the vicinity and they are willing to send to hubby since hubby's in a meeting and he can't leave. So that's how I got them back before Raya and have to do correction based on their comments.

I returned home on 3rd Raya with a heavy heart. Memang dah plan dari dulu lagi if I have to complete my thesis, tak boleh raya lama2. My earlier plan was to submit after raya before dikejar bagai nak rak to submit earlier. I was in JB for a week-long system training when I received call from them suggesting Friday deadline after my return from JB. Itu pun dapat extend and I finally submitted on early Monday morning. However, bila dah start cuti raya rasa berat pulak nak cut the holiday short. Anyway, I'm glad I did sebab the major correction semua dah siap insyaAllah Alhamdulillah. Tinggal APA format jer yang belum complete pembetulan. The format correction will be done by an expert in CPS office. Siapa yang tak nak buat pembetulan sendiri, boleh bayar $5 setiap 1 page. If only I know how to do it myself. Setakat yang biasa2 tu bolehlah tapi yang jarang encounter like citing online newspaper or newspaper article tu tak reti nak buat. Hopefully he's available in short notice. But whatever I can, I'll try to do it first. Tak nak lah nanti thesis kena reject sebab my margin is 0.02 inch less than the required format or line spacing not done correctly or citation tak betul. Ini kerja tak produktif ni membetulkan format but that's the reality of doing research.

Apa2 pun bila dah setel semua chapters and dapat feedback ni baru lah betul2 jelas apa content yang patut ada dalam semua sub-topic tu. Kalau tidak, mana tau apa2 melainkan ikut2 contoh yang ada. Nasib baik my classmate who is a lecturer baik hati bagi her thesis as reference. My supervisor's thesis pun ada as reference.  I bukan rajin sangat asyik2 nak gi ngadap supervisor. My supervisor pun tak rajin nak buat face to face consultation. We communicate a lot through WA and email jer. Sekarang baru nampak jelas dan nyata and makes me appreciate setiap bahagian tu for a more scientific explanation. Gitu ler rupa gayanya nak buat research ni.

Nampak tak? Nampak tak? :D

Hati berbunga2 bila baca 1-2 feedback yang positive walaupun correction banyak juga kena buat. Itu baru dapat pujian manusia. Belum lagi pujian dari Allah swt. Agaknya kalau kita terima instant feedback on our good deeds sure lebih bersungguh untuk buat baik and pleases Him. Tapi feedback cuma akan diterima di akhirat nanti. Sekarang ni feedback yang ada cuma dalam bentuk yang indirect. Contohnya diberi keberkatan rezeki.... walaupun duit tak banyak tapi rasa cukup, diberi keberkatan masa... walaupun kerja banyak tapi dapat disiapkan, diberi kasih sayang suami/isteri dan anak2 dalam rumahtangga. Ada juga feedback dalam bentuk yang nampak sukar seperti perang di Gaza tu, kehilangan orang2 tersayang... atau kesusahan2 lain. Itu juga tanda Allah sayang kerana apa jua perkara yang membuatkan kita lebih dekat kepada Allah ialah tanda Allah sayang. Kalau dibiarkan hanyut dengan keseronokan dunia, tanda Allah tidak pedulikan kita Nauzubillah.

Sambil menyiapkan thesis ni, sempat juga berpuasa Syawal. Harini dah masuk hari ke4. Kalau tiada aral boleh lah genapkan 6 hari by Tuesday. During Ramadhan haritu dah raya awal 5 hari. Walaupun bersungguh2 berharap dapat solat Raya, dah pergi masjid bagai tapi macam tak berapa berjaya. Nak ziarah kubur anakanda pun tak sempat lah. Balik2 bila timbang, berat dah naik balik :( Bila puasa jer baru berat turun. Water weight jer lah tu. Sigh! Semalam rebus ketupat segera, buat sambal ikan bilis and makan dengan serunding masa berbuka. Sebenarnya rasa tak puas makan ketupat tahun ni sebab raya pertama dah habis and memang tak makan sangat pun masa raya sebab dah berazam tak nak makan melampau. Cukup sekadar kenyang biasa2 jer. Lagipun tahun ni semua giliran beraya di rumah MIL maka cepatlah habis ketupat dan lemang yang ada. Dalam cuba nak makan ala kadar tu pun berat naik jugak :(

Since thesis dah boleh dikatakan complete ni maka harini ialah hari mengemas rumah. Dari balik haritu pandang jer habuk2 tu. Kalau tiba2 ada orang datang beraya, sure tak bagi diorang masuk sebab rumah macam tongkang pecah pun ada, macam orang baru pindah pun ada. Baju2 berlipat bersusun kat sofa belum sempat diangkat. Beg2 balik kampung pun belum simpan. Rumah tak bersapu luar dalam. Pasu bunga pun dah naik pokok2 liar. Hiasan2 untuk raya, kuih raya, semua takder. Except langsir yang dah ditukar, lain semua tak sempat nak buat. Janganlah ini semua disebabkan tiada keberkatan masa Nauzubillah. Anyway, harini lah masa yang ada nak buat semua tu. Lewat petang ni dah nak ke MLK semula untuk fetch hubby yang nak balik esok. Esok juga dah nak buat kerja printing dan lusa deadline untuk hantar for proofreading and grammar correction, and ke CPS office for format correction. Semoga dipermudahkan.

Tuesday, July 22, 2014

Early birthday present...


The above is early birthday present from me... to me... yesterday. Alhamdulillah... after so many years, study break, 'missing' supervisor hehehe... the last few days have been zombie-like. Operate at maximum focus for single task. If only my eyeballs could pop-out from staring too long at the computer screen, it would. Dari lepas sahur straight sampai zohor. Short nap, solat and short rest, quickly cook for iftar, or reheat what's available and once went to hubby's company iftar. All the while focusing on my single goal.

I can't describe the feelings when I printed the documents on Sunday. Perasaan BEST only can be experienced after going through the ordeal. Alhamdulillah... TQ Allah. Hubby kata dah mcm buat PhD punya lama. Tak per lah. Baru bererti dan terasa susah payah kan. Walaupun banyak masa rileks dan ngelat jer... tu yang kena pulun last minute. Semoga dipermudahkan lepas ni. Baru nak cek. Belum setel sepenuhnya lagi.

Dah berangan2 nak buat permanent head damage program pulak hahaha... tapi usha2 nampak takder yang menarik output nyer. Yang penting ialah output kan. Macam yang ni hajat lain tapi supervisor yang wujud limited sangat. Dah nyer relevant juga lah dengan my training topics tapi harapan mula2 dulu lain. Masa tu belum tau lagi liku2 post grad camaner. Very idealistic lah kita ni. Apa2 pun it has been a great learning experience and wonderful friends met along the way.  

Monday, July 14, 2014

Malam Nuzul Qur'an

Antara menu2 minggu awal puasa...

Hajat hati nak masak di rumah, focus on Ramadhan activities and embrace Ramadhan like never before. Sigh! Kadang2 impian tak jadi kenyataan. Minggu kedua dah kena outstation 5 hari untuk urusan kerja tapi total number of days tinggalkan rumah ialah 10 days. Transit at hubby's hometown coz nearer to outstation location. MIL, FIL tak sihat. Two BILs warded. One confirmed dengue. Another one suspected dengue. Hopefully they'll get well soon. Ni dah masuk minggu ketiga. Macam2 di rancang untuk aktiviti Ramadhan haritu. Tidak semuanya kesampaian. My uni gave a call last week and giving a very tight deadline for my long overdue thesis. Hopefully semuanya berjalan lancar kerana kebetulan no more training sampai raya. Memang full focus on thesis. My supervisor pun tengah mark drafts and returning it to me in stages. Hubby pun tengah melayan tight deadline for two tender documents apart from existing work. Walaupun diharapkan kesemuanya berjalan lancar, ada juga yang tak berapa nak lancar.

Bila emosi dan rasional orang ni berbeza2, memang susah nak faham emosi dan tindakan orang yang nampak tak rasional pada kita. My rasional sangat senang... what works, what met the objectives, what's better in Allah's eyes. Contoh nya, tak perlu nak patuh pada sesiapa yang mungkin membuatkan kita mengundang kemurkaan Allah. Dan seperti yang selalu berlaku, doing what's right can be unpopular. What seems right to us may not seem right to others. Kita nampak benda tu senang takder apa2. Orang nampak perkara tu komplikated dan bagi reaksi luar jangkaan. 

Terkenang what I've written about marriage zaman single dulu2. Memang some of the points are true. Just that if marriage makes us closer to Allah, then do get married. Our Prophet Muhammad s.a.w has narrated that marriage completed half of the deen. There's profound wisdom in that. Sometimes as a wife, we do things only because of Allah. Even when you love someone, sometimes they make you mad, and sometimes they make you sad. Only because of Allah you do things or act in a certain way. It would be great when you do things because of Allah and because of the love for your husband. But if you choose to do things ONLY for the love of your husband, they may not love you one day. But if you do things because of Allah, Allah is Ar-Rahman and Ar-Rahim to his 'abd and will love us till Jannah.

Hopefully the knotted thread will unravel itself. Too many world issues requiring our doa now. Can't just focus on our problems. They're nothing compared to Rohingyas, Syrians and Palestinians issues. 

Sunday, June 29, 2014

1st Ramadhan 2014

Pagi tadi sahur tak seberapa. Mula2 nak buat nasi goreng tapi gas habis pulak. Dari dapur gas, beralih pula ke dapur elektrik. Ada gas spare tapi tak berapa nak rajin tukar pagi tadi. Nak cepat. Tak berapa nak selera ditambah dengan masa yang tak berapa nak ada, makan sikit jer. Yang penting dah minum susu dan makan kurma. Air kosong pun dah minum dengan vitamin2 yang perlu. I wasn't a milk drinking person.  Tapi my friend beria promosi susu kambing wildan so beli juga lah dan dek sebab manfaat susu kambing tu maka digigihkan juga untuk minum. Boleh lah nak masuk ditekak ni.

Masih tak berapa sihat dan selera pun tak berapa nak ada. Terasa macam masa pregnant dulu. Orang lain pregnant beria makan dengan alasan pregnant. But I only eat untuk kenyang dan demi baby. Kalau makanan macam2 ada tapi nikmat selera tiada, tak guna juga kan. Jadi hargai lah nikmat selera. Mungkin setakat nasi dgn ikan kering dan kicap tapi kalau ada selera, tetap sedap. Apa2 pun Alhamdulillah diberi rezeki untuk hilangkan lapar, dapat tenaga untuk beribadat.

Tapi tiba2 pagi ni datang selera pulak nak makan rendang ayam. Harap2 jadi ler kerja merendang petang ni. Tadi sempat melayan darling boy Adib.  Kelakar betul. Mula2 dia cakap puasa walaupun dah banyak kali sahur. Lepas tu cakap kat dia kalau puasa tak leh nenen. Terus tukar ngaku tak puasa hehehe...

Ada jemputan2 berbuka. Camaner yer? Kali ni dah niat bukan nak berbuka beria tapi lebihkan amalan. Kalau pergi jemputan, mungkin tak dapat beribadah macam biasa. Menghadiri jemputan pun ada barakah nya. Menyampaikan hajat yang menjemput nak menjamu kita sempena Ramadhan kan. Hmmm... tengok lah nanti camana kita boleh adjust. Mungkin lepas ni masyarakat kena jadi lebih peka dengan cara berbuka yang lebih baik. Makan ala kadar dan solat jemaah, tadarus Al-Quran yang lebih penting.

Friday, June 27, 2014

Doa Yang Indah Menyambut Ramadhan

Ya Allah Ya Tuhan kami...

Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya...
Karena hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan...

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezeki nya Ya Allah...
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah...
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurniaanMu
Karena janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan...

Ya Allah...
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah...

Ya Allah...
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami...
Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Batin pada semua
Selamat menunaikan ibadah Ramadhan...
Semoga Ramadhan kali ini bisa menjadi Ramadhan kita yang terbaik.
Aamiiin Allahummaa Aamiiin..

Terjumpa this beautiful doa in FB. MasyaAllah... biiznillah.

Dalam menanti kemeriahan Ramadhan, hati ini teringat sesuatu... mereka2 yang tiada di sisi. Dan terjumpa pula gambar ni untuk memberi kesedaran. Ya, doakan yang baik2 aje. Appreciate those who stay for the ride. They are the most important.


Harapan hati juga agar keadaan diri bertambah sihat. Sejak balik dari Tok Bali keadaan tak menentu. Selsema, sakit tekak, badan rasa nak demam, tersekat tulang ikan pulak dah lah tekak sakit dan sekarang dah tambah batuk2. All not good for my asthma.  Sigh! Ya Allah, berikan lah hambaMu ini kesembuhan.

Wednesday, June 25, 2014

Fridge Stocked


Best jer rasa bila fridge dah penuh dan teratur camni. Ada daging, ayam, 2 jenis ikan, udang dan santan. Semua dah masuk dalam tupperware 2-3 bahagian so senang nanti nak masak. Sayur2an ada dibahagian bawah ler. Takkan kat freezer plak.

Kos beli di pasar borong:-

Daging 0.6++kg $16
Ayam 1 ekor $11
Udang 0.5kg $15
Ikan parang 1.2 kg $16
Ikan kerisi 1kg $7
Sayur2an $20
Santan 1kg $3.50
Total = $88.50

Tuesday, June 24, 2014

Menu Ramadhan - My Version

Merata2 orang kopipes pasal menu Ramadhan. Macam best tapi bila tengok agak high profile some of the menu... tak jadi ler nak ikut. Baik buat menu sendiri. Guidenyer... makan untuk sekadar kenyang dan masih mampu nak beribadat lepas berbuka. Juga tak perlu banyak kerja2 remeh. Kari is out kerana faktor angin yang boleh mengganggu ibadat hehehe... Sebenarnya dah perut kosong seharian, pasti akan ada faktor angin ni. Tapi rasanya kurang sikit kalau berbanding lauk kari kut.

Hubby pun dah bagi cadangan beli 1 lauk 1 sayur jer masa berbuka. Tapi nanti terikat dan terkejar2 dengan masa nak pergi bazaar pulak and kadang2 tak berapa nak ada lauk yang ikut selera kita. Atau terlebih beli ikut nafsu. So kita flexible lah. Yang mana rajin kita masak. Kalau tak larat, kita beli. Dan second week tu almost whole week outstation dengan hubby. Semoga Ramadhan tahun ni better dari tahun2 sebelum ni. Syawal pun insyaAllah plannyer nak puasa 6 puasa sunat dulu. Nanti kemudian2 baru buat puasa ganti. Sebab Alhamdulillah dah terbukti kalau hendak seribu daya. Dah berjaya ganti puasa 20 hari dalam masa yang agak singkat.

Menu ni mungkin akan di revise sebelum pergi shopping di pasar. Sebab masa nak pergi beli baru fikir betul2 kubis ni boleh bahagi 2-3 kali masak. Bahan2 lain pun begitu. Penduduk dah 2 orang jer kat rumah ni so tak perlu masak banyak2. Kalau ada lebih, simpan dalam fridge. Bila hubby takder, kita panaskan jer mana lauk yang ada. Lagi cepat hehehe... Ayam tetap kena beli sekor kalau di pasar. Bahagi2 kan siap2 dalam tupperware. Timun kita standby kalau habis lauk sayur masa berbuka, timun standby untuk sahur.

The Menu...

1. Asam pedas ikan parang
2. Kangkung goreng

3. Ayam masak sos tiram
4. Kacang panjang goreng bercili

5. Sawi masak lemak putih
6. Ikan goreng
7. Sambal ikan bilis

8. Ikan cencaru bakar + air asam
9. Sup sayur campur
10.Sambal tahu

11. Daging masak black pepper
12. Sayur taugeh

13. Tomyam campur
14. Kailan goreng
15. Telur dadar

16. Sambal udang
17. Kubis panjang masak lemak putih

18. Ayam masak lemak cili api
19. Goreng kubis

20. Sotong masak kunyit
21. Kacang panjang goreng bercili

22. Asam pedas daging
23. Bayam goreng

24. Ayam masak lemak cili api
25. Goreng kacang panjang
26. Tempe goreng

27. Ikan goreng berlada
28. Sawi masak lemak putih

29. Daging masak sup
30. Sambal cili merah
31. Kailan goreng

32. Udang masak lemak nenas
33. Sayur buncis

34. Asam pedas daging
35. Sayur kacang panjang

36. Siakap stim
37. Sayur campur
38. Sambal cili merah

39. Daging masak lemak cili padi
40. Sawi goreng

Pengalaman Naik Teksi Di Tok Bali

Minta hotel panggilkan cab to send me to the airport petang pukul 6.30 petang. My flight was at 8.50 p.m. Yang datang petang tu kereta biasa bukan teksi. Pakcik tu kata teksi dia rosak. I asked, resit ada tak ni? Saya nak resit. Aloh resit takdok. Tinggal dalam teksi. Aduhai pening... kalau tak naik pukul berapa pulak nak sampai airport. This is Tok Bali. Bukan town center. I asked boleh tak pinjam resit kawan2 ker. Saya perlukan resit. So naik juga lah kereta tu dengan perasaan geram. Kalau dah tau teksi rosak bagitau lah hotel. Macam takder teksi lain. Buat kita yang terdesak ni macam kena paksa jer. Dah lah nak charge $100. Masa datang kena $63 jer. Dia kata mari dari Kuala Besut lah... sini susah dapat teksi lah.

Sampai di airport dia cakap dengan sorang kawannya and dropped me off. Katanya nak parking dulu. Nanti dia datang. I doubt it.  Nasib baik kawannya nak tuliskan resit. Mula2 dia letak $72. Eh, tadi dia minta saya bayar $100. Macamana ni kata pakcik tu. Kalau teksi berlesen ni kena $72 jer kalau ker airport. Tu teksi sapu tu katanya. Mana saya tau. Hotel yang panggilkan dan itu yang datang. Memang geram tak habis dengan teksi tu. Sangat2 menyusahkan orang. Halal sangat lah duit $28 itu. Ada another group yang akan balik next day. Nanti resit diorang $72 and mine $100. Tapi dah bagitau pengurus program lah keadaannya dan mintak diorang make sure authorised teksi yang datang.

Tengok Cerita Cinta

I was browsing my FB last night after watching a movie "The Monuments Men" with hubby. Nampak promo di hypptv macam best so we downloaded it and watch. Nak tau best ker tak? Hubby probably slept through half of it and I didn't realize it initially. Then he make comments the story having a slow storyline. We paused the movie during azan and I went up for a while. When I came down hubby was asleep and tv was still on paused mode. That's when I catches him falling asleep. We stopped halfway for prayer and to go out and have dinner. The movie was OK for me. Just wanted to know how the story ends.

After movie ends, hubby was changing channel and he stopped at this Malay drama PA Cinta. Then I teased him, "woooo tengok citer cintaaaaa...." dengan penuh gaya gedik hahaha... very shallow love story but OK if you're watching it just for fun. Sampai habis tak tertido pun... Waaahhh dalam hati ada taman... teruk ler hubby kena bahan semalam hehehe... We have stopped our Astro subscription because we rarely watched TV. Last day was on 16th June. It was under my name and I probably have used astro for almost 15 years. But yesterday both of us was under the weather. It was also hazy. So no lying under the stars outside last night watching the moon or the stars. That's why we stayed indoor. I'm nursing my flu and sore throat, hubby's temperature was up and down. He was OK for a while after taking panadol. Jadi layan lah citer cinta orang2 muda tu. Sesekali OK jugak. Gelakkan mat salleh mana ntah jadi Papa Johan takyah susah2 berdialog. New hubby to the datin. Kena buat memek muka jer lepas tu guna vacuum hahaha...

Busy days were over for me... for now. Haritu sibuk dengan pemantauan and training.  I haven't done pemantauan for quite a while. It was tiring but fun going to new places. I went to Tuaran, Miri, Kuala Muda, Chenderoh and Gopeng. In Tuaran, the camp only conducted half-day session that day. I can't wait as I'm going to Miri the next day so it was just like another holiday for me. Reached KK airport around 10.30, rent a car, reached Tuaran almost noon and met the camp commander. Spend about an hour there before leaving and reached hotel at 3. After a short rest, went to Philippine Market and got stuck for 2 hours at a stall selling bangles. WA the pictures to my family group and they were ordering through pictures I sent them. Another fun session and thankfully not so busy during that time so the shopkeeper also entertain me taking pictures and what not.

Reached Miri next day. Thankfully session was on so managed to do what I'm supposed to do. The week after went to Kuala Muda. I drove from my place after Subuh and reached there at about 10.15. Really determined not wanting to come a day earlier as I prefer the comfort of home. In the evening, stayed at Taiping. Nice place. Really tired I didn't go anywhere. Next morning, straight to Chenderoh. It was hot. Started feeling  out of sort by the time I reached ipoh hotel in the evening. I brought bread and maggi cup as a backup. Taiping was a proper hotel with room service. Ipoh hotel I stayed was the new hotel in the middle of town with no restaurant and no room service.  Thank God for my backup plan. Eateries were just nearby though. KFC and Pizza Hut was just below the hotel. I just didn't have the energy. These days, whenever I felt not OK I'll take the soluble vitamin C. Seems to work wonders most of the time. So feeling better the next day, went to Gopeng and then drive straight home.

Darling boy Azim was at home after their Tawau trip. The rest went back to hometown. End of the week will be hubby's company mini family day at Janda Baik and the whole group will be at my place again. Then 2 days training in KL and I have to flew to KB the second night, continuing 2d1n training session there. Masa pergi dah start rasa sakit tekak. Not enough sleep. Reached there after midnight. The next night can't sleep early as I have to start writing evaluation for 24 participants. Luckily another trainer handles the other 27 people. Mana ada masa terluang memang tak disia2kan in between the pack schedule, sebab nak balik malam after last day training. Otherwise have to spend another day and I thought that would be a waste. Half day gone sebab traveling jer. Tak per lah berpenat2 sikit. Reached home after 11. First time kena naik cab dari klia2. Gila jauh kena berjalan pusing sampai you can see the plane from the other side. Makan juga Vitamin C soluble since haritu but belum sihat sepenuhnya. Also bought something for my sore throat. The haze is not helping my asthma. Thank God training this week has been postponed to after Raya. Malam ni tengok lah kut ada lagi cerita cintaaaaa... yang hubby nak tengok hehehe...

Wednesday, May 28, 2014

Alergik Pulut

2 hari jadi fasilitator untuk 1 kursus ni. Makanan dia memang tak pernah dibuat dikursus2 lain. Lunch hari pertama kari kepala ikan. Bajet utk sorang satu kepala ikan tu. Kau pernah gi kursus dapat kari kepala ikan gitu? Semalam pulak siakap 3 rasa. Boleh kongsi ler kalau nak sebab sure tak habis pun melantak sorang2. Tea break petang ada lah kuih comel2 jer. Satu pulut sambal kelapa, satu kuih bom. Alaaa yang dalam inti kelapa dan ada bijan kat luar tuuu...

Sebab pulut dia nampak comel sangat, amik ler satu. Biasanya memang ku tolak apa2 makanan pulut. Tapi comel sangat. Cute jer nampak. Bila sampai rumah rasa macam penat giler dan sakit2 sangat seluruh badan. Rasa macam perlu urut sangat2 dah. Kenapa ler teruk sangat padahal participants yang present while I evaluate them and comment ala2 juri professional jer. The day before sampai rumah segar bugar jer. Rasa macam boleh berlari lagi. Maka teringat lah akan pulut tu. Aduuhhh... pengajaran sangat..... awak tu TAK BOLEH makan pulut. Sigh! Itu lah akibatnya. Angin satu badan. Segala ruang sendi rasa tak selesa. Sakit kaki, sakit pinggang. Sebab letih sangat, tertidur awal. Kalau tidak, sure seksa tak boleh tidur melayan angin badan pusing kiri pusing kanan.

Mula2 tertidur di taman. Mula2 baring2 jer tengok hubby berdengkur hehehe... tapi sekejap jer dia berdengkur. Lepas tu dia bangun and ajak borak2. Sedar2 sendiri yang dah terlelap dan hubby ajak masuk dah kul 11 malam. Macam orang mamai agaknyer naik tidur. Sedar2 dah kul 5 lebih and sakit2 badan major dah hilang. Hmmm... itu yang penting. Dan peringatan untuk diri sendiri... NO PULUT for me yer. Now felt better though ada gak bahagian2 badan ni yang rasa kalau dapat urut lagi selesa. Rasa berbeza sebab dalam past few weeks ada rasa bertenaga macam nak berlari jer semangat nyer.

Lemang, wajik, pulut kuning dan segala macam makanan berasaskan pulut kalau dimakan, memang at own risk ler nampaknyer. Bersedia untuk angin satu badan.

Saturday, May 24, 2014

Online Groceries Shopping

Sebelum outstation 5 hari ke Sibu, sempat buat online groceries shopping. Waahhh... convenient sungguh. Pasaraya gergasi di tempat saya ni nama jer gergasi, kadang2 barang yang kita hendak takder. Jadi cubalah online shopping. Orang lain dah lama buat. Saya jer yang terhegeh2 baru nak cuba. Rasa macam lebih mudah kalau dapat pegang dan tengok sendiri. Lagipun ada 2 pasaraya besar dekat dengan rumah termasuk lah pasar borong. Tapi kali ni bukan nak beli barang2 basah. Actually boleh jer beli barang basah tapi since pasar borong dekat, rasa dapat yang lagi fresh di pasar. Groceries lain takper lah beli online.

Alang2 masa tu berharga dengan kerja bertimbun, baik lah cuba beli online. Senarai barang2 yang nak dibeli memang dah ada. Create account dulu, boleh browse category barang atau search jer. Bila disenaraikan  barang, boleh guna link 'see rest of shelf'. Jadi boleh compare harga dengan mudah. Yang mana berkenan, add to shopping cart. Haaa... serious tak berat2 pun shopping cart tu walaupun barang makin banyak :D Tapi tak boleh bayar online. Alasannya sebab harga mungkin berubah masa barang di shopping kan untuk kita. Contoh, beli kicap A. Tapi kicap A takder. Mereka akan substitute dengan kicap B. Harga mungkin lain. Kalau kita agree dengan the substitution kita ambil lah kicap B masa delivery. Kalau tak setuju, tak perlu ambil. Barang2 basah lagi lah sentiasa berubah harga. Standby jer kad kredit masa penghantaran. They don't accept cash.

Kita boleh booking masa untuk delivery. Sekali deliver they charge RM8 atau RM10 ikut slot masa yang kita pilih. Sangat2 berbaloi kalau difikirkan tak perlu redah jem dan bayar tol pergi balik. Masa terima sila periksa semua barang. Barang2 yang di substitute akan diletakkan dalam plastik berwarna lain. I received my order on Saturday. Walaupun no plastic day but all my things were in plastic bag. Yer lah kalau tidak camana pulak diorang nak hantar.  Lori tu ada bahagian freezer dia so barang2 beku tu remain frozen. In awe juga tengok driver tu pilih barang2 yang banyak tu dalam bekas2 plastic yang dah diasing2kan. Good system untuk dia uruskan delivery. Dan dia ada alat untuk charge our credit card. Maka setel lah urusan beli groceries before outstation. Alhamdulillah suka bila dapat selesaikan 1 item dalam To Do list dan bermacam2 barang dalam groceries list.


By the way, this was for last Saturday. Weekend ni kita lepak jer kepenatan balik dari Sibu.

Berpantang di NICU

Ramai yang menulis pasal berpantang di rumah tapi ramai juga yang tak berpeluang begitu bila baby ada masalah. Tergerak hati nak menulis pasal ni because a friend is currently berpantang sambil berulang ke NICU. NICU tu selalu penuh jadi boleh lah bayangkan ramai ibu2 yang tak dapat berpantang di rumah sepenuhnya. Bersalin normal atau czer, memang ibu jer yang boleh tunggu. Ayah boleh melawat masa melawat jer. Yang lain memang tak boleh masuk.

I was lucky sebab dapat katil untuk ibu so tak perlu berulang. Ada pros and cons nyer berulang atau bermastautin di NICU tu. Kalau berulang, masa di rumah dapat juga berurut dan berbengkung. Tapi hati tak senang bila teringat baby di hospital. Kalau bermastautin di hospital, badan memang tak terjaga tapi baby depan mata.

Untuk yang bermastautin, perkara yang perlu ada ialah bengkung yang mudah pakai, stokin dan minyak2 yang sesuai. Tshirt lengan panjang dan track bottom atau skirt paling mudah nak bergerak. Takkan nak berkain batik pulak dalam wad walaupun tak salah kalau nak buat. Sweater perlu bila sejuk. Better pakai tudung yang labuh so senang nak perah susu atau susukan baby. Ada kain tudung boleh cover mana yang patut. Air panas sentiasa ada disediakan when I was at NICU dulu so thermos tu tak penting sgt. Kecuali kalau malas bangun and pergi ambik jer. Botol air yang tahan panas bagus kalau ada. Bila rasa2 nak bengkak susu cepat2 tuam guna botol jer. Cepat dan mudah.

Makanan, hospital ada sediakan dan memang takder istilah pantang dalam makanan hospital. Bawalah makanan yang sesuai untuk orang pantang buat menambah selera. Dulu SIL ada buatkan sambal halia (blend halia dgn bilis). Buah oren bagus untuk digestion. Masa nasi sampai, memang dah sejuk. And I experienced perut angin tu mcm dah perkara biasa. Roti atau biskut dan milo 3 in 1 tu antara makanan yang perlu ada.

Barang2 untuk pam susu memang perlu. Bekas2 kecil tu dekat ward tak cukup so bawalah lebih. Kadang2 doktor tengah tengok baby, tak dapat bagi baby susu pada masa tu. Masking tape dan pen untuk tulis tarikh dan masa perahan pada bekas. Kat wad pun boleh minta tapi senang kalau ada sendiri. Kadang2 nurse busy. Lepas perah boleh simpan di freezer ward. Memang ada disediakan  freezer untuk simpan susu dan nurse ada senarai so diorang boleh ambil untuk kegunaan baby time feeding. Syringe memang boleh dapat di wad tapi kalau ada sendiri punya lebih mudah nak bagi baby susu yang dah diperah tadi. Teknik bagi baby minum susu yang diperah macam minum air dalam cawan pun boleh dibuat. Minta nurse ajarkan.

Pampers and baby wipes sangat perlu. Itu jer pun yang baby pakai. Kain bedung dan baju kena pakai hospital punya. Booties and mittens boleh standby kalau perlu. Kalau baby kena UV light, tak sampai hati tengok baby sejuk boleh pakaikan booties and mittens. Tapi kalau keadaan jaundice baby serious, pampers pun tak boleh pakai. Spray and cotton ball pun perlu untuk lap2 muka baby, dan cuci baby poo other than using wipes. Kat NICU macam mana nak mandikan baby. Memang pakai lap2 jer dan nurse ada time mereka untuk mandikan baby. Hospital ada sediakan bekas cotton ball with sterile water.

Masa arwah Adly, kul 10 malam time mandi. Kesian baby sejuk. When I find out about this, try untuk mandikan baby sendiri jadi buat lebih kurang jer biar baby selesa tapi tak ler basah2 sangat malam2 tu. Kadang2 terlajak masa luruskan pinggang sekejap and terlelap. Tengok2 dah mandi and baby tidur dengan nyenyak. So kalau ada cotton ball, boleh lap baby sendiri ikut time kita. Tapi tetap kena tunggu sebelah baby, otherwise kul 10 kena mandi lagi sekali. Kalau ibu takder, nurse buatkan ikut schedule dia. Termasuk susukan baby guna formula kalau ibu tak sediakan susu yang dah perah. Feeding time every 3 hours.

Katil ibu bukan sebelah cot baby so kadang2 bila dah penat sangat, luruskan pinggang dan terlelap sekejap. Tu yang terlepas time nurse buat kerja dia tu.

Other than that lots of zikir untuk tenangkan hati ibu.

Untuk yang berulang, lebih kurang sama jer keperluan. Kalau bawa makanan dari rumah yang boleh keep warm memang bagus. Tapi hospital memang ada sediakan makanan lebih untuk ibu2 yang berulang juga. Peralatan perah susu, cotton ball and spray, pad dan sweater untuk ibu dan barang2 lain ikut keperluan masing2.

Ibu yang duduk di NICU boleh jer keluar kejap gi cafe hospital ataupun balik rumah. Different than masa kat wad bersalin tak boleh keluar langsung. Tapi ikut lah tahap kritikal baby masing2 dan budi bicara sendiri. Ada jer ibu yang tak melawat baby langsung dengan alasan masing2 seperti takder transport, anak2 yang dirumah tiada siapa jaga, ibu sendiri tak sihat. Bersyukur dengan apa yang diri sendiri mampu buat bila dengar kesusahan orang lain. Ada juga ibubapa yang marah2 kenapa doktor tak release baby, ingat senang ker nak datang hospital, mereka tiada kerja lain ker, anak2 yang lain siapa nak jaga dan macam2 lagi. Tersentap juga tengok sikap ibubapa begitu. Tapi kita tak tahu masalah mereka jadi doakan yang baik2 untuk mereka.

So dalam berseronok nak dapat baby, persiapan berpantang dan barang2 baby, bersedia juga lah dengan kemungkinan untuk berpantang di NICU. Yang penting kita nak baby cepat sihat. Sambil2 tu, ibu kena berusaha sedaya mungkin untuk cepat sihat dan berpantang semampu boleh di NICU.

Saturday, May 17, 2014

Earning a Living or Making a Difference



I shared the above story in one of my WA group. Somebody commented, it begs the question - are we trying to "earn a living" or "making a difference"? I look at the comment in so many ways but the only meaning I get from that statement is... kerja gitu macam tak kelas. Setakat untuk hidup, not making a societal change. Or am I wrong? Tak kira lah apa pun pendapat orang. This is MY opinion.

1) Rezeki Allah bagi. No matter what kind of job you do.
2) He make a difference for every house he serviced and for his family where he sent the money and the economy of his country. That is a looootttt of difference. Mungkin kita2 yang sememangnya gaji besar ni yang earn a living and not making a difference. Tengok ajer lah GLCs and company2 besar tapi tak boleh untung. Dah pastinya sebab employee nyer dan shareholder nyer makan gaji jer. Untung tak untung, takder kena mengena pun dengan diorang. Tak peduli sebab kalau company lingkup kerajaan bail or boleh gi kerja makan gaji kat tempat lain pulak.

Lagi satu, ada terbaca pasal orang2 Malaysia yang dikatakan tak patriotik sebab kerja di luar negara. Huh! Bukan ke bumi Allah ni luas. Suka hati dia lah nak kerja di mana pun. Mereka tetap dapat pahala kerana mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga itu ialah ibadah, tak kira di mana pun kerana semuanya bumi Allah. Yang mengata2 orang tak patriotik tu dapat pahala tak? Kenapa perlu diletakkan boundary patriotisme itu dalam sempadan negara. Bukan ker kita turut bangga bila anak Malaysia mencipta nama di luar negara? Kalau tak masuk berita pun, mereka boleh berjaya untuk keluarga dan society tempat mereka berkhidmat. Bukan kah itu satu kebaikan. Bangla dan Indon hantar duit berjuta2 balik kampung. Apa salahnya orang kita yang kerja diluar sana pula hantar duit berjuta2 balik Malaysia? Bagus kan? Apa yang tak bagusnya? Nabi Muhammad saw pun berniaga sampai ke Syam. Tidak pula baginda tetap di Mekah kerana patriotik pada Mekah. Sahabat2 Nabi berhijrah ke merata pelusuk alam, baru lah tersebar agama Allah. Boleh kah agama Islam tersebar dengan luas sebegitu cepat kalau semua sahabat patriotik duduk di Mekah sahaja?

Friday, May 16, 2014

Misi Puasa

Ramadhan dah around the corner. Tandanya dah hampir setahun berlalu. Masa Ramadhan tahun lepas tengah mabuk dan lembik sebab pregnant.Walaupun tak selera makan dan kalau makan pun keluar semula, tak mampu juga puasa. Mula2 puasa juga sebab tak muntah atau muntah bila dah petang2. Makin lama makin awal pula muntah. Pagi2 dah lembik. Sekurang2nya dapat minum air dan makan biskut atau roti alas perut dapat juga lah tenaga sikit. Makanya 20 hari tak puasa. Dan sekarang ialah misi ganti puasa. InsyaAllah kalau selesai harini, dah 12 hari berganti. Kalau training minggu depan tak jadi, cadangnya puasa terus jer lagi 8 hari tu. Semoga Allah permudahkan.

Nikmat berpuasa memang lah ketika berbuka. Bila nampak iklan2 makanan dalam TV even on billboard tepi jalan, baca blog2 makanan from my gReader, gambar2 makanan dalam FB, semuanya nampak menyelerakan. Memang rasa sedap jer bila tercapai hajat nak makan sesuatu masa berbuka. Appreciate betul setiap ruang deria rasa lidah ketika dapat rasa makanan. Kalau tak puasa mungkin kurang sikit rasa happy bila dapat sesuatu makanan tu. Mungkin taken for granted jer dapat makan tu.

Bersyukur kita di Malaysia ni hampir pasti akan sentiasa dapat makan berbanding dengan orang2 kat tempat lain. Mungkin di tempat lain yang berpuasa atau tidak pun sama jer tiada makanan sampaikan menangis seorang ustaz bila ditanya boleh kah mereka berpuasa kerana nak berbuka tiada makanan, sahur pun tiada makanan. Semoga mereka diberi rahmat Allah dengan nikmat makanan di syurga kerana kesukaran yang dihadapi didunia. Semoga kita yang hidupnya mewah dengan makanan di Malaysia ni pun dapat rahmatNya dengan kelazatan makanan syurga yang tak tergambar dan terbayang.

Misi puasa in progress. Semoga berjaya mengganti sebelum Ramadhan.


Wednesday, May 14, 2014

Mother's Day Weekend and Holiday

Attended 2-days system training so I can train in future. Then received info darling boy Adib was down with fever. Sis has to work and hubby has 3-days team building to attend. I volunteered to babysit. Melayan kerenah budak demam memang lah amat mencabar. Kesian melihat tapi not much Mak Sue can do other than memujuk and melayan kerenah buah hati. First day, pukul 9 pagi dah tanya mak mana. Sigh! Layan lukis2, tengok kartun, and a big hug bila nangis lapar tapi tak nak makan. 2nd and 3rd day Alhamdulillah tak banyak kerenah. Lihat lah dalam demam2 pun bila Mak Sue kata nak ambil gambar siap buat peace lagi :)


Weekend Mak Sue dapat jumpa semua anak2 bujang Alhamdulillah. Bulan ni dan bulan depan birthday 3 orang. Pening nak fikirkan hadiah yang bermakna. Bagi cash memanglah paling senang tapi Mak Sue tengah cari idea apa yang special sikit. Ucapan mother's day and dapat sambut dengan family memang lah sangat2 bermakna.


Ada gak yang nak join bergambar sekali :) Dan dapat hadiah dari hubby.


Memggantikan yang hilang. Hampir sama tapi tak serupa. Yang lama batu 8, yang ini batu 5. Takper lah yang dulu sebab majlis reception bulan 8. Kali ni dapat ganti di bulan 5 :) Yang pasti kedua2nya ada kenangan tersendiri.

Sampai2 di rumah, banjir dalam rumah pulak :( Haritu dah jadi and dah panggil contractor datang tengok. Lepas tu takder pulak air menitik2 walaupun contractor belum buat apa2. Panggil contractor lagi sekali dan kemas2 apa yang patut sebelum travel lagi.


Kemudian bergerak pula ke Sungkai untuk bercuti. Dah dirancang dalam sebulan gitu. Tapi sampai2 jer hujan lebat pulak. Lepas lunch dan solat sambil berehat sekejap, hujan reda maka kami pun berpayung melawat2 kawasan sekitar.


Dah lama tak bergambar kaki sahaja :) Hot Spring Residence ni kalau setakat semalam memang OK sebab tiada apa tarikan sangat pun melainkan satu pool panas dan satu pool sejuk yang ada 2 gelongsor. Kami bersantai2 jer. Dalam hujan pun boleh masuk pool panas. Hari kedua cuaca OK jadi masuk pool air panas waktu awal pagi dan kemudian air sejuk sampai hampir time checkout. Banyak makan, termasuk makan aiskrim cuti2 ni. Balik2 bila timbang naik sekilo dan hubby pun kata tu lah dah kata tak payah pergi holiday hehehe... Holiday tetap holiday cik abang sayang. Part naik berat tu nanti kita adjust lah :D

Sampai rumah air dah menitik penuh dalam besen yang ditadah. Panggil contractor lagi sekali dan dia buat test lagi untuk cari punca. Suspected bebola kat tangki puncanya. Masih belum betulkan lagi tapi senang hati bila dah tahu punca. Pernah panggil contractor yang renovate rumah dulu, terus2 jer kata leaking dari tiles bilik air atas and dia nak buat waterproofing and everything will cost 3k. Hmmm... nasib baik panggil contractor lain.

Arini pulak ingatkan ada training lagi. Pagi2 dah gerak tapi halfway baru perasan harini 14hb. Training sepatutnya esok. Duh! Semangat sangat lah pulak hihihi... takper lah... dah balik rumah and kemas2 kain baju travel for the past few days and buat kerja apa yang patut.

Alhamdulillah... bersyukur pada Allah for the great time I've had for the past few days. Tak terfikir apa2 dan tiada expectation apa2 langsung untuk hari ibu. Cadangnyer nak berpuasa di rumah sambil buat thesis. Rupanya Allah ada perancangan lain yang lebih baik. Berpuasa pun dapat, thesis pun ada juga bergeraknya dan great time with family. Syukur Ya Allah.

Friday, May 2, 2014

100 Hari


Inilah pusara anakanda. Semalam genap 100 hari. Majlis ringkas diadakan untuk menaikkan nisan. Yang lebih utama sebagai kenangan untuk yang masih diberi izin untuk bernafas di bumi Allah ini bahawa inilah tempat bersemadi kita nanti. Tempat yang kelihatan aman di atas ini, hanya Allah yang tahu keadaan di alam barzakhNya. Kita juga dah diberikan gambaran keadaannya yang tak terbayang dek akal fikiran tapi percayalah akan alam barzakh itu, takut lah kita pada Allah akan seksaanNya. Yang penting anakanda selamat dari itu semua. Yang pasti anakanda pasti lebih selesa di sana. Tunggu ummi dan ayah yer sayang.

Semoga Allah makbulkan doa abang Adib semalam. Dengar tak abang Adib kata sayang adik Adly? Ya Allah hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Tuesday, April 29, 2014

Revive the Ummah and Do Small Things in Great Way

Notes from talk by Dr Halima Boukerroucha during Observation of Heart seminar.



Solat and other ibadah is not our main role in this world. They strengthen us and perfects us for our main role as khalifah i.e. to revive the ummah and give birth to the ummah.

Mother of Musa a.s., the wife of Firaun (Asiah) and the sister of Musa a.s. starts the revival of Israel ummah from the slavery of Firaun.

- Musa's mother trust Allah to release him in the Nile river.
- Asiah tries to break the rule of Firaun by asking him to keep and raise Musa a.s.
- Asiah later declares her belief in Allah, proving Firaun is not god to their people. She can keep quiet about her belief but she chose the best choice for ummah
- Hajar gives contribution to Muslim ummah way beyond her generation by putting her full trust in Allah, being patient and do her best when she's left alone with her son in the desert.

Challenges that prevents us from doing our role as Khalifah is the wrong concept that we carry of ourselves.

1) Do not wait till we are in a certain position (CEO of big organization or minister) to do good things. START whenever you are to make a difference.

Asiah, the wife of Firaun can choose to embrace Islam quietly and nothing will happen to her. But she chose to declare her religion for the people to see that as a wife to Firaun who declares himself as god, she declares her belief in Allah and prove that her husband is a mere mortal.

2) Free self from slavery of desires

Oh there's a lot... of worldly desires.

3) Do not link success to popularity

Likes in FB, number of friends, etc. Success in the eyes of Allah may not be seen as success in the eyes of people. We do not know what happen to mother of Musa when Musa a.s. succeed against Firaun. She's not as famous as mother of Isa a.s. Maryam. But she planted the seed of success for the religion.

4) Do not wait for things to get better until we do our best or for a man to motivate us. The father of Prophet Musa a.s. was never mentioned in the Quran. Asiah's husband Firaun is THE disaster and the husband of Hajar, even though a prophet but can't be there beside her. He can only come visit her and his son once a year.

5) We can't discover our ability and skills without vision and mission.

Sister of Musa a.s. has a vision and mission when entrusted by her mother to follow Musa a.s. in Nile river, one of the biggest river in the world. Logically their house can't possibly be near to the palace so she must have followed him for quite a distance and must navigate rocks and bushes till she saw him float into the palace. She's a fine intelligence officer for finding a way to get into the palace, finds out her brother refuses to breastfeed from other woman and then convinces the people in the palace that she knows someone who can breastfeed him, all without betraying her emotion that she's the baby's sister.

If we can't do big things, do small things in a great way.

During the 1960 revolution with the French in Algeria, hundreds of civilian massacred at night from the French army but the Alegrians can't retaliate or they will be seen as rebel. To prevent more attacks men stay guard on rooftop at night and inform the women the do "zaharid" to inform the neighbours when they saw armed men in their area. "Zaharid" is not an important skill that you can put in the resume but it managed to protect people's lives.

Monday, April 28, 2014

Tahniah Allah Beri Kesusahan

Congratulations on your hardship! We never hear people congratulating others when they are faced with difficulties. Sometimes people even wonder why bad things happen to good people. But in the Quran says "glad tidings to those who are patient when faced with difficulties". That is like congratulating someone who is facing hardship. Anything that takes you closer to Jannah is success regardless of pain or gain of this world (dunya). -from Yasmin Mogahed in Observation of Heart seminar-

Surah Al-Baqara, Verse 155:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

And We will most certainly try you with somewhat of fear and hunger and loss of property and lives and fruits; and give good news to the patient,

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Surah Al-Baqara, Verse 156:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Who, when a misfortune befalls them, say: Surely we are Allah's and to Him we shall surely return.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Surah Al-Baqara, Verse 157:
أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Those are they on whom are blessings and mercy from their Lord, and those are the followers of the right course.

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Sunday, April 20, 2014

Jalan Cerita

Selalu baca blog2 yang di follow through gReader dekat phone. Since Google disable Google Reader, ada step yang digunakan untuk import all the feeds to gReader. But with the new phone,  dah tak ingat dah step2 nya. Kena start from scratch build all the link. Ada blog yang boleh Google jer based on names. Ada yang dah berzaman tak di update. Ada yang dah letak password, for invited reader only. Since I'm only a silent reader, tiada lah invitation to join.
Most from zaman2 meriah berblog dulu and I love their writing. Tapi, tak per lah. Buat apa beria2 nak tau sangat cerita orang kan. Kalau ada cerita2 santai, OK kita baca untuk rest kan kepala sebab biasanya cerita2 ringan... interesting food, interesting places, funny stories. Reflecting on my blog yang dah bertahun2 wujud ni. Jalan cerita dulu tak sama dengan jalan cerita sekarang.

Jalan cerita sekarang banyak lebih berat dari cerita dulu. It's not necessarily a bad thing kerana dugaan hidup mematangkan kita, buat kita kenal diri sendiri and most importantly kenal Allah. Tiada apa yang lebih penting dalam hidup dari memikirkan kematian dan hari akhirat. Bukan bermaksud lupakan dunia. Allah suruh cari kedua2nya kan.

Esok genap 3 bulan Adly menunggu ummi di sisi yang Esa. Esok juga langkah pertama aktif mencari rezeki semula. Semoga diberi kekuatan dan semangat. Salam sayang buat anakanda.