Selalu baca blog2 yang di follow through gReader dekat phone. Since Google disable Google Reader, ada step yang digunakan untuk import all the feeds to gReader. But with the new phone, dah tak ingat dah step2 nya. Kena start from scratch build all the link. Ada blog yang boleh Google jer based on names. Ada yang dah berzaman tak di update. Ada yang dah letak password, for invited reader only. Since I'm only a silent reader, tiada lah invitation to join.
Most from zaman2 meriah berblog dulu and I love their writing. Tapi, tak per lah. Buat apa beria2 nak tau sangat cerita orang kan. Kalau ada cerita2 santai, OK kita baca untuk rest kan kepala sebab biasanya cerita2 ringan... interesting food, interesting places, funny stories. Reflecting on my blog yang dah bertahun2 wujud ni. Jalan cerita dulu tak sama dengan jalan cerita sekarang.
Jalan cerita sekarang banyak lebih berat dari cerita dulu. It's not necessarily a bad thing kerana dugaan hidup mematangkan kita, buat kita kenal diri sendiri and most importantly kenal Allah. Tiada apa yang lebih penting dalam hidup dari memikirkan kematian dan hari akhirat. Bukan bermaksud lupakan dunia. Allah suruh cari kedua2nya kan.
Esok genap 3 bulan Adly menunggu ummi di sisi yang Esa. Esok juga langkah pertama aktif mencari rezeki semula. Semoga diberi kekuatan dan semangat. Salam sayang buat anakanda.
No comments:
Post a Comment