Friday, May 2, 2014

100 Hari


Inilah pusara anakanda. Semalam genap 100 hari. Majlis ringkas diadakan untuk menaikkan nisan. Yang lebih utama sebagai kenangan untuk yang masih diberi izin untuk bernafas di bumi Allah ini bahawa inilah tempat bersemadi kita nanti. Tempat yang kelihatan aman di atas ini, hanya Allah yang tahu keadaan di alam barzakhNya. Kita juga dah diberikan gambaran keadaannya yang tak terbayang dek akal fikiran tapi percayalah akan alam barzakh itu, takut lah kita pada Allah akan seksaanNya. Yang penting anakanda selamat dari itu semua. Yang pasti anakanda pasti lebih selesa di sana. Tunggu ummi dan ayah yer sayang.

Semoga Allah makbulkan doa abang Adib semalam. Dengar tak abang Adib kata sayang adik Adly? Ya Allah hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga.

No comments: