Friday, May 16, 2014

Misi Puasa

Ramadhan dah around the corner. Tandanya dah hampir setahun berlalu. Masa Ramadhan tahun lepas tengah mabuk dan lembik sebab pregnant.Walaupun tak selera makan dan kalau makan pun keluar semula, tak mampu juga puasa. Mula2 puasa juga sebab tak muntah atau muntah bila dah petang2. Makin lama makin awal pula muntah. Pagi2 dah lembik. Sekurang2nya dapat minum air dan makan biskut atau roti alas perut dapat juga lah tenaga sikit. Makanya 20 hari tak puasa. Dan sekarang ialah misi ganti puasa. InsyaAllah kalau selesai harini, dah 12 hari berganti. Kalau training minggu depan tak jadi, cadangnya puasa terus jer lagi 8 hari tu. Semoga Allah permudahkan.

Nikmat berpuasa memang lah ketika berbuka. Bila nampak iklan2 makanan dalam TV even on billboard tepi jalan, baca blog2 makanan from my gReader, gambar2 makanan dalam FB, semuanya nampak menyelerakan. Memang rasa sedap jer bila tercapai hajat nak makan sesuatu masa berbuka. Appreciate betul setiap ruang deria rasa lidah ketika dapat rasa makanan. Kalau tak puasa mungkin kurang sikit rasa happy bila dapat sesuatu makanan tu. Mungkin taken for granted jer dapat makan tu.

Bersyukur kita di Malaysia ni hampir pasti akan sentiasa dapat makan berbanding dengan orang2 kat tempat lain. Mungkin di tempat lain yang berpuasa atau tidak pun sama jer tiada makanan sampaikan menangis seorang ustaz bila ditanya boleh kah mereka berpuasa kerana nak berbuka tiada makanan, sahur pun tiada makanan. Semoga mereka diberi rahmat Allah dengan nikmat makanan di syurga kerana kesukaran yang dihadapi didunia. Semoga kita yang hidupnya mewah dengan makanan di Malaysia ni pun dapat rahmatNya dengan kelazatan makanan syurga yang tak tergambar dan terbayang.

Misi puasa in progress. Semoga berjaya mengganti sebelum Ramadhan.


No comments: