Monday, November 30, 2020

Values Based Life

Malam tadi ada usrah online bertajuk Values Based Life. Kehidupan yang bersandarkan nilai-nilai yang kita pegang. Ramai yang akan berkata Family atau diri sendiri yang penting dalam kehidupan tapi bila buat carta penggunaan masa, maka nampak lah betapa sebenarnya masa lebih banyak untuk kerja atau untuk orang lain berbanding keluarga dan diri sendiri.

Keluarga mungkin penting di mulut, tetapi masa bersama keluarga anda sibuk dengan kehidupan virtual. Phone dan perbincangan di pelbagai WA group jadi tumpuan. Bila masa tidak bersama keluarga pulak, mesej keluarga di WA dilayan dengan sepatah2 kata. Mesej di pelbagai WA group dilayan berjela2.

Values yang dipegang oleh anda dan spouse kalau tak selari, boleh juga timbulkan konflik. Keraplah bertanya pasangan tentang nilai kehidupan, muhasabah hubungan dan diri sebagai pasangan. Hmm... penting ni tapi kadang2 lupa nak buat. Kadang2 ada rasa I'm drifted apart from hubby sebab minat berbeza. 

He is my time priority but of course bila ada kerja kena lah buat kerja. Apa2 aktiviti dengan kawan2 kena cek masa tu Mr hubby ada aktiviti apa. Tapi ada masa konflik dengan diri bila hubby kerap takder atau kerap ada aktiviti sendiri. Contoh ada aktiviti hiking, nak hike with him but he already has his cycling plan. Tak sempat nak rancang aktiviti with him, dia dah rancang dulu with his friends. Kadang2 rasa nak rebel buat jer lah aktiviti sorang2 (as in with my friends) tapi takder mood juga kadang2 bila my life partner takder :( Now I wonder, what does he hold as his life values. Are our values so very different now? Dulu rasanya banyak buat aktiviti bersama. Sekarang ada masa bila diajak, jawapannya.. macam boring jer. 

High time for us to sit down and talk about this.

Talking about values, MCO dan Covid ni banyak juga mengajar kita kenal diri sendiri. Masa mula2 MCO terasa macam patah sayap dan terkurung bila macam2 benda nak buat terhalang. Ambil masa nak ada semangat untuk make the best of the situation. I remember masa awal2 tu masak, makan, kemas rumah apa yang patut dan baring2 ajer sambil tengok news dan social media berkaitan Covid.

Then baru datang semangat untuk just make the best of the situation with indoor exercises, berkebun walaupun tak menjadi, reading and online classes.

Bila MCO tamat macam terlepas kandang nak buat itu ini. Cuma semangat pudar sikit bila aktiviti weekend kena bersama dengan ramaaiiii orang. Maklum lah semua pun macam terlepas kandang. My friends pun ramai yang WFH and weekend jer yang free. Hubby pun penuh jadual dengan aktiviti cycling dia. Nak bercuti dengan family, cek sana cek sini banyak tempat penuh memanjang. Suddenly rasa penat dengan persoalan sendiri... nak buat apa dan di mana minggu ni. 

Bila start PKPB, terasa ada sedikit kelegaan with the break. I'm off social media for most times and read more, as well as spend time with online classes as much as I can. Ada masa dari seawal 7 pagi sampai midnight. Bergerak dari meja untuk makan dan solat jer. Masa mula2 PKPB hubby pun takder. I may not have a lot of quiet time kalau tak sebab PKPB. So selagi boleh hadap lah komputer tu. Tak penting dah aktiviti walking, hiking, cycling semua tu. That can be done at other times. Bila hubby dapat balik, bawak cucu pulak, spend time appreciating that moment. Online classes pun tolak tepi dulu. I can always catch up later. Tapi apa2 pun, harap2 PKPB ends soon. Buat jer lah PKPD di kawasan2 risiko tinggi. 

Kena back to balance kan kehidupan. Kena face realities in life. 

No comments: