Wednesday, May 28, 2014

Alergik Pulut

2 hari jadi fasilitator untuk 1 kursus ni. Makanan dia memang tak pernah dibuat dikursus2 lain. Lunch hari pertama kari kepala ikan. Bajet utk sorang satu kepala ikan tu. Kau pernah gi kursus dapat kari kepala ikan gitu? Semalam pulak siakap 3 rasa. Boleh kongsi ler kalau nak sebab sure tak habis pun melantak sorang2. Tea break petang ada lah kuih comel2 jer. Satu pulut sambal kelapa, satu kuih bom. Alaaa yang dalam inti kelapa dan ada bijan kat luar tuuu...

Sebab pulut dia nampak comel sangat, amik ler satu. Biasanya memang ku tolak apa2 makanan pulut. Tapi comel sangat. Cute jer nampak. Bila sampai rumah rasa macam penat giler dan sakit2 sangat seluruh badan. Rasa macam perlu urut sangat2 dah. Kenapa ler teruk sangat padahal participants yang present while I evaluate them and comment ala2 juri professional jer. The day before sampai rumah segar bugar jer. Rasa macam boleh berlari lagi. Maka teringat lah akan pulut tu. Aduuhhh... pengajaran sangat..... awak tu TAK BOLEH makan pulut. Sigh! Itu lah akibatnya. Angin satu badan. Segala ruang sendi rasa tak selesa. Sakit kaki, sakit pinggang. Sebab letih sangat, tertidur awal. Kalau tidak, sure seksa tak boleh tidur melayan angin badan pusing kiri pusing kanan.

Mula2 tertidur di taman. Mula2 baring2 jer tengok hubby berdengkur hehehe... tapi sekejap jer dia berdengkur. Lepas tu dia bangun and ajak borak2. Sedar2 sendiri yang dah terlelap dan hubby ajak masuk dah kul 11 malam. Macam orang mamai agaknyer naik tidur. Sedar2 dah kul 5 lebih and sakit2 badan major dah hilang. Hmmm... itu yang penting. Dan peringatan untuk diri sendiri... NO PULUT for me yer. Now felt better though ada gak bahagian2 badan ni yang rasa kalau dapat urut lagi selesa. Rasa berbeza sebab dalam past few weeks ada rasa bertenaga macam nak berlari jer semangat nyer.

Lemang, wajik, pulut kuning dan segala macam makanan berasaskan pulut kalau dimakan, memang at own risk ler nampaknyer. Bersedia untuk angin satu badan.

Saturday, May 24, 2014

Online Groceries Shopping

Sebelum outstation 5 hari ke Sibu, sempat buat online groceries shopping. Waahhh... convenient sungguh. Pasaraya gergasi di tempat saya ni nama jer gergasi, kadang2 barang yang kita hendak takder. Jadi cubalah online shopping. Orang lain dah lama buat. Saya jer yang terhegeh2 baru nak cuba. Rasa macam lebih mudah kalau dapat pegang dan tengok sendiri. Lagipun ada 2 pasaraya besar dekat dengan rumah termasuk lah pasar borong. Tapi kali ni bukan nak beli barang2 basah. Actually boleh jer beli barang basah tapi since pasar borong dekat, rasa dapat yang lagi fresh di pasar. Groceries lain takper lah beli online.

Alang2 masa tu berharga dengan kerja bertimbun, baik lah cuba beli online. Senarai barang2 yang nak dibeli memang dah ada. Create account dulu, boleh browse category barang atau search jer. Bila disenaraikan  barang, boleh guna link 'see rest of shelf'. Jadi boleh compare harga dengan mudah. Yang mana berkenan, add to shopping cart. Haaa... serious tak berat2 pun shopping cart tu walaupun barang makin banyak :D Tapi tak boleh bayar online. Alasannya sebab harga mungkin berubah masa barang di shopping kan untuk kita. Contoh, beli kicap A. Tapi kicap A takder. Mereka akan substitute dengan kicap B. Harga mungkin lain. Kalau kita agree dengan the substitution kita ambil lah kicap B masa delivery. Kalau tak setuju, tak perlu ambil. Barang2 basah lagi lah sentiasa berubah harga. Standby jer kad kredit masa penghantaran. They don't accept cash.

Kita boleh booking masa untuk delivery. Sekali deliver they charge RM8 atau RM10 ikut slot masa yang kita pilih. Sangat2 berbaloi kalau difikirkan tak perlu redah jem dan bayar tol pergi balik. Masa terima sila periksa semua barang. Barang2 yang di substitute akan diletakkan dalam plastik berwarna lain. I received my order on Saturday. Walaupun no plastic day but all my things were in plastic bag. Yer lah kalau tidak camana pulak diorang nak hantar.  Lori tu ada bahagian freezer dia so barang2 beku tu remain frozen. In awe juga tengok driver tu pilih barang2 yang banyak tu dalam bekas2 plastic yang dah diasing2kan. Good system untuk dia uruskan delivery. Dan dia ada alat untuk charge our credit card. Maka setel lah urusan beli groceries before outstation. Alhamdulillah suka bila dapat selesaikan 1 item dalam To Do list dan bermacam2 barang dalam groceries list.


By the way, this was for last Saturday. Weekend ni kita lepak jer kepenatan balik dari Sibu.

Berpantang di NICU

Ramai yang menulis pasal berpantang di rumah tapi ramai juga yang tak berpeluang begitu bila baby ada masalah. Tergerak hati nak menulis pasal ni because a friend is currently berpantang sambil berulang ke NICU. NICU tu selalu penuh jadi boleh lah bayangkan ramai ibu2 yang tak dapat berpantang di rumah sepenuhnya. Bersalin normal atau czer, memang ibu jer yang boleh tunggu. Ayah boleh melawat masa melawat jer. Yang lain memang tak boleh masuk.

I was lucky sebab dapat katil untuk ibu so tak perlu berulang. Ada pros and cons nyer berulang atau bermastautin di NICU tu. Kalau berulang, masa di rumah dapat juga berurut dan berbengkung. Tapi hati tak senang bila teringat baby di hospital. Kalau bermastautin di hospital, badan memang tak terjaga tapi baby depan mata.

Untuk yang bermastautin, perkara yang perlu ada ialah bengkung yang mudah pakai, stokin dan minyak2 yang sesuai. Tshirt lengan panjang dan track bottom atau skirt paling mudah nak bergerak. Takkan nak berkain batik pulak dalam wad walaupun tak salah kalau nak buat. Sweater perlu bila sejuk. Better pakai tudung yang labuh so senang nak perah susu atau susukan baby. Ada kain tudung boleh cover mana yang patut. Air panas sentiasa ada disediakan when I was at NICU dulu so thermos tu tak penting sgt. Kecuali kalau malas bangun and pergi ambik jer. Botol air yang tahan panas bagus kalau ada. Bila rasa2 nak bengkak susu cepat2 tuam guna botol jer. Cepat dan mudah.

Makanan, hospital ada sediakan dan memang takder istilah pantang dalam makanan hospital. Bawalah makanan yang sesuai untuk orang pantang buat menambah selera. Dulu SIL ada buatkan sambal halia (blend halia dgn bilis). Buah oren bagus untuk digestion. Masa nasi sampai, memang dah sejuk. And I experienced perut angin tu mcm dah perkara biasa. Roti atau biskut dan milo 3 in 1 tu antara makanan yang perlu ada.

Barang2 untuk pam susu memang perlu. Bekas2 kecil tu dekat ward tak cukup so bawalah lebih. Kadang2 doktor tengah tengok baby, tak dapat bagi baby susu pada masa tu. Masking tape dan pen untuk tulis tarikh dan masa perahan pada bekas. Kat wad pun boleh minta tapi senang kalau ada sendiri. Kadang2 nurse busy. Lepas perah boleh simpan di freezer ward. Memang ada disediakan  freezer untuk simpan susu dan nurse ada senarai so diorang boleh ambil untuk kegunaan baby time feeding. Syringe memang boleh dapat di wad tapi kalau ada sendiri punya lebih mudah nak bagi baby susu yang dah diperah tadi. Teknik bagi baby minum susu yang diperah macam minum air dalam cawan pun boleh dibuat. Minta nurse ajarkan.

