Friday, April 4, 2014

Antara Lena dan Jaga

Kalau kita sakit terkena buatan orang, adakah sepenuh kesalahan diletak pada pembuat sihir? Ingatlah Allah yang mengizinkan sebagai ujian pada kita dan juga yang membuat sihir tersebut.

Kalau sakit kita semakin parah kerana silap doktor atau kakitangan perubatan, adakah sepenuh kesalahan pada mereka? Ingatlah Allah yang mengizinkan sebagai ujian pada kita dan juga pada mereka.

Tapi kalau mati dibunuh, hukum hududnya ialah mati juga pada si pembunuh kecuali waris yang hidup sedia terima ganti rugi. Walaupun mati itu takdir ketentuan Allah tapi dalam hal ni, terang2 dah dinyatakan hukuman atas dunia yang disebut dalam Al-Quran. Berbeza dengan 2 kes yang mula2 disebutkan tadi. Sama ada hukuman dunia atau akhirat, Allah yang Maha Mengetahui.

When you're in pain, remember this: that He knows what He's doing with you. -Yasmin Mogahed-

Kalau mata tak dapat lelap sedangkan badan dan minda teramat letih, adakah salah orang sebelah yang nyenyak dibuai mimpi? Ingatlah Allah jua yang mengizinkan lena dan jaga. Apa hikmahnya kenalah dicari jawapannya dari yang Maha Berkuasa. Bukan disalah pada sesiapa yang tidak sedikit pun dapat mengawal ketentuan fisiologi dan biologi diri sendiri, apa tah lagi orang lain. Itu lah faktanya.

Kalau hati tak dapat tenang, itulah tanda Allah mahu kita bertambah rapat dan dekat denganNya. Dia lah yang menjadikan hati dan dialah yang memberi ketenangan, kegembiraan, kesedihan dan segala perasaan sebagai ujian.


Orang rasional juga perlu emosi. Orang emosi juga perlu rasional.

No comments: