Tuesday, December 15, 2020

Cubalah Jadi Khalifah

A school friend reached out to me yesterday. She needed to talk about something. When an old friend did that, I'll just try to be as helpful as possible. The only reason someone who is not in my current social circle reached out for help in such a way is probably because she has no one else she can trust enough to share her problems with. 

I kinda hope it was just health issues. Turned out it's marriage issues :( 

Man...man...man... if only you guys BE the khalifah that Allah created in the first place. 

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil wrote in one of his book that when people heard his future wife will be a doctor, everyone warned him about busy wife that need to be on-call, etc. I was like wowww... I thought people are proud to be married to a doctor. He told himself to just make the marriage work and look at the marriage as a way to serve... not to just take and take and expect and expect. So he took care of the house and cook and send food to his wife (they were overseas so food can be an issue), and until now still took care of the children and the house (they're still staying overseas but they've been back to Malaysia few years before going back to overseas again).

I can't remember which one of his book already, I bought and read several just this year with a plan to re-read and really think through about the lessons learned from his books. I thought... good for him. He's decided what kind of khalifah he wants to become in this world and carried out what's necessary to make the marriage works. I'm sure it is not easy. 

Some man have different ideas though. Instead of trying to improve the situation if they're not happy with the relationship, get into another relationship and see how things goes. I don't know... I have better expectations from men in general. Allah has put so much responsibilities on their shoulder as khalifah, and prepare huge rewards in the hereafter for that. 

Ustazah Yasmin Mogahed said marriage is a shelter from the storm. Let not the marriage be the storm. 

And this is what I thought... we always have areas beyond control and areas within control in our life. Whatever we're not happy with, as long as it is within our control, find ways to change things to what would make us happy. 

Kena berusaha untuk ubah diri sendiri. Make the emotional connection. Talk things through with each other. We have our ups and downs. Embrace both instances and always seek protection from Allah. Perkahwinan itu ialah suatu ikatan penuh ladang pahala yang memang iblis bersusaha untuk gagalkan. Tapi jika tidak kawal nafsu dan kematangan diri sendiri, iblis tukang bersorak jer bila rumahtangga berantakan.

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd 13:11)

To my dear friend, I prayed the best for her. All she needed is a husband that's present. Bukan ada jasad dalam rumah tapi hati dan fikiran di tempat lain. Ada emotional connection, bukan distant. She's the wife... bagi lah muka to her as the wife, bukannya minta the wife pula meet the demand of ex-wife. Ex-wife tu sekadar penghubung dengan anak2, tiada siapa2 dalam kehidupan mereka lagi. Tak perlu lah nak layan girlfriend bertahun2, tanpa arah tujuan. Si isteri perlu kekuatan yang amat sangat bila di asak kanan dan kiri kan. Yang masalah dengan ex-wife lain, dengan girlfriend lain. Sebagai suami takkan tak fikir langsung itu ker kebahagiaan yang dijanjikan kepada seorang isteri. 

I didn't know the husband. I may not be fair in my judgment. Tapi Allah dan Rasulullah s.a.w dah sebut dan tunjuk lelaki ideal itu bagaimana. Walau sebagai manusia tak mampu nak jadi lelaki ideal, tapi kena lah ada usaha ke arah itu. 

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku" (HR. At-Tirmidzi)

Bukti seorang lelaki itu baik atau tidak ialah pada hasilnya iaitu isterinya... happy atau tidak.

So my prayers to her husband too... also to my hubby, and all men in this world. Semoga berjaya menjadi khalifah Allah yang lebih baik. Sebelum nak jadi khalifah kepada kaum atau negara, negeri, syarikat, kena jadi khalifah kepada diri sendiri dan keluarga dulu.

Friday, December 4, 2020

Life Plan Moving Forward...

I wrote about the possibility of living for another 20-30 years in one of my previous post. I kept thinking about that. How do I want my next 20-30 years of life to be like.

Surah Al-Ahqaf, 43:15

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Umur pun dah terlebih-lebih 40 tahun. 

- Kena ingat untuk sentiasa bersyukur,

- Kena ingat untuk beramal soleh,

- Kena ingat untuk bertaubat.

Memang kalau tak sebab kudrat yang tak terdaya, sakit sana sakit sini, lupa dengan usia sendiri. Anak2 dan cucu2 bukan selalu depan mata. Sesiapa jer yang panggil kita makcik ker auntie ker, siap dapat pandangan tembus ke dinding. Lain lah kalau dengan anak2 jiran ker anak2 kawan2 yang memang kita sendiri bahasakan diri auntie. 

Kalau tak sebab Covid-19, dah sibuk rancang nak ke sini ke sana, buat itu buat ini. 2020 gives us a pause button. Relax and reflect. Slow down... Bersyukur boleh relax and reflect... bukan scrambling high and low untuk meneruskan kehidupan.

So... how do I want the next stage in my life to be?

  • Relationship Goal?
  • Family Life Goal?
  • Career Goal?
  • Financial Goal?
  • Health Goal?
  • Ibadah Goal?

Perlu deep searching ni. Mungkin di post2 yang akan datang baru timbul ilham.

Pagi tadi kuatkan hati to go walking. My hip joint pain very noticable. Agak membimbangkan bila dah dekat sejam setengah berjalan, hati dan wajah sama mendung semendung hari. I felt much better as the day progresses Alhamdulillah

Thursday, December 3, 2020

Kisah Curang

Terbaca dalam satu post tentang orang perempuan yang sibuk-sibuk nak tau pasal suami curang ker tidak. Sekiranya tiada gangguan besar dalam rumahtangga, terus kan jer lah kehidupan seperti biasa. 


Hmmmmmm.... 


Panjaaannng hmmmm.... kita.


Rasanya seorang isteri mesti lah ada hak untuk tau siapa yang terlibat dalam kehidupan dia. Buatnya si curang tu meninggal, banyaaakkkk kesan pada diri dan anak2 kan. 

Senang2 jer yang berkata tu suruh teruskan  kehidupan. Takkan nak tunggu si polan mati baru nak tau ada anak bini sana sini?

Isteri pun ada hak mencari bahagia. Mana tau selama ni tak merasa bahagia tapi bertahan demi mengharapkan perubahan positif di masa akan datang. Bukan kah formula mencari kebahagiaan tu sabar dan solat hajat, dan cuba ubah diri sendiri... semua tu ambil masa. 

Tapi kalau dah buat semuanya dan suami tetap curang, mungkin lebih baik dia angkat kaki. Mungkin dia akan jumpa kebahagiaan dan ketenangan dengan hidup bersendirian. Mungkin dia akan jumpa kebahagiaan dan ketenangan dengan orang yang lebih menghargai. Biarlah si isteri nak buat pilihan pulak.

Si curang yang sibuk dengan janda orang, tengok jer lah bila janda sendiri ada orang yang lebih sayang. Bukan kau sorang jer lelaki dalam dunia ni. Kalau janda yang digilakan tu tak reti cari lelaki lain, ada jer lelaki lain yang berminat dengan janda kau. 

Kasar bunyinya tapi rasanya itu lah sebab kenapa orang perempuan ambil kisah laki dia curang ker tidak, ada buat pasal ker tidak. Dia nak buat pilihan sendiri dalam kehidupan.

Mana ada unconditional love kan. Atau pun mungkin isteri tetap jer sayang tapi cukup lah dalam kenangan. Curang... intolerable. 

Wednesday, December 2, 2020

Selagi Boleh Menulis Di Sini...

Ada orang menulis dalam diari, ada orang menulis di blog, ada orang menulis di social media, ada orang tidak menulis... cukuplah sekadar menyimpan di dalam hati.

I'm more comfortable to write here... bukan untuk siapa-siapa. Hanya untuk diri sendiri. Ketika PKPB yang tak nampak akan berkesudahan ni, ada banyak masa untuk bersendiri dan berfikir. I like this break. I probably need this break without having to justify myself to anyone. The break is getting a tad longer than what I needed though but I'll just appreciate this quiet moment before another round of chaos and expectations come in. 

I kept telling myself I need to go out for a walk... but I kept getting excuse from the morning drizzle. So here I am on the 3rd consecutive morning of being given excuse by nature.

Sekiranya tiada siapa lagi yang ambil kisah about how I get on my daily life, makan ker tidak, buat apa sepanjang hari, di sini lah tempat meluah rasa. Sekiranya tiada siapa lagi yang nak berkongsi kisah kehidupan with me, this is where I can feel belong.

I've been relatively quiet in the social media for almost 2 months I think. Tiada siapa pun yang perasan dan ambil kisah except very few. My brother did give me a call untuk bertanya khabar. A colleague also asked... itu pun after I texted him for work related things. Maybe ada terdetik dalam hati beberapa orang tapi cukup sekadar terdetik. That's it! I'm sure when I was quite active in social media, I pun tak perasan post siapa yang dah lama tak nampak. 

Itu lah pengajaran besar tentang social media. Lebih kan lah masa layan orang yang terdekat dengan kita, yang berada di depan mata daripada melayan social media tu. Jangan lah ada depan mata tapi seperti tiada. Jika berjauhan pulak dengan yang tersayang, terasa lah sikit bila melayan social media atau mesej orang lain lebih lama dan lebih panjang dari mesej pasangan atau keluarga. They need your attention, they need you, they care more for you, 

If anything happens to you keluarga terdekat yang bersusah-payah. Your social media friends sekadar tulis GWS jer. If you succeed in doing something, your social media friends sekadar ucap tahniah jer. Ada pengorbanan ahli keluarga yang menyumbang to your success... mungkin bersulam kepenatan, kesunyian atau air mata.

This reminder is for me, hubby and anak2 serta cucu2. Probably one day it will make sense to them. Hopefully, I remember this too bila mula sibuk nanti.


Tuesday, December 1, 2020

The Different Points in My Life

 At one point in my life, I experienced depression or I thought it was. I recovered from it quite quickly. Writing helps. So I'm not sure if it actually was depression or high level of stress. There are those who experience a prolonged depression state and I pray Allah give them ease in life and the Hereafter. I'm also thankful Allah did not let me be in that state for too long.

At one point in my life, mak halau keluar rumah. It was not something you share with people. People will wonder what have I done sampai jadi begitu? So I leave home, rent a place near my brother's and move on with my life. Growing up with divorced parents, doing things on my own to lessen mom's burden, and whatever the world has thrown at me at that time, make me hard as a rock. Mom has her own demons to deal with. Halau anak keluar rumah tu memang satu bentuk kebiasaan in our life. My siblings has their share of challenges and we deal with it the best we can... on our own.

At one point in my life, I looked out to the starless sky from the window of my sparsely decorated apartment and just felt empty. I was as happy as I can be, having a good job, mending relationship with mom, have friends that I can rely on... but I still remember that feeling of emptiness. However, life goes on and I don't dwell on that feeling too much. Life is as it is.

At this point in my life, more mature and wiser, I want to look at the sky again and ask Allah to help me be a better 'abd. Let me be in the right path and lead me to Jannah. I may die tomorrow or just in the next few seconds. I could also live the next 20-30 years. Let that be  time where I benefit others and leave a legacy that benefit others walaupun tiada zuriat yang ditinggalkan di dunia ni. I don't know what that legacy will be yet. May Allah lead me to it, open doors for it to happen, and let me notice the opened doors so I won't let opportunities slipped by.

If life goes on for another 20 - 30 years, may Allah let it be filled with love and happiness. I know if we want love and happiness, we have to let ourselves be lovable, spread the love around, and spread happiness around. Nobody wants to be around a grumpy old lady.  

Monday, November 30, 2020

Values Based Life

Malam tadi ada usrah online bertajuk Values Based Life. Kehidupan yang bersandarkan nilai-nilai yang kita pegang. Ramai yang akan berkata Family atau diri sendiri yang penting dalam kehidupan tapi bila buat carta penggunaan masa, maka nampak lah betapa sebenarnya masa lebih banyak untuk kerja atau untuk orang lain berbanding keluarga dan diri sendiri.

Keluarga mungkin penting di mulut, tetapi masa bersama keluarga anda sibuk dengan kehidupan virtual. Phone dan perbincangan di pelbagai WA group jadi tumpuan. Bila masa tidak bersama keluarga pulak, mesej keluarga di WA dilayan dengan sepatah2 kata. Mesej di pelbagai WA group dilayan berjela2.

Values yang dipegang oleh anda dan spouse kalau tak selari, boleh juga timbulkan konflik. Keraplah bertanya pasangan tentang nilai kehidupan, muhasabah hubungan dan diri sebagai pasangan. Hmm... penting ni tapi kadang2 lupa nak buat. Kadang2 ada rasa I'm drifted apart from hubby sebab minat berbeza. 

He is my time priority but of course bila ada kerja kena lah buat kerja. Apa2 aktiviti dengan kawan2 kena cek masa tu Mr hubby ada aktiviti apa. Tapi ada masa konflik dengan diri bila hubby kerap takder atau kerap ada aktiviti sendiri. Contoh ada aktiviti hiking, nak hike with him but he already has his cycling plan. Tak sempat nak rancang aktiviti with him, dia dah rancang dulu with his friends. Kadang2 rasa nak rebel buat jer lah aktiviti sorang2 (as in with my friends) tapi takder mood juga kadang2 bila my life partner takder :( Now I wonder, what does he hold as his life values. Are our values so very different now? Dulu rasanya banyak buat aktiviti bersama. Sekarang ada masa bila diajak, jawapannya.. macam boring jer. 

High time for us to sit down and talk about this.

Talking about values, MCO dan Covid ni banyak juga mengajar kita kenal diri sendiri. Masa mula2 MCO terasa macam patah sayap dan terkurung bila macam2 benda nak buat terhalang. Ambil masa nak ada semangat untuk make the best of the situation. I remember masa awal2 tu masak, makan, kemas rumah apa yang patut dan baring2 ajer sambil tengok news dan social media berkaitan Covid.

Then baru datang semangat untuk just make the best of the situation with indoor exercises, berkebun walaupun tak menjadi, reading and online classes.

Bila MCO tamat macam terlepas kandang nak buat itu ini. Cuma semangat pudar sikit bila aktiviti weekend kena bersama dengan ramaaiiii orang. Maklum lah semua pun macam terlepas kandang. My friends pun ramai yang WFH and weekend jer yang free. Hubby pun penuh jadual dengan aktiviti cycling dia. Nak bercuti dengan family, cek sana cek sini banyak tempat penuh memanjang. Suddenly rasa penat dengan persoalan sendiri... nak buat apa dan di mana minggu ni. 

Bila start PKPB, terasa ada sedikit kelegaan with the break. I'm off social media for most times and read more, as well as spend time with online classes as much as I can. Ada masa dari seawal 7 pagi sampai midnight. Bergerak dari meja untuk makan dan solat jer. Masa mula2 PKPB hubby pun takder. I may not have a lot of quiet time kalau tak sebab PKPB. So selagi boleh hadap lah komputer tu. Tak penting dah aktiviti walking, hiking, cycling semua tu. That can be done at other times. Bila hubby dapat balik, bawak cucu pulak, spend time appreciating that moment. Online classes pun tolak tepi dulu. I can always catch up later. Tapi apa2 pun, harap2 PKPB ends soon. Buat jer lah PKPD di kawasan2 risiko tinggi. 

Kena back to balance kan kehidupan. Kena face realities in life. 

Sunday, November 29, 2020

Banyak Pengajaran Di Sini

Post asal.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158194763611919&id=708751918

DUA MUKA

Pesakit A : Doktor, akak nak minta ubat tidur boleh? Akak dah berapa bulan tak dapat tidur. Otak akak tak mahu berhenti fikir. Taktahu apa akak fikir tapi akak letih. Akak nak tidur.

Saya : Maaf akak. Saya tak boleh bagi ubat tidur macam tu saja. Saya mesti kena periksa akak dulu, kita buat semua blood test dulu. Bahaya akak ubat tidur ni. Nanti boleh jadi ketagih.

Pesakit A : Entahlah doktor. Akak baru dapat tahu suami akak kahwin lain. Dia taktahu yang akak tahu. Akak tahu pun dari kawan kawan dia. Anak anak sekolah lagi. Entahlah doktor, akak taknak dia tahu akak tahu. Jadi, akak berusaha untuk senyum sahaja depan dia. Bila dia tak balik, dia akan cakap ada kerja padahal akak tahu di ke mana. Jenuh akak fikir mana salah akak sebagai seorang isteri sampai dia perlu cari lain.

Saya mendengar kisah dia sehingga habis dan puas dia bercerita. Entah berapa keping tisu saya berikan pada dia. Sehinggalah dia betul betul sudah habis meluah apa terbuku di dada. 

Saya perlu bantu dia.

Kalau tidak sebagai seorang doktor pun, sebagai seorang manusia. 

The rest is history.


.


.


Pesakit B : Doktor, maaf tanya. Kalau saya nak minta ubat kuat boleh? Saya rasa saya dah tak sekuat dulu. Kesian isteri saya.

Saya : Tak boleh encik. Saya perlu periksa kenapa encik ada masalah ini. Kadangkala kencing manis pun boleh buatkan orang lelaki alami komplikasi ini.

Pesakit tersebut bercerita tentang sejarah keluarga dia ada penyakit itu ini dan dia bercerita yang dia sangat sibuk bekerja. Dia rasa stress tak dapat penuhi kehendak isterinya.

Saya dengar dan saya buat semua pemeriksaan untuk dia.

The rest is history.


.


.


Suatu petang di hujung minggu, saya amat terkejut apabila kedua duanya melangkah masuk ke klinik saya. 

Pesakit A dan pesakit B berjalan masuk sambil si isteri memapah si suami. Lemah betul keadaan suaminya.

‘Doktor, boleh periksa suami saya? Dia demam dah seminggu. Risau betul saya. Saya dah suruh dia datang klinik jumpa doktor tapi dia degil. Bila dah lemah macam ni baru nak dengar cakap saya’

‘Saya ok doktor. Saya cuma letih saja. Isteri saya ni risau sangat sampai makan minum saya semua nak bersuap. Saya ok saja. Sayaaa...’

Pappp!

Pesakit lelaki tersebut rebah ke lantai.

The rest is history.


Bila saya tanya kembali rupa rupanya pesakit B telah beli pil ‘kuat’ secara online. Tahulah saya yang dia sudah alami komplikasi.

Untuk pengetahuan anda, ubat ‘kuat’ kebanyakkannya akan membawa effect tekanan darah rendah. Ianya boleh membawa kemudaratan.

Apa yang saya nak sampaikan adalah kita selalu tak nampak apa yang ada di depan mata, kan?😊

Kadang kita merasakan yang kita mampu tapi sebenarnya kita tak kuat mana pun.

Kadang kita merasakan yang kita tahu semua perkara tapi sebenarnya kita tak tahu apa pun.

Kadang kita merasakan yang orang gembira bahagia dengan kita tapi sebenarnya kita tak perasan yang mereka tersiksa.

Kadang kita merasakan nafsu kita adalah segalanya tapi kita tak sangka ianya boleh membunuh kita dalam diam.

Kadang kita merasakan yang kita mampu adil tapi sebenarnya kita potong kek pun tak sama besar.

Ahh kita dan perasaan yakin kita.

Begitu pasti sampai kita tak sedar yang kita telah mengguris hati yang terpaling ikhlas menyayangi kita.

Jadi, simpanlah sedikit kasih sayang untuk diri sendiri. Tak perlu semuanya dicurahkan pada sesiapa kecuali Allah swt dan diri sendiri. Tak perlu terlalu percaya sesiapa kerana kita tak tahu apa yang berlaku di belakang kita.

Kena ajar diri untuk redha.

Kena ajar diri untuk kuat.

Sebab kita takkan tahu bila kita akan diuji hebat.

Untuk pesakit A ini, saya doakan akak diberikan sebaik baik ganjaran. 

Untuk pesakit B, berlaku jujurlah dengan isteri anda dan beritahulah dia kenapa encik buat pilihan begitu.

Dan saya kira isteri barunya pasti kerisauan juga di rumah bila suami dah seminggu lebih tak pulang.

Bagaimana pula dengan anak anak?

Ramai yang lupa akan ini.

Anak anak.

Kita seronok berbuat begitu begini sehingga kita lupa anak anak kita sentiasa memerhati dan mendengar setiap  apa yang kita lakukan dan katakan.

Lalu, berapa hati lagi yang perlu diguris rasanya?😞


Dr. Erna Nadia

Berfikirlah dua tiga langkah ke hadapan sebelum menetapkan sesuatu perbuatan😊

Wednesday, November 4, 2020

Kenal

 Kita tak akan dapat mengenali seseorang 100%

Dah bercinta bertahun2, bila tidur sebantal baru tahu perangai baik dan buruk. Perangai yang keluarga sendiri tak tau. Mungkin juga yang diri sendiri tak tau.

Dah kahwin bertahun2, tiba-tiba pasangan buat perangai. Kita tau ada yang tak kena. Tapi si pasangan berdolak-dalih menipu sana, menipu sini. 

Ada kala nya bila dah tiada kat dunia baru pasangan sebantal kenal. Bermadu rupanya. Berderet rupanya anak tiri. 

Atau ada kala nya bila pasangan dah tiada, yang ditinggalkan menunggu masa menyusul sama ke liang lahad walaupun bertahun2.

Atau mungkin juga dengan cepat jer cari pengganti. Dah sampai jodoh nya. Kalau jodoh baru dah sampai, semoga berkekalan ke akhir hayat.

Apa nak di kata. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Tuesday, November 3, 2020

Happy Birthday Abang

To my dear hubby,

Happy Birthday to You!

Semoga Allah berikan kebaikan dunia akhirat, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, kasih sayang sepanjang hayat.

For the record, I've not seen hubby since the 13th of October. Dah 21 hari. Sedih sendiri yang tanggung. PKPB entah sambung lagi entah tidak. Happy for him dapat sambut birthday dalam kedaan yang sihat dan tiada PKPB 😊 tapi sedih sebab tak dapat sambut bersama si dia πŸ˜”. 

Sepanjang PKPB habiskan masa belajar online dan handle beberapa training online. Ada 1 lagi training online on the way. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga PKPB berakhir and semoga hubby dapat balik dengan selamat. 

Selalu dapat bertahan. Harini sedih sangat Allah jer yang tahu 😭

Wednesday, October 21, 2020

Hadiri Online Training dan Handle Online Training

 Masa mula-mula PKP dulu, banyak join online training. Biasanya sesi pendek2 jer. 1-2 jam. Boleh join few sessions back to back. Ada tu dah join tapi tak sempat dengar pun sebab sambil2 buat kerja lain.


Bila kena handle online training sampai 2 hari... bulat mata, berasap kepala duk fikir macamana nak hold attention peserta sampai 2 hari. Sangat berbeza dengan masa attend training. Muka trainer mesti selalu ada depan skrin. Peserta mute video takper. Trainer tak boleh mute video. Peserta dalam 40 orang, seluruh negara dengan capaian internet yang berbeza.


Pernah sekali masa tea break, tiba2 yang internet got disconnected baru join semula duk tanya mana semua orang? Kenapa senyap? Hahaha... nasib baik masih duduk depan laptop. Terus bagitau tengah break. So lepas tu everytime break tulis mesej di ruangan chat. 


I used waiting room features. Masalah pulak bila diorang rejoin. Dah disable features waiting room tu. Masuk jer lah saper nak masuk kan. Tapi untuk meeting yang dah setup macam takder effect pulak. Masih ada waiting room tu. So kena lah host jemput masuk.


Masa break pulak, dah buat kerja kat rumah ni, saper pulak nak sediakan makanan kan. Sendiri gak kena buat semua tu. Kena lah standby siap2. Masak lebih day before training and simpan dalam fridge. Masa nak makan, panaskan. Janji ada something nak alas perut.


Malas nak order makanan sebab delivery ikut time masing2. Buatnyer makanan sampai lepas masa lunch break kan. Pernah jer terjadi macam tu lepas pukul 2 baru dapat tapi masa takder training OK lah. Dia dok pin pin pon pon luar pagar kang saper pulak nak pergi amik. Terganggu sesi. 


Yang ada kat rumah ni duk dalam bilik jer bukan boleh harap sangat. Diorang nak makan, pandai2 lah sendiri urus time ummi ada training. Kalau takder training, boleh ler ummi masak kalau ada mood. Kalau takder mood pun ummi buat bodoh jer. Dah besar panjang pandai2 lah kedai ada, food panda ada, sendiri pun boleh masak apa nak makan. Dah guna barang2, telur ker roti ker, belajar2 lah beli pulak. Janji stok kat rumah sentiasa ada. Takkan kerja ummi jer habis barang, pergi cari barang, habis barang, pergi cari barang. Sama2 pakai kan. Kadang2 nak beli banyak2 tidak di makan pulak. Membazir jer. Anyhow, itu cerita lain. 


So gitu lah cabaran bila kena handle online training ni. Part muka kena sentiasa ada depan skrin dan part makanan masa break terasa mencabar betul. 

Style Tokbah dan Tokmi

Rindu dengan budak bucuk ni :)

Dulu2, setiap negeri ada gelaran biasa untuk datuk dan nenek. Zaman sekarang ni, nak panggil apa pun boleh. Tiba2 rasa pening lak nak suh cucu panggil apa :D Rasa macam muda lagi nak bercucu. Tapi sedar lah diri tu dah 4 cucu dah ni :D :D :D


Cucu sulung dah tentu lah istimewa sikit sebab dia yang pertama dan sekarang dah besar sikit dari cucu2 lain. Dah sedap buat main. Dah nak masuk 2 tahun 4 bulan sekarang ni.

Idola cucu ialah tokbah nya. Tak heran pun dia dengan mak ayah nyer. Kuat betul aura tokbah dengan cucu sulung ni. Comel jer cucu dok panggil Atok! Atok! Jom oti anai. Semua nya Atok! Atok! jer lah. Nak tido pun ajak Atok. Kalau berak pun cari atok :D :D :D Kalau atok takder baru ler yang lain ada can. (Tokmi pun tersangkut dengan aura atok dulu tau hehehe... )

Few times cucu stay sini few days. Sesekali kena tinggal and Tokmi jaga. Kalau betul caranya elok jer dia tak kisah. Cabaran utama nak ajak mandi pagi. Tokmi pujuk2 ajak mandi 2-3x, lepas tu angkat terus bawak masuk bilik air. Biasanya memang dah berak pun. Buka kan pampers, dia nangis2 pun dah dapat main air kejap lagi senyap lah dia. Tapi memang kena bergelut dulu nak buka kan baju, seluar dan pampers tu. Bila dah seronok main air plak, dah susah nak keluar bilik mandi. Lepas kes mandi pagi, lepas tu senang jer kalau dia berak memang dia ajak tukarkan pampers dia kecuali kalau dia leka tengok kartun.

Jenuh lah Tokbah dok jegil2 mata, keluarkan rotan, dia terkebil-kebil jer tengok Tokbah :D :D :D Sabar Tokbah membebel berminit2 sampai dia pergi bilik air sendiri :p Tokmi memang tak sabar ler. Kang kerja lain tak jadi kan, angkat jer. Just not when tokbah ada. Garang dia lain macam dengan orang lain kalau Tokbah ada.

Puas ler entertain cucu macam2. Pergi taman, naik basikal, pergi swimming, pergi kedai mamak - dah pandai dia order kat mamak :D :D :D

Itu lah buah hati semua. Tunggu cucu2 lain besar sikit pulak boleh tokbah dan tokmi ajak memain.

Tiba-tiba PKPB pulak. Hmmm... terpaksa ler atoknya bawak dia balik kampung. Kang kena berkurung jer pulak kat Selangor ni. Rindu pulak mak ayah dengan nana dia. Spoil plan terus. Tokmi kena ler stay... sebab ada online training. Kalau takder training pun, tak sanggup pulak nak tinggalkan rumah sampai 2 minggu. Dah semakin berusia ni, memang rasa rumah sendiri jer yang selesa. Tu lah mak2 dan ayah2 kita kadang2 tak minat nak ke rumah anak2. Sekadar berjalan sekejap jer boleh lah.

Thursday, September 24, 2020

Diam dan Bosan

Ada orang bercerita apa saja dengan parents. I opt tu listen more than talk. Or even sometimes listen versi masuk telinga kiri keluar telinga kanan untuk jaga kesihatan mental sendiri. Biasa lah orang tua kan suka cerita berulang2. Kita pun akan jadi tua. 

Kurang bercakap maka kurang lah berkongsi maklumat kerana kadang2 apa maklumat yang diketahui umpama jadi senjata untuk tembak kita semula. Yang ini susah nak bagi contoh tapi begitu lah keadaanya. The less mom knows, the better. Nasib baik dia takder social media dan follow setiap aktiviti di social media :D

Sekarang blog ni pun dah banyak sawang. Hubby tak suka I generalize statements. Contoh bila cerita pasal jantan tak guna. What once was one of my favourite blogging topic. Katanya nanti satu hari nanti mungkin dia pula yang jadi macam jantan tak guna tu. So I don't write. Memang pun tak berguna apa2 untuk menulis dan meluahkan pada blog. Jantan tak berguna tetap wujud sepanjang zaman dan tetap begitu menjadi dugaan kepada orang sekelilingnya. Itu dah dugaan dalam kehidupan. Bila baca balik my past rants kadang2 sendiri pun tak faham apa yang dibebelkan :D :D :D

I put a stop however bila hubby pulak nak generalize my statement. He's the person I talked about everything to. Kalau dia mula nak guna my statement against me then jadi lah kita ni umpama perempuan bisu yang tak boleh bercakap langsung. Life is not worth living that way. Husband / wife have their bad days. Jadi pasangan timbang tara lah elok2 jangan nak pukul rata semua bait perkataan pulak. 

Diam memang lebih baik. Tapi jangan sampai makan diri. 

Mundane everyday things and daily chores memang membosankan. Walau pun spend masa sama2 hari2 kat rumah, tak sama kadang2 bila spend masa kat luar. Biar pun aktiviti tu membosankan, selagi ada yang tersayang di sisi tetap rasa bahagia. Ini kebahagiaan zaman2 bercinta biasanya. Dah kawin dan terbiasa dengan kebiasaan di rumah, kena lah usaha cari sparkle tu semula. Cinta mcm pokok yg perlu di baja. 

Tanam sayur kat rumah ni pun camtu. Entah kenapa sejak PKP pokok tak menjadi :p

Monday, September 14, 2020

Meraung

Meraung... pernah jer buat perangai ni dulu.

Bila expectation tak meet reality, bila practical tak meet emotional, bila rational meets irrational, bila emosi dah tak tertahan lagi.

Pendera emosi tak rasa dia mendera sebab dia sendiri rasa emosinya terdera. Atau reaksi nya begitu kerana itu lah coping mechanism dia. Itu lah yang diri ini cuba fahamkan dan cuba rasional kan.

Ujian hidup itu hebat. Bayang kan lah apa pun keadaan yang kita lalui itu kerana izin Allah. Bukan ker ada di sebut dalam Al-Quran "kun, fa ya kun". Qadha dan qadar kita itu kombinasi antara doa dan usaha kita, dengan izin Allah.

Bayang kan, derita kena sihir pun Allah izin kan. Walau pun si pembuat ingat dia ada kuasa, kuasa Allah maha luas. Hukuman nya pun sedang menunggu.

Bayang kan, derita fizikal pun Allah izin kan. Ganjaran nya pun sedang menunggu.

Ketika struggle tu, terfikir yang Allah izinkan maka ini lah ujian yang ditetapkan untuk kita. 

Setiap kali sakit fizikal dan emosi, memang terfikir dugaan ni tak seberapa pun. Tapi eventually, terfikir juga tak harus perkecilkan struggle yang dihadapi.

Memang Allah bagi ujian setakat yang kita mampu tanggung. Tapi kepayahan dan kesusahan nak melalui cabaran emosi dan fizikal tu bukan calang2. Acknowledge the pain and suffering because it is real. Selalu sangat sweep under the carpet, nanti makan diri pulak.

Nak harapkan understanding from others, bukan sesuatu yang kita boleh kawal. Kita cuma boleh cuba faham impact dan effect, pain and suffering yang orang lain lalui. Reaksi mereka untuk faham kita... mungkin mereka pun rasa nak meraung dengan ujian sendiri.

Dan kita perlu sedia lalui semua ini sampai waktu Allah tamatkan cerita kita di atas dunia dan  bersambung pula di alam barzakh.

Buat masa ni, meraung lah dalam hati.

Sunday, August 2, 2020

Korban 2020

Kali ni korban dengan keluarga terdekat dan jadual korban ialah hari ini. My portion 1 bahagian jer tapi risau juga nak pastikan ibadah terlaksana seperti yang diperlukan.

Setiap seorang dapat 11 kilo daging yang perlu diagih-agihkan, 2 kilo daging + 1 kilo tulang untuk diri sendiri. 

Ada juga bahagian yang dah diambil untuk makan2 di rumah MIL.

Mula2 susah hati fikirkan daging2 dalam plastik, dalam feezer MIL. Dah melekat beku semua daging tu nanti susah pulak nak agihkan. SIL cadangkan pakai tipuware dan siap tolong carikan lagi saiz yang sesuai. Alhamdulillah selesai satu masalah.

Cuma... camana nak balik KL dengan 11 kilo daging πŸ˜… Tak muat freezer dan takut tak sempat nak agihkan semua. Agih2kan di kampung dengan di bandar bukan sama. Satu2 lokasi sampai 40 minit.

Offer SIL2 kalau ada nak bagi saudara-mara diorang. Alhamdulillah. Perlu bawak balik untuk keluarga terdekat jer 5 kilo dan untuk diri sendiri 2 kilo daging + 1 kilo tulang. InsyaAllah on the way balik kena buat delivery terus.

Next time prepare:-
1. Tipuware saiz daging 1 kilo
2. Tipuware saiz besar untuk bahagian sendiri 3 kilo
3. Marker pen
4. Plastik merah + oren
5. Periuk besar MIL 2
6. Mangkuk dan sudu pakai buang untuk makan sup - minyak sup boleh buat tukang cuci pinggan nangis.

Sebelum ni pernah buat korban sekali dengan family juga tapi semua diorang uruskan termasuk masak2 dan agihan. Kita cuma bantu2 di dapur jer. Kali ni kalau ikut hajat hati nak buat agihan lebih sikit di KL tapi sedar kemampuan sendiri. 

This post akan jadi panduan for next korban InsyaAllah.



Betrayed

Celik2 mata... terus teringat kan perasaan BETRAYED.

Again and again... ia berlaku.

Again and again... ingat ini ujian Allah on everyone involved.

Yang seronok membuat...
Yang sedih dan kecewa menghadapi...

Tiada daya upaya... melainkan kekuatan yang datang dari Allah.

Saturday, August 1, 2020

Diam atau?

Kadang2 lama tak menulis kerana penulisan kita boleh disalahertikan.

Once upon a time, writing keeps me sane. It still does... but back to my first sentence.

How much time do I have? I may not have enough time to clarify and rectify misunderstandings. Time wasted to misunderstanding is just not worth it. So... that's how things are.

Diam mungkin lebih baik.

Tapi kadang2 diam boleh makan diri.

I'm still trying to find the perfect balance.

Trust



Nak diabadikan kata2 ni di sini. Betul lah tu. Relationship perlukan unbreakable trust. Jadi... jaga hubungan kita yang dah dibina dengan akad. Jauhkan diri dari anasir2 luar yang boleh merobohkan trust. Kita tak boleh ubah orang. Tak boleh nak ubah hati orang. Cuma boleh jaga diri sendiri dan hati sendiri.

Bergembiralah ketika berdiri depan Allah dengan keadaan kita menjaga akad dengan Allah. Itu lah yang jadi kekuatan diri kerana kita bukan hidup untuk dunia ini. Kita perlu hidup untuk dunia akhirat. 

Tuesday, April 21, 2020

MCO Day 35

I've been alone since MCO day 14. Pagi2 on Day 14 hubby made his move. He has his responsibilities. So I have to keep my mental health in check since we do not know how long this MCO will last. Seorang atau berdua atau ramai bukan menjanjikan kegembiraan ketika MCO ni. Kita lah kena cari kegembiraan sendiri. Hati kena cekal.

So I made a point to get into comfortable daily routine. Woke up and solat, morning exercise either yoga or aerobics or both, make breakfast, eat and rest for a while sambil go through social media.  Ada masa berpuasa juga before 15 Sya'ban haritu. Always ada interaction with hubby of course... and jiran2 terdekat.

Do some work related stuff, fikir nak masak apa untuk lunch, masuk dapur, masak, rest and makan. Rest lagi and continue with my own work. Nap and shower, solat and mengaji. Biasanya lapar dah petang2 ni so minum petang apa2 yang ada. Jiran2 yang baik hati kadang2 hantar macam2. Alhamdulillah. Tak berbalas pun sebab tak pandai dan tak rajin nak buat kuih2 tradisi ni. Offer jiran2 untuk belikan barang bila keluar shopping jer.

Dah mandi dah tak rajin nak bersenam berpeluh2. Either do some work or scroll social media, watch press conference, lepak luar rumah dan dinner. Malam pulak solat and do some work again. Work can be work related or mengemas apa2 yang patut such as susun barang2 kat dapur, lipat kain and other house work. Dulu selalu follow international news jugak and kerap tunggu press conference. Sekarang dah kurang dah. Buat jer urusan sendiri. Bila free baru tengok or cari info.

Bila ada perasaan tak best, cepat2 hilangkan. Either talk to hubby or do something to take my mind off the feelings. Can't afford nak mental time2 macam ni walaupun kadang2 orang terdekat kita yang boleh buatkan kita macam mental jugak. Jangan sampai hati jadi macam sekeras batu pulak. Banyak lagi cabaran nak kena hadap.

Selagi tiada vaksin, selagi virus masih wujud, job yang perlu berjumpa orang akan terjejas. My face to face training sessions will be affected. Kena masukkan dalam kepala tu dan sedar diri dengan cabaran akan datang atau depa dok kata "the new normal". Sekarang ni sedang cuba transfer my traning module to online platform. Semua tu perlu ada investment awal. Monetary investment to subscribe to learning platform dan video tools, etc. Kena lihat satu-satu market potential. Medium pengajaran Bahasa Malaysia atau English? Nak translate walaupun material sendiri ambil masa juga dan ada kos terlibat untuk penggunaan online platform berbayar.

I have to remember this sebab sekarang masih belum nampak impak nya. Bulan puasa pun biasanya I prefer takder training job. Kalau ada request pun 1-2 jer. But this may go beyond Ramadhan and Syawal. I MUST REMEMBER THIS! Tak boleh leka sangat dengan rutin new normal ni.




Monday, April 6, 2020

Tips Persediaan Simpanan Makanan untuk Kuarantin Covid19

Tips ni bukan lah sesuai untuk bajet semua orang tapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Dalam sejarah lah kan kena kuarantin begini. Almost 1 dunia terlibat. Harini hari ke-20.

1. Beras - berapa pot sehari makan untuk sekeluarga? Kami 1 pot jer untuk berdua siang malam. Kadang2 lebihkan segenggam masa amik beras tu. Masing2 tengah diet. 14 pot beras lebih kurang dah cukup untuk 14 hari. Lagi pun takkan makan nasi hari2.

2. Ayam sekor potong 16 - boleh makan anggaran 4 hari kalau makan ayam siang malam sorang seketul. Biasanya kami simpan 2 ekor sebab bahagian isi tu dijadikan bahan untuk spaghetti, nasi goreng dll.

3. Ikan bergantung saiz. Boleh jadi seekor/seketul sorang sekali makan. Biasanyer I akan ambil ikan saiz kecil 8 ekor untuk 2 kali makan, juga 8 ketul ikan untuk 2 kali makan.

4. Udang sekilo boleh makan 3x atau lebih bergantung udang sebagai lauk atau sebagai rencah/penyeri jer.

5. Telur 30 biji boleh makan seminggu kalau hari2 masak lauk telur 4 biji.

2 - 5: Dah cukup sangat keperluan protein kami untuk lebih 14 hari. Peti ais pun tak besar sangat untuk simpan item 2-4 tu.

6. Carrot anggaran sebiji sehari

7. Cauliflower dan brokoli seketul - kalau campur dalam masakan, 3-4 florets each dah cukup. Kalau masak dia sahaja, perlu lah banyak sikit. Boleh balut dengan tisu dapur sebelum masuk plastik atau tupperware supaya tahan lama sikit.

8. Kobis seketul - antara sayur yang agak tahan dan versatile. Boleh goreng, masak lemak putih, masuk dalam sup / salad / nasi goreng dll. Kalau bahagian luar hitam buang jer bahagian hitam tu sikit.

9. Kacang panjang - lebih kurang macam kobis. Biasanya beli untuk cukup sekali makan, dan lebih sikit untuk masukkan dalam nasi goreng (kalau ada).

10. Timun - tak boleh beli banyak sangat nanti rosak. Cukup lah untuk 2x makan sebagai variety.

11. Mushroom - paket kecil jer untuk sekali makan. Kalau lebih kena cepat masak juga supaya tak rosak.

12. Sayur berdaun - boleh beli dalam 2-3 jenis dan pastikan ia yang dimasak dulu. Sawi juga banyak kegunaan - campur dalam sup, mee kari, nasi goreng.

13. Tomato - sekadar bahan tambah untuk lauk. Contoh dalam asam pedas, tomyam, sambal. For our family, dalam 4-5 biji saiz sedang.

14. Kentang, bendi dan terung - boleh jadi bahan tambah untuk lauk seperti asam pedas atau kari. Nak buat bendi celur atau terung berlada pun boleh. Biasa dalam 2x makan sebab beli sebungkus yang dah siap pek tu memang untuk 2x makan kalau di rumah ni. Kentang boleh simpan lama sikit tp ambil dalam 7-8 biji saiz kecil-sedang. Hubby tak makan sangat pun kentang dalam lauk.

15. Cili padi dan cili merah - For me kena lebihkan cili padi tu sebab banyak menu guna. Sup dan tomyam pun letak banyak. Nasi goreng pun kena ada. Dalam roti pizza pun letak. Orang suka pedas kan :)

15 . Halia dan kunyit - bahan keperluan untuk some dishes.

16. Serai dan limau kasturi - ada tanam.

17. Bawang dan bawang putih - memang ada stok. Sebungkus kecil di giant untuk bawang putih dan 2 bungkus untuk bawang besar.

18. Ikan bilis - kebetulan ada stok. Baru beli dari Tawau. Ingat nak bagi2 orang. Dah kuarantin ni mkn sendiri jer lah. Bukan beli banyak pun. Tak mau masuk luggage masa balik aritu.

19. Santan - ada beli santan kotak, ada jugak santan fresh simpan dalam freezer. Di kawasan ni ada supplier santan. Mula2 beli dengan diorang. Sekarang diorang pun dah tak dapat stok kelapa.

20. Untuk stok cili giling, memang pakai cili giling puteri jer. Sekali masak pakai dalam 3 senduk jer. So pek besar cili tu tahan lama juga. Ada jugak cili kering sikit standby.

Sayur bukannya tahan lama dan fridge pun tak cukup tempat nak simpan semua. So beli untuk anggaran seminggu jer. Alhamdulillah buat masa ni kedai dekat dengan rumah ni ada jer sayur. Lagi pun memang kena keluar juga cari roti yang tiba2 jadi pujaan ramai masa kuarantin nih :p

Untuk keluarga besar dan fridge kecil, cabaran juga nak simpan banyak2.

Sayur2an ada juga yang boleh simpan di luar tapi tak lama. Tomato memang elok simpan di luar sebenarnya. Kobis dan carrot tahan juga walau di luar. Pandai2 lah memilih bahan.

Barang2 kering yang lain... boleh lah simpan spaghetti, bihun, mee fatboi, tepung.

Rempah2 jangan dilupa.

Di rumah ni cukup rasanya rempah2, minyak, kicap dan sos. Beli cheese jer aritu sebab nak buat roti pizza. Kalau tak, memang tak makan cheese.

Buah2an pun ada jugak dlm stok. Pisang, red apple, guava, pineapple and dragon fruit. Pisang tu hiris2, caramelized atas pan and letak atas roti bakar pun sedap.

Bila dah buat senarai macam ni, memang banyak juga. Sebab stok barang boleh didapati di kawasan kami, ramai yang menjual, ramai yang jadi runner, jiran2 pun ada gak membantu beli kan barang. Syukur dengan rezeki yang ada ni.

Jiran2 pun ada yang hantar bubur lambuk, nasi dagang, laksa, dan kuih2. Murah rezeki alhamdulillah.

Tapi kalau MCO lama lagi, stok barang2 yang import berkurang. Barang2 local pun limited, baru lah pilihan menu pun terhad. Buat masa ni masak dan makan seperti biasa. Beli barang dapur sambil berniat untuk bantu ekonomi negara.


Monday, March 23, 2020

Drama MCO Day 6

Harini puasa... selepas 5 hari kuarantin duk makan jer. Mr hubby dah semacam punya mati kutu bila tak dapat buat his extreme outdoor activity. Dah kemas laman, dah alih position TV, harini puasa harap2 boleh duduk diam2. Bising pulak dia bosan.

Kul 5 petang nak start memasak. Suh dia potong nenas dia kata tak mencabar. Lepas tu katanya biar dia jer yang masak. Hmmm... iyer ker tu? Dari sebelum kawin dah tanya cara buat masak lomak cili api. Dah 12th anniversary ni belum pun dapat rasa masak lomak dia :p

Apa2 hal I ke dapur masak nasi ler. Kang tak berbuka pulak. Terus jer lah siang sayur, bersihkan udang, ambil serai di laman, siapkan blend cili padi dan kunyit, rendam santan beku, dan... potong nenas. Masak ler kletung kletang... udang masak lemak cili api dengan nenas, goreng bayam merah, goreng tempeh. 6.20 Mr Hubby turun tanya mana nenas nak potong.

Hmm... gelak jer lah dengan drama dia. Lauk semua dah siap atas meja makan.

Walaupun aktiviti memasak ni tak mencabar according to him, itu lah cabarannya sebab hari2 kena masak, hari2 kena pikir lauk apa, hari2 kena tengok stok apa yang ada, hari2 kena tengok mood tukang2 makan dan rasa2 lah apa yang sesuai untuk dijadikan menu.

Alhamdulillah selamat dah berbuka. Jiran pun baik hati ada yang hantar bubur lambuk, ada yang hantar kuih koci. Murah rezeki arini.

Saturday, March 14, 2020

12th Anniversary


Alhamdulillah kami baru jer sambut our 12th anniversary yesterday. Minggu ni sempat pergi holiday bersama 😍 We love our water chalet, we love the time spent together, and we're still very much in love with each other. At the end of the day, itu yang penting.

This is the first blog entry for the year. Makin kurang menulis sekarang bila kita lebih banyak bersabar, kurang rasa nak bercakap dan kurang ambik pot sangat dengan perkara2 kurang penting. Diam itu lebih baik. I'll choose my battle wisely now hopefully.

Antara harapan this year ialah tingkatkan tahap kesihatan diri. Semakin usia meningkat, semakin kita lebih utamakan kesihatan. Semakin usia meningkat, semakin kita harapkan kawan2 yang baik dan boleh sama2 membawa kita ke syurga... buat aktiviti2 ibadah, buat perkara2 kebaikan. Semoga jadi insan yang semakin insaf dan bersyukur selalu.

Nikmat Allah mana yang kau dustakan?

Happy Anniversary abang. Luv u so much πŸ’–