Weekend Mak Sue dapat jumpa semua anak2 bujang Alhamdulillah. Bulan ni dan bulan depan birthday 3 orang. Pening nak fikirkan hadiah yang bermakna. Bagi cash memanglah paling senang tapi Mak Sue tengah cari idea apa yang special sikit. Ucapan mother's day and dapat sambut dengan family memang lah sangat2 bermakna.
Ada gak yang nak join bergambar sekali :) Dan dapat hadiah dari hubby.
Sampai2 di rumah, banjir dalam rumah pulak :( Haritu dah jadi and dah panggil contractor datang tengok. Lepas tu takder pulak air menitik2 walaupun contractor belum buat apa2. Panggil contractor lagi sekali dan kemas2 apa yang patut sebelum travel lagi.
Kemudian bergerak pula ke Sungkai untuk bercuti. Dah dirancang dalam sebulan gitu. Tapi sampai2 jer hujan lebat pulak. Lepas lunch dan solat sambil berehat sekejap, hujan reda maka kami pun berpayung melawat2 kawasan sekitar.
Dah lama tak bergambar kaki sahaja :) Hot Spring Residence ni kalau setakat semalam memang OK sebab tiada apa tarikan sangat pun melainkan satu pool panas dan satu pool sejuk yang ada 2 gelongsor. Kami bersantai2 jer. Dalam hujan pun boleh masuk pool panas. Hari kedua cuaca OK jadi masuk pool air panas waktu awal pagi dan kemudian air sejuk sampai hampir time checkout. Banyak makan, termasuk makan aiskrim cuti2 ni. Balik2 bila timbang naik sekilo dan hubby pun kata tu lah dah kata tak payah pergi holiday hehehe... Holiday tetap holiday cik abang sayang. Part naik berat tu nanti kita adjust lah :D
Sampai rumah air dah menitik penuh dalam besen yang ditadah. Panggil contractor lagi sekali dan dia buat test lagi untuk cari punca. Suspected bebola kat tangki puncanya. Masih belum betulkan lagi tapi senang hati bila dah tahu punca. Pernah panggil contractor yang renovate rumah dulu, terus2 jer kata leaking dari tiles bilik air atas and dia nak buat waterproofing and everything will cost 3k. Hmmm... nasib baik panggil contractor lain.
Arini pulak ingatkan ada training lagi. Pagi2 dah gerak tapi halfway baru perasan harini 14hb. Training sepatutnya esok. Duh! Semangat sangat lah pulak hihihi... takper lah... dah balik rumah and kemas2 kain baju travel for the past few days and buat kerja apa yang patut.
Alhamdulillah... bersyukur pada Allah for the great time I've had for the past few days. Tak terfikir apa2 dan tiada expectation apa2 langsung untuk hari ibu. Cadangnyer nak berpuasa di rumah sambil buat thesis. Rupanya Allah ada perancangan lain yang lebih baik. Berpuasa pun dapat, thesis pun ada juga bergeraknya dan great time with family. Syukur Ya Allah.





No comments:
Post a Comment