Sebelum outstation 5 hari ke Sibu, sempat buat online groceries shopping. Waahhh... convenient sungguh. Pasaraya gergasi di tempat saya ni nama jer gergasi, kadang2 barang yang kita hendak takder. Jadi cubalah online shopping. Orang lain dah lama buat. Saya jer yang terhegeh2 baru nak cuba. Rasa macam lebih mudah kalau dapat pegang dan tengok sendiri. Lagipun ada 2 pasaraya besar dekat dengan rumah termasuk lah pasar borong. Tapi kali ni bukan nak beli barang2 basah. Actually boleh jer beli barang basah tapi since pasar borong dekat, rasa dapat yang lagi fresh di pasar. Groceries lain takper lah beli online.
Alang2 masa tu berharga dengan kerja bertimbun, baik lah cuba beli online. Senarai barang2 yang nak dibeli memang dah ada. Create account dulu, boleh browse category barang atau search jer. Bila disenaraikan barang, boleh guna link 'see rest of shelf'. Jadi boleh compare harga dengan mudah. Yang mana berkenan, add to shopping cart. Haaa... serious tak berat2 pun shopping cart tu walaupun barang makin banyak :D Tapi tak boleh bayar online. Alasannya sebab harga mungkin berubah masa barang di shopping kan untuk kita. Contoh, beli kicap A. Tapi kicap A takder. Mereka akan substitute dengan kicap B. Harga mungkin lain. Kalau kita agree dengan the substitution kita ambil lah kicap B masa delivery. Kalau tak setuju, tak perlu ambil. Barang2 basah lagi lah sentiasa berubah harga. Standby jer kad kredit masa penghantaran. They don't accept cash.
Kita boleh booking masa untuk delivery. Sekali deliver they charge RM8 atau RM10 ikut slot masa yang kita pilih. Sangat2 berbaloi kalau difikirkan tak perlu redah jem dan bayar tol pergi balik. Masa terima sila periksa semua barang. Barang2 yang di substitute akan diletakkan dalam plastik berwarna lain. I received my order on Saturday. Walaupun no plastic day but all my things were in plastic bag. Yer lah kalau tidak camana pulak diorang nak hantar. Lori tu ada bahagian freezer dia so barang2 beku tu remain frozen. In awe juga tengok driver tu pilih barang2 yang banyak tu dalam bekas2 plastic yang dah diasing2kan. Good system untuk dia uruskan delivery. Dan dia ada alat untuk charge our credit card. Maka setel lah urusan beli groceries before outstation. Alhamdulillah suka bila dapat selesaikan 1 item dalam To Do list dan bermacam2 barang dalam groceries list.
By the way, this was for last Saturday. Weekend ni kita lepak jer kepenatan balik dari Sibu.

No comments:
Post a Comment