Pampers and baby wipes sangat perlu. Itu jer pun yang baby pakai. Kain bedung dan baju kena pakai hospital punya. Booties and mittens boleh standby kalau perlu. Kalau baby kena UV light, tak sampai hati tengok baby sejuk boleh pakaikan booties and mittens. Tapi kalau keadaan jaundice baby serious, pampers pun tak boleh pakai. Spray and cotton ball pun perlu untuk lap2 muka baby, dan cuci baby poo other than using wipes. Kat NICU macam mana nak mandikan baby. Memang pakai lap2 jer dan nurse ada time mereka untuk mandikan baby. Hospital ada sediakan bekas cotton ball with sterile water.

Masa arwah Adly, kul 10 malam time mandi. Kesian baby sejuk. When I find out about this, try untuk mandikan baby sendiri jadi buat lebih kurang jer biar baby selesa tapi tak ler basah2 sangat malam2 tu. Kadang2 terlajak masa luruskan pinggang sekejap and terlelap. Tengok2 dah mandi and baby tidur dengan nyenyak. So kalau ada cotton ball, boleh lap baby sendiri ikut time kita. Tapi tetap kena tunggu sebelah baby, otherwise kul 10 kena mandi lagi sekali. Kalau ibu takder, nurse buatkan ikut schedule dia. Termasuk susukan baby guna formula kalau ibu tak sediakan susu yang dah perah. Feeding time every 3 hours.

Katil ibu bukan sebelah cot baby so kadang2 bila dah penat sangat, luruskan pinggang dan terlelap sekejap. Tu yang terlepas time nurse buat kerja dia tu.

Other than that lots of zikir untuk tenangkan hati ibu.

Untuk yang berulang, lebih kurang sama jer keperluan. Kalau bawa makanan dari rumah yang boleh keep warm memang bagus. Tapi hospital memang ada sediakan makanan lebih untuk ibu2 yang berulang juga. Peralatan perah susu, cotton ball and spray, pad dan sweater untuk ibu dan barang2 lain ikut keperluan masing2.

Ibu yang duduk di NICU boleh jer keluar kejap gi cafe hospital ataupun balik rumah. Different than masa kat wad bersalin tak boleh keluar langsung. Tapi ikut lah tahap kritikal baby masing2 dan budi bicara sendiri. Ada jer ibu yang tak melawat baby langsung dengan alasan masing2 seperti takder transport, anak2 yang dirumah tiada siapa jaga, ibu sendiri tak sihat. Bersyukur dengan apa yang diri sendiri mampu buat bila dengar kesusahan orang lain. Ada juga ibubapa yang marah2 kenapa doktor tak release baby, ingat senang ker nak datang hospital, mereka tiada kerja lain ker, anak2 yang lain siapa nak jaga dan macam2 lagi. Tersentap juga tengok sikap ibubapa begitu. Tapi kita tak tahu masalah mereka jadi doakan yang baik2 untuk mereka.

So dalam berseronok nak dapat baby, persiapan berpantang dan barang2 baby, bersedia juga lah dengan kemungkinan untuk berpantang di NICU. Yang penting kita nak baby cepat sihat. Sambil2 tu, ibu kena berusaha sedaya mungkin untuk cepat sihat dan berpantang semampu boleh di NICU.

Saturday, May 17, 2014

Earning a Living or Making a Difference



I shared the above story in one of my WA group. Somebody commented, it begs the question - are we trying to "earn a living" or "making a difference"? I look at the comment in so many ways but the only meaning I get from that statement is... kerja gitu macam tak kelas. Setakat untuk hidup, not making a societal change. Or am I wrong? Tak kira lah apa pun pendapat orang. This is MY opinion.

1) Rezeki Allah bagi. No matter what kind of job you do.
2) He make a difference for every house he serviced and for his family where he sent the money and the economy of his country. That is a looootttt of difference. Mungkin kita2 yang sememangnya gaji besar ni yang earn a living and not making a difference. Tengok ajer lah GLCs and company2 besar tapi tak boleh untung. Dah pastinya sebab employee nyer dan shareholder nyer makan gaji jer. Untung tak untung, takder kena mengena pun dengan diorang. Tak peduli sebab kalau company lingkup kerajaan bail or boleh gi kerja makan gaji kat tempat lain pulak.

Lagi satu, ada terbaca pasal orang2 Malaysia yang dikatakan tak patriotik sebab kerja di luar negara. Huh! Bukan ke bumi Allah ni luas. Suka hati dia lah nak kerja di mana pun. Mereka tetap dapat pahala kerana mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga itu ialah ibadah, tak kira di mana pun kerana semuanya bumi Allah. Yang mengata2 orang tak patriotik tu dapat pahala tak? Kenapa perlu diletakkan boundary patriotisme itu dalam sempadan negara. Bukan ker kita turut bangga bila anak Malaysia mencipta nama di luar negara? Kalau tak masuk berita pun, mereka boleh berjaya untuk keluarga dan society tempat mereka berkhidmat. Bukan kah itu satu kebaikan. Bangla dan Indon hantar duit berjuta2 balik kampung. Apa salahnya orang kita yang kerja diluar sana pula hantar duit berjuta2 balik Malaysia? Bagus kan? Apa yang tak bagusnya? Nabi Muhammad saw pun berniaga sampai ke Syam. Tidak pula baginda tetap di Mekah kerana patriotik pada Mekah. Sahabat2 Nabi berhijrah ke merata pelusuk alam, baru lah tersebar agama Allah. Boleh kah agama Islam tersebar dengan luas sebegitu cepat kalau semua sahabat patriotik duduk di Mekah sahaja?

Friday, May 16, 2014

Misi Puasa

Ramadhan dah around the corner. Tandanya dah hampir setahun berlalu. Masa Ramadhan tahun lepas tengah mabuk dan lembik sebab pregnant.Walaupun tak selera makan dan kalau makan pun keluar semula, tak mampu juga puasa. Mula2 puasa juga sebab tak muntah atau muntah bila dah petang2. Makin lama makin awal pula muntah. Pagi2 dah lembik. Sekurang2nya dapat minum air dan makan biskut atau roti alas perut dapat juga lah tenaga sikit. Makanya 20 hari tak puasa. Dan sekarang ialah misi ganti puasa. InsyaAllah kalau selesai harini, dah 12 hari berganti. Kalau training minggu depan tak jadi, cadangnya puasa terus jer lagi 8 hari tu. Semoga Allah permudahkan.

Nikmat berpuasa memang lah ketika berbuka. Bila nampak iklan2 makanan dalam TV even on billboard tepi jalan, baca blog2 makanan from my gReader, gambar2 makanan dalam FB, semuanya nampak menyelerakan. Memang rasa sedap jer bila tercapai hajat nak makan sesuatu masa berbuka. Appreciate betul setiap ruang deria rasa lidah ketika dapat rasa makanan. Kalau tak puasa mungkin kurang sikit rasa happy bila dapat sesuatu makanan tu. Mungkin taken for granted jer dapat makan tu.

Bersyukur kita di Malaysia ni hampir pasti akan sentiasa dapat makan berbanding dengan orang2 kat tempat lain. Mungkin di tempat lain yang berpuasa atau tidak pun sama jer tiada makanan sampaikan menangis seorang ustaz bila ditanya boleh kah mereka berpuasa kerana nak berbuka tiada makanan, sahur pun tiada makanan. Semoga mereka diberi rahmat Allah dengan nikmat makanan di syurga kerana kesukaran yang dihadapi didunia. Semoga kita yang hidupnya mewah dengan makanan di Malaysia ni pun dapat rahmatNya dengan kelazatan makanan syurga yang tak tergambar dan terbayang.

Misi puasa in progress. Semoga berjaya mengganti sebelum Ramadhan.


Wednesday, May 14, 2014

Mother's Day Weekend and Holiday

Attended 2-days system training so I can train in future. Then received info darling boy Adib was down with fever. Sis has to work and hubby has 3-days team building to attend. I volunteered to babysit. Melayan kerenah budak demam memang lah amat mencabar. Kesian melihat tapi not much Mak Sue can do other than memujuk and melayan kerenah buah hati. First day, pukul 9 pagi dah tanya mak mana. Sigh! Layan lukis2, tengok kartun, and a big hug bila nangis lapar tapi tak nak makan. 2nd and 3rd day Alhamdulillah tak banyak kerenah. Lihat lah dalam demam2 pun bila Mak Sue kata nak ambil gambar siap buat peace lagi :)


Weekend Mak Sue dapat jumpa semua anak2 bujang Alhamdulillah. Bulan ni dan bulan depan birthday 3 orang. Pening nak fikirkan hadiah yang bermakna. Bagi cash memanglah paling senang tapi Mak Sue tengah cari idea apa yang special sikit. Ucapan mother's day and dapat sambut dengan family memang lah sangat2 bermakna.


Ada gak yang nak join bergambar sekali :) Dan dapat hadiah dari hubby.


Memggantikan yang hilang. Hampir sama tapi tak serupa. Yang lama batu 8, yang ini batu 5. Takper lah yang dulu sebab majlis reception bulan 8. Kali ni dapat ganti di bulan 5 :) Yang pasti kedua2nya ada kenangan tersendiri.

Sampai2 di rumah, banjir dalam rumah pulak :( Haritu dah jadi and dah panggil contractor datang tengok. Lepas tu takder pulak air menitik2 walaupun contractor belum buat apa2. Panggil contractor lagi sekali dan kemas2 apa yang patut sebelum travel lagi.


Kemudian bergerak pula ke Sungkai untuk bercuti. Dah dirancang dalam sebulan gitu. Tapi sampai2 jer hujan lebat pulak. Lepas lunch dan solat sambil berehat sekejap, hujan reda maka kami pun berpayung melawat2 kawasan sekitar.


Dah lama tak bergambar kaki sahaja :) Hot Spring Residence ni kalau setakat semalam memang OK sebab tiada apa tarikan sangat pun melainkan satu pool panas dan satu pool sejuk yang ada 2 gelongsor. Kami bersantai2 jer. Dalam hujan pun boleh masuk pool panas. Hari kedua cuaca OK jadi masuk pool air panas waktu awal pagi dan kemudian air sejuk sampai hampir time checkout. Banyak makan, termasuk makan aiskrim cuti2 ni. Balik2 bila timbang naik sekilo dan hubby pun kata tu lah dah kata tak payah pergi holiday hehehe... Holiday tetap holiday cik abang sayang. Part naik berat tu nanti kita adjust lah :D

Sampai rumah air dah menitik penuh dalam besen yang ditadah. Panggil contractor lagi sekali dan dia buat test lagi untuk cari punca. Suspected bebola kat tangki puncanya. Masih belum betulkan lagi tapi senang hati bila dah tahu punca. Pernah panggil contractor yang renovate rumah dulu, terus2 jer kata leaking dari tiles bilik air atas and dia nak buat waterproofing and everything will cost 3k. Hmmm... nasib baik panggil contractor lain.

Arini pulak ingatkan ada training lagi. Pagi2 dah gerak tapi halfway baru perasan harini 14hb. Training sepatutnya esok. Duh! Semangat sangat lah pulak hihihi... takper lah... dah balik rumah and kemas2 kain baju travel for the past few days and buat kerja apa yang patut.

Alhamdulillah... bersyukur pada Allah for the great time I've had for the past few days. Tak terfikir apa2 dan tiada expectation apa2 langsung untuk hari ibu. Cadangnyer nak berpuasa di rumah sambil buat thesis. Rupanya Allah ada perancangan lain yang lebih baik. Berpuasa pun dapat, thesis pun ada juga bergeraknya dan great time with family. Syukur Ya Allah.

Friday, May 2, 2014

100 Hari


Inilah pusara anakanda. Semalam genap 100 hari. Majlis ringkas diadakan untuk menaikkan nisan. Yang lebih utama sebagai kenangan untuk yang masih diberi izin untuk bernafas di bumi Allah ini bahawa inilah tempat bersemadi kita nanti. Tempat yang kelihatan aman di atas ini, hanya Allah yang tahu keadaan di alam barzakhNya. Kita juga dah diberikan gambaran keadaannya yang tak terbayang dek akal fikiran tapi percayalah akan alam barzakh itu, takut lah kita pada Allah akan seksaanNya. Yang penting anakanda selamat dari itu semua. Yang pasti anakanda pasti lebih selesa di sana. Tunggu ummi dan ayah yer sayang.

Semoga Allah makbulkan doa abang Adib semalam. Dengar tak abang Adib kata sayang adik Adly? Ya Allah hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.